Tuesday, 30 April 2013

Hantaran Oh Hantaran..

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum..
Sebenarnya dah lama nak kongsi pasal ni..
dari bulan lepas lagi sebenarnya..
tapi wia tak sempat menyempat nak bercerita..Hehe

Dah ada kesempatan ni wia nak kongsikan dalam blog kesayangan
sebenarnya wia pertama kali belajar buat
 hantaran dengan kawan baik wia, dak Khairiah
 pandai sangat buat hantaran untuk
majlis tunang dan nikah, disebabkan 
wia nak hadiahkan pada anak jiran..
wia pun belajar-belajar lah buat hantaran... Hikss
Bukan untuk wia tau. Jangan salah faham. :'D

Hantaran Udang..Cantik!

Hantaran buah anggur.. ;)

Dan ini hantaran udang dari wia..
Taraa!! saya budak baru belajar :P

Memang tak sekemas gambar di atas..
Biasalah , baru pertama kali buat. Hikss..
Saja wia buat dekorasi ala dalam air dengan batu-batuan emas.
Sedaapp tau coklat coklat emas tu..Hihi

Alahmdulillah..menjadi jugak. 3 hari juga wia dok siapkan..
saja la suka suki. walhal tak pandai sangat.
tu pun nasib ada sifu yang kreatif.
Member baik wia tu ambik tempahan kalau ada yang berkenan.
In Shaa Allah nanti wia kongsikan lagi
koleksi hantaran dari kawan wia. Bukan wia ye ;p
Sekian, selamat berblogging...

Sunday, 28 April 2013

Craving..Craving at Nite ! ;)

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim...
Memalam macam ni, terasa la nak mengidam makan.
Bak orang mengandung pula gayanya.
Dok terbayang saja nak makan tau uOls ;p

Keluarga wia sendiri tahu yang wia suka makan.
kalau nak makan bukan yang biasa-biasa. 
Yang sedap-sedap saja nak.
nak makan ala barat pun ada. Omputih cakap Western Food.
Biasalah jemu makan kadang nka bertukar selera kan..

Kalau tengok instagram wia penuh gambar makanan.
Nampak sangat pemiliknya kuat makan. Hehe
Dan memalam ni macam nak makan... Jom tengok bawah.Hiks

Burger Cheese ..Yummy :')

Macaroni air tangan si dia.. ;)

Spagetti goreng..eee sedap nya!! :D

Durian Crepe..dalamnya ada ais krim tau ;) Montel..

Harapnya dapat la merasa makan dalam terdekat.
Craving sangat!! ...Rasa terliur ja tengok gambar ni semua..Hehe
Sesiapa yang baca entri harap dapat jamu mata bersama ye.
Selamat berbloging...Malam :')

Saturday, 27 April 2013

Marilah Pilih untuk Mengundi :)

Saya memilih untuk mengundi! Cewahh..
Semangat nak mengundi 5 Mei nanti.Sana sini sibuk dengan PRU kan.
Meriah betul dengan bendera parti masing masing.
Nak undi siapa?Shhh..undi adalah rahsia. 
Sekadar untuk perkongsian bersama untuk membuat pilihan.
Bukan arif sangat nak cakap pasal politik ni.
So kena lah ambik tahu jugak kan...

Tapi tak seronoklah tengok kempen 
yang asyik salahkan antara satu sama lain.
Memang dah tak boleh elak. Wia hanya boleh
 suarakan suara hati yang kerdil ni. Sedih betul tengok..
Kan seronok nikmati saat sebelum mengundi dengan tenang
dan berkempen secara tenang dan damai..
Kita mampu In Sha Allah....


Memang dalam satu keluarga pun bukan semua sama pendapat.
tapi kalau kita diam-diam peperangan pun tak akan tercetus.
Jangan sebab mengundi 5 tahun sekali ni..
terjadi perang saudara, perang agama, perang adik beradik.
perang jiran tetangga..Elakkan kalau boleh.

Ok nak cakap banyak banyak pun, wia belum mahir.
baru pertama kali nak mengundi katanya..
Dengar kata ada letak cat kekal ala dakwat hitam kan?
Pertama kali juga katanya. Tak sabar nak mengundi uOls ;)

Selamat mengundi untuk 5hb Mei depan..
Anda penentu masa depan negara. Sesiapa yang belum daftar,
cepatlah berbuat demikian..Nanti anda dalam kerugian. Hehe
Nanti menyusul gambaran proses di hari mengundi.
tapi tengok iklan di TV..memang tak susah mana pun
bagi wia yang belum mengundi ni..Hikss

Selamat Berblogging dan Selamat mengundi
bagi sesiapa yang layak dan berdaftar di SPR (Suruhan Pilihan Raya)
Jom semak daftar pemilih di sini

Friday, 26 April 2013

Muhasabah Cinta Ilahi

Assalamualaikum dan salam sayyidul ayyam..
Suasana malam ni mengajak wia untuk menaip
di blog kesayangan..Sungguh tenang malam ni, alhamdulillah 


Jika hatimu seputih awan ♥
Jangan biarkan ia mendung

Jika hatimu sejernih air ♥
Jangan biarkan ia keruh

Jika hatimu seindah bulan ♥
Hiasi ia dengan iman

Jika hatimu gundah ♥
Hibur dia dengan zikir

Jika hatimu luka ♥
Ubati dengan sedekah dan doa

Jika hatimu terusik ♥
Hibur dia dengan kasih sayangmu

Jika hatimu tersiksa ♥
Bebaskan dia dengan Tawakkalmu



Thursday, 25 April 2013

Colgate Optic White , One of My WiShlist Now :)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
Dah lama agak perasan pasal Colgate Optic White nih.
Nak nak ada terbaca juga dari blogger yang sama sama 
join sekali event bersama dutanya Fazura yang sememangnya cantik.

Biasalah orang Asia gigi sememangnya gigi tak akan putih 
itu sememangnya malu untuk bila lagi gadis dan wanita diluar sana 
nak mengenakan gincu merah menyala.
Memang terserlah kekuningan pada gigi. 
Memang malu nak senyum kan? ;p 

Pertama kali tengok produk ni rasa 
oh berkenannya dengan produk ni.
Dah la memang dok cari produk yang boleh selesaikan masalah 
yang memalukan ini. Sampaikan terasa 
macam hilang keyakinan diri untuk berjumpa dengan orang ramai.
tapi..kalau produk brand macam ni mesti mahal harganya kan?



Jadi meh baca seterusnya.. Hikhik Sebelum tu sesiapa 
yang tak tahu apa itu Colgate Optic White singgah baca Sini 

Ok ni sedikit pasal harga produk Colgate Optic White
Di antara rangkaian Colgate Optic White ini ialah Colgate Optic White toothpaste, Colgate 360 Optic White toothbrush dan Colgate Optic White mouthwash. Di datangkan dengan pelbagai saiz yang berbeza dan berharga di antra RM5.90/12.90 bagi 40gm dan 100gm toothpaste, RM12.90 untuk toothbrush dan RM8.90/20.90 bagi 250ml dan 250ml mouthwash.

Agak berbaloi jugak kan harganya...
Tak adalah sampai ratusan ringgit pun kan?:)
Jadi jomlah kunjungi Watsons dan 
Guardian berhampiran area rumah kita.
Tak sabar nak cuba dan lihat hasilnya ;p
Ok ini saja wia nak berkongsi...Psst tetiba suka pulak warna merah!

Wednesday, 24 April 2013

Koleksi Akseksori Zaman Belasan Tahun ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum semua...
Dah lama rasanya wia tak memakai 
aksesori seperti cincin, subang dan rantai..
Memang kegemaran para gadiss.

Tetiba petang ni di rumah buka box aksesori dah mula
gatal-gatal tangan nak pakai cincin fancy, 
anting-anting zaman remaja dedulu yang ala goyang-goyang tu ;p
Hahaha. Gadis dan aksesori memang tak boleh pisah.
wia tak taksub sangat pasal aksesori..

Cuma masa umur belasan tahun..Memang gila membeli juga.
dari ke gelang kaki sampai ke aksesori atas kepala.
cincin, anting-anting dan rantai jangan cerita..
Memang pantang tengok orang kata. :')
Percayalah tu zaman remaja wia...
Sungguh barang barang tu masih ada sampai sekarang..


Rasa sayangg pulak bila tengok lama-lama..
Nasib masih tersimpan rapi..
cuma tak tahu masa bila nak pakai sekarang nie....
Mungkin simpan buat koleksi peribadi 
dan perhiasan bila rasa nak pakai.


Sesetengah orang, barang-barang 
macam ni sangat sentimental value kan?
Setuju sangat. Kadang tu pemberian ibu ayah..
pemberian si dia dan buah tangan dari adik beradik.
Jadi baik disimpan sehingga ke anak cucu. * senyum *

Nak tunjuk ke tak ek barang koleksi wia??
Fikir sejenak.. Hmm setelah 10 minit...
tak jadilah nak share.. Segan. Hikhik
Selamat Berblogging.. Sekarang dah jarang pakai..
Bila terasa nak pakai baru gatal-gatal usik box ;)

Percayalah wanita adalah perhiasan dunia.
Hiasi peribadi, akhlak terpuji..

Monday, 22 April 2013

Cara nak Print Screen Galaxy S3 - Fungsi Tersorok ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum semua....
Selama ni wia dok tertanya-tanya cemana 
nak print screen dalam phone S3
walaupun dah hampir 2 bulan lebih dah menggunakannya..


Punyalah explore bagai. Rupa-rupanya mudah sahaja.
Memang dah tersedia cara yang super senang. 
Samsung memang dah sertakan sekali built-in 
screenshot function untuk model terbaru.. Terbaiklah Samsung!. =)
Ok, caranya macam kat bawah.. Hiks
Cara pertama (hidden function):
  1. Tekan button Home (tengah) dan Power (On/Off) serentak dalam 2 saat, sehingga korang nampak dan dengar gambar display ditangkap. Siap!
*Semua gambar display yang di screenshot akan automatik diletakkan dalam folder “Screenshots” didalam Gallery
Cara kedua:
  1. Pergi ke Menu > Settings
  2. Pilih Motion
  3. Didalam tetapan “Hand Motion“, sila tandakan kotak “Palm swipe to Capture
  4. Sekarang menggunakan tapak tangan (tapak tangan tu dalam kedudukan berdiri macam nak karate papan) atau pun jari telunjuk (ratakan atas skrin), gerakkan dari KIRI ke KANAN atau pun KANAN ke KIRI.
Akan keluar satu jalur putih yang bergerak mengikut 
gerakan yang korang lakukan tadi dan 
bunyi gambar ditangkap kedengaran. Siap!
Psst juga sama. Gambar secara automatik 
akan dimasukkan dalam galeri. Taraaa!!
Mudah la lepas ni wia nak screen shoot
 apa- apa yang best dalam fon lepas ni. Hee :'D
Selamat Berblogging.....

Menghantar Saudara Mara Pergi Umrah..

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...
Pagi-pagi semalam (Ahad) siap-siap pegi rumah tok
dengan ayah dan adik bongsu...

Dalam pukul 11 pagi sampai ke rumah tok. Dah ramai yang ada..
Sebenarnya semalam nak menghantra tok, 
pak sedara dan mak sedara wia pegi umrah ;)

In Shaa Allah pegi umrah 2 minggu ikut agensi.
Kami keluarga sebelah ayah yang mana ada hantar  dekat lapangan
terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang..

Serius masa sampai airport pukul 12.15 tengahari.
dalam airport dah ramai orang. Penuh dgn 
orang yang nak hantar sebenarnya..
Dalam pukul 2 petang dah makin sesak airport..Lagi ramai..
Bayangkan kat surau pun penuh dan tepu.
 Alhamdulillah dapat bersolat dengan tenang.

Gambar kenang-kenangan..Blurr banyak. Tangan shake katanya.

Blurr tak sudah-sudah.. Shaking sungguh tangan photog :'P

Yeay!! ramai yang menghantar ;)

Bersama duit Riyal $500 :'D
Gambar memang blurr..Entah kenapa
 mungkin ramai orang lalu lalang. So, kena cepat-cepat kot..
Semoga tok, paklang dan maksu dapat umrah yang mabrur..

~ Selamat Menunaikan Umrah  ~

Friday, 19 April 2013

Muzik Bak Irama dan Lagu ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum ..
Salam penghulu segala hari..hari baik 
bulan baik. In Shaa Allah penuh kerahmatan dari Allah Taala.
Malam-malam macam ni terasa nak menaip kat blog cecomel ni :P

Awak awak awak suka tak muzik? Pandai bermain muzik tak?
wia memang minat muzik. tapi yang 
berbentuk sentimental dan ketuhanan.
Penah teringin nak bermain piano suatu ketika dulu.

tapi sampai sekarang jadi angan angan cik Dawia..Hikhik.
Pernah juga dedulu teringin nak ada kununnya..
bakal suami atau kawan lelaki aka BF yang pandai
petik gitar dan menulis lagu untuk wia. Verangan lagi..

Tak sudah-sudah kan..Haha..
tapi sebenarnya kalau pandai main alat muzik itu satu kelebihan.
Kalau tak pun, kalau dah memang jodoh. Takkan la
ini penyebab jadi halangan.. Betul tak?
Sebenarnya masa dulu remaja trang tang tang..
kuat sangat berangan. Biasalah wia anak gadis normal
nakkan putera raja yang hensem.. 
Banyak tengok cerita dongeng katanya
Uppss, terbuka rahsia hari ni.. * realiti * :'P

Gitar sepupu  sebagai hiasan ;)

Gadis yang menggelar diri nya Dawia Honeyputri ;)

Ok memang entri ni tertulis sebab nak lepaskan rasa
keinginan untuk bermain alat muzik..Piano..Pleasee..
Pssst malam ni pakai cincin pemberian si dear sambil menaip..
Rasa lain sangat sebabnya dah berbulan tak pakai. *dia tak tahu *
Rasa macam dah ketat. Jari wia nak makin gumok. Haha
I'm Super Happy tonite... 

Thursday, 18 April 2013

Demam Gwiyomi Kiyomi..♥ Comei!

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
Sebelum ni wia dok dengar-dengar je pasal gwiyomi dan kiyomi nie..
tapi semalam tengok Youtube saja cuba-cuba nak dengar
apa kebenda kan? Supaya tak nampak 
cam katak bawah tudung saji. Hikhik

Rupa-rupanya pasal gaya comel ala barbie doll
yang diperkenalkan remaja Korea. 
Terus rasa macam alolor.. Sweet rakam diri sendiri.
Buat gaya yang cecomels..Memang ohsem! ;)

Sampai-sampai terus tersebar dalam Facebook
pasal gwiyomi nie.. Ingatkan masa wia baru tengok tu.
Belum sesapa pun share lagi pasal ni..
Tup tup sampai ke malam demam gwiyomi ni..
Siap ada parodi bagai.. Asalkan comel
dan tak bertentang dengan agama. Tidak salah untuk berhibur.
wia pun suka sangat tengok. Kiut!! 


Versi Melayu..kikiki. Memang pemes adik ni nanti.


Dont look at other girlsYou're mine (You're mine) Dont even talk to other girlsI'm yours (I'm yours)Please pinky promise me That you'll never leave me alone :'P

Macam demam psy dengan lagu Gangnam Style.
Gwiyomi pulak jadi sebutan sekarang. Haha.
Cepat betul tersebar. biasalah zaman teknologi.
Ok kat bawah ni kalau uOls pun nak buat gwiyomi..
Cecuba tengok guide kat bawah ni..walaupun kecik cinonet gambarnya.



:)

Wednesday, 17 April 2013

Majlis Sambutan Sederhana Hari Lahir Emak ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum ;)
Malam tadi ada majlis sederhana sambut hari kelahiran emak.
ayah beli kek ala-ala 1 Malaysia buat mak ..Hehe
apapun dapat juga merasa makan kek.
bersama air vitegen saja. Besederhana katanya..

tapi semalam wia ada buat bihun tomyam.
tak sempat nak snap gambar pulak ;p
kami sekeluarga memang suka sambut besederhana..
in Sha Allah bila wia dah keje..
nak buat majlis besar sikit. Amin..
Harap impian jadi nyata....






Yang penting mak nampak bahagia.
Gambar potong kek tu, ayah secara spontan dok belakang mak.
auw romantisss! terus lensa kamera phone wia snap momen tu..

Sebelum masing-masing makan dan menjamu selera. Hiks
wia suka kek, tapi tak suka kek yang
 terlalu manis dan icing yang banyak.
kira ni kek yang weouls selalu beli. Keek coklat. Hehe :D
Tetiba  terasa nak buat kek pulak.  

Selamat Hari Lahir  Mak :')
We Love You...

Gambar adik-adik mmg tak dapat dipamerkan
sebab memasing sibuk makan. Haha

Tuesday, 16 April 2013

♥ Happy Birthday My Beloved Mom..Heart You :)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
gembira sangat akhirnya dapat juga nak update blog nie..
Sebenarnya 16 April adalah hari ulangtahun kelahiran mak
wia tercinta. Alhamdulillah :')

Allah masih panjangkan umur mak. Diberi kesihatan yang baik.
Yang penting, anak dan mak memang tak boleh pisah.
Syukur mak wia dah bertmabh satu angka.
Moga mak dikurniakan rezeki melimpah ruah

dan dipanjang umur sentiasa dalam rahmat Allah yang Maha Esa.
Amin ya rabbal alamin..



Sama tak muka? :P

 wia versi chubby..dan mak memang cantik dunia akhirat.
Selamat Ulangtahun Kelahiran Mak yang ke-47
love u mom infinity.....

Mak..sahabat karib ..
Pendengar setia..Cermin diri..
Penasihat terbaik dan ratu hati wia selamanya.

Monday, 15 April 2013

Pengalaman Baca Blog B2B :'D

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim..
Hujung minggu mesti tak terhapdate blog kesayangan nie...
Bukan nya tak buka blog, cuma nak hapdate tu kadang-kadang 
rasa macam nk baca blog orang je.. Hehe

Baru-baru ni terbaca blog B2B (Bride to Be)..
alahai mood nak berkahwin mendadak rasa ;p
maklum ler nak berumur 20-an nie..
perasaan tu datang sekali sekala.
walaupun sebenarnya tak nak fikir pun. kuikui



Banyak lagi masa sebenarnya..tapi entah secara naluri..
terdetik dalam hati.. Oh macam ni rupanya persiapan orang kawin.
Tak pun terfikir banyak rupanyaa disebalik tabir sebelum kawin.
wia yang tak tahu apa-apa sekarang ni..
boleh la tahu serba sikit apa yang dipanggil persiapan kawin.

Wahh..memang suka baca blog B2B nih..
macam baca diari diorang yang counting the day..
dari A sampai Z uoOls..
yang bestnya kalau diorang buat sendiri persiapan.
Like DIY dan gubah itu ini sendiri.

wia respect sesiapa yang pandai jahit manik sendiri.
Buat veil dan segalanya ikut kreativiti sendiri.
Memang satu kelebihan dari segi penjimatan..Hehe :'D


so, kira menbantu bakal pengantin mencari tips atau idea
buat majlis masing masing. Eh? yang wia dok bercerita
ni masa wia lambat lagi. So, jangan 
dok perah otak wia dok bagi hint ke apa
memang lambat lagi. Pelan pelan.. in  Sha Allah one day.. i will followed them 

So semua nak yang terbaik untuk hari bahagia kan?..
wia doakan setiap pasangan bahagia dan kekal til jannah..
lahirkan anak dan baby yang soleh dan solehah..
P/s : Oh tak sabar nak merasa nikmat dunia nie... Allahu :')

Friday, 12 April 2013

Video Khas untuk Orang Asia Termasuk Saya ! ;)

Assalamualaikum dan salam penghulu segala hari...
Entri lepas memang semua orang teruja.. Hehe..
Biasalah kan, benda baru. Dan yang paling penting, WeChat menarik!

Ok setelah dua hari tak menaip..
memalam cenggini rasa nak hapdate blog pasal 
sesuatu yang bagi orang terasa.. Termasuklah wia ;)

Sebenarnya wia memang kaki camerawhore.
tapi bila upload gambar mesti gambar yang cecomel saja.
Tak mau la tunjuk kepelbagaian gaya yang bukan- bukan ;p
Nanti tak terserlah keayuan. Upss. * melawak *  Haha


Kalau masih kanak kanak tak apa. Ni dah belia 20-an
memang kena jaga imej walaupun 
masih remaja trang tang tang tau.
Nak nak masih single. Memang segala gambar nak dimasukkan
dalam Facebook, Instagram dan lain- lain.
Jom tonton video yang kena sebijik kat batang hidung sendiri.



Memang ini la wia.. Nak makan, snap gambar dulu.
Apapun rasa nak snap gambar..
Sampaikan si dear pun dah tahu perangai wia.
Termasuk mak ayah dan adik-adik lagi laa.. Hee
Ok kat bawah ni  pulak video hamster yang smart dan kiut ='P
Suka tengok walaupun nampak tak real, edit mungkin
tapi alahai..omeynya lahai...




Video hamster, video tambahan saja. Hehe
Sebab nampak smart. Selamat berblogging dan selamat menonton
:)

Wednesday, 10 April 2013

WeChat ala Walkie Talkie ! :)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
Laman sosial paling terkini sekarang ni adalah WeChat selepas Keek.
Ok wia dah pun mula menceburui dalam laman sosial WeChat . Bestt! Meh nak stori sikit..

Apa WeChat ni? WeChat adalah sebuah aplikasi komunikasi 
untuk smartphone anda. Ia memberi sokongan kepada semua 
bentuk media yang digunakan dalam komunikasi pada 
masa kini iaitu teks, video, mesej suara dan mesej bergambar.
siap ada icon comel yang gerak-gerak. Menarik tau.!
Whatsapp ke Wechat pilihan korang??

Bagi wia, kedua-dua nie ada dalam Smartphone wia ;)
Dulu, wia sukakan whatsapp, hari-hari ber-whatsApp,
 tapi  tak semua orang boleh whatsApp dengan kita sebab 
kita perlu tukar nomber telefon barulah boleh whatsapp
dan sekarang keluar pulak Wechat.

Serius best la WeChat, sebab tak perlu nomber telefon 
Buat panggilan dan webcam percuma, malah uOls boleh 
bersembang secara brkumpulan 

wechat-3

So apa tunggu lagi, meh kita berWeChat cepat !!
Notakaki : WeChat plak dah sekarang ni ,aritu viber, whatsapp, 
lepastu instagram dan  instagram best pulak rasa..Haha..

Bbm  pulak hanya tinggal kenangan sekarang ni 
sunyi sepi saja  tak aktif  sangat dah..
P/s : Jenuh ligan dunia terkini sekarang.. Hiks
tapi ingat jangan laghoo.! Keek, Vlog dan sewaktu dengannya  tak minat :]

Tuesday, 9 April 2013

Samsung Galaxy S3 Mini.. Best!

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum ;) 
Seronok pulak baca entri terbaru blogger femes 
FL - Fatin Liyana. FYI dia sebaya wia uoOls..

Dalam entri di sini terasa nak kongsi rasa dan teruja bila mana
FL dengan rajin nya buat video best kat Youtube
pasal Samsung Galaxy S3 Mini ..

Jom tengok video nie rasa macam FL like
duta yang promosi phone Samsung Galaxy S3 mini pulak ;)
Suka la tengok, kamera dan gayanya..Nampak profesional.. Hehe


Kebetulan wia dah pun gunakan sekarang..dah telah pun 
merasmikannya sebulan lebih 
Jadi wia tersangat la bersemangat dengan
 video yang di hasilkan FL..Mihmih ;p

Terima kasih dear kerana merealisasikan nya..
walaupun ianya sangat surpriseeee! :'D
So, wia berasa bersyukur atas nikmat nie..
Memang kelebihannya berbaloi- baloi. I'm super happy to have it!
Blog, Twitter, Facebook, Intragram and etc
semua di hujung jari katanya...


Nak nak ianya hadiah dari tersayangg...
Jadi sebagai salah seorang pengguna Samsung Galaxy S3 Mini..
phone nie memang sesuai untuk gadiss..
mini, comel dan lengkap.. Hiks 
Syukur Alhamdulillah.....

Monday, 8 April 2013

Nukilan Hati.. Tolonglah Berhati-hati :)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
Sesungguhnya hidup di dunia ni semakin matang..
semakin banyak dugaan dan cabaran..

tapi wia bersyukur kerana ada mak ayah 
dan adik adik yang sentiasa disisi..
tak tahu kenapa terasa sangat sensitif sekarang...

wia sedar wia cuma manusia yang biasa-biasa.
hamba yang kerdil yang dipenuhi banyak kelemahan diri.
Jadi tolonglah jangan tambahkan lagi rasa
kerdil ini dengan teguran dan kata kata
yang boleh menghiris hati terasa ngilu bak tertusuk sembilu.

Memang wia terasa dengan sesetengah orang..
yang suka mengata akan kelemahan diri..
Ya wia rendah. Berisi. Pendek. Debab. So?
apa hak awak yang mengata ciptaan Allah.
Wia sendiri ke nak diri pendek dan berisi?

Jadi apabila awak mengata orang, fikir dulu.
awak nak mengata tu, awak dah cukup sempurna ke
nak kritik ciptaan Allah. Saya makhluknya,
jika awak mengata saya. Maknanya awak mengutuk
Allah sebagai pencipta Maha Besar.

islamic-quotes:

Healing & Mercy
Submitted by Back2theQuran

Wia jadi sedih bila dengar..
Pertama, awak cakap dan mengata saya
secara berdepan. Kemudian, awak mengata Allah  T_T
hati kecil ini terguris dengan kata-kata awak.
Cukuplah awak awak sedar..Berhentilah mengata.
Kita yang sempurna ni belum tentu ahli syurga. Allah ...

Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. 
Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja 
yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu

epalmiracle:

-hati yang tenang adalah hati-hati yang mengingat Tuhannya.
-andai belum bersedia menghadapi? Kenapa tak persiapkan diri?
-Ia bukan mudah, tapi setiap jalan tu ada kesukarannya.
-Jom kembali kepada Allah. 
-I’m sorry. -_-‘

:)

Saturday, 6 April 2013

Waiting parcel and Cheque :'D

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
Salam sabtu yang santai..hari ni ai terlepas
 lagi satu temuduga .. Sedih sangat :'(

3 April lepas pun wia ada juga satu temuduga.
pun tak pegi.. tsk tsk. Memang tak ada rezeki.


Tak pegi bukan sebab apa? Cuma masalah jarak.
Jauh dan dekat. Yang lain boleh diterima lagi.
Nak nak wia cuma naik moto ja kesana kemari.
so faktor cuaca pun memaninkan peranan. * terkilan *




Klik untuk tumbesaran.. Hehe

Ok 28hb lepas dah selamat cash out. 
Sekarang tunggu cek dari NUFFNANG..Hiks
harap cepat sampai ke tangan sendiri. 
Tak sabar nak merasa duit berblogging ;p

Semangat semangat.. Hari -hari buka akaun Nuffnang..
dan hari ni juga wia dok tunggu tracking 
nombor dari shopping online.
dan hari ni dah hapdate...Saya suka! Saya suka! :'D
* gaya mei mei dalam kartun animasi upin upin *

Jadi tinggal tunggu saja lah ;)
Best tau sebenarnya shopping online nie..
cuma kena pandai pilih tau..
takut-takut kes tipu atau sebagainya.
dan berhati-hati tau.. So, wia eksaited uOls..
Selamat malam.. Moga mimpi yang indah-indah
:)


Friday, 5 April 2013

Natural Clenx Tea Version Me :)

Bismillahirahamnairrahim dan assalamualaikum..
Hadoii punya banyak nak taip tup tup depan skrin
boleh blurr tetiba.. Biasalah permulaan nak menaip..
tapi bila dah menaip rasa mencurah-curah pulak idea..Kihkih

Ok akhirnya wia dah cuba juga minum an besttNatural Clenx Tea
yang di idam idam tu ;) ayah belanja macam biasa..
Dan sekarang wia dah minum
tiga hari berturut- turut.. So, efek dia..??


Memang mula mula minum macam tak ada efek sangat pun.
Kalau baca testimoni orang lain asyik berkepit dengan tandas je kan?
tapi bagi wia hari ni minum, esok baru membuang.
Mungkin lain orang lain efeknya kot
Kemudian, tak ada la kerap sangat menganggu.
Cuma perut rasa selesa dan ringan sikit.

Kalau yang buncit boleh rasa perut kempis 
dan tak ada la perut buncit berisi bola :P
Entahlah setakat 4 hari ni, wia masih tak nampak apa-apa efek
tapi syukurlah produk ni bukan
jenis yang cepat nampak hasil dalam jangka pendek.



Sebab kalau yang cepat tu, memang tak semula jadi
dan mungkin ada efek bahaya pada badan.
Sebab boleh teus nampak perubahan mendadak.
So wia tengah tunggu perubahan diri. Doakan ya! (",)


Minum teh macam biasa. Cuma yang ini tanpa gula.
Memang boleh rasa teh ni sihat untuk tubuh badan.
tapi rasa teh ni macam wia penah rasa sebelum ni..
teh rempah lalang.. sebijik rasa sama. tapi tak tahu la kan.. *senyum *
Nanti dah nampak result, wia kongsikan dengan korang ok.. Hee
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi