Monday 31 August 2015

Cerita di Sebalik Vei Nikah

Assalamualaikum...
Salam Kemerdekaan yang ke-58 buat semua rakyat Malaysia
Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!
buat wieya sambutan hari Kebangsaan Malaysia, hanya sambut di rumah
dan bercuti di kampung. Melawat tok dan tok wan.
Priceless time sebenarnya. kadang tak sempat nak balik..
sementara mereka masih ada apalah salahnya kita sebagai cucu pi melawat.

Doa wieya sebagai anak Malaysia..
Bersyukurlah apa adanya. Moga negara bertuah ini 
sentiasa aman, makmur dan bahagia hendakNya..

-------------------------------------------------------------------------------------- 
Lately musim kawin..ahai, kerap la tengok pengantin
di sana sini termasuklah dalam laman sosial dan arena blog.
yang paling wieya suka tengok baju pengantin, warna baju dan mekap
termasuklah veil, kasut dan crown.
Perempuan sangat kan..Hikss. Sebenarnya nak stori pasal veil nikah wieya.
Bride to Be 2015 la kata kan. Bagi la chance..ihikss

Satu hari di bulan Ogos baru-baru ni..tergeraklah hati nak call akak di Jakel
Ipoh nak bertanyakan pasal veil kegemaran dah sampai ke belum..
alhamdulillah..berkat google, wieya dapat call Jakel Greentown, Ipoh
dapat kat kaunter. Bila bertanya pasal kak Ida bahagian bridal..terus dia suruh wieya 
call bahagian bridal eksklusif dengan tukar nombor di bahagian belakang..

-gambar sekadar hiasan-

Berdebar jugak masa call takut salah orang. Hambik nak beli veil jarak jauh je uOls.
sanggup wieya tanpa lengah terus call bahagian bridal tingkat 1..
ada seorang mamat angkat..terus wieya tanya pasal kak ida tu..
mamat tu sebut nama penuh akak tu. Wieya ianya je lah..
sebab nama kat resit tu ada sign "ida"..Kebetulan resit tak bawa. tapi masih ingat
nama akak tu walaupun singkatan tengok tak gigih tak gigih uOls..

Al-kisahnya..masa beli kain dan lace untuk nikah wieya..
ada veil warna lain je, warna yang wieya nak tak ada stok.
nanti kalau ada..dia akan bagitau wieya. Siap ambik no phone lagi.
dek kerana dah dua minggu menunggu dengan harapan..
dan sebab tak sabar nak tahu veil tu ada stok ke tak sebab takut designer grab
satu batang kayu tu, Ikut pada kata-kata kak ida tu masa wieya nak beli hari tu..
 Lepas jaa dua minggu terus call tanpa lengah lagi.
sebab wieya tahu hakak tu pasti lupa kat kita ni uOlss...

Lepas je dapat cakap dengan kak Ida tu..Baru lah dia teringatkan wieya
yang nak veil tu dengan nada ingat-ingat lupa. Wieya dah agak dah.
Kebetulan dia kata ada stok veil baru sampai uOlss..
terus berbunga rasa hati wieya. Hee. Gembira sangat! *nada legaa*
Bolehlah mimpi jadi kenyataan. Lepas je cakap ngan 
kak ida yang tunang akan datang ambik hari tu jugak, 
walhal belum bagitu encik tunang pun lagi. Heksaitednya berbunga setaman ;)

Habis je letak phone cakap ngan akak tadi, deal nak ambik hari tu jugak..
terus call encik tunang kesayangan..
Sanggup call tanpa berlengah padahal tahu tunang kite tengah kerja time tu.
wieya dah tak kira ganggu si dia ke tak. Heheh. Sebab suka veil dah ada.
dengan sepantas, tunang kita jawab dengan 
rasa tak sabar nya wieya suruh incik tunang
belikan kita veil tu hari ni jugak. Tak kira lah masa bila pun..
Encik tunang terus setuju. Kemain lagi wieya sukaaa!! hahaha
Berkobar menanti apa perkhabaran veil wieya dengan jarak jauh je bertanya 
Kekangan masa sangat. #alahsayang #berdebar #gembiraberganda

Lunch hour..tunang call. Berdebar angkat. Guesstt what?!
encik tunang dah sampai ke Jakel. Ya Allah..awak tak lunch ke sayang?..
wieya terharu sangat hanya Allah yang tahu. Dia kata dia baru sampai.
Baru nak naik kat Bridal Eksklusif tingkat satu tu, Letak phone..
dalam 5 minit camtu, encik tunang call balik. Wieya terus jawab..
dia kata dah jumpa hakak tu dan tengah serve veil untuk dia. Legaa rasa.
sempat tunang tanya kite nak apa lagi tak? wieya terus tnya pasal veil bertandang 

Haha. Nampak tak nak menyelit lagi. Terus encik tunang pass phone kat kak Ida
dan wieya terus tanya kain chiffon silk untuk veil bertandang. Hakak tu cakap
ada banyak warna dan choice untuk veil bertandang yang wieya nak tu..
Dia bagi contoh keratan kain untuk encik tunang. Tunang kite sempat snap gambar lagi
Dia tak berani beli untuk wieya takut salah warna. Alahai tunang tersayang..
Baiknya Hati awak..Thanksss sangat-sangat.!

Maka dapatlah wieya veil nikah idaman kalbu :')
terima kasih encik tunang susah-susah untuk kite..
sanggup keluar masa lunch time awak. Kite terharu.... *sobs*
sampai sekarang veil tu ada pada tunang kite. Next dating..dia pass kat wieya. Hee
Lega dah dapat stori pasal veil nikah dari jarak jauh..Hebat tak?

Pssst tiap hari tanya pasal veil tu selagi tak dapat kat tangan wieya
tak tahulah tunang jemu ke tak dengan soalan wieya. Dia layankan je..
cuma biasalah lelaki..tak tahu sangat perasaan perempuan bila dapat barang
yang dia nakk. Kemain tiap hari tanya..ringan ke..licin tak..Hahaha
Sabar ye awak..kite heksaited dan kuat verangan...
Sekian, al-kisah disebalik veil nikah dengan penuh sentimental moment.
Terima kasih blogger yang sudi baca. Terpanjang pulak entri kali ni :')
Teristimewa buat tunang tersayang.. I Love You so Much..

Friday 28 August 2015

SOLAT SUNAT NIKAH/BERJEMAAH ( KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM & PAKAIAN)

Assalamualaikum..
Banyak persoalan dalam hukum solat selepas nikah.
sebenarnya selagi belum melanggar syarak ianya tak salah dilakukan.
wieya kongsikan yang bermanfaat. In Shaa Allah dapat saham akhirat :)
Sebagai Bride to Be (B2B) wieya dan bakal suami mempersiapkan diri
sebelum dan selepas nikah. Fizikal dan mental. 
dan ingin praktiskan bersama, bila masanya smpai kelak. amin.
Jom belajar bersama..Bismillahirrahmanirrahim..

Ada pengantin lelaki yang bersolat sendirian. Ada juga bersolat berjemaah bersama pengantin perempuan. Di dalam situasi ini, ada beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian. Kami tahu dan yakin bahawa pengantin faham berkenaan posisi imam dan makmum perempuan di dalam solat berjemaah dan juga kami tahu bahawa pengantin juga memahami pakaian yg sesuai yang boleh di bawa solat. Cuma ketika situasi itu, sebagai manusia biasa..berlaku kesilapan di tambah dengan hati yang berdebar-debar selepas nikah. Jadi agak terlepas pandang akan hal ini:
1) KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM PEREMPUAN

Imam ( lelaki) berada di bahagian hadapan pengantin perempuan. Manakala makmum perempuan betul- betul di belakang.
Bagaimana jika di tempat sempit?
Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya. Tempat yang sempit, di maafkan. Berusahalah menyusun saf makmum peremouan di belakang imam semampunya.
Terkadang berlaku kesilapan kerana PA pengantin yang tersilap membentangkan sejadah. Dan pengantin yang sedang nervous tidak sempat berfikir, lalu solat.
Jadi, perkara ini juga harus di ambil perhatian oleh PA pengantin dan jika photographer mempunyai sedikit asas ilmu, eloklah juga di bantu memberikan cadangan posisi solat.
Jangan risau, kedudukan ini bukanlah syarat sah dan wajib solat. Solat itu sah. Cuma posisi yang betul sebagai menjaga adab dalam solat berjemaah.
2) PAKAIAN SOLAT

Untuk pengantin lelaki, in sha Allah pakaiannya boleh terus di bawa solat.
Bagaimana pula dengan pengantin perempuan? Adakah perlu memakai telekung kerana syarat sah solat adalah menutup aurat?
A. Jika pengantin perempuan seorang muslimah dan berpakaian menutup aurat, alhamdulilah. Tidak perlu lagi pengantin perempuan memakai telekung. Pengantin boleh terus solat dengan pakaian itu. Pastikan memakai sarung kaki dan pastikan berwudhuk.
B. Jika pakaian pengantin perempuan tidak memenuhi syariat, contohnya pakaian yang jarang, ketak, tudung yang tidak di labuhkan, eloklah kiranya pengantin memakai telekung.😊
Bagaimana pula dengan make-up di muka? Bolehkah bawa make -up untuk solat?
Jawapan: insyaAllah boleh. Asalkan pastikan bahan make-up itu tidak mengandungi ingredients haram seperti najis dan bangkai. Ada alkohol tidak mengapa. Alkohol yang di gunakan dalam kosmetik dan parfume hukumnya harus kerana sifatnya berbeza dengan arak yang memabukkan (boleh rujuk majlis fatwa kebangsaan).
Semoga, rumah tangga yang terbina di limpahkan
 keberkataan, sakinah, mawaddah wa rahmah

Solat Sunat Selepas Akad Nikah

Solat sunat selepas akad nikah dilakukan bagi menzahirkan rasa kesyukuran dalam hati kepada Allah S.W.T yang telah menentukan jodoh pertemuan dengan isteri/suami yang tersayang. 
Melaksanakan Solat Sunat Nikah boleh dilakukan sejurus selesai majlis akad nikahatau pada masa yang sesuai. Kedua-dua pengantin hendaklah bersolat terlebih dulu dan seterusnya berdoa kepada Allah Yang Maha Penyayang supaya mendapat kebaikan daripada perkahwinan serta memohon perlindungan Allah سبحانه وتعالى daripada sebarang keburukan.  
Waktu yang terbaik boleh dilakukan solat sunat nikah berjemaah bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami. Riwayat daripada Abu Said, ada menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya: 
“Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kamu berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. Seterusnya terserah kamu berdua.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah)
.
Ulamak fiqh membenarkan solat sunat yang bersebab dilakukan di waktu yang dilarang, justeru harus (dibolehkan) bersolat sunat nikah walaupun ia dilakukan seperti pada selepas solat Asar kerana sebab bernikah.

Solat Sunat Selepas Nikah


Solat sunat selepas nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat dan dituruti dengan Sujud Syukur selepasnya.


Cara Melaksanakan Solat Sunat Nikah
Apabila selesai bernikah, lakukanlah Solat Sunat Nikah dua rakaat dengan berniat kerana ingin meraih keredhaan Allah semata-mata.
(a) Niat - Lafaz dan niat solat sunat selepas berkahwin ialah: 
Niat Solat Sunat Nikah
(b) Bacaan Surah Surah-surah yang sunnah dibaca selepas Al-Fatihah adalah: 
a)  Raka’at pertama :
Surah Al-Kafiruun (Qulya Aiyuhalla kafirun)

b)  Raka’at kedua :
             Surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad) 
(c)Sujud syukur selepas salam

Kemudian, selepas salam dilakukan pula Sujud Syukur, ataupun boleh juga selepas akad terus dilakukan Sujud Syukur terlebih dahulu tanpa mengerjakan Solat Sunat Nikah tersebut yang ditangguhkan pada sebelah malam nanti. Ia terpulang kepada kesesuaian dan keselesaan individu dan pasangan tersebut untuk melakukannya.


(d)Membaca Doa Nikah
 Membaca doa nikah yang bersesuaian atau boleh dibaca contoh di dalam bahasa Melayu berikut:

(e)Memegang Ubun-ubun Isteri dan Mengucapkan Lafaz Doa


Seorang suami meletakkan tangannya di ubun-ubun si isteri ketika pertama kali mendekatinya. ubun-ubun adalah bahagian puncak kepala. Maknanya si suami letakkan telapak tangan kanannya atas puncak kepala isteri (biasanya selepas bersolat sunat berjemaah bersama-sama di malam pertama) dan bacakan doa memohon kepada Allah سبحانه وتعالى agar perkahwinannya mendapatkan berkah.

Hadis riwayat daripada Abu Daud dan Ibnu Majah, disebutkan bahawa Rasulullah bersabda:
“Apabila salah seorang di antara kamu menikahi seorang wanita atau membeli seorang budak, hendaklah ia memegang ubun-ubun isteri atau budak tersebut sambil menyebut nama Allah ‘Azza wa Jalla dan berdoa meminta berkah untuknya. Hendaklah ia mengucapkan"..

Friday 21 August 2015

Idea Goodies Bag | Door Gift 2015 ❤

Assalamualaikum..
nak jadi pengantin ni banyak yang di fikirkan..
Salah satunya ialah goodies bag atau door gift
yang diberi pada tetamu yang hadir ke majlis bersejarah nanti ;)

termasuk lah dengan wieya yang dok fikir nak bagi apa untuk
tetamu yang hadir nanti. Nak yang cantik tapi tak nak la mahal sampai
lari dari kos yang ada. In Sha Allah..

Sebagai contoh ada yang bagi beg. Ada yang bagi cenderamata
dan ada yang bagi kek dalam jar dan banyak lagi sebenarnya.
semua nya kos tapi biarlah ikut kemampuan dan kekreatifan
masing-masing. Hee Macam wieya banyak idea.
tapi tak tahu lah di luluskan oleh my mum ke tidak. hihi



Sapu tangan memang femess..

Kacang dalam botol.

kek dalam jar..nyumss

pelbagai jenis kek yang sedapp.

kudap kudapan macam marshmellow

something sweet in exclusive box 
klasik tapi elegen..auw rambang mata..
wieya dah tahu nak ambik yang mana.
Mungkin yang mudah tetapi semua orang suka.
adakah impian wieya menjadi nyata.
Moga Allah permudahkan..amin ya rabb..


Tuesday 18 August 2015

Wedding CheckList Awal


- Makanan.
wieya serahkan bulat-bulat kepada mak dan ayah. Makanan ni kira pakej kerusi, meja dan lain-lain
cuma hias meja makan pengantin masih loading nak ambik pakej atau lain..Hikss

- Bridal.
Bridal ni kalau ada pakej sekali dengan baju, pelamin, meja makan beradab, make up, hiasan bilik tidur lagi lah bagus. Tetapi wieya sangatlah cerewet ya ampun jadi tak adalah ambik pakej. Haha
Terminat mekap orang lain, terbekenan baju design sendirik dan tersuka mini pelamin nikah lain. ahakss, Nampak tak katsitu wieya ni cemana..

- Hantaran.
Part hantaran ni wieya dan encik tunang dah settle beli siap-siap 7 balas 5. Hee..Best masa wieya ada sale. Masa encik tunang tak ada. Brand sangat taste dia..hee. Thanks hadiahkan wieya dua barang hantaran idaman kalbu!

- Jurugambar
Masa tunang ambik photog muslimah, tak berkenan pulak gambar dia ambik. Jadi pilih photog yang dekat lagi berkualiti gambar berbaloi dengan harga. Phew! Harapnya seperti yang di ingin kan

- OV (Official Videographer)
Dah book tapi entahlah nebes pulak fikir pasal harga. * Fuhh lap peluh*

- Doorgift
Doorgift kalau boleh biarlah wieya handle sendiri sebab nak yang simple je. Yang penting, orang happy..ngee. tapi wieya suka concept samakan vip dan vvip supanya semua tetamu rasa dihargai sama rata ;)

- Kad kahwin
Kad kahwin pun jadi masalah jugak. kenapa? Sebab kad kahwin adalah penyumbang utama dari tetamu sbelum majlis bermula. kad sebelah wieya design sendiri. Tema custom made. Nanti bolehlah share dalam blog. Tak sabar sebab kad dah siap cuma belum ambik kat kedai. Full payment siap-siap :'D  tinggal tunggu kad sebelah bakal suami je blum siap. Nanti ambik sekali je.

- Photobooth & props
Haruslah ada. Confirm! wieya kan suka bergambar uOlss. Dah siap booking. Tinggal nak kawin je..upss. Props sendiri je..

- Bridesmaid
Dah berangan. Mungkin ambik sepupu angels wieya yang ramai tu baik sebelah ayah mahupun mak. Tapi belum reveal je lagi. Hee                                        

Sekain dulu checklist awal #WalimatulUrusWieyaRaudzi
Fuuhh tinggal 115 hari je lagi masa entri ni ditaip. Dup dap dup dapp 

Saturday 15 August 2015

Fresh Flower Or Artificial HandBouquet?

Assalamualaikum..
Sekarang wieya dalm dilema mengenai HandBouquet
yang sesuai untuk majlis nikah, sanding dan tandang.
warna tema dah ada. Syukur Alhamdulillah..

Nak yang fresh flower atau articial ataupun pearl?
Kalau semua nak boleh tak..Haha
Nikah memang confirm nak fresh flower..
sanding rasa nak fresh jugak..teehee
dan tandang pun macam nak bunga fresh..


Maka nya adakah wieya tak merasa HB pearl?
atau mungkin HB fresh flower membazir?
dan sesetengah itu kata tampak cepat layu.


tapi sebenarnya guna bunga tangan segar la
nampak hidup dalam gambar..hehe.
Jadi kalau nak yang pearl kena lah pilih yang bersesuaian.
Rasanya masa tandang mungkin :p

alamak..dilemanya. Kena tengok bajet ni..
tanya encik tunang semuanya okey. Haha
memang jenis tak kisah janji wieya suka..ngee
so marilah berangan..dan wanita sentiasa dalam dilema
apabila verangan uOlsss.....


Monday 10 August 2015

Majlis Perkahwinan Impian yang Super Sederhana.

Assalamualaikum..
Jom tengok apa yang patut ada masa 
majlis wedding wieya dan pasangan nanti..hee
Sederhana In Shaa Allah..
Perkara Mesti Ada

Spa session. Nak memanjakan diri sebelum bergelar puan. ihikss
- Sesi jumpa kawan-kawan bujang. Hang out bersama.
- Sesi berinai guna inai pokok dan dicampur gambir



- Baju nikah idaman kalbu
- Mini pelamin nikah idaman


- Bridesmaid pakai baju sama
- Hantaran kedua pihak ketika majlis nikah.
- Tahlil sebelum nikah
-  Pengapit di kalangan keluarga
- Videographer yang pro rmerakam moment terindah
- Jurugambar yang alert snap moment
- Mak andam yang sentiasa ohsem
- Goodies yang sederhana.
- Makanan yang mencukupi dan sedap. Tetamu puas hati ;)
- Kek kawin dan kek cawan untuk sesi potong kek.

Perkara yang tidak perlu ada

- Malam berinai yang tukar baju bagai
- Inai yang ukir-ukir walaupun bentuk flora 
- Tepung tawar atau renjis merenjis.
- Beg goodies yang vogue.
- Karoke di malam hari.
- Kad kahwin mahal.

Perkara yang boleh ada jika ada budjet lebih

- Centrepiece


- TQ tag
- Prop untuk bergambar
- Photobooth | guestbook corner
- Candy buffet
- Welcome board

- Pakaian sedondon keluarga ikut tema warna.
dan baaaaaanyaakkk lagi!!

Harapnya impian ini terlaksana..
dan masih nampak sederhana tapi meriah 
dan tampak eksklusif mengikut kemampuan masing masing.
Banyak lagi nak guna duit selepas kawin. phew!
psst : wieya sedang buat chechlist dari sehari ke sehari update ;)
Moga dipermudahkan urusan..amin

Friday 7 August 2015

Dilema B2B: Tempah atau Sewa Baju Pengantin?

Assalamualaikum..
Ada tak B2B yang hadapi dilema, taktau samada 
nak sewa yang sedia ada sewa tempah atau 
nak tempah baru baju pengantin kan? 
wieya sedang consider option 
untuk sewa tapi nak dapat baju pengantin 
yang sesuai dengan size dan taste wieya, tak jumpa.
 Akhirnya option kedua untuk custom made  dipilih.

 Beberapa pro and cons untuk B2Bs consider 
sama ada nak buat baru atau nak sewa je baju pengantin..
Macam yang wieya alami sekarang *sigh*

"If I were to tailor made my own wedding dress within my specific budget, would the result be the same as the dress that I'd dream of ?
 If the answer is YES, you go for it girl! 

Personal Tips:
If you were to tailor made you wedding attire, please don't go for the approach - "buat baju yang boleh pakai lagi lain kali supaya tak rugi" because I do believe Wedding Dress is too special and it can never be the same like our everyday/kenduri wear. A Wedding Dress must look like a wedding dress, no compromise! You must look and feel special wearing it, as wedding happens only once in a lifetime :)

a) BAJET/KEWANGAN

SEWA: pilihan untuk menyewa baju pengantin yang sedia ada di butik/orang persendirian lebih menjimatkan wang. kita dapat baju yang confirm cantik (sebab kita dah try dan dah tengok baju tu) tanpa perlu menghabiskan jumlah wang yang besar. Lagi satu, kita tak perlu susah-susah pun nak fikir nanti nak padankan dengan veil macamana, tudung, kasut, perhiasan dan sebagainya. Everything is prepared for you! 

TEMPAHtempah memang best kalau kita sedia untuk berbelanja besar dan sedia untuk menanggung risiko kalau-kalau nanti hasilnya tak sebagus yang kita bayangkan. selain tu, banyak perkara yang perlu difikirkan bermula from top to toe

b) KUALITI & KEPUASAN DIRI

SEWA: Ramai yang tak memilih untuk sewa sebab nak pakai baju baru yang belum pernah orang lain pakai. Depending on your budget, sewa kadang-kadang memberi kepuasan yang berbeza pada seseorang sebab boleh memilih baju kesukaan tanpa perlu berbelanja besar. Bagi sesetengah orang, memilih busana yang belum pernah digayakan oleh pengantin lain merupakan satu kepuasan sebenar. Perkara ni subjektif, it depends on how we value it. Setengah orang berpandangan, sewa pun takpe sebab kahwin sekali je...tak berbaloi untuk tempah baju sebab obviously baju pengantin tak boleh pakai pergi kerja, duduk rumah apatah lagi dinner biasa. Kena tengok tema jugak, kalau lari tema nanti nampak over. kenss

TEMPAH: Pada wieya custom made baju sendiri memang memberi kepuasan berbeza. Harapnya baju yang siap nanti lebih cantik dari yang dibayangkan. amin. Kalau weouls memilih untuk tempah sendiri dan mahukan kualiti serta hasil yang terbaik, wajib kena pilih designer yang mahir supaya kita tak kecewa. Memanglah jimat kalau beli kain murah dan hantar pada tailor biasa, tapi kena tanggung risikolah, Sangat jarang terjadi hasilnya memuaskan. Kadang-kadang kain rosak, ada terjadi tersingkat dan macam-macam lagi .

Ramai orang pandai menjahit tapi tak ramai yang mahir dan seni dalam hasil jahitan. Kalau kita jenis yang tak kesah pada kualiti, tempah pun mungkin jimat cuma hasilnya pasti berbeza. Saya percaya ada beza  hasil seni dari tangan yang mahir, that is what we pay them for - art & skills!

c) MASA

SEWA: Kalau tempoh persiapan singkat, contohnya tinggal kurang 4 bulan dan perkara lain belum settle, sewa adalah pilihan terbaik untuk mengelakkan kelam kabut, lari bajet, baju tak siap, tak fit pada badan dan sebagainya. 

TEMPAH: Perlu persiapan awal sekurang-kurangnya 4 bulan untuk elak baju tak siap. Perlu bersedia untuk belanja lebih dari bajet kalau buat persiapan lambat.

d) LONG-TERM USE

SEWA: walaupun sewa menjimatkan belanja, tapi untuk long term, kita dah tak boleh pakai, simpan atau guna semula baju pengantin kita. Kalau ada pun yang tinggal hanyalah gambar kahwin untuk diabadikan sebagai memori terindah kita. Hikss

TEMPAH: Kelebihan tempah baju sendiri ialah kita boleh simpan baju kita untuk kenang-kenangan. kalau badan tak naik (the lucky ones) selepas sepuluh dua puluh tahun kawin, mungkin boleh consider pakai balik pada hari istimewa seperti wedding anniversary untuk buat kejutan pada suami ;) Best kan..

e) RISIKO

SEWA: Satu kelebihan bila sewa baju, kita tak perlu menanggung sebarang risiko yang selalu terjadi seperti baju tak siap, upah yang diminta berlebihan (tak sama seperti yang dijanjikan awal2), baju tak fit, kain rosak dan sebagainya. Everything is already in place, just wait for the day and get ready to rock it!

TEMPAH: Perlu sedia menanggung risiko kalau baju tak siap walaupun tempah awal (3 bulan), ketakutan tu tetap ada bila wieya decide untuk longgarkan/besarkan sikit ukuran baju seminggu sebelum majlis. Risau weh!


***

Kesimpulannya, kedua-dua pilihan mempunyai pro and cons masing-masing.
 Tepuk dada, tanyalah selera dan jangan lupa tengok poket sendiri :)
psst nasib encik tunang setuju nak nak custom made baju walaupun dengan bukan dgn designer
Harapnya tak mengecewakan untuk kenangan seumur hidup.
Bismillahirrahmanirrahim...

Tuesday 4 August 2015

Majlis Di Rumah VS Majlis Di Dewan

Assalamualaikum..
Hari ni cuma nak compare antara majlis di rumah
 dengan majlis di dewan. Dua-dua ada pros and cons. 
Tapi pilihan wieya tetap dekat dewan :)
 Masing masing pendapat la kenns

Majlis Di Rumah

Pros : 
-Tetamu boleh sembang lama sikit. Takdak limit masa.
-Lebih bersifat kekeluargaan lebih-lebih lagi kalau rewang/gotong royong
-Jumlah tetamu tak terhad. Even meja penuh, ada je ceruk-ceruk ruang mana boleh duduk.
-Pelamin rumah jauh lebih murah dari pelamin dewan.
-Jimat. Tak perlu sewa dewan bagai.

Cons :
-penat kemas rumah sebelum majlis dan lepas majlis.
-ruang parking terhad.
Majlis Di Dewan

Pros :
-tak perlu kemas rumah sangat.
-kebanyakan dewan sediakan ruangan parking yang cukup.
-pelamin grand dan besar.
-sesuai untuk min gathering.
-Lebih selesa dan banyak ruang

Cons :
- Tetamu tak boleh sembang lama sangat sebab ada limit masa.
- Kos sewa dewan agak mahal, tapi tempat wieya masih berbaloi masih bawak 1k ;)


Mana satu pilihan hati?
Ia bergantung kepada bajet.
Kalau ruang rumah uOls besar seperti di kampung
majlis di rumah sangatlah sesuai.
tetapi untuk orang yang ada bajet, majlis di dewan agak berbaloi.
Selain selesa, majlis nampak lebih grand :p
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi