Saturday, 31 October 2015

Hot! Pilihan Contact Lense Bakal Pengantin.

Assalamualaikum..
alhamdulillah makin hari makin menghitung hari bahagia.
Cukup hari ni penghujung bulan Oktober..
tunang datang jumpa hari ni , sebab nak hantar sim kad U mobile!
weouls dengan Celcom bertahun-tahun lamanya setia.
Kemudian beralih ke Maxis beberapa bulan 
dan terus merisik ke U mobile pulak. Haha. Bercinta via sms dan telefon camni la ;p
Okey sebenarnya bukan nak cerita  sistem telekomunikasi
tapi pasal tunang teman belikan contact lense/ kanta lekap untuk hari bersejarah nanti.

Seronok sebenarnya nak pakai kanta lekap ni..
tapi kena pilih warna yang bersesuaian dengan wajah dan citarasa masing-masing.
Macam wieya sukakan kanta lekap yang berwarna tapi nak natural.
10 minit jugaklah encik tunang tunggu untuk pilih pada pemakaian kanta lekap
majlis nikah dan sanding nanti, Begitu juga dengan majlis tandang 
sebab wieya sebenarnya memang seorang yang 
berkaca mata sejak umur 10 tahun lagi :') kes pakai cermin mata
 dek tengok hindustan di tv dengan jarak yang dekat
buat wieya rabun seawal kanak-kanak di sekolah rendah. haiss..

Pemilihan kanta lekap berwarna ada banyak pilihan brand.
tu yang jadi rambang mata sebenarnya. Hikss
Ni antara warna warna hot untuk bakal pengantin...
Ok nampak tak nama warna ja pun macam-macam..
dan akhirnya wieya memilih warna natural bak inner shine je ;)
Kalau yang dah biasa pakai tu mesti dah tau kan warna yang best untuk wedding..hee
Nanti wieya review lepas kawin nanti ^____^

Thursday, 29 October 2015

Idea Beading Veil dan Baju Trend 2015

Assalamualaikum...
tinggal beberapa hari lagi nak masuk bulan baru.
macam tak pecaya pun ada. Cepat sangat masa ;)
tengok dekat counting tracker rasa macam tinggal kurang beberapa hari lagi
hari bersejarah wieya dan bakal suami.

Sekarang tinggal nak beading baju nikah sendiri.
Buat pemilihan bunga tangan nikah/sanding
Buat pemilihan tempat pelamin/photobooth dan meja makan.
Fitting baju kali kedua dan ketiga.. Siapkan hantaran bulan 12 nanti!
Best rupanya buat persiapan kawin ni..Heksaited!

Jom usha beading best-best untuk baju nikah khasnya..

baju akad nikah putih roses pink

pink+cream+purple = totally a great combination ;p

manik macam ni klasik!



patch lace ;)


less is more :'D
Image

Suka jugak bunga 3D kat veil atau baju nikah nanti..
tengoklah nanti ada ke tidak kat baju nikah wieya nanti..
Mencari ilham untuk jahit manik pada baju nikah..
Doakan dipermudahkan urusan wieya ye ;)

Sunday, 25 October 2015

Tuto : DIY Flower Crown For Bride Edition

Assalamualaikum.
sebenarnya dah lama teringin nak pakai makhota bunga ni.
nak nak masa majlis kawin nanti ;) hehehe
Memang nak beli je fresh flower untuk buat crown tapi bila terjumpa tutorial ni 
di Youtube. Rasanya tak salah kita cuba sesuatu yang baru.
 Yang penting boleh jadi kenangan kelak.
Nampak simple je tutorial ni. Jom belajar sama-sama. 
Moga impian nak pakai flower crown tercapai..amin.

Okey tutorial kat bawah ni ada dua jenis. Satu untuk yang nampak fresh
dan tutorial kedua nampak fancy dan feminin. Dua-dua tutorial yang mudah.
wieya suka dua-dua. Niat dihati nak buat crown untuk bridemaid dan flower girl..hee
dan wajiblah untuk diri sendiri. Doakan wieya sukses! ^____^





Korangg mesti geram rasa nak cuba buat jugak. Senang ya rabbi!
Nanti dah kawin boleh lah review my DIY flower crown.. Okey? ;)
Yang penting nak share dengan semua blogger terutama Bride to Be untuk cuba
dan mencari kelainan untuk hari bahagia memasing ;p

Biasalah kalau namanya DIY haruslah ada try and error.
Mesti korang puas hati bila dah jadik. Rasa hati berbunga-bunga..
Serius akan rasa bangga jap sebab hasil tangan sendiri kan. Haha
Okey selamat mencuba.! Terima kasih membaca..
#Tak pandai buat tuto tapi pandai share tutorial dengan semua orang.
;)

**Update : ada yang jenis ikat reben dan yang jenis mudah terus letak atas kepala.
yang penting itu semua ikut kreativiti memasing.


Friday, 23 October 2015

Flowers Girls Inspired!

Assalamualaikum....
Sikit demi sikit hari yang dihitung kurang angkanya..
hehehe..macam-macam perasaan ada..yang penting impian
majlis perkahwinan yang di idam dapat berjalan 
dengan lancar pun sudah cukup bermakna buat wieya dan bakal suami.
Tema warna ketiga-tiga majlis sudah dipilih.
Majlis nikah, majlis sanding dan majlis bertandang.
Setakat ni dah 70% sudah siap..Tinggal sikit lagi persiapan yang perlu dibuat ;p

Setiap orang lain pengalaman  persiapan kawin kan?.
Sekarang tengah decide banyak perkara..idea demi idea inspired muncul..
Bagi chance lah bakal pengantin nak feeling raja sehari :')
Flower Girl..Pengapit..BrideMaid..In Shaa Allah dah selesai.
Doorgift selesai. Baju nikah selesai. Baju sanding selesai.
Tinggal nak pi fitting kali kedua dan ketiga ..hee


wieya kuat verangan..Tak sangka dah nak kawin.
Selepas nie banyak lagi kena tempuh. Doakan yang baik-baik tau
Tengah survey manik, reben dan keronsang. phew!
Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah jua adalah sebaik-baik perancang
kiki emoticon
 
So comels!

Ada flowers girl bersama-sama dengan raja sehari nampak sweets sangat.
sebab budak kecik kan. Pakai pulak dress yang menampakkan lagi
kecomelan depa memang menyerikan majlis kelak.
Jadi dah decide 2 orang sebagai flower girls wieya..
Moga semuanya seperti yang dirancang.. :')
yang penting dua-dua sangat cheeky dan suka selpie..haha
Terima kasih sudi membaca!

Wednesday, 21 October 2015

Idea Kek Kawin Idaman 2015

Assalamualaikum..
Kek kawin memang trend sekarang. Siapalah tak mau fefeling manja
dan romantis dengan suami yang sah sambil 
potong kek dan ada sesi suap menyuap kek kan?
 So pilihan kek yang terbaik kenalah teliti. Barulah puas hati
Raja dan ratu sehari la katakan. Hikhik
Jadi wieya memang penggemar kek dan encik tunang kurang.
tapi still makan jugak sikit tak macam wieya. Semua jenis kek suka!

Ok gambar di bawah adalah idea kek kawin idaman wieya untuk pelan Manis 2015
#WieyaRaudzi nanti. Tak tahu nak yang macam mana. Rambang mata.
Tengah survey harga kek jugak. Sama ada nak yang
 tiga tingkat, setingkat mahupun dua tingkat sahaja. Semua pun boleh ;p

Sediakan duit sahaja. Pilihan di tangan bakal pengantin sendiri.
wieya memang suka fresh flower..tapi tak mau yang sarat sangat. 
Sebab kita nak makan kan. Kang susah pulak nak potong kek.. Hee
Dekorasi memang dabomb kalau kena dengan Baker yang kreatif.

kek ala garden..Memang ohsem! Harga pun secantik dekorasi :')

kek ala rustic. Sesuai dengan tema desa :'D

Kek gabung dengan kek cawan buat ala menara. Ohsem kan?

terbekanan yang ni. Design ruffle!

Unik..Hehehe. Suka semuanya! nyumsss

Kek macam ni kemas. Bolehkena dengan segala tema wedding.
:') Tepuk dada tanyalah hati dan selera masing-masing.
 I paling suka kek rainbow pelbagai perisa tuu. 
Choct moist pun sedap dengan red velvet!
arghhh nak semua laa. Hehe.. Moga impian jadi kenyataan. amin.
Esok hantar borang nikah..Moga dilancarkan semuanya pasal majlis penting ni.
Doakan wieya ya. Terima kasih sudi membaca korangg !


Monday, 19 October 2015

Veil Bertandang Inspired HZ

Hai...Assalamualaikum semua.
Macam yang wieya janji dalam entri lepas nak update
pasal veil bertandang kan.. Ikutkan hati memang akan ada veil net biasa tu
tapi wieya tak selesa dan yakin bila bahagian pinggul pengantin
nampak sedikit ketat dan menampakkan bentuk pinggul.

Jadi salah satu cara untuk keselesaan diri.
wieya nak DIY sendiri veil bertandang. Kenapa veil bertandang
dan bukan veil resepsi. Sedangkan veil nikah wieya dah stori kan..
Sebab veil resepsi dah selesai siap. Tak DIY pun ;p
In Shaa Allah review lepas wedding je nanti..haha

So yang problem untuk veil bertandang :')
nak DIY laa..Baru la ada rasa feel buat sendiri kan..
yang veil resepsi dah puas hati dah. Simple but eksklusif. Gittu..

veil bertandang idaman kalbu adalah ala-ala veil keknis time bertunang.
hope DIY wieya menjadi la hendakNya.
Beli kain. Hantar kedai jahit tepi dan jahit lace dan manik..teehee
Rasa agak nampak mudah. tapi kita tengok nanti hasilnya macam mana ya ..hehehe

Cantik kan..veil berjurai macam tu. sopan like princess.

Doakan wieya dapat cari warna kain veil untuk majlis bertandang
dan  harapnya angan-angan dan impian menjadi kenyataan.
 Memang trend kan tudung keknis ni..Lembut dan sejuk je kain nya. Hee
tak sabar nak feeling princess jugak nanti..
Nanti wieya update teaser bila dah nak dekat wedding nanti ek
Moga baik-baik saja, Dup dap dup dap counting hari..phew!
:)

Friday, 16 October 2015

Idea Bride's Crown 2015 ❤

Assalamualaikum...
Berkisar tentang B2B lagi. Teringat akam makhota yang menaikkan seri pengantin
bergelar raja sehari di hari bersejarah :)
Makhota atau crown ni memang banyak sangat jenis dan bentuk
yang ada diluar sana baik di butik mahupun di kedai-kedai aksesori online.

crown from my wedding boutique's

wieya sendiri dok suvey crown yang akan di pakai nanti
di hari resepsi dan tandang. Masa fitting baju hari tu ada cuba satu crown tu
memang agak berat. Ada yang design terlalu tinggi. 
Dan ada yang terlalu sarat dengan kerawang dan permata :') 
Susah sebenarnya yang nak menepati citarasa wieya
encik tunang dan wieya memang tak suka crown yang tinggi 
sampai nampak macam pengantin tak selesa.
tapi itu semua terpulang kepada citarasa bakal pengantin itu sendiri.
Bagi wieya,,wieya memang cerewet sikit bab nie -____-

sampai terbeli satu crown yang agak berpatutan
Crown tu tak terlalu mahal dan tak terlalu tinggi. Hehe
Comel je. tetiba pulak rasa macam terlalu simple ;p
dah nampak crown lain pulak yang lebih cun ..adehh 
Pengantin perempuan dan crown memang sinonim.
Barulah bergelar ratu sehari. Ye dak? Haha




wieya suka yang simple macam ni ;)
ringkas dan eksklusif.. yang penting bride tampak cantik!
wieya beli online je yang ni. Bertandang je satu set dengan persalinan baju. Hikhik
next update : veil bertandang..

Tuesday, 13 October 2015

Idea Wedding Pillow Ring

Selalunya kalau dulang hantaran untuk ring..
Mesti ring tu letak dalam kotak kedai emas bagi tu kan...
alahai macam bosan kan...why not kita change sikit, 
kita gantikan box baldu tu dengan pillow yang kita DIY..
Mesti sweet kan...wieya google sikit gambar contoh pillow ring/ bantal cincin
Jenis pearl, tampak eksklusif :)

Ni jenis bantal bersulam. Sangat berseni :")

lace dan feminin.. ^___^

Ribbon and lace..awesome!

Tak sabar nak DIY..hikhikhik. Buat mana yang mampu ;)
Moga DIY wieya berjaya.. In Shaa Allah.. untuk cincin nikah bakal suami.
wieya sangat berminat nak ikut idea bantal cincin ni. Settle!
Mudah pun mudah. Then boleh buat kenangan seumur hidup..ngee
Loook exclusive sangat! Moga menjadi kenyataan.

Wedding Shoes

Assalamualaikum
Sekarang nak story tentang kasut kawin.
Lumrah la prempuan. Dari atas sampai ke bawah nak yang
terbaik untuk majlisnya. Dari shawl dan veil hingga ke kasut ;p

Tips cari "Wedding Shoes"

- pilih peep toe shoes ke heels ke yang ada platform dekat depan kerana ia akan mengurangkan kesakitan kaki dan akan kelihatan lebih cantik and sexy gitu...

 - pilih la yang tinggi tapi jangan la sampi berinch-inch, nanti tak berjalan pulak.sebab ianya akan menampakkan posture badan yang cantik dan yang penting kita akan kelihatan slim.
Sebenarnya wieya tak selalu pakai kasut tumit tinggi
tapi akan cuba sebaiknya untuk berjalan nanti..
maklumlah baju dah berekor kan..Nasib encik tunang suka baju berekor meleret..
Ikutkan wieya nak yang mudah dan senang untuk kita berjalan.
tapi kasut kawin wieya tak tinggi sangat dan tak rendah sangat :')


Cantik kan kasut-kasut heel kat atas nie ;)
rambang mata dibuatnya. Banyak yang boleh survey untuk kasut
Contoh jenama, Charles and Keith, Aldo, Zalora, Vincci
dan banyak lagi jenama yang boleh dibeli ikut kemampuan.
Heels wieya tunggu wedding buat review nanti..In Shaa Allah..
Kasut nikah dan sanding - DONE!

Sunday, 11 October 2015

2 Month before Miss to Mrs

Assalamualaikum..
bila ada kelapangan hari ni rasa tiap hari nak update blog laju-laju
Ok tengok ticker counting kat bawah ni. *kesat mata
Macam tak pecaya tinggal 2 bulan je lagi.
alhamdulillah syukur satu per satu payment dibuat :')
tadi petang settle bab doorgift. Online je sekarang.
Mudahkan..tapi ada liku-likunya. Hahaha
Nanti dah selesai boleh buat review..Hmm blogger tegar la katakan. ngee

Sekarang yang selalu wieya buat adalah catat nota.
dan blogwalking blog bride to be yang sedang counting days hari bersejarah.
ambik idea mana yang best. Sebab setiap orang lain caranya.
tak salah kita nak rujuk, buat pedoman bersama.
Belajar dari ilmu dalam talian. gituuu ;p

Happy tengok kengkawan buat persiapan. wieya tak semua nak sharing 
dalam blog ni sebab selagi belum majlis. Haruslah rahsia dan teaser sikit-sikit. hikss
tengok best je orang DIY..tapi wieya ni tak sekreatif dan serajin bride to be yang gigih
menyiapkan persiapan majlis sendiri. wieya kagum dan tabik..

mak dan ayah pun belum memanggil jemputan walimah secara official lagi
In Shaa Allah bulan 11 dah boleh keluar jemput tetamu untuk meraikan
majlis perkahwinan #WalimatulUrusWieyaRaudzi ..hmm * kenyit mata

Dua bulan terakhir sebelum bertukar status ni emosi banyak sensitif ..
apa yang sensitif sangat pun tak tau. kesan penangan nak kawin maybe
tapi positifkan diri tu penting bak kata encik tunang
Banyakkan bersabar dalam tiap perkara..
kita kena ikhlas menerima dan memberi...Moga Allah redha. amin.

Bulan depan lebih mencabar..Semoga kami berdua diberi kesihatan yang baik.
seronok tengok Bride to Be update macam-macam.
Siapa bakal pengantin 2016 bolehlah tinggalkan link di komen ni ek.
Boleh kongsi pengalaman masing-masing nanti. Bestnyerrr!!

Checklist 2 month before Miss to Mrs
Handbouquet - Nikah
Handbouquet - Sanding
Photobooth -Resepsi
Homestay - One night
veil bertandang 
2nd payment - Videography
payment make up - nikah + resepsi

Yang atas ni la tengah bermain-main dalam kotak fikiran wieya sekarang.
Doa selalu kata encik tunang. Moga dipermudahkan..amin ya rabb!
*seronok la tengok kawan-kawan pakai baju pengantin
Entah cemana rasanya nanti bergelar raja dan ratu sehari ^___^ V
Fuhh tarik nafas dalam-dalam.. Moga smooth dan lancar..

Saturday, 10 October 2015

BrideMaids Hunting ❤

Assalamualaikum
Dekat-dekat nak majlis ni banyak pulak
idea yang timbul. Tapi serius cakap wieya tak banyak sangat DIY
banyak order dan bayar..Itulah wieya sekarang.
Mungkin sebab malas nak fikir tapi berbelanja kena lebih sikit la ..aigooo

Hari ni Hari Sukan Negara..
Julung julung kali diadakan.. We support #HariSukanNegara!!
Yeay..sempat menyelit pasal isu terkini 10.10.2015
Esok genaplah dua bulan sebelum majlis. Phew!
Sebagai Bride To Be tipulah kalau tak risau dan banyak fikir :')

Sekarang yang bermain dalam otak fikiran wieya adalah
siapa gerangan dayang-dayang time wieya nikah..Hehe
Setakat ni ada 3 orang yang confirm 
dan cuma tinggal 3 orang lagi untuk lengkapkan ahli dayang-dayang ku
merangkap peneman nebess dan penyeri sang raja dan ratu sehari..ngee

Idea yang bernas.. Please coming to me..
Banyak idea sekarang dan bila menaip dapat tenangkan pemikiran wieya
Bila ditanya pendapat, lain orang lainlah buah pemikirannya
yang baik jadikan teladan, yang tak berkenan letak tepi ;p
eh kalau uOls perasan, background blog dah tukar soft pink
tanda ambik feel romantis sikit-sikit. Berkobar sikit nak menaip
Dua bulan lagi katanya #alahsayang 


Sebulan setengah je lagi nak berhenti kerja sekarang.
tak tahu nak nangis ke nak gembira :'D
mungkin patut gembira aja..sebab banyak yang tak best dari best kerja sekarang ni.
yeah lepas ni kena masuk dalam alam baru yang belum penah wieya rasa.
Jadi perasaan tu haruslah bercampur aduk. Titik

Meh searching my bridemaid lelaju untuk majlis nikah.
Masa tinggal tak berapa lagi. *kesatpeluh*
Kadang-kadang tak tau nak mula dari mana.
Sebab tu pentingnya list, buku dan pen!
wieya siap taip checklist dalam Microsoft Excel tau ;)
Let's think, and dreaming....

Tuesday, 6 October 2015

Checklist Oh Checklist | 2 Bulan Pelan Manis 2015

Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik dah semakin hampir majlis.
Masa ni la dalam fikiran bermacam-macam perkara terlintas.
tapi wieya bersyukur sangat-sangat, pasal doorgift dah selesai.
Dah tak payah fikir setelah berbelanja ikut kemampuan.
tunggu dekat majlis, orang datang hantar depan pintu :')

tapi siyes, sebagai bride to be dalam ekonomi yang merosot sekarang ni
ditambah pulak setiap perkara ada GST..Naik stress jugak uOls
kenyataan yang perlu diterima untuk bride to be lepas April 2015
hidup kena diteruskan. In Shaa Allah..

Baju nikah dan baju sanding on the way done..teehee
yang bestnya Sabtu lepas pegi butik fitting kali pertama..
Wow eksaitednya tahap nebess.
Itulah kali pertama tengok baju sanding sendiri.
walaupun belum beading dan lace sepenuhnya lagi.
Baju nikah pulak perlu alter sikit untuk kecikkan saiz dress ikut idaman kalbu.
Veil nikah yang drama tuu pun tengah beading :)
Hope menjadi seperti yang di idamkan, mudah-mudahan.

wieya sempat DIY mana yang mampu je ;)
sepenuhnya wieya tak sempat. Sebab nak DIY kena rajin. ngee
bila kita tengok orang DIY..kita rasa nak buat jugak.
tapi bila kita berkerjaya. Masa dan tanggungjawab menyekat idea iOls. haha
Ikutkan hati nak DIY sendiri veil nikah..tapi dek kerana wieya dah kering idea
Just hantar butik, dan tunggu siap untuk last beading 
wieya menanti dengan penuh debaran untuk baju sanding, nikah dan veil

Pasal baju tandang pula, wieya fitting hujung bulan 11 maybe.
tunggu respond dari akak butik untuk fitting kali pertama, kedua dan final :p
wieya nebes tunggu hari berganti hari untuk bertukar status.
tinggal veil tandang nak DIY sendiri rasanya.
Sebab dah terbekenan veil idaman kalbu seorang artis ni :']
Haha..tak tahu la menjadi ke tidak..tralalala
tinggal nak habiskan payment mana yang tertinggal T_T



Sebagai manusia biasa, menjadi kebiasaan kita insan yang lemah ini
banyak sangat kekurangan nya. tengah berangan tentang HB, Majlis ,
Cuaca dan Kesihatan itu biasa. Moga baik-baik saja. Kerna Allah taala ada.
Dua bulan sebelum majlis. Macam macam fikir..
Mungkin ini semua perasaan semua pengantin Cik sebelum bergelar Puan..eheee

Dua Bulan penuh debaran 
Borang Nikah - Done
Door Gift - Done
Baju Family - Done
Katering - Done
Mini Pelamin Nikah - Done
Hantaran 7 Balas 5 - Done
Hand Bouquet Tandang - Done
Payung Majlis Resepsi - Done
Kad kawin - Done

Checklist Pending
Baju Sanding + Veil
Baju Nikah + Veil
Handbouquet Freshflower
Photobooth
Meja Beradap
Banner kawin
Baju Bridemaid

Moga sebulan sebelum majlis segalanya selesai. amin
nebes tak habis fikir..Bridezella..Haha
Duit mengalir macam air.. Maklum la bukan anak orang kaya
tapi penuh kesederhanaan. Wieya bahagia menanti detik ini.
wieya dan encik tunang harap majlis berjalan dengan sempurna..


:)

Friday, 2 October 2015

Resepsi Sahabat Sekolah, Shima | Hamizan

Assalamualaikum...
Syukur alhamdulillah..dapat jugak hadir ke majlis sahabat baik
wieya tika di bangku sekolah menengah iaitu Shima dan pasangan
yang mengenakan baju berona merah ;)
Cantik sangat! berseri-seri sangat...
Pengantin sangat sama cantik dan sama padan..

Shima adalah sahabat wieya yang sama-sama masuk tingkatan 6
dan sama-sama ambik kursus kawin..hee
dan giliran Shima sampai dulu. Giliran wieya tinggal 70 hari dari sekarang. ngee







Selamat Pengantin Baru wieya ucapkan untuk Shima | Hamizan
Moga perkahwinan dibina hingga ke syurga..
dan harap hubungan persahabatan kita kekal selamanya.
:')

Thursday, 1 October 2015

Resepsi Khomsah | Amir

 Assalamualaikum...
banyak wedding kawan yang wieya hadir..
tak sempat nak update. Hikss
dek kerana tak sihat, rindu dan gian pulak nak menaip ;p

Cuti sekolah baru ni ramai yang kawin..wee!
termasuklah member-member seangkatan dengan wieya
Cantik baju songket dan baju biru purple pilihan
raja sehari 19 September baru-baru ni..







Cantiknya lahai...Dah selamat dah..hehe
Selamat Pengantin Baru ye..
Moga bahagia till jannah..
Lepas pegi wedding Khomsah | Amir..
wieya dengan dak muss dan dak farhana pi makan
kenduri undangan Shima dan suami pulak.
Gambar?.. next entri pulak ek :)


 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi