Assalamualaikum.
Hai semua..Sekejap je nak sampai penghujung April :)
tapi wieya tetap nak review pasal hantaran nikah wieya untuk encik suami. Hiks
Bila pihak suami bagi 7 dulang, wieya balas dengan 5 dulang..
Bukan kah sepatutnya dulang hantaran perempuan untuk lelaki lebih banyak ke?
Tapi weouls tak ikut ada Melayu sangat bab angka ni..
yang penting keikhlasan dalam memberi hantaran..
Lagipun kami berdua sepakat nak bagi 7 berbalas 5 dulang..
pihak suami yang bagi banyak, dan wieya ikutkan je mana yang terbaik ;)
alhamdulillah, tiada manisan untuk hantaran kali ni..
warna tema simple, dan wieya deko hantaran pun sempoi je.
Tak ada nak upah orang..Semua buat sendiri..hikhik
Patutnya photog harus ambik dari bahagian bawah menampakkan dulang hantaran
Baru nampak cantik. Tapi tengok-tengok gambar dah camni..
wieya redha saja lah, Tak nampak lah jurai manik keliling dulang.. ":\
Hantaran wieya untuk Suami
Baju kameja jenama Crocodile :)
Kasut kulit jenama Camel
Masih belum rasmi setakat ni..♥
Jam tangan jenama Fossil ♥
Limited Edition katanya. Suami wieya memang minat jam besar
Wallet dan tali pinggang ^___^
Setakat 4 bulan ni encik suami baru rasmi wallet je.
Tali pinggang masih simpan kemas dalam kotak
Minyak wangi- Mont Blanc ♥
wieya suka baunya, lembut dan ada bau suami :*
Alhamdulillah selesai bab review hantaran nikah.
Bagi kami persiapan kawin bab hantaran memang kami shopping awal
sebab tak nak kelam kabut disaat akhir...Syukur sangat-sangat
kami tak ada masalah untuk menyediakan hantaran.
Semuanya berjalan lancar tanpa banyak membazir..
Yang pastinya semua adalah set kelengkapan diri yang akan dipakai
selepas majlis, Moga boleh dijadikan inspirasi bagi Bride to Be di luar sana.
Bekas dulang simple, kalau pandai hias memang mewah.
dan kalau uOls banyak bajet, boleh lah guna fresh flower untuk satu dulang.
Semuanya tepuk dada, tanya duit poket sendiri..
Sekian, terima kasih sudi baca entri kali ni...tata..