Assalamualaikum. Ketika ini air mata aku menjurai jurai jatuh ke riba. Pipi apatah lagi laa.. jangan cakap. Memang basah dengan air mata. Aku perlukan teman, tapi tiada siapa sudi cakap. Aku begitu sensitip hari ni. Ya Allah.. berilah aku kekuatan. Aku nak balik je rasa. Kuatlah. Jangan menangis. Aku dah sakit hati, aku kecewa, aku redha. Berat sangat rasa hati ini sekarang. Tak tahu nak luah dimana. Alhamdulillah, di bl0g la aku luahkan segalanya. Aku tahu dikau pembaca pun tak ingin nak baca. Aku sedar, tapi biarlah segala galanya aku je yang tahu. Saat ni badan aku nak demam. Aku sakit. Tapi sakit lagi hati dan gelora yang aku rasa. Kurangkan tajam peritnya.. kenapa dengan emosi aku seseorang?. Aku perlu cakap dan bercerita. Tapi pada siapa. Ya Allah.. air mata ni gugur lagi.
Berikan aku kekuatan. Aku tak sanggup selalu macam ni. Baiklah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya kan? Jadi aku mesti kuat dan tabah. Seksanya berjauhan dengan mak. Dear..huh?! malas nak bercerita pasal ni. Aku takut sangat. Aku TAKUT untuk katakan yang aku akan keseorangan. Memang nak nangis laju laju T_______T. Ya Allah..kepadaMu aku berserah. Aku perlu ingat walau tiada sesiapa insan disisi. Tapi aku ada DIA. Sang pencipta Yang Maha Esa..Aku hidup kerananya. Tiada dugaan yang tak boleh diselesaikan kalau kita tak mampu. Menangis, menyendiri dan itu la yang aku buat sekarang. Tsk Tsk. Yang penting aku tak boleh tunjuk pada kengkawan yang aku lemah. Nanti depa ketawakan aku. Aku tahu depa memang suka aku menangis sebabnya depa boleh ketawa puas puas. Itu yang aku rasa:'(
Maha Suci Allah S.W.T.. lapangkan lah dadaku ini dengan serabut masalah dunia. Aku akan menangis selagi termampu. Aku tahu mereka yakni sipulan dan sipulan itu hanya akan menyindir aku lagi dan lagi. Tapi beri hati aku seorang yang boleh menerima segalanya dengan luas dan terbuka.Aku tetap aku. Menangis selagi aku mampu. tersungkur dan bangun semula. Aku mesti tahu nawaitu aku desini. Jangan cepat mengalah. Aku sedar aku adalah hambaMu yang kuat merintih. Air mata ini gugur lagi.. berat kepala ni memikirkan apa yang aku rasa. Mak.. kalaulah dekat. Nak ja cek peluk erat erat. Cerita segalanya. Ya kawan kawan air mata menitis lagi.
Seronoknya tengok kawan kawan balik bercuti sempena CNY. Mesti meriah berjumpa kawan lama dan keluarga. Aku pulak mungkin balik malam raya. Dah tentu tentu ramai orang, jalan sesak di KL. Harap harap bas ada lagi.Aku nak balik sebab aku nak bercuti dengan famili. Aku nak jumpa adik aku yang studi kat UPM..lama dah tak jumpa. Itu angan angan aku untuk weekend ni. Sabar ye diri. Disebalik aku yang kerdil ni..di satu sudut aku suka nangis. Memang tak dewasa lagi kan? O.o memang kecewa tapi inilah sifat aku. Semulajadi. Menangis dan menagis T_______T
Sedihnya tanpa kawan desisi.. Siapa pun tak sudi menjadi pendengar setia?? Terukkah aku?! :'( bole aku nangis.....
Memang resah hati ini tak akan pudar selagi aku tak luah. Pada yang terbaca entri aku.. aku memang cenggini. Hati ini, hari ni menagis saja kerjanya. Mata cerah dah selepas air mata tak henti. Harap tak buta. Aku tahu aku tak sepatutnya mengeluh pada apa yang orang buat pada kita, apa yang orang perli kita tapi janganlah berdiam diri pabila orang pijak kepala. Fuhh.. memang geram la. Stop nangis Wia.. aku tahu masih ada yang mengerti apa yang aku rasa jika dikau merasai apa yang aku rasa ini..
Akhir entri ni aku nak luahkan yang aku akan sentiasa menaip selagi termampu. Aku akan tabah selagi kuat. Fahamilah... aku tak suka perasaan ini berlarutan. Berentilah! Stop disturb and hurt me!! rakan bl0gger, aku tak tahu kenapa dengan aku sehari ni.. tapi sampai sekarang aku masih menangis :'(
nanti aku bl0gwalk. Tapi kenapakah tiada yang sudi KOmen di bl0g ni?!
Rasa hampa menerpa..cukuplah aku sentap tadi dan kini menangis tanoa henti. Aku mungkin teralit tengok shooting drama yang dibuat di hostel aku buat sementara. Tapi harapnya hapuslah rasa gundah sedih ini..yang merintih bukan untuk meminta belas,Cik empunya bl0g,,
jangan sedih.pasti ada yang terbaik utk kamoo
ReplyDeleteadik wia yang chantik.. jangan sedey2.. senyum sikit.. akak kan ade :)
ReplyDelete@sugar2 kapas strawberry
ReplyDeleteterima kasih ye..
insyaAllah :)
sy dah ok sikit ;)
@ Cik Shiqa ye akak shiqa yang ayu..
ReplyDeleteterima kasih ye kak..
alhamdulillah.. sayang kak shiqa ketat2 ;;)
salam perkenalanan.. sedihnye baca entri ni. saya pun pernah mengalami jugak..kita sume manusia takkan lari dari ujian ALLAH.. n tanda ALLAH kasih pada kita pun adalah dari ujian.. tempat nak mengadu? ALLAH tempat paling utama..sbb ALLAH sahaja yg Maha Mengetahui apa yang kita rasa..apa yang kita tak tahu..apa yang tersirat dan tersembunyi.. dan ALLAH itu Maha Memahami..semakin kita rapat dgn ALLAH makin kasih ALLAH dgn kita..berdoa adalah jawapannya..:))
ReplyDeleteoh. komen mcm tak punye pnjg la pulak an.hee
salam perkenalan lg skali..sy follow la ye blog ni.best best. hee
@ Diana
ReplyDeleteAlhamdulillah :) terima kasih ye komen dan beri pendapat dan luahan. Sya suka panjang lebar..salam pekenalan jugak ye ^^
bl0g awak pun best jugak ;)