Memang kampung wia tak jauh dalam setengah jam boleh sampai, insha Allah :) Memandangkan wia pun dah lama tak balik kampung berbulan jugak lamanya. Apalagi memang berkobar uoOls. Hikss. Teringin nak rasa masak tok yang menyelerakan tu. Kan wia dan makanan sedap tak boleh dipisahkan. Upss..Memang ponn.
Terus bertolak balik kampung pagi tadi terus masuk dapur. Bersilat masak ting tang ting tang untuk makan tengahri. Memang best ! =D Rindu terubat.. Rumah tok banyak sangat kucing. Susah nak bersiang ikan..Sedikit gangguan, tapi itu tak menghalang weouls masak gulai pajeri nenas dan terung juga sayur tumis sawi. Goreng ayam dan ikan goreng termasuk ikan kedera masam. Nyum nyum.. Ada mak sedara wia pulak dah masak siap² kat rumah.. Asam pedas keladi. Wahh terliur rasa. Memang enak²..
Ada ulam ulaman dan sambal belacan, memang terangkat makan. Nasi pun bertambah uoOls. Habis diet. Kuikuikui. Gambar memang tak sempat snap sebab habis masak terus makan ramai²..Sangat best berkelah dalam rumah, makan nasi ramai².. Petang sikit wia ada makan ais krim yang terkenal kat Malaysia sahaja ;p Sebatang RM0.20 sen..Hiks. Terkenal masa zaman kanak² ribena... Memperkenalkan jeng jeng jeng..Ini la ia..HeHe
Feverett aiskrim ;p |
wia makan yang keler kuning, perasa jagung :) |
Mesti uoOls pun pernah makan kan.? Aiskrim Malaysia. |
Syukur dapat makan gulai ikan kacang bendi tok tadi. Rasa orang lama masak memang lain. Dan wia belajar juga petua nak bagi sedap masakan. Alhamdulillah lepas ni boleh praktis selalu.. Seronok sangat dapat balik kampung..Terubat rindu :') Kalau ada rezeki wia balik kampung lagi.
Jumpa sedara mara dan tok dan tok wan. Hari ni genap seminggu wia di negeri tercinta, Kedah.. Rindu Shah Alam. Sobs sobs..Psst apapun nak lagi ais krim tu la.. Nak kena buat sendiri la nampaknya. Sejuk dan bekukan dalam peti ais..Boleh makan bila² masa kan? Tak susah pun sebenarnya..
suke sangat2 aiskrim tu..
ReplyDeletelagi2 yg milo hehe !
dr kecik sampay skrg cik eyla stil ade mkn..
kadang2 buat sendri tok ank2 sedare