Wednesday, 5 April 2017

6 months Already ♥

Assalamualaikum..
Hai semua..Ya allah lamanya tak berblogging.
Siyes rindu nak menaip dan menulis dalam blog picisan nih,
Sebulan sempat update satu ke dua entri je
 walhal wieya suri rumah sepenuh masa ..hihi
Maklum la nak bagi tumpuan pada baby..Syukur perkembangan terkini
anak wieya baby Muhammad Fariz Amsyar dah pandai meniarap
di usia 6 bulan dan 6 hari. Syukur alhamdulillah :')

Orang kata dia lambat sebab badan semangat sikit..hikss
bukan tak mau buat tapi belum tiba masanya,
rupanya Amsyar mama dan ayah nak buat masa umur 6 bulan.
Good job my baby! keep growing healthy ya.😍

Banyak nak stori, harap wieya rajin..
sebab anak setiap bulan berubah ubah akal..sedang membesar
jadi tumpuan dan perhatian pada amanah Allah ini..
makin comels, aktif dan yang paling penting penghibur hati mama dan ayah.

Love you my little sonshine!
tak sabar nak buat majlis akikah baby Fariz Amsyar..
moga menjadi kenyataan..amin 

Suka layan cerita Didi &friends sejak umur 5 bulan ..ngee
kartun lain Amsyar tak layan..dan sekarang dah boleh makan solidfood..yeay!!
mama gigih google resepi nak buat yang terbaik 
untuk anak bujang kesayangan mama ni ;)
Nanti wieya update pasal semi solidfood baby Fariz Amsyar ya..

Thursday, 16 March 2017

FirSt Time at Hippopo Baby Spa and Wellness

Assalamualaikum..
Sejak mengandung lagi wieya ada terlihat promosi di Facebook
mengenai Hippopo Baby Spa and Wellness nih..
Jadi dari situ tahu mengenai baby spa..

Memang dah niat..ada baby nanti nak bawak baby pegi try swim ..
wahh bestnya baby zaman sekarang..kecik-kecik dah pegi spa 😉
wieya dan suami try pakej "swim and massage" dengan harga RM88..
bagi wieya berbaloi..dan suami siap cakap nanti boleh pegi lagi sebab
baby Fariz Amsyar langsung tak nangis..hehe..dia enjoy!

Saja wieya booking seminggu awal..pegi hari Ahad bersamaan 12 Mac 2017.
slot baby Fariz pukul 10 pagi..Jadi baby pun memang dah bangun awal. 
Mandikan dulu dan terus gerak ke Aeon Klebang, Ipoh
Sebenanrnya baby Spa ni baru je bukak kat branch Ipoh..
Kebetulan dekat dengan rumah jadi bolehlah
baby Fariz Amsyar merasa pegi spa sekali sekala😊

ni lah miss Aqila, therapist untuk baby Fariz..
sangat soft spoken dan lembut orangnya..baby selesa sangat..
Sesi dimulakan dengan streching sebelum mandi,
dalam erti kata lain, senaman regangan badan..hehe
Fariz Amsyar macam enjoy the moment,,
mama dengan ayah gembira amsyar suka😉
ni la muka mula-mula masuk dalam air..
tengah scan tempat dan keadaan,.hehe tapi tak nangis.
tengah menghayati air blow dari bawah..baik untuk otot kaki baby..hehe
mama dan ayah pun gembira!..ngee
Comelnya anak mama dan ayah terapung dalam tab comel tue..
dengan kaki kodek-kodek...hikhik..dan mula suka la tu..
;
Akhirnya,,,setelah 25 minit kick dan swim dalam tab mandi Hippopo
baby Fariz Amsyar tersenyum riang....
mama dan ayah happy tengok anak mana suka mandi..
lepas ni kita massage pula ye sayang..baby tak boleh lama dalam air takut letih.
paling lama baby umur bawah 5 bulan hanya 25 minit.
baby 6 bulan ke atas pun cuma 30 minit 😊
 Masa massage amsyar dah mula merengek nak susu..
sempat 15 minit..berhenti kejap wieya menyusu fariz amsyar..
sambung massage terus amsyar terlelap..letih swim la tu ;)
slot massage pun 30 minit..minyak yang digunakan semua organik
selamat untuk baby..yeay! wieya guna minyak biji anggur untuk pertama kali
dan baby suka dan selesa..Nyenyak tidur..hehe
 Sebagai kenang-kenangan..wieya shopping baju Bola untuk hero mama
saiz 12- 18 bulan..dan selepas dicuci..baju tu muat elok dengan baby Fariz..
alahai anak..comel sangat lahai..💓

Lepas ni kita pegi lagi dan ayah pulak belanja ye sayangg...
Bestnya berspa..mama nya pun teringin...hikss..
tercapai wishlist nak bawa baby sendiri pegi spa, Banyak info yang dapat.
Hujung minggu memang ramai, tapi kena booking dulu awal-awal..

thanks sudi membaca..bulan ni amsyar dah nak masuk 6 bulan..
mama tak sabar nak pagi makan semi-solid food untuk anak mama.!

Friday, 10 March 2017

PhotoBook dah Siap!!

Assalamualaikum.
Welcome March yang berbahagia..Hati penuh bunga-bunga
sebab ni bulan feveret wieya :')
Syukur alhamdulillah selepas order photobook yang ditunggu
akhirnya photobook yang dinanti sampai ke tangan jugak!!
Comels giler pluss puas hati teramat sebab menepati citarasa wieya..
Lagi satu walaupun kecik saiznya tapi best kot boleh dibawa kemana saja 👾

taraaaa!!




si comel baby Fariz Amsyar mama pun suka! suami pun puas hati..
alhamdulillah wieya baru buat dua photobook hardcover..
lepas ni nak repeat order buat lagi memandangkan 
memory phone pun dah nak full..hikss
penuh dengan gambar anak je..Apa salahnya abadikan daam bentuk buku.
Sangat comels dan fancy sebab kita boleh nak cemna yang kita suka!
caption, deko nanti wieya review dalam photobook ni pulak..hee 😊

Okey baby dah jaga..nak pegi tengok jap..
ada masa wieya menulis lagi ek..rindu nak berblogging..
rindu nak blogwalk dan menuai BE dengan Nuffnang!
Jumpa lagi dalam entri lain..Salam keceriaan selalu..💓

Friday, 24 February 2017

Panduan Penyedian Solid Food | Part Two

Assalamualaikum..
Sambungan dari part one. Senang entri dibahagi-bahagi, 
Takla panjang sangat nak baca..hehe..
First nak beli nih...Baby Cook jenama Beaba..
Mudah dan cepat nak sediakan makanan untuk little precious..
taraaaa!! cantiikan kaler pink..tapi belum masuk pasaran Malaysia lagi :'(




maka warna ni jadi pilihan ;)
ramai yang guna mudah dan pantas untuk penyediaan.
Jadi dah ada baby, ini benda first wajib beli bila baby dah boleh makan..
isteri ida, suami setuju nak beli..yeay!!
apa saja untuk baby mama tersayang...
kejap je esok nak masuk 5 bulan dah :')

-INFO UNTUK IBU-
1) ANAK SUDAH 6 BULAN. MAHU BERI MAKAN APA?
- Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru.

2) SEHARI BERAPA KALI MAKAN?
- Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.

3) BERAPA BANYAK KUANTITI MAKANAN YANG BOLEH DIBERI?
- 2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.

4) KENAPA TAK BOLEH BERI BUBUR NASI SEAWAL 6 BULAN? BILA BOLEH BERI BUBUR?
- Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.

5) PURI BOLEH TAHAN BERAPA LAMA DI DALAM CHILLER DAN FREEZER?
- Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.

6) CARA PENGENDALIAN PURI APABILA HANTAR KE PENGASUH/TASKA?
- Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.

7) BETIK, PISANG, AVOCADO PERLU DIKUKUS SEBELUM DIBUAT PURI?
- Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.

8) BAGAIMANA MAHU BUAT PURI?
- Cara membuat puri ada di Photos. Ada juga di google.
- Kebiasaan segala jenis buah/sayur keras seperti EPAL, PEAR, BUNGA KOBIS, LOBAK perlu di stim kan dahulu sebelum dikisar menjadi halus
.
9) BILA BERI ANAK MAKAN, MESTI BERI AIR KOSONG?
- Ya.

10) ANAK 5 BULAN LEBIH. NAMPAK MACAM LAPAR. SEMUA BENDA MASUK MULUT. BOLEH BERI MAKAN?
- Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.

11) BERI ANAK MAKAN, TAPI ANAK MACAM TAK SUKA DAN TAK MAHU MAKAN. BERI AIR KOSONG PUN TAK NAK MINUM.
- Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.

12) ANAK SEMBELIT/CIRIT BIRIT. NAK BERI MAKAN APA?
- Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
- Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

13) BILA BOLEH BERI IKAN?
- Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

14) BAGAIMANA NAK NAIKKAN BERAT BADAN ANAK?
- Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.

15) TEPUNG APA SESUAI UNTUK ANAK BAWAH 1 TAHUN?
- Tepung atta, wholewheat unbleached flour.

16) KENAPA PERLU RENDAM BIJIRIN (BERAS PERANG, ROLLED OATS, BARLI ETC)?
- Bijirin adalah benih.
- Benih bertujuan untuk melalui sistem belum dicernakan supaya mereka boleh ditanam di tempat lain (berfikir secara alami).
- Untuk membuatkan ia tidak mudah dicerna dan mampu "dipindahkan untuk ditanam di tempat lain", terdapat beberapa anti-nutrien di dalamnya untuk menjadikan mereka sukar untuk dihadam.
- Benih juga perlu dipertahankan sehingga masa yang sesuai untuk percambahan, jadi mereka mempunyai bahan-bahan tertentu yang menghentikan aktiviti enzim aktif percambahan.
- Sebatian ini juga bertindak untuk menghalang aktiviti enzim aktif dalam sistem pencernaan anda.
- "Merendam" bijirin penuh boleh membuat mereka lebih mudah dicernakan dan membantu sistem anda mendapat semua nutrien dalam makanan.
Proses ini disyorkan oleh Sally Fallon dalam bukunya Nourishing Traditions, dan anda tidak akan menemui banyak sumber lain. Saya tidak 100% yakin bahawa ia adalah satu-satunya cara tapi setakat ini namun ini adalah cara yang sedia ada setakat ini.
CARA MERENDAM
1. Campurkan 1 cawan rolled atau steel cut oats dengan 1 cawan air dengan 1 sudu besar lemon jus atau whey yogurt di dalam air. Saya lakukan betul-betul di dalam periuk. Air sepatutnya menjadi lebih panas daripada suhu bilik pada permulaan. Anda perlukan untuk memanaskan di dalam cerek atau di dalam periuk ~ kepada 110darjah atau lebih. (Berikut adalah bagaimana untuk mendapatkan whey dengan mudah.)
2. Oat adalah rendah dalam phytase enzim yang diperlukan untuk meneutralkan phytates. Tambah satu
3. sudu besar atau dua (sebanyak 10%) tepung gandum untuk oat anda.
4. Tinggalkan pada suhu bilik 24 jam (atau sekurang-kurangnya 12). Saya biasanya berfikir malam sebelum ini, tetapi yang terbaik untuk oat adalah untuk biarkan ia pergi 24 jam.
5. Tambah satu lagi cawan air pada waktu pagi, biarkan mendidih dan masak beberapa minit pada
6. sederhana rendah hingga likat. Laraskan kuantiti untuk apa jua saiz hidangan oat yang anda perlukan.


17) RIBENA, CALCIUM, VITAGEN, NUTRIGEN DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA, BOLEH BERI PADA ANAK?
- Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, bahan pengawet.

18) BILA BOLEH BERI TELUR? BAGAIMANA CARANYA?
- Cara introduce telur (ikut PPUM - MMRTELUR)
Kalau belum intro telur, kena buat secara berperingkat.
- telur kena pastikan betul2 masak
- boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.
Cara nk intro :
Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja
Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)
Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja
Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)
Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur
Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)
Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya
Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)
Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu

19) BOLEH BERI RIBENA, JUS BUAH DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA?
- Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.

20) APAKAH 4-DAY-RULE? KENAPA PERLU AMALKAN KAEDAH INI?
- 4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

21) BOLEH PERKENALKAN MAKANAN SEBELUM ANAK 6 BULAN?
- Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.
22) BOLEHKAH BERI BUAH-BUAHAN KERING SEPERTI APRIKOT, KISMIS YANG WARNA KUNING/ASAL?
- Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.
Ini penerangan dari Puan Farah Rahim :
Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.
Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.
Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.
===============================
UMUR 6 BULAN :
Antara makanan awal yang boleh di intro kan kepada baby anda ialah Brown Rice, Avocado & Banana, Apple, Pear, Cauliflower, Carrot, sweet potato bukan potato biase tu ye, pumpkin

UMUR 7 ~ 8 BULAN :
Brown Rice, Oat, Keledek Oren/Ungu, Barley, Avocado, Apple, Banana, Appricot, Manggo, Peaches, Pear, Plum, Prune, Pumpkin, Sweet potato, Dates, Green bean, Carrot, Peas, Zuchini, Kacang Peas, Ayam, tauhu @ tofu lembut

UMUR 8 ~ 10 BULAN :
Brown Rice, Oat, Barley, Keledek Oren/Ungu, Wheat, Pasta, Sesame, Flax Avocado, Appricot,Blueberry, Cherry, Cranberries, Apple , Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo, Blueberries, Peaches, Pear , Plum, Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato, Green bean, Carrot, Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala, ayam, tauhu @ tofu lembut, beef, egg yolk & fish, plain yoghurt but full fat, butter & cheese (seeloknya cream cheese)
selepas baby 8bulan anda boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, batang celery, halia atau daun parsley ke dalam bubur baby. (atau herbs)

UMUR 10 ~ 12 BULAN :
Semua jenis grain , Keledek Oren/Ungu, Avocado, Appricot, Blueberries, Cherry, Cranberries, Apple, Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo, Peaches, Pear, Plum, Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato, Green bean, Carrot, Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam, tauhu @ tofu lembut, beef, bawang, Jagung, timun, bayam, tomato, whole egg & any fish
sumber : PANDUAN PEMAKANAN


Wednesday, 22 February 2017

Panduan Persediaan Solid Food untuk Baby | Part One

Assalamualaikum
Alhamdulillah bulan ni anak wieya dah masuk 5 bulan :)
Syukur Alhamdulillah..Semalam pegi cucuk, lega lah tak demam.
Jadi pejam celik pejam celik,,Bulan depan dah nak masuk 6 bulan my baby
Gigih lamama nya join group solid food sebab nak tambah info dan ilmu ❤

33 soalan asas dan jawapan panduan pemakanan baby
Sesuai untuk baby 6 bulan ke atas




1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru. Gunakan button 'Search' dan taip 'carta pemakanan' atau 'food chart' untuk dapatkan panduan umum mengenai pemakanan sesuai untuk anak 6 bulan hingga 1 tahun.

2) Sehari berapa kali makan?
Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.

3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.

4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.

5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.

6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.

7) Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.

8) Bagaimana mahu buat puri?
Cara membuat puri ada di Photos. Ada juga di google.

9) Bila beri anak makan, mesti beri air kosong?
Ya.

10) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan? 
Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam. 

11) Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.
Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.

12) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

13) Bila boleh beri ikan? 
Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

14) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee. 

15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
Tepung atta, wholewheat unbleached flour.

16) Kenapa perlu rendam bijirin (beras perang, rolled oats, barli etc)?
Baca, faham dan khatamkan blog Puan Farah Rahim ini :
http://rendambijirin.blogspot.com/

17) Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen dan yang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?
Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, bahan pengawet.

18) Bagaimana penyediaan oats untuk dicampur dengan puree?
Ringkasnya, rendam oats dengan air melebihi paras oats. Letak 2 sudu jus lemon/limau nipis/cuka epal. Biar 7 jam. Lepas 7 jam, bilas dengan air bersih dan masak seperti biasa. Campurkan dengan puri buah/sayur kesukaan anak.

19) Boleh beri ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?
Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.

20) Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

21) Sepanjang anak berumur 6 bulan, hanya makan puree?
Secara umumnya, ya. Puri buah, puri sayur. 7 bulan boleh mula bubur nasi. Kemudian boleh campur bubur nasi dengan puri buah/sayur yang anak dah lulus 4-day-rule.


21) Boleh perkenalkan makanan sebelum anak 6 bulan?
Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.

22) Bolehkah beri buah-buahan kering seperti aprikot, kismis yang warna kuning/asal?
Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.

Ini penerangan dari Puan Farah Rahim :
Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.
Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa. 
Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.

23) Jenis-jenis minyak zaitun dan bagaimanakah cara penggunaannya?
Puan Fiza Eliaza menjawab:
Extra virgin olive oil (EVOO) adalah hasil perahan minyak pertama dari buah zaitun. Khasiatnya memang tinggi dan tidak perlu di masak. Perlu dititik atau direnjis begitu sahaja ke dalam bubur bayi.

Virgin olive oil (VOO) pula hasil perahan kedua. Yang ini pun elok digunakan untuk dititik atau direnjis dalam makanan/bubur bayi.

Pure olive oil (POO) atau olive oil pula boleh digunakan untuk menumis makanan sama ada untuk bayi atau ibu bayi. 

24) baby sudah 8m..apa lagi menu yang bole kasi baby?
baby 8m dah boleh intro lebih sikit grains macam millet,quinoa,red rice,cous cous dan pasta..veges macam capsicum,cendawan,sayur daun hijau(kecuali bayam),beetroot..protein macam ayam,daging n kuning telur..dah boleh tumis,tambah rempah,tambah santan..4 days rules jangan lupa ya..termasuk rempah pun kene intro satu2 untuk 4 ari.. 

25) kalau sya intro puri pisang kt my bby 6m5hari perlu ke sya blend pisang tu?or memadai sy lenyekkan pisang n mix dgn ebm je?or perlu ke sy tapis lg pisang tu?
Intro samaada lenyekkan dan tambah sikit ebmpun boleh..atau pun puan letak dlm food feeder tu pisang, dan biarkan dia hisap sendiri

26) kenapa tak boleh letak gula dan garam dlm mknan anak berumur 2 tahun ke bawah?
Dalam setiap makanan sudah Allah jadikan masin, masam, manis, pahit semulajadi di dalamnya. Contoh rasa masin (celery), manis (keledek, labu), masam (tomato, oren) dan pahit (peria). Alangkah hebatnya Allah. 

Deria rasa orang dewasa seperti kita tidak sepeka anak kecil sebab macam-macam sudah kita makan dan rasa. Anak kecil/bayi deria rasanya sangat sensitif. Sedikit sahaja rasa masin/manis sudah dapat mereka rasai. 

Kalau tidak percaya, cuba sekali Puan makan nasi sahaja dahulu sebelum tambah apa-apa kuah/lauk. Bukankan rasa nasi itu lemak manis,

27) kentang bleh bg da kt bby 6m2w?kntg n sweet potato sme ke?
Kentang 8-10 bulan. Sweet potato = Keledek. Kentang berkanji dan tak banyak khasiat seperti keledek. Sebab itu tidak disarankan seawal 6 bulan sebab boleh menyebabkan sembelit.

28) menu nk buat cmpuran ikan cmner?..bby dh 8m..tgk cam dh jemu mkn cmpur ayam.
Ikan sebaiknya intro 10 bulan ke atas. Terbaik di usia 1 tahun. Ada Q&A mengenai perkara ini di komen-komen di atas.

29) Bila boleh intro bayam dan sayuran hijau?
Bayam, sayur hijau yang agak tebal daunnya 10-12 bulan.kalau baby ada masalah sembelit boleh lambatkan sikit sebab bayam tinggi zat besi yang boleh menyebabkan sembelit

30) t0fu tu kal0 dah bukak, mean dah guna separuh lebih nye mmg xleh simpan lebih sehari ye?? sb bile simpan sy tgk kaler bertukar kuning n air dy p0n bertuka kaler
Saya simpan paling lama seminggu dear..masuk dalam bekas kedap udara pastu isi air sampai penuh..pastu tutup n simpan fridge..selang 2 ari tukar air. Saya sarankan ibu-ibu yang nak beri anak tofu, makan sama tofu tu. Jadi tiada pembaziran dan tak perlu simpan lama. Kita nak ajar anak makan makanan berkhasiat, maka kita pun kena makan juga. Tambah dalam sup sayur, buat tofu kukus berkuah etc. Google sahaja resipi untuk soft tofu.

31) honeydew bole buat puree ke?
Honeydew boleh 8-10 bulan

32) Mangga dan epal kena kukus juga ke?
Mangga masak ranum 6-8 bulan. Epal kena kukus. Mangga tak perlu. Yang penting mesti masak ranum.

33) Macam mana nak naikkan berat baby?
Extra virgin olive oil (EVOO) boleh bantu naikkan berat. 
Bayi 6 bulan belum boleh beri EVOO. Tunggu 7 bulan ke atas.
-------------------------------------------------------

Wednesday, 8 February 2017

Photo Book Versi Berbaloi :)

Assalamualaikum..
Hello Februari yang ohsem!
bila anak tido sempat la nak menaip di blog kesayangan ni.
Memang dah masuk zaman motherhood ni..Masa tu dirasakan begitu pantas setiap hari.
tapi sangat lah priceless bila dapat tengok muka anak. 
Tambah baby Fariz Amsyar dah pandai senyum..hikk ❤

Makin hari makin gembira tengok perkembangan anak depan mata.
Memory phone full penuh dengan gambar anak je,. Syukur :')
penyeri rumah tangga kami suami isteri. Fariz Amsyar dah nak menjangkau umur 5 bulan
Perkembangan sekarang dah pandai menyembang. Borak cara dia la 
Pandai main toys dan rajin senyum. Meniarap je belum.
Setiap budak lain perkembangan nya. Janji my baby sihat selalu.

Sekarang wieya teringin nak buat photobook untuk simpan sebagai kenang kenangan
memandangkan gambar terlalu banyak. Baik jugak simpan buat kenangan kan..
so wieya nak pilih PIXAJOY lah..nampak mudah dan ringkas.
hanya tungu 4 hingga 5 hari bekerja dah siap!
lagipun harga murah dan berbaloi-baloi..template pun best! hehe


Promosi RM4.90 ini ialah untuk pengguna pertama kali buat photobook.!Sila daftar dan beli baucer pra-bayar di sini: http://www.pixajoy.com.my/get-first-trial/home-promotion-minisoft48-ms?fr=express
Selepas dapat baucer, sila mengikuti langkah-langkah di bawah untuk muat naik gambar
Cara pertama: Pakai Pixajoy Online/Offline Editor yang perlu buat dengan komputer atau tablet:(1) Memilih gambar, jenis photo book dan template yang anda suka:http://www.pixajoy.com.my/ready-templates
(2) Memilih cara online atau offline. Mulakan projek dan masukkan gambar.(3) Selepas siap, tekan butang troli hijau untuk hantar tempahan.(4) Memasukkan kod baucer dan muat naik projek melalui internet. (5) Photo book akan siap dan hantar dalam masa 4-6 hari.
Cara kedua: Pixajoy Mobile App untuk buat di handphone.Untuk buat photo book di mobile phone, sila download Pixajoy app dari Google Play Store - http://www.pixajoy.com.my/mobile. Di mobile app, voucher ini boleh digunakan pada Mini Softcover 6" x 6" 36 pages.
Untuk tutorial dengan gambar, sila rujuk di sini: http://www.pixajoy.com.my/helpme/tips-tricks

Macam menarik kan? Tetiba tengok kat instagram ada yang best jugak.
Harga berbaloi-baloi. Boleh letak gambar 40- 150 keping
 hanya harga dalam RM40 ke RM70 camtu..
yang bestnya boleh pilih hardcover atau softcover. Wow!
wieya teruja nak order sebab gambar Fariz Amsyar 
dah banyak dalam memori phone..Tengok la wieya nak buat dalam 3 ke 4 buah ;)

Tak sabar nak order laju-laju..Nanti weya review photobook di insta nie ek.
Bersabar menanti Photobook sampai depan rumah..ngee :'D
Sharing benda yang ohsem dengan korang....

Friday, 20 January 2017

Newborn PhotoShoot

Assalamualaikum..
gambar baby Muhammad Fariz Amsyar dah siap..yeay!!
so kiut hero mama dan ayah! Syukur alhamdulillah..
💜💜💜💜





Cecantik sangat gambar yang dapat..Legaa rasa
tak sabar nak masukkan dalam insta baby..hehe
In Shaa Allah untuk adik-adik Fariz Amsyar pun
 nak buat newborn Photoshoot jugak..Bagi adil dan saksama..gitu!😏

kenangan sangat kan..frame pun dapat satu.
Nanti nak gantung dalam rumah baru..hikss.
Ok baby dah jaga..Nak pegi susukan jap..jumpa lagi!

Wednesday, 18 January 2017

Hello 2017..Let's Awesome Together :)

Assalamualaikum
Selamat tahun baru 2017..💓
Fuhh nak pertengahan Januari baru sempat nak update blog ;)
Rindu nak menulis tak menahan uOls..
Dek kekangan masa dengan baby yang sekarang nak menjangkau
 usia 4 bulan pada 25hb akan datang ni..Memang dah pandai dan cerdik
Orang kata dah pandai cari akal..Bijak anak mama..

Tahun ni baby Muhammad Fariz Amsyar hadir menjadi penyeri hidup mama dan ayah.
Syukur alhamdulillah wieya dapat lihat anak sendiri membesar depan mata..
Sekarang dah makin hantap badannya..Tak sabar nak pegi check up klinik
untuk timbang berat dan bulan ni tak payah kena cucuk. Best!

Banyak entry tertangguh. Nak menaip sangat-sangat tapi masa je tak ada.
kalau baby tido rasa nak rehat sama. Jadi bila masanya sempat nak menulis.ngee
respect blogger tegar yang snetiasa dapat menuis dimana saja. Jeles rasa tau.
nak blogwalk pun tak menyempat. Anak menangis terus tutp lappy..
Tiada yang lebih penting dari anak sendiri. Betul tak? 😍

Untuk bulan Januari ni wieya masukkan baby join dalam peraduan 
baby comel anjuran Kelab Mama di Facebook..
Moga ada rezeki Fariz Amsyar hendakNya...amin
Hadiah-hadiah yang ditawarkan pun agak lumayan😏

Ramai sangat yang sertai..dan yang confirmnya semua 
baby semuanya comel yang tersendiri. Tak tahu ada rezeki ke tidak...
Sebenarnya adik ipar yang ajak join..Tengok macam best hadiahnya..
Suami pun bagi galakan sebab syaratnya tersangat la mudah..


 



Terus zasss mama shoot Amsyar..
dan terus tak tahu nak masukkan gambar yang mana satu.
and lastly pilih gambar ni walaupun baby tak senyum.

wish my baby luck!💖
Moga-moga gambar ni terpilih antara lebih 15k penyertaan. Fuhh!
Semoga ada rezeki ye sayang..
Tunggu keputusan Februari ni...Doakan mama Amsyar
 pun rajinkan diri menaip blog..yeay! hee
 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi