Monday 28 February 2011

Bff Ibarat Mutiara Di Tengah Lautan..

Assalamualaikum :) haishh.. susahnya nak cari kawan ! Pulakk. Tetiba aku cakap susah nak cari kawan. Sebelum ni susah nak cari umah. Tadi cakap susah nak tau hati budi. Hmm macam macam dah terfikir di benak hati. Wahwah jeles tengok kawan bl0gger semua pelekat gambar cantik cantik dan cun kat bl0g bersama BFF masing masing. Tapi aku je tak ada. serius cemburu. Bukan tak ada tapi nak kata yang rapat sampai tak ada yang sehidup semati tu susahla. Aku memilih ke? mungkin jugak. Kadang kadang aku rasa aku ni sensitip sangat sampai tak ada yang nak berkawan. Haha. Biarlah nak stori sikit, membe ni kadang kadang susah nak cari yang sekepala. Dari pengalaman aku, ramai yang aku tengok kawan makan makan la. Kutuk belakang..gosip sana sini. Susah laa nak ada kawan. Haishh.
Kawan Seribu Macam Tapi Yang Besties Susah Nak Dicari..
| Credit: google |

Mengeluh lagi dan lagi tak henti henti. Sebab kan teringinnya nak ada kawan susah dan senang katsini. Tapi yang ada semua yang dah berjauhan. Kadang kadang banyak dah berubah perangai mengikut usia dan sebagainya. UoOls..cemana ye nak cari sahabat yang benar benar sahabat. Yang bila berkawan tak akan cakap belakang kita. Tak akan kutuk kutuk. Sebab aku dah cukup sakit hati bila tengok ada yang baik di depan di belakang Allahu Akhbar..mengutuk sesuatu yang mengaibkan. Bila dapat tahu, hanya Allah yang tahu perasaan tu. Cukup terkilan rasanya, untuk mempercayai seseorang yang bergelar sahabat, kawan dan teman. Besties? 
| Sweet teddy like me and him ;) |

Oh kalau aku sendiri suka memilih, masih wujud ke perkataan besties tu dalam kamus hidup aku. Entahlah, kadang kadang rasa heppi tengok kawan kawan bergambar bersama kawan susah senang. Tapi aku yang ada diriku adalah sahabat sendiri dan mak adalah segala galanya bagiku yang tahu zahir batin isi hatiku. Sebut pasal mak saat ni rasa sebak pulak. Mungkin aku rindukan mak dan saat luahkan apa yang terasa, terluka dan pendek kata segalanya. Memang tak sah kalau tak call sehari tau..hmm rindunya kat mak..muahh! <33
|Madam Faridah, my bel0ved mum|

Okey kalau orang lain mesti suka luah macam macam dekat besties yang sebaya kan?..tapi kalau aku, inilah insan satu satunya yang aku luah. Memang paling memahami dalam dunia. Incik dear pun kalah. Hmm.. sayang mak erat erat. Aku sanggup hilang kawan tapi tak sanggup kehilangan mak. Aku sanggup hilang kawan dari kehilangan ayah. Aku sanggup hilang kawan dari hilang incik dear.. sebab insan tersayang bertiga inilah yang selalu ada tika aku susah dan senang. Memang terasa bahagia dapat meluahkan segalanya pada insan insan ini.. Jangan tak tahu satu satunya saudara perempuan aku, iaitu adik aku jugak besties terhebat walaupun aku kuat gado dengan dia waktu kecik kecik. Dengan incik dear pun sama.. walaupun aku suka leter kat dia tapi dia tetap gigih dengar ;) sayangg sangat semua!

Hmm itu saja besties aku dunia akhirat :) Yang lain nanti nantilah dipertimbangkan. Kalau BFF tunggu lama sikit tapi kalau sekadar teman berbual dan teman ke kelas..banyak :) Okeylah nak layan cerita indonesia jap.."Ketika Cinta BertaSbih"..macam best! Aku minat cerita dari Habiburrahman El Sharizy.. Walaupun tengok berulang kali. Rindunya family.. Jumpa entri seterusnya. Sekejap je dah 28hb Februari. Esok dah masuk bulan baru. harap lebih baik dari bulan nie. Sebabnya..bulan 3 banyak yang istimewa. Pasti entri cecah 70 plus plus macam tahun lepas. Ahaks..walla! Harap besties sebaya akan muncul tidak lama lagi. Siapa nak berkawan dengan ai?... garang dan sensitip =P

Bicara Hati Mungkin Akan Berulang Lagi..Sebab Hati Adalah Raja Kepada Akal Fikiran.

Assalamualaikum :) perkhabaran hari ni memang bermula dengan yang baik dan manis manis belaka. Tapi telah diragut pada sebelah pagi nak ke tengahari tadi pabila ada dua yang boleh dikatakan muda dari aku agak kurang diajar sebabnya menggunakan kata kata yang agak sopan pada seorang yang lebih tua darinya iaitu aku. Ok aku ngaku aku kuat sensitip tapi aku jugak ada perasaan untuk meluah. Dan di blog aku meluahka segalanya. Setakat ni cuma seorang membe aku yang tau aku ada bl0g. Tapi bila ramai yang tau, kemungkinan besar aku akan tukar url blog. Harap Maklum.
Okey sambung cerita bab tadi. Entah apa malang nasib tetiba je free kena sound dengan budak yang kurang diajar. Cakap biadap hinggakan dia ingat dia sorang boleh marah. Haiyak apa punya manusia la. Bukan ke kita hidup di Bumi ni perlu saling tolong menolong..bukan nak fikir perasaan hasad dengki je. Aku mengaku aku dah nampak banyak ragaam manusia kebelakangan ni. Sebab aku SENSITIP mungkin. Tapi bukan bermakna aku perfect cuma rupanya tuhan nak tunjukkan aku desini dunia realiti sayangg.. hanya nak dengan tidak je. Jadi aku redha dengan apa yang berlaku. Simpan banyak banyak perkara sampah pun buat kusut kepala je. Banyak lagi yang nak kena fikir.
Baiklah bab pertama selesai. Bab kedua pun macam betul betul menyakitkan hati. UoOls bayangkan dalam rapat berkawan.. tetiba dia cam halau kita balik dulu untuk diorang buat hal yang tapi entah kenapa tak ajak aku. Sebenarnya aku bukan terkilan depa tak ajak aku.. tapi aku teramat sakit hati pabila budak tu sengaja berperangai macam tu pabila ada orang lain. Bayangkan kalau tak ada sesiapa, maka dengan lembik tengkuk dan ayat manis je ajak aku kesana dan kemari. Sumpah pentingkan diri! Hudoh punya perangai! Grrrr..
Bicara hati Mungkin Akan Berulang Lagi..
Sebab Hati Adalah Raja Kepada Akal Fikiran.. Bukan sebaliknya.
Sebab tu sekarang aku lebih berhati hati dalam berkawan. Sebab manusia sekarang amat pelik. Mungkin dari dulu tapi yang sekarang aku dok jumpa, berselisih bahu pun tak bertegur sapa.. Cuba bayangkan andai ada kebaikan yang ditagih, pasti lembik lembut gigi dari gusi. Sabar ajelah.. hidup tanpa kawan sunyi. Hidip berkawan..kawan makan kawan. Memang susah nak cari sahabat sejati. Setiap orang berlainan.. aku terasa seperti layang layang terputus tali. Sebabnya bukan tiada arah tuju. Tapi adalah sebab peribadi kenapa aku cakap macam tu. Kadang kadang oraang tak interested pun nak baca cerita kita. Tapi orang menilai kita dari kata kata mukadimah dan isi pentingnya, Hanya memahami tahu apa yang tersirat dan tersurat.
Rinduka besties, Munirah, Fatimah dan Khairiah Sazwani.. tapi diorang jauh dari aku. Rasa macam nak nangis bila keseorangan desini. Walaupun ramai kawan tapi yang betul betul kawan adalah 3 orang ini.. sabarlah hati. Biarlah hari ini orang buat dekat kita, insyallah suatau hari nanti tuhan akan membalas segala perbuatan yang tidak baik. Jaga jaga cik selemah.. ada ubi ada la batasnya. Hati yang sakit bukan mudah nak rawat. Betul betul terkilan perangai budak 2 orang tu hari ni. Terasa nak bagitau satu dunia yang aku betul betul sakit HATI..

Eh tak habis lagi ke cik blog nie dok sakit hati. Yup memang belum reda sebab banyak dugaan yang datang menimpa. Aku akan senyum bila betul betul pelangi riang  muncul sebagai pewarna kebahagiaan. Ya Allah..berikan petunjuk.. amin* Sehingga desini..cuma satu pintaku, moga perbuatan yang mereka buat pasti ada balasannya. Kalau penyakit lain boleh di ubati.. tapi prnyakit HATI..lama dan susah nak jumpa penawarnya. Bole tak nak cakap..walau cemanapun aku tidak berseorangan.. aku masih ada keluarga dan Allah jugak si dear yang sentiasa menjadi pendengar suka dan duka. Jumpa lagi entri seterusnya..l0ve and miss my family so much! Walla..

P/s: Cepatlah pergi duka lara, datanglah bahagia..aku menunggu saat itu. Salam ceria buat bl0gger.. Terima kasih kepada yang memahami <33

Sunday 27 February 2011

Masa Untuk Bertempur Tinggal Lagi Seminggu.. Aja Aja Fighting ! Goooo!!

AsSalamualaikum. Tinggal kurang dari seminggu lagi aku akan tempuhi peperiksaan akhir untuk semester ni. Rasa macam tak ready lagi ja. Macam tak pecaya pun ada. Cepat sangat masa berlalu. Banyak lagi terasa aku tak buat. Semester ni banyak sangat aku rilek. Cuti pun terlalu banyak. Rasa masih tidak puas untuk belajar. Aku antara pecaya dan tidak je. Rasanya belum bersedia dari mental dan fizikal. Tapi aku dah sedar..aku tak boleh tenggelam dalam angan angan dan pelajaran perlu di utamakan. Esok masih ada.. dan selagi masa terus berjalan aku yakin yang aku boleh. Doakan aku ye.
PhotobucketPhotobucket
Hari ni masih nak siapkan asaimen terakhir sem nih iaitu law. Dalam 2000 patah perkataan diperlukan. Ni bermakna aku kena menaip tanpa henti. UoOls bayangkan dalam 2000 words aku kena naip berapa page? Jadi sebab tu asaimen ni asaimen group ;) Yezza! h0pe semuanya berjalan lancar. Aku rasa macam entahlah. Macam tak percaya apa yang berlaku, apa yang akan aku tempuhi kelak. Siapa dan dimana aku nanti. Mungkin jauh aku berfikir tapi mungkin aku dah nak masuk ke dunia dewasa yang penuh cabaran dan dugaan. Harap harap aku dapat siapakan secepatnya. Tapi dalam busy tak busy, aku sempat jugak tengok Magika dan cerita Aku masih dara. Best jugak! Tapi apepun semuanya buat aku lupa sekejap yang namanya masalah. hee. Aku ada masalah ke? Yup jawapannya mestilah ya. Sebabnya aku kan manusia biasa.

Dalam diam tak diam. Semuanya kena tempuh. Untuk final exam aku kali ni semuanya 6 subjek. Semua berjalan di Dewan IPIS. Hadoii.. tak merasa la ambik exam last di DU. Dan jugak Dewan Biru. Tapi Dewan Biru tak terkilan sangat. Sebab lebih kurang sama tak ada aircond. Yang ada angin fresh environment dan kipas. Tu pun kalau kebetulan ada kipas. Huh! Okey tak kisah la nak ambik katmana. Tapi macam sedih nak tinggalkan BJ nih. Banyak pengalaman pahit manis. Apepun seminggu lagi nak tempuh exam. Aku mesti terapi kan diri. Mudah mudahan luck menyebelahi aku :)

Greenish !!
Banyak yang tak settle lagi. Jadual belajar masih tonggang langgang. Oh cepatnya masa! Kenapa perlu ada exam selepas belajar? dan kenapa perlu ada result selepas exam? Kalau la semua ini boleh diterangkan secara mudah. Dah lama settle. Okey, aku penah dengar yang orang yang mengeluh pasal pelajaran nih,,nanti ilmu yang dibelajar tak akan berkat. Takutnya kalau asyik mengeluh. Tapi berat dan sesaknya rasa hati nih.. Ya Allah..Engkaulah yang Maha Mendengar. Engkau lancarkan segalanya. Mudah mudahan aku dapat ketenangan Hati. Amin* Sekarang nak kategorikan studi. Hmm studi smart, studi yang bijak. Studi hard ialah studi yang belajar untuk exam. Jadi aku pilih studi smart untuk masa depan yang lebh meluas nanti.. Psst tetiba teringat loket yang ada dua gambar yang boleh diselit dalam ruang loket tersebut ;) Kenapa ye tetiba..hairan*

Okieh. Nak sambung menaip di ruangan sebelah pulak. Ehemm asaimen la. Bukan entri lagi. Ngee:D Entahlah aku hairan kenkadang ni dalam sejak dua menjak ni aku sedih dan gembira sekali gus. Terasa tenang dan gelisah menerpa sanubari. Mungkin ini yang dinamakan feeling becoming taking exam;) maybe. Jumpa lagi entri seterusnya, Eh tetiba terasa nak pegi Bukit. Sama ada Bukit Tinggi, Pahang. Bukit Broga, Selangor ataupun Bukit Cerakah jugak Selangor..Hmm. Hope dream become true. Aja Aja Fighting Dawia Honeyputri!

Saturday 26 February 2011

Keajaiban Pasti Akan Menerpa..

Assalamualaikum. Salam hujung minggu semua. Perkhabaran yang sukar nak dijawab. Huaa!! eh eh tetiba menjerit. Aku rasa heppi ada yang menol0ng. Ada yang tak. Tapi yang penting aku menunggu keajaiaban berlaku sekarang ni:) Terima kasih kengkawan yang banyak membantu. Masa ni kita leh kenal mana yang betul betul ada waktu susah dan mana yang ada waktu senang. Sengaja cakap menda yang sama sebab ia punya banyak makna yang tersirat. Aku kesiankan mak dan ayah yang runsingkan hijrah aku. Masa kian singkat. aku mesti cepat. Maaf andai aku susahkan ramai orang. Aku syukur ada kalian.

Saat ni aku dah bangun. Aku tahu peritnya orang memandang sebelah mata. Wah gaya macam aku cacat cela lepas tu orang cam simpati bagai. Tak ada la tapi itu kenyataan. walaupun kadang kadang tu macam naluri berkata kata. Sekarang aku tahu setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Aku tahu tapi mohon tuhan makbulkan doa senantiasa. Berasa ok selepas ramai yang bagi perhatian. Aku tahu ramai yang nak menolong dari tak ada.. aku bersyukur selagi termampu aku akan sentiasa membantu kalian jikalau aku dah dewasa kelak. Sekarang masih belia. Masih nak belajar hidup berdikari di negeri asing ;)

Malam tadi tengok cerita Hantu Mak Limah Lari Rumah dengan roomie. Kelakar atau longhat Kedah kata syokk la lawak. Pagi tadi atas sebab aku tak boleh tido aku bukak lappy cam biasa. on FB dan blog. Ada mesej di inbox dan wall. Kata kata adik aku buat aku terharu* Sebab malam tadi sembang puas puas dengan dia =) Nak tengok ayat yang dia taip aku quote kan? Memang dalam maksudnya. dan aku amat hargai. Terharu tapi ayat last dia buat aku sebak. Sebab sebagai hamba yang kadang kadang alpha untuk berterima kasih padaNya.
Bersabarlah di atas ujian yang menimpamu dan berbanggalah menjadi org yg di uji oleh Allah kerana ia menunjukkan allah menyayangimu...
Terima kasih atas kata kata tu Nana. Ang dah buat hatiaku rasa ok sikit walaupun hati ni masih tak keruan dan mengharapkan ajaib datang mengubah segalanya. Amin* Tapi aku mesti jugak USAHA. Usaha tangga kejayaan. Harap cepat berakhir. Ya Allah..risauNya hamba atas dugaanMu ini. Lindungilah aku.. Hanya satu aku nak cakap, aku tak akan berputus asa. Sekarang aku tahu yang mana bergelar insani atau sebaliknya. Incik dear selalu cakap yang tak boleh menilai orang..tapi perwatakan manusia itu kan dah melambangkan peribadi dirinya. Biar diri dibuli. Tidak lagi... Aku harus berubah! Positif senantiasa.

Penah dengar tak kata kata ni..Tuhan turunkan hujan yng berpanjangan, akibat bencana itu. Ramai yang menantikan panas yang cerah. Matahari yang cantik. Tapi bukan itu yang tuhan nak duga rupanya tuhan turunkan hujan untuk hadiahkan pelangi yang cantik. Subhanallah! Aku menantikan keajaiban itu. Mudah mudahan.. Sebalik ni.. Mak ayah maaf sekali susahkan hati kalian. Insyallah semuaanya akan ok. Sedapkan hati* Okey..diam diam sudah :) Jom pandaang bumi di luar yang terbentang..aku nampak kejadiam alam yang sungguh unik. Jumpa entri seterusnya.. sekarang nak layan cerita hindustan ;) Psstt rupanya aku baru tau si dear suka pelakon aktor kacak Hrithik Roshan. hikhik. Kiut la dear.. walla!

Friday 25 February 2011

Suatu Hari Di Karnival PC Fair Bukan Jom Heboh..

AsSalamualaikum :) rini heppi. Bukan sebab semuanya berjalan lancar tetapi mungkin jugak hari ni hari Jumaat. Kebahagian dan heaven buatku. Alhamdulillah. Terasa macam lama tak on9 walaupun sehari je tak blogwalk. Sebab final makin dekat, line tenet makin merajuk dan test pun datang sekali berdesup. Kesihatan kurang baik dan banyak lagi. Semuanya datang sekali gus dan beransur baik sedikit demi sedikit. Okey semalam last Karnival Pc fair untuk sem ni. Dan semalam sempat singgah cuci mata. Memang tu habit suka beli masa last day. Best! Kadang kadang boleh dapat murah..hmm murah la sikit* HikSs. 

Jadi lepas balik kelas semalam. Mula la mulakan operasi geledah menapak dari satu tempat ke satu tempat. Memang cam best. Rupanya ramai jugak yang habit macam aku. Suka keluar membeli di hari last. Memang agak ramai. Suasana luar Dewan Biru dan dalam sama naik je meriahnya. Kalau di luar dengan caranya buat aku terliur. Didalam pulak buat aku rambang mata. Oho.. memang aku rasa macam hilang masalah kejap. Konon la* Sebabnya okey gambar boleh menceritakan situasi ;) Tengok la gambar sp0ntan dari photographer bertauliah. Hee:D
Dewan Biru..feveret kaler ;)

 
RasaMas Wheel ;) 
PizzaHut Hot on Wheel ;)
Tapi aku sental beli A&W..lalalalala. Tak ada pulak dalam gambar. Malu nak snap. Macam tu la ceritanya. Walhal tak sempat. Aku cuma beli burger Cheese daging dan air sarsi float A&W. Macam teringin air dia. Boleh la tahan..manis! sedap sebab letak ais krim vanilla. Suka sangat sangat. Sampai sekarang air tu masih ada dalam peti. Jimat ke? Tak la.. tapi tak mahu membazir. Minum sikit sikit. Tapi kalau burger, malam tu dah ngap. Boleh tahan la rasanya tapi sedap lagi burger Ramlee. Ngee :D Jangan marah ye. Rupanya yang paling sedap adalah kentangnya, Rugi tak beli.. itupun merasa dari kawan. Hmm cuma ambik dua jejari bulat. Comei lagi sedap. Tak apalah lain kali la beli..

Nasi RasaMas kawan yang beli.. tapi aku ada merasa sikit. Macam tak best dan mahal. Pizza? tak beli jugak. Sebab kalau aku nak beli nak yang besaq nalaaa punya dok ada. tak mau hat kecik cotet. Tak puas..hehe. Dan kalau uoOls nak tahu lori Jambu 88 pun ada. Dengan nescafe wheel pun ada tau. Tapi yang tu tak dapat sambutan sangat. Okey lepas beli apa yang patut, ecece seperti yang aku eloborate tadi. Masuk pulak dalam dewan Biru. Ahhaa.. macam macam ada. Nampak kamera..nak beli kamera. Nampak laptop..ops! dah ada. Dan banyak lagi aksesori laptop yang dijual. Dan aku.. ada la beli keyboard protect dan mouse pad. Hehe.. comel tu yang beli tu. Sebab aku suka pakai mouse. Senang! Kemudian nak tau apa yang aku nampak..jeng3x. Tengok gambar bawah ye geng..
Taraa! f0n? Eh tak laa.. tu f0n lama. Tapi tengoklah keychain tu;)
tu yang buat hayi berkenan. Simple tapi banyak pilihan. 
Berkenan.. jadi itulah pilihan hati. Love DEAR :'D

Okey ni la m0use pad. Comei je kan? Tapi itu untuk kemudahan je.
Saja tambah koleksi. Ahaks!  Boros memang majmudah nombor satu aku..
Okey :) Semuanya buat aku ceria. Eh bila fikir fikir balik. Lama tak sopinks. Tengoklah nanti tak sempat lagi katanya. lalalala. Tapi heppi lah duit banyak melayang ke makanan.Gurlps! Tapi sekali sekala kan.. sebab kat luar dan disebelah Dewan Biru tu ada pulak konopi yang jual barang barang girl seperti beg, kasut, broach dan macam macam lagi. Hadoii rambang mata tau ;) last last pejam mata. Sebab makin hari makin nipis dompet. Okeylah..jumpa entri seterusnya, walla! Salam penghulu segala hari buat semua bl0gger. P/s: Tak komen tak pe.. janji ada yang sudi baca. terharu*

Thursday 24 February 2011

Doa Dalam Amalan Harian. Permudahkan Segalanya Ya Allah..

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum. Bicara mengeni kisah hidup yang akan menginjak usia yang boleh dikatakan dewasa ini dalam 22 tahun memang terasa. Lumrah hidup sebenar dan pelbagai lagi. Aku tahu ini adalah hidup sebenar. Yang penting kena tabah. bukan tak pernah berendam air mata. Tapi banyak kali. Siap lebam mata bak panda. Tunggu nak sembuh ambik masa. itu yang aku rasa. Tapi aku tak boleh selalu lemah. Aku perlu kuat. Kata incik dear, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Aku pun yakin dengan apa yang aku rasa kini. Tuhan hanya menguji kecil dugaaan padaku. Adakah aku dapat tempuhinya atau sebaliknya.

Tinggal lagi dua mingu! Cepatnya. Masa kian berlalu. Hari kena tempuhi walau jerit perih sekalipun. Aku gagah. Sebab aku kan KUAT ;) Tak kira apa yang berlaku, aku nekad. Aku mesti boleh. Kadang kadang aku memerhati duniawi ini dengan sedalam dalamnya. Manusia dan makhluk ciptaanNya. Bermacam ragam. Aku duduk sendiri dan fikir.Apa agaknya yang mereka cari dalam hidup masing masing ye? Adakah kebahagiaan atau entahlah. Ragam manusi memang banyak kalau nak eloborate. Hari ni aku rasa kuat kerana hari semalam. Tetiba tenet malam tadi merajuk. aku usap lappy ni.. pujuk bagai. Last sekali penyelesaian adalah berdia agar aku sentiasa SABAR.

Diuji tuhan dengan dugaan mengingtkan aku suoaya tidak terlalu leka. Esok masih ada.. hari ni baru bermula dan kelmarin adalah kenangan untuk dijdikan rujukan masa masa akan datang. InsyaAllah :) Okey hint dah dapat cuma kena kerja keras sikit. Mudah mudahan aku peroleh hasil yang lumayan..amin* Meamng tak mahu toleh kebelakang. Maaf entrin kali ni banyak tersirat dari tersurat, tapi aku tau tak ramai yang baca entri nie... jadi biarlah luahan ini sekadar menghapdate blog supaya tak karat..senyum* Cukup sensitip + cukup sakit + cukup segala perisa. Terima dengan hati terbuka dan redha,. Insyallah aku akan redah tanpa rasa ragu ragu. Tiada lagi air mata yang tumpah membaziri bantal dan selimut. Cukup aku duduk senyap. Senyap lebih baik dari berkata kata.

Sebab aku dah cukup berdosa sebagai insani yang tak penah lari dari kesilapan dan kekhilafan lalu. Akan ku elak kekesalan lalu.. ku sulam buih buih kebaikan agar suatu hari nanti akan jadi teladaan buat ganerasi hadapan. Amin* Moga uoOls jugak aminkan doa daku yang satu ni. Tiada apa yang terlintas selain meminta meminta pada yang Maha Esa. Permudahkanlah urusanku dan jugak segala galanya. Aku redha apa yang berlaku.. Sekarang aku cuba dan mencuba semoga hasilnya aku boleh menarik lafaz lega...


Bl0gger sekalian. Sekadar berkongsi dalam entri yang sekarang aku punya masalah. Masalah? semua manusia ada masalah masing masing :) Dan sekarang ni aku nak tutup kunci mulut. Duduk senyap senyap dan lakukan rutin harian biasa. Ya Allah... berat jugak dugaanMu kali ni. Moga aku kuat. Doakan aku kalian.. P/s: Apa yang aku taip bukan nak mintak simpati jauh sekali meminta meminta.. tapi niat dihati nak mintak aminkan doa yang aku pohon bersama agar kelak menjadi kenyataan. Wallahualam. Berikan aku jalan keluar Ya Allah.. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui segalanya..

Wednesday 23 February 2011

Kerana HIJRAH Aku Ingin Bertanya Dan Mintak Tolong Boleh?..

Assalamualaikum :) Makin hari makin dekat dengan yang namanya exam. Tapi tak sabar jugak nak habiskan hari hari terakhir semester ni desini. Maksud aku dalam bilik ni, bumi aku berpijak sekarang, rumah ini dan akhir sekali kampus sekarang. Sebab nak tak nak, kena pindah seakan hijrah la. Harap harap lebih baik dari sekarang. Sebab aku tahu pendapat awal selalu berfikirkan tentang keburukan tetapi akhirnya bila tempuh baru kita tahu yang ada hikmah disebalik kejadian. Sebab tu nak cakap, fakulti aku mulai sem depan dah kena gerak pindah  dari bertapak di kampus Bestari Jaya ke kampus Shah Alam. Mau tak mau kena la pindah. Macam best jugak pindah tapi dah banyak sem desini.. terasa berat hati jugak walaupun desini teramat ulu tapi kedamaian desini memang tip t0p!


Tapi untuk berpindah jugak mesti ada masalahnya. Mana nak cari rumah? Nak cari transport angkat barang dan nak survey apa yang patut. Risaunya ! Aku dapat rasakan aku perlu mencari rumah dengan kadar segera. Sebab semester ni pun dah dekat nak berakhir.. Jadi aku nak mintak uooOOls sekalian, 
Sesiapa yang tinggal di Shah Alam tahu tak mana Rumah yang boleh disewa dekat Seksyen 7 ?? Kalau ada tolong hubungi aku segera di email YM ye -ASAP

 Sebabnya aku tak biasa tinggal di area sana jadi aku nak mintak jasa baik kawan kawan bl0gger ku sekalian kalau sesiapa yang ternampak iklan sewa rumah, bagitau ek. Harga rumah tu tak kisah janji termasuk bayaran air dan elektrik. Yang itu dah syukur rahmat dah;) Aku sekarang macam keseorangan. Serius aku cakap dalam entri ni. Maksudnya kena berdikari. Transport tak ada sebab masih pelajar sepenuh masa. Jadi banyak kelemahan dari kekuatan. Aku cepat sensitip. Dan final exam makin dekat. Jadi tekanan tu sedikit sebanyak terasa dalam hati. Incik dear selalu cakap aku kuat fikir sesuatu dengan dalam. Tapi yakinlah uoOls terutama perempuan mesti faham perasaan aku kan? huu.

Okeylah tak mau cakap panjang panjang.. nak settlekan problem pindah rumah dengar kadar segera. Yang penting, ia tempat yang selesa.. Pada uoOls mintak jasa baik ek. Pada sesiapa yang tahu pasal rumah sewa bagitau tau :P Aku amat hargai sangat. Okeylah itu la yang aku fikir, pindah salah tak pindah pun salah. Aku ada kawan.. tapi kawan tu tak semuanya setia. Jadi aku nak berdikari. Berdikari dalam mengejar erti hidup sebenar. Sorry..mungkin perasaan sensitip tu datang lagi. hoho..

Aku berharap semuanya akan berjalan lancar berkat dariNya..amin* Mudah mudahan :) Sekarang dah tak mau streekan diri. Hidup kena semangat. Alhamdulillah dengan kesabaran, kita akan berjaya. Aku pernah dengar kata kata hadith, tuhan yakni Allah tidak akan sesekali menguji hambaNya lebih dari tahap kemampuan hambaNya itu. Wallahualam. Sehingga berjumpa lagi next entri. AsSalam. P/s: Sesiapa yang tahu rumah kat Shah Alam , PM email Wia ye. Jasa baik uoOls pasti Wia hargai.

Monday 21 February 2011

HOT !! KeSabaran Diuji Dalam Cuaca Yang HOT.

Assalamualaikum. Aku mulakan dengan kata kata yang selalu kita dengar iaitu kesabaran manusia ada hadnya. Itu yang buat aku menahan marah yang teramat bila ada sipulan yang b0ngkak buat aku sumpah seranah sebab menahan marah yang teramat. Kalau aku yang hanya insan biasa ni tambahan seorang yang cepat sensitip mana tahan dengan perangai manusia yang suka jatuhkan orang. Memang nahas la jawabnya. Sebelum aku taip lebih panjang biarlah aku terangkan satu satu yang ini bukanlah entri marah atau emosi tapi hanyalah sekadar ambik pedoman. Yang baik dijadikan teladan yang buruk tinggal tinggalkan.

Okey baru sat tadi, aku dengan seorang junior pegi satu booth yang dibuka sempena PC Fair yang berlangsung hari ni hingga Jumaat ni.. kebetulan ada khemah khemah depan pagar guard hodtel jadi biasalah dah naluri perempuan suka jalan jalan ambik angin, cuci mata tengok aksesori. Tetiba sampai kat tempat yang paling aku tak suka bila ada orang buat research! Menyampah kot. Tapi tak semena mena aku boleh TERdengar atas sebab membe aku pun nak cuba. Ingatkan briefing dalam 5 minit ke 10 minit. Sesungguhnya larik dari jangkaan . Sebab dah macam setengah jam tau :(

sabar Pictures, Images and Photos
Ya Allah masa tu hanya tuhan yang tahu perasaan aku yang telah dijatuhkan oleh seorang sipulan yang b0ngkak sombong aku gelar dia. Sebabnya bukan nak mengata tapi atas sebab tahap kemarahan dah tahap maksima. Memang aku geram dengan sipulan yang agama, bangsa sama dengan aku. Tapi jantina yang berbeza. Uools try bayangkan.. apa yang uoOls rasa bila orang cakap pada kamu, yang kamu ni biar rendah tapi ilmu tinggi. Biar macam DORAEMON tapi orang tak hina kamu. 

Sy tak guna laptop tapi dia jual barang Yahudi. Ke tak pelik ke orang macam tu? Euww ?! tolonglah sedar wahai mamat cetek ilmu, Kalau ko tu terer BI tak la ko tu keje nak cari komisyen je kat booth cari pelanggan. Kalau ko nak hina U aku pun.. pandang pandang la katmna ko jejak sekarang? Huu dasar cetek ilmu! Bengang sangat dengat mamat TUA tak sedar diri.. ada ke nak interaksi dengan pelanggan kuku panjang, taik mata dua dua belah ada, dengan mulut berbau. JIjik ko tau! Lepas tu ko hina aku bulat bulat. Ko jatuhkan aku sikit sikit. Grrrr.. siapa tak bengang?!

Rakan rakan bl0gger, aku bukan nak cakap aku betul dan dia tak.. cuma aku nak bayangkan desini. Kalau uOols la,nak ke beli barang pada orang yang condemn kita? nak ke tertarik dengan produk tu kalau yang si tukang berceloteh depan mata selekeh? Nak ke uoOls tertarik dengan barang tu kalau dia cakap merepek pasal kita, hina sana sini..lepas tu bongkak?! Baiklah serius aku terasa dengan manusia tak sedar diri. Aku tahu aku perlu sabar. Kalau tak sabar tadi memang payung naik muka sipulan bongkak tu dah tadi. Kebetulan cuaca petang tadi memang dah panas betul.. memang HOT super dupper la jawapnya. Hmm.
Kesimpulan, janganlah memandang rendah pada orang lain even awak pandai mana sekali pun. Sebab setahu aku, manusia di dunia ni tak ada sesiapa yang BODOH. Cuma yang ada, mereka belum ada peluang nak berjaya. Bukan seperti yang sipulan bongkak tu cakap. Nak jual buku BI, tapi sepatah haram BI pun tak pandai cakap. Siapa nak pecaya siapa nak beli?! Aku lagi la naik menyampah siap hangin satu badan bila dia hina aku boolat boolat. Ya Allah, andai dikau dengar doa orang yang teraniaya.. dikau HARAM kan rezeki yang dia dapat. Amin* Kecuali dia meminta maaf padaku.. 

Okey geng.. aku cuma nak cakap, jangan la sesekali nak tarik pelanggan tapi tak pandang kiri kanan. Nasib ko tu pelajar kolej under UIA. Belum student dia lagi.. tapi dah kerek macam pelajar dia. Wekk:P Sumpah nampak dungu nya mamat tua tu desitu. Kesabaran aku tercabar tadi. Ditindah dengan kata kata yang amat pefih untuk ditelan. Aku cuma harap dia sedar yang dia tu hanya kuli dan bukan siapa siapa. Bukan nak hina.. tapi kalau ikutkan apa yang dia hina, memang dalam makan hati. Aku manusia biasa, hilang sabar dan marah adalah satu emosi biasa. Tapi siapa yang mahu diri dihina bukan? Macam itu la aku.. perlakuan dan perwatakan melambangkan individu seseorang. Jadi kalau nak orang hormat, hormatlah diri sendiri dan orang lain dulu. Akhirul khalam jumpa lagi entri seterusnya.
P/s: petang ni kesabaran aku di uji.. Hanya tuhan yang Tahu.

Sunday 20 February 2011

Berpoyo Di Library Sambil Menyelam Minum Air.

Assalamualaikum dan salam ceria buat kalian ;) Selamat hujung minggu untuk minggu keberapa entah tak sempat nak pangkah pangkah kalendar macam zaman bebudak doolu. Okey rini nak hapdate hari aku berpoyo dengan membe membe di library. Al maklumlah nak habis sem ni terakhir di BJ aka Bestari Jaya. Selepas ni nak kena pindah. Hah?! pindah? mesti uoOls tertanya tanya pindah kemana kan? Nanti aku buat entri pasal pindah ok:) Sekarang straight to the point..semalam penat lelah mntelaah cari soalan soalan sem lepas untuk buat revision dan persediaan untuk final exam 2 minggu je ni. Di kesempatan yang ada, aku dan membe dua orang berpoyo snap gambar sakan. Maklumlah tak ramai orang waktu tu..apa lagi. Gila lensa la jawabnya. Ahaks!

Kalau boleh setiap sudut nak dijadikan kenangan. Tapi memandangkan tu library, jadi tak bolehlah nak sesuka hati snap sana sinun. Jadi kami pegi tempat tertentu je. Sebenarnya library U aku nih sempoi cantik, ikhlas aku memuji. Berbentuk melekung sfera. Memang superb la rekaan dia. Pandai designer dan engineer yang buat lanskap macam ni,, tabikla! Sebab tu lokasi ni selalu dijadikan lokasi pengembaraan filem dan drama. Eceewah..terasa bangga desitu. HikSs. Tapi maaf sebab tak bermaksud nak bermegah. Hmm meh tengok gambar yang semegah mana ni..pSst sebenarnya banyak gambar poyo kami bertiga, tapi cukuplah aku letak 4 keping. Yang lain letak di FB. Lalalala~
Selamat Datang ke Library;)

Tempat femes snap gambar haruslah t0ilet :P

Berpoyo berSama :D 
teropong akak photog..haha

Gaya bebas buat tanda shhsss 'keep quite' ! ;)

Semuanya gambar yang comot dan pulun kata orang Kedah. Haha. Tapi tu semua kenangan buat kami bertiga. Tapi satu je badan aku bila la nak slim melim. Jeles kot tengok orang lain solid da bomb, aku je gebuss semacam:P Maklumlah aku ni pantang nampak lensa pasti ada da gaya yang nak buat macam tu jugak time makan. Pantang nampak okey, semuanya telan. ngap ngap. Memang berisi la jawabnya. Okeylah, gambar banyak tapi segan nak haplode. Lagipun orang cakap, tak baik selalu publish.Nanti orang jemu. Buat si dear moga cepat sembuh ye. Terkena demam selsema dua tiga hari ni sebab cuaca tak menentu. Pada uoOls dan dear. Jangan lupa minu banyak air waktu panas cenggini ye.

Okey rasanya banyak lagi kami nak berpoyo sementara aku desini. Dah pindah, tak da lagi gambar yang cantik viewnya. Uols belum tengok tasik siap itik angsa, dengan air pancut penceria suasana. Kalau bab library ni aku suka tang tangga dia yang memang cantik! Ada je gambar tapi nanti nanti la haplode..Hadooi kenapa kebelakangan ni aku malas haplode gambar ye. Mungkin dah rasa tak penting kot. Cuma nak buat bukti untuk bl0g kesayangan ni je. Baiklah nak sambung ulangkaji dan siapkan asaimen lagi. Selamat berjumpa lagi entri selanjutnya. Walla! Hidup mesti ceria..

Saturday 19 February 2011

Bercuti, Bersantai Bercanda Di Bukit Merah Laketown Resort. Beshh!

Assalamualaikum. Dah lama dah aku peram entri ni tapi belum berkesempatan untuk menaip. Tapi kali ni dah free aku rasa nak stori cuti bersantai dengan keluarga di Bukit Merah Laketown Resoul. Memang terbaiklah! Masa pegi kali yang keenam maybe dah tak excited macam kali pertama dan kedua doolu doolu. Tapi dah nama pun cuti.. best tetap best. Nak nak dengan keluarga tercinta. Memang layan la. HikSs. Aku palingg suka kesana sebab nak main air waterpark dia dan snap gambar sebab view dia memang cantik habis. Pada yang dah pegi mesti tau bestnya cemana.

Oklah pada CNY yang lepas, ayah dah janji dengan adik bongsu Badrul Munir nak pegi Bukit Merah. jadi disebabkan dah berjanji, budak budak selalu ungkit selagi tak pegi. Cuba sekali cakap tak jadi. mau muncung adik comei aku seminggu. Sebab bulan Januari lepas dia dah merengek nak pegi tapi atas masalah tertentu. Tak dapat pegi.. Sebab budak budak bukan faham orang dapat pegi ke tak. Ada masalah ke.. yang penting dia dapat pegi. Apalagi merajuk si Badrul 2 hari tak cakap dengan mak dan ayah. Tido pun tempat lain. Dasyat kan? Jadi cuti CNY yang lepas ayah dah janji nak bawak pegi dan kebetulan aku dan Nana adik aku sorang lagi dapat balik cuti seminggu. Jadi kemeriahan lagi terasa sebab ramai. Semua ada. Seperti yang dijanjikan, jatuhnya hari kaum Cina bangsa Buddha sambut Chinese New Year dan famili aku pulak gerak dan siap siap nak pegi bersantai di Bukit Merah. Bukan kemain siap beg salinan. Last last ada jugak yang tertinggal. Ahaks!

Gerak dalam lebih kurang 10.30 pagi. Memang highway ramai jugak yang lalu lalang. Kan sebab musim perayaan. Tak jauh dari rumah pun. Dalam setengah jam sampai ke destinasi yang dituju ;) Best tu memang terasa, Siap bawak jajan dan segala keperluan untuk dok dalam sana. FYI tetiba dah masuk bukit yang tinggi kononnya diberi nama Bukit Merah. Mengaum jugak ekzos ayah katsana.. memang terasa kereta tu sungguh berjasa. Sampai je nak parking, wah en.guard tu sewenang wenangnya memberi isyarat supaya drive ke arah terus. Sebab dalam tempat parking yang dijaga dah penuh mungkin. Tapi memang cantik la pakaian guard dekat situ. Macam main band sekolah pun ada. Yang penting baju warna warni. siap topi koboi. uOols  bayangkanlah ye. Psst aku cerita ni macam eksited pertama kali pegi kan. Tapi dah banyak kali. Fist pegi tahun 2007 kot kalau tak salah ke 2008. Tak pasti. Ehee:D
Okey sambung cerita. yang buat ayah bengang.. dah jauh ke dalam drive. Rupaya dah masuk homestay. Patutla macam jauh dengan waterpark je gayanya. Toing toing.. sekali kenalah dengan ayah. Rupanya tempat parking cuma dekat dari yang tadi. tapi en.guard tu yang tak bagitau. Semua orang yang di belakang kami pun sesat sama, Kesian.. Last sekali dah dapat tempat park. Apalagi bawak barang untuk mandi. Hurray! Dah daftar ramaiiii sangat orang tau. Walaupun CNY. haha. Oklah time mandi manda memang best. Eh sat..awat sebelum ni aku tak pernah buat entri ke Bukit Merah ye? mungkin aku belum ada bl0g kot. Yeke? Ohoo. Ok nak tempek gambar kenangan desana.. Taraa!

Destinasi dituju mestilah ke Waterpark ;)

Mandi manda yang best bersama kazen kecik:"D
Dari kanan: my adik Nana dan kiri aku memang enjoylah.

Sekitar view di luar waterpark :)
Ada tasikm buatan yang cantik la!

Kandid mak ayah disebelah kanan.
Gambar kiri adik comei yang puas main terjun kolam. Sakan dia..
memang best la dik. Thumb up!

View Bukit Merah yang memang cantik ! Aku suka kuasa 9 :)

Ayah pun mandi tau ;) meriah sangat. Hee
Ni view di salah satu waterpark ni. Beshh.. memang puas la main air.

Bergambar lepas naik mandi. Memang muka sunburn habiss.
Adik Badrul jangan cakap.. 2x kali ganda jawabnya;)

KelikS.. Pali memang susah nak snap gambar dia.
Sebab dia busy sangat main air. Kuikui. Gambar kiri: Gambar berpoyo harusla ada:P

Ayah p0sing memang menawan la;)
Tengok adik Badrul..mukanya sunburn habis. 
Tengah makan jajan, keropok.ehee:D

Dah habis dah gambar yang aku pilih untuk tempek desini. Banyak laagi dalam f0lder. Tu pun laama tau aku nak hapl0de gambar gambar ni semua. Hadoii. Harap sesiapa yang belek tu maaf la noh sebab sengaja aku kecilkan saiz. Sebab nak jimat ruang. Haha. Sabar ajelah. Mungkin lepas ni nak tempek kecik je la. Comei jugak kan?;) Ahha masa mandi tu macam macam wayang ada tau. Bersuka suki sakan.. nasib tak ramai yang berbikini. Ayah memang tahan kami makan dalam tu. Sampaila pukul 5 petang. UoOls bayangkan betapa laparnya waktu tu.Sob sob.. akhirnya pukul 5.15 petang baru keluar dari Waterpark untuk cari nyum nyum. Lapaq sungguh dah rasa. Kat restauran luar tu bersepah tapi ayah nak belanja makan dekat gerai sini jugak. Jadi situ semua guna kupon tiket tu.. jadi kena la tukar duit dulu. 

Kalau dekat sana tak pekena mi claypot memang tak sah, itu makanan pilihan aku dan Pali. Adikku Badrul dan dua orang kazen makan nasi ayam. Mahal sungguh kat situ. Huaaa! Ayah pulak makan bihun sup gearbox, mak makan lakSa, dan Nana makan mi hailam. Memang kena k0rban duit la kalau nak makan tau. Sedapp jugak. dan memang ramai la orang. Masing masing penat jangan cakap la. Dengan muka sunburn. Termasuklah aku. Huh memang alhamdulillah kenyang. Blurp! Selepas tu terus pulang dengan keletihan dan kekenyangan. Memang heppi la. Kalau nak cakap bila pulak nak pi sana lagi. Tunggu tahun depan ajela pulak ke dua tahun lagi. Psst kalau tak jemu lagi la nak kesana. Kua3x.


P/s:Oklah,saja nak bagitau aku dah renovate bl0g sikit sikit. Harap uoOls suka. Sebab aku cepat bosan. Hee. Warna tema dipilih. Coklat;) Oklah nak rest dulu. Nanti free aku bl0gwalking ye. Heppi selalu geng. Panjang entri kali ni aku taip aku rasa. Dari petang sampai malam. Hiks. Jumpa lagi entri seterusnya. Walla!
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi