Thursday, 17 February 2011

Annual Dinner RedCarpet My Faculty :)

Assalamualaikum :) Semangatnya aku nak taip entri kali ni sebab nak cerita pengalaman pertama pegi diner fakulti sepanjang aku studi setahun lebih kat tempat aku belajar sekarang. Kalau entri yang lepas lepas aku selalu cakap pasal event yang buat aku teruja. Ok meh aku nak cerita lebih lanjut ek :) Cerita bermula di petang Isnin lepas, bersamaan 14 Februari..alaa yang semalam punya semalam tu, baru je cerita nih tapi aku sengaja lewatkan dua hari sebab nak h0rmat maulud Nabi selasa dan kesibukan hari semalam.

Ok petang tu dalam jam 3.30 petang dah siap siap nak sedia make up, dress dan tudung. Aku paling semangat dan untuk pengetahuan uoOls aku bersolek sendiri je. Biasa biasa, tipis dan nampak natural. Janji aku selesa. Semuanya berjalan lancar:) Alhamdulillah. Keluar je dari bilik..surprise! kenapa surprise??:$ Sebabnya membe membe aku tak penah tengok dress aku lagi. Sama la dengan aku tak penah tengok dress fatin. membe yang akan sama sama hadiri "Annual Dinner RedCarpet FOB"..memang agak kebetulan dress kami berdua seakan akan sama. Yang bezanya warna dan design je sikit sikit. Hehe. Tapi tak kesah pun sebab kami dah sedia untuk ke majlis dinner. Serius perasaan teruja menyelubungi hati dan jiwa. Kan mendalam tu. Kuikui.

Ok lepas tunggu kereta sampai, kami p0sing ala kadar je. Tapi tak payah la aku publish katsni, kat FB banyak la..ngee:'D dalam pukul 6 petang bertolak Hotel Concorde Shah Alam. Yippe! Akhirnya dapat jugak jejak kaki ke SA(Shah Alam) Perjalanan tak jauh sangat. Dalam 35 minit tanpa jam sesak memang segalanya cepat dan memudahkan perjalanan. Heppi* Sampai ke hotel tersebut, semuanya kami cakap Wow! gojeS! bukan nhotel yang wow! tapi tetamu tetamu event yang hadiri event makan malam tu. 

Pelajar pelajar degree k0t. Wow pakaian depa.. memang superb dan glamour habis. Huh! melet0opnya:P terasa aku terlalu simple dan tak glam0ur. Ecece padahal dah sampai ke destinasi dah pun. Ramai la photographer yang dok sibuk sibuk tembak senapang kamera diorang dengan gigihnya sebab di depan mereka ramai yang cantik, seksi dan glamour di red karpet di pintu utama hotel yang cantik tu ;) Aku, fatin dan farah terus cari t0ilet sebab membe aku si farah tu tak bersiap dreSs lagi. yang ada mekap yang dah. Sampai kat l0bi terus masuk tandasnya. Aapa lagi, si Farah bersiap tukar pakaian, aku dan fatin snap la gambar. Sebab tertawan dengan cermin ajaib yang cantik katsitu. HikSs. Teruja..sebab tu orang kata gadis pantang nampak cermin. tambah tambah kat t0ilet;) Betul ke tak.. yela kot.Haha.

Tapi menu makan malam agak best iaitu nasi beriyani ;) Sedaapp ! tapi disebabkan majlis mula dalam pukul 9 malam. Perut dah lewat makan, cepat rasa kenyang. Jadi tak tambah nasi.. sayanggnya:'( membe yang satu meja sepuluh orang rolak aku jadi sembilan semuanya tambah, Huu. Terasa rugi desitu. Hoho. Tapi yang bestnya Menteri Besar Selang0r datang buat kejutan. Memang agak bangga la ada di situ saat itu. Lepas perasmian, kami makan makan dengan seleranya. Ni aku pendekkan cerita. Sepatutnya nak kena cakap naik tingkat pertama dan tangga dia cantik ok, hee sengal desitu. Kemudian, daftar masuk dan dapat beg yang berupa ada macam macam yang buat aku suka. Hikhik. Semestinya tangkap gambar dulu sebelum masuk dewan makan Utama. Best la, nama pun berjalan di karpet merah. Tetiba rasa glamour. Psst bila lagi kan? :') tu yang melaram sakan. Haha.
ni sedikit gambar kenangan makan malam 14 Feb :)


ni cendermata dinner malam tu ;)

Oklah apepun aku puas hati pegi sertai event yang julung julung kali diadakan. Memang best melet0op, goves, superv. Haha. Dan artis yang hadir adalah One Nation Emcess. Walaupun aku tak minat diorang..walhal knal pun tak. Tapi terhibur la jugak. Kuikui. Entri ni keje tertunda je. Harap Maklum. Ok banyak keje nak kena buat. Nanti aku bl0gwalk bl0g uoOls ok. salam Ceria hari Khamis :) Apa Khamis?! Cepatnya masa berlalu..hmm. AdioS ! ;)

1 comment:

  1. wah, red carpet tue...hehehe. salam ziarah!!

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi