Saturday 31 December 2011

Dari Laman Indah - 311211 ♥

31 Disember 2011 tarikh terakhir sebelum sama sama kita tinggalkan tahun 2011 tahun Masihi. Banyak kenangan pahit manis yang wia lalui. Alhamdulillah wia masih punya mak ayah dan adik adik bersama sama menjalankan aktiviti masing masing dan bahagia bersama. Memang rasa syukur dapat bernafas di bumi Allah bersama orang tersayang hingga saat ini. Moga dipanjangkan umur untuk cabaran hidup masa akan datang. Amin.

uOols dah buat azam.? Ye azam baru. Mesti dah senarai pendekkan ;) Rasanya tahun baru wia disambut dengan sahabat sahabat tahun ni. Sangat bersederhana insyaAllah. Best kan uoOls minggu ni kita akan ada hujung minggu yang panjang lagi ;) Sama sama bercuti "Public Holiday"..nikmatnya !! Kali kedua kan dalam bulan nie.

Just for Special SoulmateMy Dear DiOr
Banyak sangat pelan yang dirancang bersama famili, rakan rakan dan tersayang. Bagi wia kali ni wia banyak habiskan masa dengan keluarga kerana kawan kawan la keluarga bagi wia desini. Rasanya cuti cuti camni boleh la rancang nak "Hang Out" sama sama. Teehee :'D


Nak tahu wia kemana hari nie.? Dan dengan siapa besties wia desini yang sama sama satu kepala. Tunggu entri seterusnya ye uoOls ! #Best pulak sebut uOls! Siapa.?! Hempa semua laaa ;) Tak sabar dah nak mulakan ekspidisi. yabeda beduuu.. Pelan dengan si dear ke.? HeHe..


Pertama kali nak merasa tengok bunga api yang cantik malam detik 2012..Wow pertama kali bagi wia. Sebab tu perasaan teruja tue kemain lagi. Yang penting semuanya bermakna sangat bagi wia. Seolah olah impian bakal menjadi kenyataan. Bukan sekadar kata kata. BEST !!

Tunggu entri seterusnya dari wia. Selamat berblogging. Moga hempa semua juga bahagia ye. Tak kisah dengan sesiapa pun. Sesungguhnya wia memang kaki jalan jalan. Jom join sekali esok. Hee. Pastinya nak bahagiakan hati dan tak mahu sedih sedih lagi. Tahun baru Masihi akan menjelma wia.. Moga jadi gadis yang kuat dan comel sentiasa.. ;) Dan awak, awak dan awak jugakk.. Love the Day !

31 Disember 2011
Pstt love U too deAr..!

Friday 30 December 2011

Masyukk In Action ;)

Berita baik yang buat hati riang sampai sekarang adalah apabila duit ptpterpan dan masyuukkk!! Hati melonjak teruja bila terasa nak check ATM Bank Islam kat kampus tadi. Pepagi pulak tu, berita baik datang menerpa. Syukur alhamdulillah.. tak perlu lah wia nak berjimat makan nasi ngan kicap telur mata setiap hari lagi :)

Sekurang kurangnya beban yang terhempap rasa diangkat terus. Cukuplah dapat habiskan semester ni dengan baik. Amin. Doa doakan ye uoOls. Mulanya wia fikir duit akan masyuk lepas CNY nanti. Rupanya awal sebelum masuki tahun baru rupanya. Legaa.. Nafas yang tersekat di dada dapat dihembus dengan baik secara perlahan lahan. #Simboliknya. Rasa susah hidup kalau tak ada elaun hidup. Hadoii..

Betapa tak sabarnya wia pagi tadi terus bagitahu mak dan ayah. Sebabnya tak mahu mak ayah susah susah lagi.. Hehe. Itu la sifat wia yang sebenar benarnya. Eksaited sangat akan sesuatu..Itu la wia. Alahai kalau berita heppi rasa cam nak bagitau satu dunia uoOls!..

Syukur alhamdulillah, kegembiraan berlipat ganda bila wia dah berbaik baik dengan si dear..Dan yang paling best wia heppi akan kematangan dia malam ni. Suka sangat dia serius..

I'm Heppy Lovely :)
Wah malam ni rasa bahagia..Adakah kegembiraan akan sentiasa dengan wia dah lepas ni. Subhanallah !! Nikmat nie.. Harap jauhkanlah dengan kesedihan yang menyeksa zahir dan batin wia sebelum ni. Tapi lumrah kan uoOls, disebalik kesedihan pasti terselit kegembiraan jua :)

Apapun wia heppi sangat ! Paling terharu apa yang tak disangka sangka, dipenuhi oleh my dear dior. Cam nak nangis pun ada ni ;) Selamat berblogging uoOls! Heppi selalu.. Sesungguhnya bahagialah wia selepas ni amin. Suka heppi dan tersenyum camni selalu $$. Psstt rancang ngan roomate nak beli fon baru ;)

Thursday 29 December 2011

Datingg dengan Sepupu =D

Semalam tak update sebab rasa masa cepat berlalu. Macam macam berlaku. Dari kelas, jalan jalan dan gado gado. Wia tak mau cerita secara terperinci, yang penting semalam wia datings dengan sepupu yang singgah mai Shah Alam. Weouls jalan jalan Tasik Shah Alam, SACC Mall dan PAS (Plasza Alam Sentral).

Yang bestnya sepupu wia ni yang belanja semuanya. Ditanggung beres ! Senyum lebar hingga ke pp. FYI, sepupu wia, namanya Aiman. Muda setahun dari wia. Memang dia panggil kakak pun kat wia. Jadi memandang dah dia mai S.alam. Wia bawa la jenjalan sini :)
Gambar Candid time makan aiskrim yg dibelanja. Nikmat ! :)
Sebenarnya wia pun tak tahu jalan sebenarnya. Main redah. Yang bestnya sampai juga tempat dituju. Syukur, walaupun banyak roundboard. Erkk -___-. Hehe. Memula weouls jalan jalan. Pastu, dak aiman teringin nak makan sate Kajang Haji Samuri. Apa lagi makan la kan.. sental 15 cucuk sate ayam dan daging. Wia prefer makan sate ayamnya. Lembut dan empuk. Kuah dia sedapp lagi. Teehee.

Sepupu ku - Aiman. Thanks for spending money for me :D
Kemudian, aiman belanja pulak McD yang ada kentang twister, beef prosperty burger, air oren dan ais krim cornetto Mcflurry ! Nyum nyum. Makan mewah wia petang semalam ;) Lepas habis semua. Dak aiamn ni nak blikan kakak dia purse baru. Memandangkan purse yang ayah belikan tu pun dah uzur. Maka bla dibelek belek dari kedai kedai kat PAS. Terbekenan satu ni ;)

McD juga dibelanja uoOls !
Terus grab dan dibayar dak Aiman. Hooyeh! Heavennya dibelanja orang. Alang alang nak belanja biralah cari purse yang bermutu sikit :p Kemudian itu je la pertemuan dua sepupu, satu tok dan tokwan. Malamnya wia beranikan diri dalam gelap sebab habis kelas 8 malam. Keseorangan! bahaya bukan.? Sabar ja laaa.

Tengah malam. Off fon selama 3 hari mulai malam tadi. Noktah. Kan banyak yang berlaku semalam. Okey selamat berblogging ! Tak sabar nak pakai purse baru. Hikss. Wia tak rasmi lagi. Lepas menaip ni baru nak pakai. # Nampak sungguh kesibukannya.

Purse Pilihan ;) 100% dibelanja. Haha
Sekarang wia dah jatuh cinta dengan kaler kelabu. Tampak menawan mungkin. Coraknya wia minat ! Best jugak sibuk sebenarnya. Ok slmt berbl0gging ! Fakta# Memula am nak keluar cam kapel, aleh aleh dak aiman jumpa kawan sekolah dia dan dan aku dikenalkan sebagai kakak. Gelak sakan la kami petang tu. Bhahaha.

Wednesday 28 December 2011

Jatuh Cinta Lagi !! ❤

Bahagianya malam ni.. Berdebar debar pun ada. Mungkin tuhan hadiahkan hikmah disebalik kesedihan yang wia rasa petang tadi. Subhanallah. Sekelip mata perasaan bertukar. Syukur sangat sangat ! :) Tengok mood wia cepat bertukar kan.? Bukan susah pun. Hanya situasi saja yang berubah.

Malam ni entah kenapa broadband pun laju seiring dengan mood wia sekarang. Yakni bahagia. Bertambah bahagia dan ceria la rasa. Bukan bahagia dirisik atau dilamar ye uoOls. Tapi mengenai hubungan jarak jauh yang sangat pelik wia rasa. Hee.

Pandanglah menggunakan hati, pasti terlihat hikmah di sebalik setiap kejadian dan ketentuan Allah s.w.t itu, Insyaallah :)
Kegembiraan malam ni memang agak luar biasa. Mungkin rahmat dariNya dari liku liku yang buat wia rasa sampai tercipta entri petang tadi. Apapun syukur alhamdulillah, semuanya dah kembali normal seperti sediakala. Tiga tahun dah kukuhkan hati wia dan si dear  ^-^


Biarlah segalanya berkahir dengan baik dan bertambah baik. Semuanya dari kehendakNya. InsyaAllah ada masa wia nak buat "Book Of Love" pasal ehem ehem wia dan si dear la. Maaf# Malam ni jiwa rasa bahagia pulak. Sukar digambar.. tapi mungkin itu yang dinamakan jatuh cinta. Jatuh cinta yang entah keberapa kali ! Blushing* Biarlah hanya tuhan yang tahu rasa hati ini.

Moga malam ni mimpi yang indah indah. :) Semoga kalian juga bahagia seperti apa yang wia rasa sekarang. Amin. Rindu. Sayang. Cinta. Lumrah dalam perhubungan yang penting. Kami sangat pelik malam ni. Kelakar bila fikir balik. Ok malam semua. Psst jangan lupa sebelum tidur maafkan orang lain dan berminta maaf la sesama insan. InsyaAllah..berlapang dada la untuk esok harinya :)

with love

Tuesday 27 December 2011

.TerSeksa Jiwa, Merana Hati.

Ya Allah.. Hati wia tak kuat laa. Rasa cam nak nangis saja. Masih tertahan di benak. Perit! Sungguh tak tahu pada siapa nak luah. Wia mungkin kali ni rasa "DOWN" yang amat . Susah nak diluah dengan kata kata rasa hati ini. Pada siapa tempat nak mengadu. Masalah tetap ada dimana mana kata mak.

Mak............
Tak semua cek cerita pada mak. Takut mak fikir yang bukan bukan pulak. Cuma cek cerita yang cek sunyi katsini mak. Tak ada tempat mengadu. Sini bosan mak. Semua orang dah tak peduli cek mak. Depa ada tang cek senang jaa. Tang susah depa menghilang.

Bukan cek nak mengeluh mak. tapi ini hakikat. Hakikat hidup di akhir sem. Kebetulan cek hanya ambik tiga paper dalam sem ni. Tersangat la sunyi mak. Kelas hanya pada hari Rabu dan Jumaat. Mak bayangkan hari yang lain dalam seminggu apa cek nak buat.? Sedih la cek camni mak.


Bagi kawan kawan yang lain depa ada alternatif lain. Bagi cek, siapa yang ada desini. Ada marka macam tak ada jaa. Ada kawan tapi tak sama cam mak. Ada keluarga tapi jauh dimata tapi dekat dihati. Kenapa ye cek masih bertahan..?!

Padahal kalau orang lain dah boleh ada penyakit kemurungan yang panjang. Sebab cek ada matlamat disini. Matlamat cek hanya mak ayah dan teman rapat yang tahu. Tak ramai yang tahu mak. Tapi biarlah ia menjadi tersirat. Mak.... Cek sedih laa. Cek ada masalah tidur malam.? >.<"

Bukan imsonia ke apa.. tapi disebabkan rakan sebilik. Apa patut cek buat mak.? Nasib ada rakan serumah yang sekepala buat cek tahan disini. Apakah cek akan bahagia nanti mak.? Jawapannyaa ya, jika mak dan famili ada desisi. Desini bukan tempat cek.... Cek nak balikkkk !!!!!

Monday 26 December 2011

Sarapan denGan SuSu.. !


Sarapan memang penting untuk kesihatan diri. Apa ye sarapan uoOls pagi ni..? Alhamdulillah wia juga suka ambil sarapan pagi. Sebab ia penting untuk alas perut yang kosong sepanjang malam. Ada sesetengah orang tak makan pagi kan.? Mungkin itu ada sebab tersendiri. Tapi yang penting wia mesti ambik untuk tenaga dan kesihatan. Kadang kadang wia sarapan lambat tapi tetap ambik dengan kuantiti yang kecil.


Contohnya pagi ni, pukul 10 pagi baru wia sarap. Hehe. Menu sarapan wia pun tak berat. Cuma segelas susu dan dua keping roti bread. Alhamdulillah, kenyang ! Memandangkan hari ni "Public Holiday" Ramai yang bercuti. Mesti bestt kan. Berkongsi la sarapan kegemaran uoOls dipagi hari.? :)

Wia suka juga makan sarapan dengan susu dan bijirin seperti Honey Star, Cornflakes atau Koko Cruch. Macam kanak kanak ribena kan.?;) Entahlah suka la makan. Kalau uoOls nak tahu susu memang baik untuk diri selain baik otak. Cuma wia satu je, tak boleh makan selalu.. Ikut mood dan selera camtu. Tapi apapun wia memang suka susu putih. Suka coklat dan susu strawberri pun suka double triple ! ;)  Macam susu Dutch Lady.




Tetiba jatuh cinta pada susu ! :) Okey selamat bersarapan dan bercuti uoOls. Moga ceria selalu hendakNya. Psst kalau uoOls nak tahu wia suka makan bjiran dan susu bersama adik adik. Hee :D Biasalah makan reramai baru la berselera. Ye dak.? Kan wia ni masih remaja.! Perangai pun cenggitu lerr..Heh.

Sunday 25 December 2011

Duniaku Bukan Desini :'(

Salam hujung minggu. Wia terfikir alangkah bestnya saat ni wia di rumah di Kedah bersama keluarga. Masih menghabiskan cuti nan indah desana. Mesti dapat ikut famili makan kenduri lagi dan lagi. #Nampak sungguh wia suka pi makan nasi minyak orang ;p Biasa laaa cuti sekolah ja yang ada kenduri kawin. HiksS.


Tapi itu hanya angan angan sebabnya sekarang dah pun dok di tempat orang. Dimana bandar perindustrian yang sangat pesat. Shah Alam. Belum ada mood nak berjimba. Belum ada mood nak bersosial #dalam alam maya ada la FB dan tweet tweet. Hehe. Belum ada mood nak membeli belah.

Alone again :'(
Tiada siapa pun yang best bila jauh dari famili. Dunia terasa asing uoOls. Desini wia tak ramai kawan. Kalau ada ramai yang tak sekepala. See ! Mana nak mai bestnyaa.. -___- Susah nak jumpa kawan yang betul betul kawan. Kalau ada pun, belum tentu leh jadi kawan baik.


Setiap kali wia desini, boleh nampak bibit bibit bosan dan sedih wia.. Hadoii bila la nak berakhir. Mungkin desini bukan tempat wia. Terasa dunia terlalu memencil diri. Apatah lagi sekeliling memerhati diri yang keseorangan. Mungkin wia masih selesa sebegitu. Tapi jangan nilai orang tanpa mata hati. Perasaan dan naluri seseorang termasuk wia sangat sensitip ! Tahu..?!


Tetiba rasa masa lambat berlalu. Mungkin terlalu menghitung hari. Dunia wia sepi desini. Cepatlah datang keriangan. Yang boleh buat hati ini tak keseorangan dan rasa dihargai dengan penuh kasih sangat. #Sebak. Selamat bercuti semua.. Besttnya bercuti kalau famili ada desisi. Kerna waktu ini wia sendiri tanpa teman dan famili.. Noktah.

Saturday 24 December 2011

Kenangan Manisss Melecaih Wajah FB :)

Terbaru FB gempak dengan wajah baru TiMeLiNe kan.? Wia dah pun tengok dan try percubaan. Macam best jugak sebab ada header cover picture kat atas yang kita boleh upload ! Ibarat macam blog juga yang ada header. Hehe. Best juga walaupun biasalah agak nampak serabut sikit. #Jangan mara memang kenyataan.

Rasanya ini kali kedua FB bertukarwajah. kalau yang dulu, lain sikit. Masih nampak comel. Lepas tu bertukar yang wajah sekarang kalau uoOls tak bertukar lagi pada TiMeLiNe.. Boleh letak banner comel comei. Dan sekarang ada pulak yang irasa cam Tweet Tweet. tapi lagi serabut wia rasa. #Sementara nak biasa kata nya !

FB incik dear ;)

FB cik wia ;)
Tak kisah la pemilik FB nak buat pembaharuan ke apa kaa.. yang penting wia boleh on9 secara percuma dah memadai. Tak gittu hempa semua.? =D Alaa sementara nak biasa kan.? Dengar dengar kata juga 29hb ni memang FB semuanya akan bertukar kepada TiMeLiNe secara officially. Betul ke tak kesahihan nya wallahualam.

Tapi wia cam sayang dengan wajah FB yang sekarang pulakk. Hadoii..Tengok saja pada wajah FB wia dan FB incik dear.. Ehee. Saja tempek sebab lama tak hapdate pasal kekasih hati wia. Rindu pula rasanya kat dia :* HiksS. Walaupun hari Sabtu, dear tetap kerja. Apakan daya.. ada tugas yang harus dilaksanakan.

Selamat berblogging ! LOvE my dear DiOr..
Psstt lama tak berjumpa.Long Distance nama pun. Ok ceria selalu. Wia nak masuk dapur dulu. Perut berbunyi minta di isi. Hehe.  Heppi Lunch ye uoOls..Perut kenyang jangan lupa klik CHURP CHURP ok.

Friday 23 December 2011

Bila Kemaruk Semakin Memuncak !!

Kempunan sungguh wia dengan menda alah ni. Menda alah..hehe. Sebenarnya menda alah tu smartphone. BB ataupun Blackberry. Fon Blackberry pun ada banyak jenis dan keluaran dah sekarang. Tapi bila survey punya survey wia terbekenan pulak dengan nie ;)


Jangan ditanya pasai pa jenis ni terlekat dihati. Alahai, memandangkan ia banyak application. Harga mengikut pasaran pun agak mahal.. Tapi bila dah kempunan yu mesti la nak dapatkan ye dak.? Boleh dijadikan target tahun baru Masihi ni..Kira cam azam tahun baru boleh.? =D


Rasa cam nak grab sekarang jugak !! Perasaan tu hanya tuhan yang tahu uoOls. Tapi bak kata pepatah Melayu alang alang menyeluk pekasam. Biarlah sampai ke panggal lengan.. Alang alang nak beli yang baru baik beli yang uumpph ! Haha macam teh Boh umpph pulak wia bandingkan ;)


Terasa sedap dan enak dipakai..Even nampak yang lain dah lama menerai..Wia jee masih dok berangan wehh .Gurrlp ! Telan air liur la dulu.. Perasaan berkobar kobar rasa cam nak sangat sangat dah. Tunggu masanya tiba saja. UoOls doa doakan ek supaya wia leh merasa pegang rasa BlackBerry Torch sendiri. Amin.


Okey selamat berblogging semua. Psstt tak sabar nak tunggu tenet laju berdesupp semula ;) Dan juga hajat 2012.. Wia memang nekad, BB itu harus kepunyaan wia. Noktah ! Moral of stori kena kerja keras dan gigih la jawabnya. Aja Aja Fighting !

Thursday 22 December 2011

Gudluck Candidates PMR - Result is Out Today !

Semoga Berjaya buat adik adik tingkatan 3 yang mengambil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)..Terutamanya buat adik wia, dak Pali. Wia sekarang pun dah jauh beribu batu hanya mampu berdoa dari jauh supaya dia mendapat kejayaan setimpal dengan usahanya ;)


Bak kata orang, orang lain yang nak ambik result, wia pulak yang rasa berdebaq debaq.. Nebess habis cam diri sendiri nak pi tengok result. Heheh.. Simptom berjangkit kott. Padahal tadi sempat chat FB dengan adik, dak pali dia langsung tak rasa apa..Heran heran. Mungkin sebab dia lelaki jadi dia cool..kan.?

Dak Pali , Gudluck !
Sekarang ni juga mungkin ramai yang dah berada di sekolah masing masing utk menunggu resut keluar..Wia ingat lagi tahun wia ambik PMR tahun 2004. Dah lama kan.? ;) Semangat pi awai ke sekolah semata mata nak merasai debaran tunggu result. Alhamdulillah wia dapat 5A 4B utk PMR.. Cam heppi sangat sangat  time tue.. Best sangat merasa sebuah kejayaan. even tak dapat full 'A'..


Nak tunggu dak Pali punya result pulak. Harap harap semuanya okey. Sekarang zaman nak mudah. Adik adik dah boleh check result melalui SMS dengan letakkan Nombor kad Pengenalan No Angka Giliran dan hantar ke 15888.. Semoga berjaya. #Update wia check guna SMS tadi belum ada tindak balas. Mungkin ramai yang hantar kot.. Dia jadi talian sesak.


Apapun Gudluck ye semua adik adik Form 3 !! Moga kegembiraan milik kalian. Alahai bestnya zaman sekolah. Tapi wia dah berkurun lamanya tinggal bangku sekolah. Rasa cam nak pakai baju seragam sekolah. #tetibaa.. Hari ni wia nak pi kelas dalam semester baru. Psstt harap semuanya baik baik saja kerna hati ini belum empuh untuk kuat tapi akan sentiasa bersabar nak tempuh dengan tabah. Okey selamat berblogging !

Wednesday 21 December 2011

Masih Mengalami Simptom Dek Cuti Lama :/


Membiasakan diri semula dengan rumah sewa..Semuanya harus berdikari..Jangan bermimpi nak makan sedap sedapp lagi..Alahai kuat betul penangan balik bercuti yang lepas.

Kata dak Nana, wia memang tak boleh dok berjauhan dari rumah. Nasib tinggal kurang lagi 4 bulan saja lagi..Itu yang mengubat hati ini..Bukan apa berjauhan memang best sekali sekala..

Tapi memandangkan tak ada geng..Semuaanya jadi macam gundah gulana..Memang target sem nie..Nak jalan puaih puaih sekeliling ibu kota dan Shah Alam..

Masih dalam angan angan..Sebab duit pun belum masyuk untuk bersukaria..~ Home Sweet Home ~Nasib rakan serumah ada yang sekepala..Menghiburkan hati yang lara..

Wia harus bersemangat semula..Mengembalikan semangat yang hilang dek cuti yang lama..Fuh Fuhh mari la semula semangat !!Kadang terfikir awat laa aku tak heppi langsung nak balik bila berjauhan dengan famili..

Rupanya baru terperasan yang desini wia tiada banyak member dan orang tersayangg.. erkk  -___- Opss itu realiti kenapa kadang kadang tengok ada yang semangat berkobar nak balik belajar, rupanya nak jumpa dengan kekasih hati dan member bergonjengg.

Tapi cam menyesal pulak balik semalam. Minggu ni hanya ada dua kelas.Kemudian Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu..Tak ada kelas.Isnin cuti sebab Ahad Krismass.. Huu..Makin rasa nyesal habaq mai kat hangg. Sobs sobs. Okey nak blogwalk untuk hilangkan sedih. >.< "

Tuesday 20 December 2011

HomeSick Setiba di Shah Alam beberapa Saat :'(


Kepenatan
Homesick
Rindu Mak Ayah & Family
|
|
|
|
|
Hati Terasa Cukup Sensitif saat ini..
Sebak Dalam Dada.Air mata bergenang di kolam mata tak tertahan lagi.Mencurah curah mengalir ke pipi ibarat sungai yg berarus derass
T__________T

Pilunya rasa hati ini. Hidung dan mata merah menyala.
Ini lah gara gara bercuti lama.Sebulan lebih. Lamanya setiap detik semuanya amat bermakna.

 Banyak kenangan bersama famili buat air mata ini mula terjatuh.
Hati mudah tersentuh. Dan pabila bercakap seseorang rasa sebak !
Inilah yg dikatakan homesick atau rindukan rumah & famili.
Tambah tambah ayah wia cakap tadi masa dinner kepada mak..
"Sunyi pulak rasanya wia tak ada di rumah"
Terus bergenang air mata. Merembes air mata tak tertahan setelah baca sms dari mak.. Rindunya kat rumah ! :'(

Mak rindu wia.. wia tahu. Tapi apakan daya.. sebulan lagi kita akan bersua. InsyaAllah time raya Cina nanti.
Tak ada mood. Oh sakit dan sebaknya hati.
Kalau la boleh terbang, rasa nak jaa balik ke rumah. Sobs Sobss..

Hanya mampu bersabar..Huuu #Menangis lagi ~

Monday 19 December 2011

Besttnya Kenangan Semalam =D

Hanya tuhan yang tahu betapa heppinya wia bila dalam masa sehari segala impian tercapai. Memang bersyukur sangat. Semalam 18hb yakni semalam adalah hari yang bahagia dan banyak kenangan terindah yang tercatat..

Meh wia senarai pendekkan apa yang wia buat semalam. Memang satu hari macam macam aktiviti yang wia, famili, sepupu dan adik adik buat ;) Nak tau jom baca yang wia senarai pendek kan..


Bercuti cuti dalam Malaysia bersama kelurga
Makan sate (Wak Sate) sedapp !
Makan besar bersama famili besar (tercinta )
Mandi pantai yang dah sekian lama tak berkelah.
Menginap hotel bersama ketiga keluarga besar.
Mandi "swimming pool " bersama sepupu dan adik adik ;)
Makan ikan siakap steam yang sedap dan terliur tue..slurp!
Makan kenduri sedara mara sampai kekenyangan.
Dapat tengok pengantin baru.
Yang paling besh dapat snap gambar banyak banyak.
Wifi laju berdesupp itu yang terbaik, dapat download banyak uoOls!


Okey perasaan letih dan heppi tu tak dapat digambarkan dengan perasaan.. Semalam nak hapdate pun tak tercapai dek mata pun tak larat nak angkat sebab banyak sangat perasaan dan bunga bunga bahagia yang mekar dalam haati kecil wia ni.. Sesungguhnya wia rasa bersyukur dikurniakan keluarga yaang bahagia..

Sekarang ni yang terbaru boleh tak nak cakap, kalau takmau packing beg balik esok boleh.? Boleh tak nak bersukaria ngan famili macam semalam.? Boleh tak nak bercuti lagi even jadual terbaru keluar mengatakan yang wia ada kelas petang nie. Gulrp!

Jawapannya : Semuanya tak bolehh..Noktah !

Sunday 18 December 2011

Update Seawal Pagi - Wifi Laju Berdesupp !

Selamat Pagi Blogger  Sekalian! :) Bahagianya wia online dari wifi Hotel Blue Bay .. Laju berdesupp.. Alhamdulillah semalam tidur nyenyak dengan famili tercinta.. Bangun pagi ni sangat segar kebetulan dapat nampak matahari terbit.. Cantik sangat! Subhanallah ~


Sementara tengah tunggu nak bekpes ni sengaja wia nak update laju laju katsini. Alahai rasa macm nak tinggal sini terus boleh.? ;) Dari bilik yang di booked ayah ni bilik tepi. Boleh nampak pandangan laut Lumut. Nanti wia hapdate dari semasa ke semasa ye.

Sebenarnya best uoOls, bercuti bersama famili nie ;p Semalam saja bertolak sini, weouls berkonvoi tiga kereta. Ye adik beradik ayah. Sekarang jadi famil yang besar. Tok wia pun mai sekali tau.


Teringin sangat nak tengok pantai. Main kat pasir pantai. Harap doa dimakbulkan. Sebab kalau ikut rancangan, ayah wia dah tak nak pi pantai. Katanya mandi kat swimming pool kat hotel ni pun dah memadai. Erkk -____- Tak kisah la kan.? Yang penting wia dan keluarga besar ni beshh & heppi sangat desini !


Okey selamat berblogging uools. Tak sabar nak hapdate entri lagi. Nak upload gambar banyak banyak. Tunggu ye. Heppi sangat trafik agak tinggi semalam. Tengss ye. (^__^) V.. Jom bercuti cuti Malaysiaa..

Saturday 17 December 2011

Lumut.. Here I Comeeeee ! =D

Wia sekarang tengah gigih packing barang untuk ke tempat menarik yang dirancang keluarga. Sangat teruja dan tak sabar sabar jadi terhapdate la entri ini. Dijangka akan bertolak petang ni :)

Rasanya wia dah lama kempunan nak pegi mana tau uoOls..? Cer teka.? Yeay betul tekaan uoOl iaitu pantai. Memang wia teringin sangat nak ke pantai. Dah lama sangat nak tak jejak ke pantai. Bila wia cadang, disokong adik bongsu. Terus ayah buat plan nak kesana iaitu LUMUT,Perak.

Penah dengar tempat tu kan.? Kesitu la wia pi hari ni. InsyaAllah lepas ayah balik kerja setengah hari jap lagi ;p Sempat la wia pi kenduri umah membe disebelah tengahari.

 



Waahh, tengok gambar yang dikredit dari incik dear, pun dah rasa tak sabar uoOls. ! Tak sabar nak main di kaki pantai. Tengok ombak pantai dan bukan ombak rindu tau =D
Okey, wia nak sambung kemas apa yang patut ye. Takut tertinggal barang apa pulak nanti ;) Biasalah barang perempuan ni banyak.. Hee

Selamat berblogging. Psstt agak sedih tak ada yaang komen. Mungkin juga sebab wia jarang hantar komen. InsyaAllah nanti wia akan pergiatkan blogdiving wia ek ;)

...Salam hujung minggu...
LUMUT !! Here I comeeee.. Yabedabeduuuu!!..

Friday 16 December 2011

Jom Join CHURP CHURP !

Kegilaan terhadap CHURP CHURP ! Jom la pakat pakat klik untuk jana pendapat yang lumayan. Wia dah semakin seronok dengan CHURP CHURP. Pendapatan semakin memberangsangkan ;p Sebab tu semakin asyik nak promosi dan berkongsi dengan uoOls semua.

Tak susah pun berCHURP CHURP ! Malah ia tak juga bermadu dengan NUFFNANG, malah boleh jadi kawan terbaik. Tak ada salahnya saambil kita menaip dan share antara satu sama lain. Masing masing klik pula iklan yang comel comel ;)

CHURP CHURP dikira dengan per klik oleh seseorang. Kiranya makin banyak klik makin bertambah tambah la duit yang masyuk. Itu kan dikira berbaloi baloi. Jom ramai ramai klik CHURP CHURP jom !

Pada sesiapa yang dah pun join CHURP CHURP meh sama sama sumbangkan klik uoOls desini ye..



TerHanGat Di PaSaRan
SiLa KliK MaNa yg BerkeNan ;)




Selamat berblogging & jana pendapatan. Siapa yang belum join klik SINI ye. Jom BerCHURP CHURP ! Tak sabar nak blogwalk. Salam Penghulu segala hari (",) Wia bahagia sekarang dan perasaan sangta lapang.

Thursday 15 December 2011

Misi Renovate 3 Bilik SukseS ! :)

Wah wah wia sangat penah. Pecah lemak kalori tak tahu dah berapa banyak. Kemas tiga bilik dalam satu rumah ni akhirnya siap selepas 4 hari berturut turut bertungkus lumus ;) Minggu ni memang di iktiraf minggu letih dan merangkap minggu rajin. Memang lama tak bergotong royong. Memang banyak sampah yang dibuang.


Yang penting rasa heppi sebab bilik kesayangan, bilik adik adik dan bilik mak ayah dah bersih dan nyah habuk ! Memang penat itu berbaloi jika disiapkan seperti yang dirancang. Puass hati.. Esok boleh la jalan jalan beli tiket bass. Huu. Masa untuk balik kampus dah makin dekat..erk -_____-


uOls pun mesti suka bilik uoOls nyah habuk kan.? Even wia tak alah habuk tapi habuk memang sesakkan nafas dan persekitaran.. Memandangkan cuti semester wia pun dah nak habis. Jadi wia penuhi aktiviti gotong royong settlekan bilik dan ubah perabut siap renovate apa yang perlu. Biar tampak kelainan. Memang selessa sekarang. TeeHee.


Baru sekarang dapat on9, rindu pulak pada blog dan FB, Churp Churp dan Tweet Tweet selepas seharian bermandi habuk. Akhirnya dapat jugak mengapdate blog even wia rasa letih dan badan kekurangan air akibat perkumuhan yang banyak hari ni. Peluh sihat ;p

Okey selamat berblogging ! InsyaAllah wia akan jalan jalan blog cam selalu. Psst jangan lupa klik Churp Churp ek ;) Syukur bilik satu famili wia dah bertukar wajah.. Gambar.? Mesti la ada tapi segan la nak snap. Bukannyaa lawa pun :) Cuma sedap mataa memandang. Al-maklumla rumah taman. Ceria selalu.

Wednesday 14 December 2011

DIY Dinding Bilik Anak DaRa ;)

Penah guna dan lekatkan dinding dengan pelekat dinding (DIY) dak.?  Bagi wia, wia penah dengar tapi baru pertama kali guna. Hee. Al-maklumla sibuk kemas bilik, teringin nak cantikkan dinding bilik anak dara yang sebelum ni suram dengan bunga bungaan pelekat dinding. Bunga kaler merah jadi pilihan. ;)

Tergerak hati nak letak sebab teringat yang wia penah terlihat yang orang decorate guna sticker wall ni.. Macam macam corak ada.#Orang dah lama sampai bertahun buat dan lekat, wia baru nak try..;) Biarlah dari tak penah langsung kan.? Pelekat tu wia beli kat pasar malam saja. Murah dan jimat. Corak pun beraneka. Sampai rambang mata dibuatnya. Haha..

Corak bunga merah jadi pilihan wia ;)
Corak angry bird utk adik adik wia yg lelaki :D
Dua corak pilihan aritu ;)
Inilah hasilnya selepas DIY oleh wia ..Comot ;p
dan diposisi ini jugak :]
Rasa puas hati juga dapat decorate camni. Serius teruja masuk bilik ada munge munge. Tapi rasa cam nak penuhkan bilik dengan bunga bungaan yang kaler warna warni ;) Bilik adik adik lelaki belum DIY lagi sebab bilik depa tengah kosong untuk dimasukkan kipas dinding baru malam ni ;p

Selamat berblogging uoOls. Wia suka DIY sticker wall yang ada basikal comel comel cam keremajaan. Hadoii tapi tak dapat hari tu, sebabnya banyak corak bunga saja. Apepun semua tu boleh tukar ikot mood kan.? Kos tak mahal pun. Teehee :"D

Penat Berbaloi Baloi weh ! ;)

Keletihan terasa bila semangat nak berkemas bilik bilik dalam teratak mak ayah. Mulanya operasi bermula semalam, bila wia dan mak buat geram geram kemas bilik yg dah lama tak diberi sentuhan. Almaklum la mak bekerja dan wia pula studi jauh jauh. Adik adik lelaki bukan nya minat sangat nak berkemas. Apa lagi.. dah lama inginkan kelainan dalam bilik. Rasanya bilik pun dah tak nampak bilik sebab habuk boleh di timbang uoOls.


Betapa banyak nya sawang dan habuk tak di buang. Bukan apa buat aksesori bilik sebelum ni. Ecece.. Memang banyaak sampah yang nak dibuang. Kumpul berplastik plastik bonjot sampah. Adik wia, dak pali jadi tukang buang. Berangkut banyak betul sampah dalam bilik. Banyak sangat nyah yang tak diperlukan menginap sekali dalam bilik wia. Sebab tu tak terhapdate blog dan tak sempat jalan jalan ke blog. Hmm =.="

Sengaja nak cari kelainan, wia tukar posisi katil double decker wia dan dak nana yang dah lama tak bertukar. tukar posisi almari dan meja solek. Akhirnya bilik tampak luas dari biasa. Memang hirup habuk saja dua tiga hari ni. Huhu. # Tapi yang best rasa puas sebab bilik dah cun melecun. Puas hati untk diri sendiri. Kan diri sendiri dan dak Nana juga yang nak guna.


Memandangkan dak nana pun tak ada. Wia kemas dan gotong royong dengan mak & adik adik lelaki. Penat hanya tuhan yang tahu. Petang baru siap..Fuhh ! Hari pertama selesai ! #Tersenyum puas. :"D Malam nya tido dalam feeling feeling selesa dan nyaman tanpa habuk dan sawang. Ngehngeh..

Hari ni pulak kemas bilik adik adik lelaki wia. Mak ai memang banyak juga habuk dan pakaian pakaian lama yg dibuang. Berbonjot bonjot juga sampah yang dibuang dak pali. Nasib berulang naik moto. Mau juga la dia. Kemain juga semangat nak bersihkan bilik dia yang lama juga tak dikemas atas faktor masa. Bila gotong royong camni memang letih woo. Pecah peluh dan lemak kalori pun terbakar berkoyan koyan. Haha.. Harap harap caamtu la sebab peluh merecau nak habaq mai..

Alhamdulillah selesai settlekan dua bilik dalam rumahku syurgaku. Esok insyaAllah bilik mak ayah pulak. Sebab bilik mak ayah luas sikit. Teehee :'D Memang banyak tenaga yg digunakan.. Ok selamat berblogging ! Mata wia dah jadi mata panda dah.. Nunite. # Psst wia baru hapdate banner CHURP CHURP.. Jom sesama klik banner kat atas entri yg comel comel tu ok. Tengss. Kalau klik bagitau wia eh ;) Penat dan letih wehhh tpi berbaloii..

Tuesday 13 December 2011

Giveaway by Pycha and Eryno ;)

Dah lama wia tak join giveaway. Kali ni ditag adik comel chesscakeoreo.
Terasa nak join la pulak. Mana tahu ada tuah dan rezeki ke..kehkehkeh.
Tak mau cerita banyak, meh tengok syarat syaratnya.. Mudah je uoOls.

Sebelum tue, kalau nak join meh klik banner seperti dibawah oleh penganjurnya Pscha & Eryno. #Ops, sorry background wia hitam jadi disebabkan banner ni transparent jadi tak nampak nama penganjur. Apa apa pun hanya klik pada givea away ni ye uoOls utk keterangan atau ke blog penganjur ;)
Hanya pada & warganegara Malaysia.
Follow blog Pycha dan Eryno
Buat satu entri, tak kisah panjang atau pendek dgn pendek "Giveaway by Pycha and Eryno" 
Link kan entri yg pada kotak komen Pycha or Eryno. 
Tag 2 blogger 
Wajib LIKE semua page sponsors.

Ok wia dah join. uoOls pula bagaimana.? :) Banyak hadiah menarik menanti tau. Hehe. Psst penat badan nanti wia hapdate lagi ek. Nak tau kenapa wia penat..tunggu.. Selamat berblogging ! Mari meriahkan giveaway blogger.
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi