Wednesday 31 August 2022

Pengalaman Cuci Rahim :'(

Assalamualaikum semua
Seperti yang wieya janjikan dalam entri yang lepas,
wieya nak berkongsi pengalaman cuci rahim atau dillation and curretage (D&C)

Sedih sebenarnya kalau ikutkan nak berkongsi sebab rindu baby dalam rahim.
Walaupun dipinjamkan sekejap sahaja. Tapi naluri ibu itu tetap rindu :'(
Pada 3 Ogos baru ni wieya mengalam krem pada perut seakan nak senggugut nak datang bulan tapi tengah preggy. Tetap dah tak sedap hati sebab ada bleding dekat 2 minggu. Makan ubat kuatkan rahim tapi masih bleeding yang makin hari makin banyak..
Memang terus pergi jumpa doktor dan ada bukaan. Memang sah keguguran. Terus nekad nak cuci kat hospital swasta memandangkan wieya seriau dan takut dengan prosedur hospital kerajaan 

Dapam pukul 2 peatng wieya terus ke pakar roofah untuk buat dnc atau saranan doktor. 2.30 terus ambik tekanan darah. Scan memang kantung dah kosong. Kantung dah memang di bawah tapi stuck.
 Terus wieya dibawa dalam bilik rawatan untuk buat dnc. Dalam hati tuhan saja yang tau. Berdebar, takut dan macam macam lagi rasa. Sebab tak tahu prosedur.

Wieya diminta barung di atas katil. Tukar kain dengan kain yang disediakan. Just lapik atas. Kemudian, dicucuk jarum branula.2x sakit lah jugak sebab yang pertama tak dapat.

Diberi ubat sebiji untuk ditelan. Sebiji untuk dimasukkan dalam faraj. Seriau walau nurse cakap masuk satu jari jer😂 Wieya diminta rehat untuk matangkan ubat setengah jam.

Suami wieya diminta balik dulu sebab makan masa 3 jam atas kesan ubat bius nanti. Balik terus suami belikan minyak panas dan bengkung.
Pukul 3 petang terus doktor datang dan bius. Wieya perasan ramai nurse masa doktor cucuk dan terus tak sedar apa dah..

Tup tup 4.30 wieya sedar dan mamai. Rehat lagi rasa macam tak ada apa terjadi. Tanya nurse memang dah selesai. 

Rasa sejuk je bilik tu. Pukul 5 nurse datang dan suruh bangun dan panggilkan suami minta buat payment.

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ke-65

Hai semua.. Terutamanya rakyat Malaysia..
31 Ogos tahun ni sangat berbeza dari 2 tahun lepas..
Semangatnya lain macam..Meriah sangat rasa 💓
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Laungan keramat yang menusuk ke jiwa..
Akhirnya tahun ni kita semua dapat menyambut hari kebangsaan dengan 
penuh bersemangat 'Keluarga Malaysia", "Teguh Bersama" 2022
setelah 2 tahun tiada sambutan sebab covid 19
Tahun ni sengaja wieya gayakan anak anak dengan tanjak dan tshirt
baju Malaysia Merdeka 😊 comel kan..
Cuaca hari ni baik. Memang semuanya berjalan lancar
Anak anak teruja. Wieya juga semangat jadi anak Malaysia di negara berdaulat
Salam Kemerdekaan ke-65 buat semua rakyat Malaysia. Live di tiktok, Instagram, Facebook dan semua media menunjukkan rakyat Malaysia sangat cintakan negara Malaysia :) Merdeka Tanah Airku tercinta



Wednesday 24 August 2022

Miscariage 3rd Baby :’(

Hai semua..

Bulan ni bukan sahaja bulan kemerdekaan tapi bulan ni ada kisah yang Allah tuliskan untuk wieya sebagai mama.Wieya diuji dengan miscariage anak ketiga diusia 11 minggu :'(

Baby tak membesar seperti sepatutnya. Pada mulanya adik perempuan wieya keguguran. Selang 2 minggu wieya sendiri merasainya. Memang tak pernah terfikir akan terjadi dan kun faya kun. Siapa kita untuk menolak takdir Ilahi..

Bermula dengan spotting darah campur lendir. Pegi klinik check up baby kecik dari sepatutnya. Doktor minta scan lagi 2 minggu. Dokktor bagi ubat kuatkan rahim.



Masih bleeding seminggu tapi tak banyak. Terus tak sedap hati bila rasa cramp perut dan rasa macam nak senggugut. 1/8 terus ajak suami pergi klinik sebab risau dan sakit. Suami balik kerja terus ajak.

Rupanya scan memang baby dah tak ada. Doktor buat speckulum, bukaan dah ada. dan ada cebisan daging darah yang dah doktor ambik. Seterusnya kena buat dnc serta merta. Takutnya wieya masa tu Allah sahaja yang tau



Muka cuak masa ni sebab doktor buat surat untuk dnc serta merta kat hospital. Dan dalam masa yang sama sedih, baby dah tak ada 🥲 Rasa macam kosong..

Pregnant kali ni memang lain. Alah mula ada tapi pama lama hilang. Mas ano dah rasa lain. Selalu pregnant rasa kuat kat ari ari sebab baby menempel tapi kali ni tidak

Sampai sini sahaja pregnant ketiga Mei baru ni. Tidak dah masuk 3 bulan 🥲
Doakan wieya kembali sihat dan pregnant semula.

Next wieya cerita pengalaman dnc atau “cuci rahim”……





Sunday 21 August 2022

Hello 2022 ! I’m back

                 Assalamualaikum semua 

Lamanya tak menaip disini. Rupanya 2021 tiada langsung coretan yang wieya taip buat tatapan masa hadapan. Tahun lepas banyak yang berlaku. Masih suasana covid dan sebagainya.

Hari ni tup tup dah masuk bulan Ogos. 2022 yang sangat cepat dan pantas masa berlalu. Amsyar pun hampir memasuki umur 6 tahun dan Akasyah sudah berusia 3 tahun 🥰

Rindu blogging. Jadi malam ni terasa nak menaip untuk lepaskan rindu dihati. Kekangan masa menjadi mama dan isteri banyak wieya update di ig story dan wasap story sahaja.

Banyak yang berlaku tahun ni. Pahit manis semuanya ada. Cuma tahun ni masih berempat. Belum rezeki nak berlima ☺️ alkisahnya ada kisah disebalik ini. Nanti wieya update entri lain.


Rindu berblogging. Harapnya lepas ni lebih rajin menaip macam dulu dulu. Dan share yang best best dalam blog kesayangan sejak 2010 ni.

 Bulan ni bulan kemerdekaan. Dan tahun ni special dapat beraya bersama tersayang setelah 2 tahun tak dapat beraya. Maka nikmat mana lagi nak kudustakan..

Sekian dahulu, nanti wieya update lagi.💓








 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi