Assalamualaikum semua
Seperti yang wieya janjikan dalam entri yang lepas,
wieya nak berkongsi pengalaman cuci rahim atau dillation and curretage (D&C)
Sedih sebenarnya kalau ikutkan nak berkongsi sebab rindu baby dalam rahim.
Walaupun dipinjamkan sekejap sahaja. Tapi naluri ibu itu tetap rindu :'(
Pada 3 Ogos baru ni wieya mengalam krem pada perut seakan nak senggugut nak datang bulan tapi tengah preggy. Tetap dah tak sedap hati sebab ada bleding dekat 2 minggu. Makan ubat kuatkan rahim tapi masih bleeding yang makin hari makin banyak..
Memang terus pergi jumpa doktor dan ada bukaan. Memang sah keguguran. Terus nekad nak cuci kat hospital swasta memandangkan wieya seriau dan takut dengan prosedur hospital kerajaan Dapam pukul 2 peatng wieya terus ke pakar roofah untuk buat dnc atau saranan doktor. 2.30 terus ambik tekanan darah. Scan memang kantung dah kosong. Kantung dah memang di bawah tapi stuck.
Terus wieya dibawa dalam bilik rawatan untuk buat dnc. Dalam hati tuhan saja yang tau. Berdebar, takut dan macam macam lagi rasa. Sebab tak tahu prosedur.
Terus wieya dibawa dalam bilik rawatan untuk buat dnc. Dalam hati tuhan saja yang tau. Berdebar, takut dan macam macam lagi rasa. Sebab tak tahu prosedur.
Wieya diminta barung di atas katil. Tukar kain dengan kain yang disediakan. Just lapik atas. Kemudian, dicucuk jarum branula.2x sakit lah jugak sebab yang pertama tak dapat.
Diberi ubat sebiji untuk ditelan. Sebiji untuk dimasukkan dalam faraj. Seriau walau nurse cakap masuk satu jari jer😂 Wieya diminta rehat untuk matangkan ubat setengah jam.
Suami wieya diminta balik dulu sebab makan masa 3 jam atas kesan ubat bius nanti. Balik terus suami belikan minyak panas dan bengkung.
Pukul 3 petang terus doktor datang dan bius. Wieya perasan ramai nurse masa doktor cucuk dan terus tak sedar apa dah..
Pukul 3 petang terus doktor datang dan bius. Wieya perasan ramai nurse masa doktor cucuk dan terus tak sedar apa dah..
Tup tup 4.30 wieya sedar dan mamai. Rehat lagi rasa macam tak ada apa terjadi. Tanya nurse memang dah selesai.
Rasa sejuk je bilik tu. Pukul 5 nurse datang dan suruh bangun dan panggilkan suami minta buat payment.
0 komen Si teddy Chito ✿:
Post a Comment
selaMat berkoMen ;) ♥