Friday 26 June 2015

6 Bulan dari Sekarang ♥

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan Mubarak semua..!
alhamdulillah di panjangkan umur untuk merasa puasa lagi kali ini
masih status yang sama, masih bersama emak dan ayah.
Berbuka dan bersahur masih lagi dengan keluarga.
Ya in Shaa Allah..bahagia ini hingga ke syurga.

Tahun depan mungkin status ini akan berubah.
Suasana akan berubah. dan mudah-mudahan perubahan yang indah.
saat rakan lain bermain dengan anak tika ini..
berceloteh mengenai karenah anak dan pengalaman..
wieya masih yang sama, cumanya berbeza..
Allah nak wieya tinggal lama sikit dengan famili..Hee
Perancanagan Allah taala itu sangat cantik :')

Malam ni masuk malam kesepuluh Ramadhan..
cepat sangat masa. Begitu jugak dengan persiapan kawin yang belum mula 
apapun lagi. hewhew. Macam sempat tak sempat je kens.
Moga dipermudahkan Allah taala. Berkat dan barakahnya sangat besar..
In Shaa Allah lepas raya akan proceed sikit demi sikit..ngee
eksaited pulak rasa..berdebar tu belum rasa. tapi saat ini terasa 
seakan masa sangat pantas mengejar..Moga kau cukupkan mana yang perlu
Ya Rabbi Ya Rahman Ya Rahim..

Sekarang wieya rajin ke blog ini senang nak buat rujukan ;)
dan merajinkan diri selak majalah pengantin..hee
senang sebab sekarang dah rasa feeling nak jadi pengantin..



Moga inspirasi ini dapat memudahkan urusan wieya.
sesiapa tau mana-mana blogger yang pandai design kad walimatus?..
boleh tak share kat wieya di bawah komen entri nie,,
sebab cadang nak letak doodle. Inspirasi oh inspirasi..
Bantu lah permudahkan dan ia nya menjadi kenyataaan.



Diy dan buat sebdiri pun boleh kan?..Haha
gambar cincin bukan cincin tunang wieya..



Wednesday 24 June 2015

Majlis Pertunangan WieyaRaudzi | Part 4 (Ending)

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..akhirnya dapat cerita yang akhirnya 
Punya la panjangkan..Hehe. Maklumlah rajin menaip :p
Over sangat kenss. ahaks. wieya bercerita kemain panjang
bukan apa..sementara boleh bercerita dan ingat baik taip siap-siap..ngee
kenangan dan sejarah dalam hidup kena hargai :')
khemah - dua buah
my dress attire - peplum dress!
frame bunga-bunga cinta

my full mini pelamin. sory model cantik sangat ;)


Hantaran pihak perempuan untuk rombongan lelaki
--------------------------------------------------------------------------------------------------
 Hantaran lelaki buat pihak perempuan

Hantaran 7 berbalas 12 
tema hantaran ungu dan merah jambu balas biru muda dan putih :)
*dalam gambar mesti tak perasan sangat warna tema*
Orang Kedah kebanyakan majlis tunang hanya kepada manisan..Hee
Syukur Alhamdulillah..wieya dapat taip entri majlis ini dengan sempurna.
Thanks kepada yang terlibat dalam majlis kesyukuran dan tunang
secara langsung ataupun tidak. Nanti ada masa wieya review satu persatu 
Ok tata.. Moga hubungan terbina sentiasa dalam rahmat Allah :)

Thursday 18 June 2015

Majlis Pertunangan WieyaRaudzi | Part 3

 Assalamualaikum....
Sebelum nak buat sambungan stori majlis pertunangan
masuk part 3 nie..Wieya seisi keluarga nak mengucapkan 
Salam Ramadhan 1436H.


 Alhamdulillah dipanjangkan umur 
untuk berpuasa tahun ni,ikhlaskan hati dalam beribadat. 
Maafkan kesalahan diri ini sepanjang perkenalan baik
 perbuatan mahupun kata-kata. 
Kemaafaan kalian bermakna kemaafan dari Allah taala.
Selamat berpuasa semuanyaaaa! :)
-------------------------------------------------------------------------------------------
Sambungan dari Part 2..
Ustaz Ayob berselawat ke atas nabi 
*jelas dan penuh keberkatan wieya rasa masa tu hati tenang..*..dan..
Bermulalah detik saat dinanti. Sarung Cincin..

Adik bakal tunang masuk ke bilik wieya dengan bekas cincin..
sambil memberi salam.."Assalamualaikum"..
kemudian bakal mak mertua wieya pulak masuk..
comel je orangnya berjubah warna kelabu..Masuk dengan memberi salam..
"Assalamualaikum..dan duduk disebelah wieya yang memang dari awal
duduk di mini pelamin..ngee. Dup dap dup dap sangat jantung berdetak masa tu.

Masa tu orang bertumpu mata dengan suasana sarung cincin tu.
Bilik yang tadi kosong tiba tiba penuh dengan sepupu sepapat, jiran dan member.
Masing masing snap gambar..flash kamera sana sini.
Rasa macam artis pulak saat tu..dan dengan lafaz Bismillah..
yang keluar dari bibir bakal mak mertua wieya..

Cincin risik belah rotan selamat disarung di jari manis wieya sebelah kiri.
Macam biasa kena pose lama-lama sebab nak snap moment indah 
tu oleh OP dan photographer yang lain..Hikss
Kemudian, OP ingat dah habis dah sesi sarung cincin..Kemudian mak mertua wieya
cakap ada sebentuk lagi cincin. Auw! Rasa macam terharu kat situ :')
Terus cincin emas berbatu putih disarung di jari manis tangan sebelah kanan pulak..
Saat itu, wieya telah di ikat, terikat dan mengikat. ngee
I'm Officially Enggaged! 
dan secara sah tunang kepada M.FKR..hee Syukur Alhamdulillah..

dan seperti biasa. Sesi fotografi bermula. 
Pertama kali wieya rasa saat orang tertumpu pada diri ini..
Maka wajah harus senyum, senyum dan pose untuk kenang-kenangan ;)
Lensa kamera terus menembak gambar demi gambar.
Rupanya macam ni rasanya menjadi princess.
Rata adik beradik wieya dan sanak saudara gelar wieya pengantin hari tu..
Rasa macam over sangat ke..dress attire wieya tu..hikhik.
Best juga sebenarnya jadi tumpuan. Tapi rasa agak letih sebab seorang demi seorang datang bergambar dekat mini pelamin DIY wieya dalam bilik tidur :')
tapi perasaan masa tu sangat excited dan gembira.. ^___^

 wieya memang dari awal di bilik..pihak rombongan lelaki dah mula
menjamu selera di khemah di luar rumah yang disediakan ayah dan pihak katering
Menu yang dipilih oleh mak ayah sendiri. Memang rasa macam pengantin
sebab memang tak lalu makan, Nasib sempat jamah nasi lemak pagi tadi.
Rasa kenyang je tau. Siyess bagitau perasaan wieya saat tu.
dalam bilik, memang kenalan tak putus bergambar di mini DIY wieya.
 puas hati sebenarnya sebab buat sendiri, deko sendiri..

adik tunang sempat tanya boleh ke tunang bergambar sekali
terus wieya cakap boleh. Haha..dalam bilik takut tak okey
dan dipandang pelik. tapi OP wieya OP muslimah dia kata tak pa
janji ramai bukan berdua-duaan..Then yes! mula
 bergambar dengan abangnya yang sedikit oku
dan encik tunang pun masuk dengan bergaya
 untuk bergambar..wahh nampak dia berpenuh.
Masa tu pun wieya pun berpeluh..phew!

tunang minta tisu dan betulkan rambut
 dan selepas itu weouls tangkap gambar bersama
denga props yang wieya sediakan. Banyak keping jugak dan we are feeling free tanpa
gangguan. Hahah.. dan dalam  12 ke 1 petang..

 Hujan turun dengan lebat dan selebatnya.
Allahu rabbi..hujan rahmat in Shaa Allah, memang ada sedara yang tak dapat hadir
dalam rumah memang penuh dengan sedara dari awal lagi.
 Maka pihak rombongan duduk
santai dalam rumah dan khemah sementara tunggu hujan reda.

wieya sempat keluar bilik ke ruang tamu, lihat adik tunang
tukar dulang hantaran dan agih sireh dalam tepak sireh. Ada beras dan duit.
Memang ikut adat Melayu..dan 02 Mei 2015 wieya baru tahu.

Dalam sibuk melayan tetamu, OP nak snap gambar sebelum dia balik.
memang sukar la nak kumpul. Ambik masa sikit sebab nak bagi semua ada,
sebab pihak rombongan lelaki masih ada. Tetapi dengan izin Allah..
memang dipermudahkan. Sempat snap gambar keluarga beberapa keping..
OP minta izin nak balik dah. Rasa majlis belum habis tapi dia nak balik
Rasa macam kekok sikit. Request dari maksu..minta dia tangkap gambar ramai-ramai
di ruang tamu dan selepas tu bersalaman dan terus balik selepas hujan berhenti.

dalam pukul 2.45 petang wieya dimaklumkan
pihak rombongan dah balik dan wieya terasa terkilan sikit
sebab tak dapat bersalaman dengan mak mertua dan pihak rombongan.
mungkin cuaca hujan..maka situasi tu sedara kata dimaafan dan dapat diterima.

Pukul 3.00 petang, makteh dan mak su bergurau
 suruh potong kek hantaran Secret Recipe Black Forest..
sebab ramai nak rasa. Sekali lagi rasa macam pengantin sebab ada sesi potong kek.
dan selepas potong kek dapatlah semua saudara sebelah mak dan ayah serba sikit
I'm Happy PrinceSssss that day..ngee 

bersambungg part last nanti...

Friday 12 June 2015

Majlis Pertunangan WieyaRaudzi | Part 2

Assalamualaikum..
Sambungan dari entri yang lepas..
Majlis pertunangan WieyaRaudzi pada bln Mei baru baru ni

5.45 pagi (02.05.2015)
Bangun pagi. Wahh awal betul bangun hari tu. Selalu pukul 6 lebih, ehee :’D  Rasa segar je..tak sangka tidur nyenyak sebab keletihan. Masa tu tak rasa nebes lagi. Tapi tak sangka hari tu ada lah hari nya. Senyum, baca doa dan terus mandi. Berharap majlis berjalan lancar. Langsung solat dan wieya terus pakai contact lense (transparant) takut tak boleh masuk mata sebab tangan mengeletar. Syukur senang jugak pakai pagi tu..

7.10 pagi (02.05.2015)
Awal-awal lagi ayah dah beli breakfast. Wieya dah excited kemas bilik tidur yang nak diguna sebagai mini pelamin. Dak nana kemas ruang tamu dengan mak dan kawannya., Shue. Hampar karpet seluruh ruang dan masa tu jiran cik Pah mai bagi agar-agar satu talam besar jugak. Nyums. Agar-agar laici, cik pah buat dengan anak perempuannya. Terharu :’) tak cukup karpet cik pah tambah lagi dua. Ngee tima kasih cik pah..

8.00 pagi (02.05.2015)
Fadli ada tuisyen dan dik Badrul ada latihan silat. Saat akhir depa berdua tak pi sebab ada majlis kakak kesayangan. Terharu kali kedua..Fadli awal lagi nak gerak pi ambik kuih tepung talam satu pelengat besar dan kuih seri muka satu pelengat yang mak order dari kawan nya kat kampong Leret. Masa ni dah kelam kabut sikit. Sempat sarapan nasi lemak sebungkus dengan tok, adik dan kawannya. Selesai makan sarapan, wieya teringat nak kepit kuku. Alahai rasa macam last minit sangat. Haha. Then teringat petua oarng tua-tua yang limau nipis boleh kilat dan cantik kan kuku. Terus ambik dalam peti ais yang dibeli di pasar sehari sebelum terus apply kat kuku jari wieya. Memang berkesan. Kukuk Nampak bersih dan cantik..

9.00 pagi (02.05.2015)

Sempat bukak peti ais dok belek kek rainbow homemade  dan cupcake yang di order di KulimCupcake. Letak ribbon dan hias untuk atas dulang. Okey kek makin cantik J Jauh mai tau.. Masa selesai tu, encik BF kata dah sampai tol Bandar Baharu. Wahh dah dekat. Cepatnya.. Mak pesan pi pakai baju cepat supaya tak kelam kabut. Ok mak. Terus masuk bilik salin pakaian. Adik bongsu tolong zipkan baju kakak dia. Oh touching! Sepupu wieya yang nak mekapkan wieya pun sampai dengan suami dan mak lang. Hee. Tepat pada masanya! Siap bawa sireh junjung yang cun di order dari kampong. Yess! *setakat ni semua berjalan lancar*

9.15 pagi (02.05.2015)
Farah isteri sepupu mula mekapkan muka wieya.. Paling best mekap dengan sedara sendiri ;) Farah suruh rileks je. dan masa tu jujur wieya bagitau wieya tenang je pejamkan mata. Terasa diri macam princess dilayan macam tu. Hikss dan 9.30 pagi bakal tunang call dah ada kat tasik berdekatan rumah wieya. Siyess cuak! Padahal tudung tak pakai lagi dan orang ramai pun belum sampai. Maksud wieya kenalan jiran mak ayah. Sedara pun ada yang tak sampai lagi. Nasib Farah tenangkan wieya dan habis mekap tup tup pukul 9.40 pagi macam tu. Rasa cepat je Farah mekap. Terus pakai tudung shawl di bilik mak. Sebab wieya selesa pakai tudung nampak semua dan paling terharu, farah tolong pinkan shawl dan crown :') dan tak sangka tudung wieya menjadi perfect! dengan kehadiran veil dan crown. Siap!!

10.00 pagi (02.05.2015)
Elok siap berdandan dan mekap, photographer wieya sampai bersama adiknya. Selepas sesat seketika. Nasib tak jauh sangat sesatnya :p Haha. Siap dia sapa wieya nampak kecik dan rendah tak seperti yang dia sangka. Sentap teruihh! Ada ke patut baru pertama kali kenal terus sapa cenggitu. wieya pendam je rasa dan terus masuk bilik untuk bergambar di mini pelamin yang DIY seberapa ketika sementara tunggu rombongan sampai. dan berkali-kali bakal tunang call tanya bila boleh gerak ke rumah. 

Kesian lahai rombongan dear dan keluarga pihak lelaki. wieya rasa bersalah sangat. Rupanya orang Perak sangat tepat masa. wieya bagitau bakal tunang datang pukul 10 padahal majlis pukul 11 pagi supaya majlis berjalan kununnya :'(  wieya takut diorang lambat..padahal diorang tepat masa. Bagitau pukul 10..datang pukul 10 laa. Menyesal dan bersalah bagitau awal sejam..Sobss

Kesannya rombongan lelaki kena tunggu 45 minit jugak lah di masjid berdekatan rumah. Kesiannya T_T bakal tunang berkali-kali call. Bersalahnya rasa. Bagitau mak dan sedara. Ayah cakap kawan-kawan dan tok wan tak sampai lagi. Kateringa baru susun kerusi dan bawa makanan. Lagilah rasa gelabah dan akhirnya wieya bagitau boleh naik kat taman dah setelah 5 ke 8 kali dear call..Kesian sangat. Maafkan pihak kami ye..

10.50 pagi (02.05.2015)
Pihak rombongan lelaki sampai. Dup dap dup dap rasa masa tu. Masa terasa pantas. Suasana dalam rumah sunyi sepi. Baru nak keluar pintu Aishah member zaman sekolah merangkap jiran datang dan bagitahu yang wieya mana boleh keluar. Kena dok dalam bilik diam-diam.Upss.. Rombongan dah sampai, patut sunyi rumah dan ruang tamu dipenuhi dengan kehadiran sepupu sepapat kedua buah keluarga termasuk rombongan pihak lelaki. Penuh ruang depan rumah mak ayah :')

11.00 pagi (02.05.2015)
Majlis risik dan tunang WieyaRaudzi bermula. Perasan ustaz yang perkenalkan diri sebagai Ustaz Ayob memulakan majlis dengan selawat dan salam. Jelas. Adik bongsu masa tu masuk bilik hantar hantaran maksu sebelah ayah dan dia terus tersangkut dalam bilik bila orang dah ramai. Fadli adik wieya ketiga pun ada dengan GF dia sebab  tadi dok sibuk bergambar dengan princess wieya. Hee. 

Aishah pun teman wieya masa tu. Wieya awal-awal dah ready atas mini pelamin.. Hee. Jadi total dalam bilik teman masa tu 4 orang. Perasaan masa tu Allah je yang tahu. Muka totally pucat adik kata. Jantung berdetak tanpa henti dengan laju nya. Nasib tangan tak sejuk. Sempat intai jam tangan dan selawat ke atas Nabi..Moga wieya tak pengsan dan terlalu nebes. Ingat lagi Fadli kata janganlah takut sangat, Buat rileks je. Berkali-kali tanya dia..Betul ka muka kak pucat.? Nampak lain sangat ke..sebab wieya memang jenis darah cepat gemuruh.Zikir demi zikir..perasaan nebes ada tapi kurang sikit bila aishah dok sebelah borak apa yang patut dan dia pun dok atas kerusi pelamin siap-siap temankan wieya. Selfie la, baca doa sama-sama la. Syukur..

Sesi perbincangan kedua belah pihak bermula dan wieya tak berapa dengar sangat. Jelas tak jelas, sesekali dengar suara ayah bersuara. Tok wan wieya mewakili pihak perempuan dan Ustaz Ayob sebelah lelaki. Selesai baca doa..Ustaz Ayob berselawat ke atas Nabi *jelas dan penuh keberkatan wieya rasa masa tu. hati tenang..*..dan..

Bersambung......
terima kasih tau sudi baca..ngee :'D

Monday 8 June 2015

Majlis Pertunangan WieyaRaudzi | Part 1

Assalamualaikum..
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan, lagi beberapa hari lagi kita
akan berjumpa bulan Ramadhan yang penuh barakah :)

Sekarang wieya dah tukar status dari "Single" kepada "Engaged"
 Rasa macam baru semalam saja bertunang. Cepat sangat masa berlalu.
Meh nak kongsi pasal majlis pertunangan diri sendiri. Hee

Tarikh dipilih ialah 02 Mei 2015. Hari : Sabtu
Memang wieya akan ingat sampai bila-bila tarikh keramat ni,
Sebut pasal tarikh memang 3x kali bertukar..
Pada perancangan pertama wieya dengan BF sebelum bergelar tunang.
Memang nak buat majlis pertunangan kami berdua ni tarikh 30 Mei.
tup tup dengar sepupu nak nikah tarikh yang sama.
Terpaksa mengalah walaupun sedih, tak dapat tarikh yang sama.

Kemudian kami decide pulak nak buat 01.05.15 hari Jumaat.
macam cantik je tarikh tu kan..hehe. Bagitau mak ayah wieya
depa tak setuju. Sebab ayah cakap hari Jumaat tak sesuai buat majlis
Kenapa ayah cakap macam tu, ikut perancangan nya ayah nak buat
majlis tunang sekali kenduri kesyukuran. 
Maksudnya nak jamu tetamu dengan makan tengahari.
Itu niat ayah. Wieya terima dengan hati terbuka :')
Terharu sebenarnya ayah nak buat kenduri. Anak sulung kan. Hehe

Bincang dengan bakal tunang masa tu, kami pilih 
tarikh ayah bagi 02.05.2015 iaitu hari Sabtu
setelah dipersetujui kedua-dua belah pihak. Syukur :')
Bermulalah perancangan dup dap dup dap wieya..

Sebulan buat persiapan. Memang dari zero hinggalah ke hari 
terakhir persediaan membuat majlis. Phew! 
Boleh tahan cabaran dia..Barulah merasa pengalaman macam orang lain
serba serbi buat sendiri dan hantaran syukur sangat-sangat. 
Orang banyak bagi termasuk jiran dan sedara mara,
 Legaa dan jimat dah bab tue. Hikss.. *walaupun ada yang tak masuk tema*
------------------------------------------------------------------------------------------
Tok sebelah ayah, awal-awal dah mai nak tido situ katanya,
Jiran tetangga pun datang memeriahkan petang sebelum majlis.
Ada yang mai tengok hantaran. Ada kawan ayah yang datang awal
sebab esok majlis tak dapat hadirkan diri..Dalam hati wieya terdetik,
macam ni rupanya feel nak kenduri rupanya.
Nasib awai-awai masa lepas Zuhur dah siap iron baju tunang.
Cuma tudung je masih dilema nak pakai pink belacan atau warna jasmine. Hee

Malam sebelum majlis. Masih sibuk siapkan hantaran.
wieya ingat lagi stress nak letak bunga kat hantaran di saat-saat akhir.
Kebanyakkan dan siap. Khemah dah dipasang petang Jumaat, lepas Asar.
Dua khemah besar depan rumah, macam tak percaya je nak kenduri uOls.
Perasaan masa tu, macam tak pecaya nak bertunang.

Pukul 9.30 malam, BF call dan hantar gambar hantaran dalam WhatApps
dia cakap dia dah letih. Dapat bayang hantaran tu ada sentuhan BF sendiri.
dia bagitau yang dia nak mandi dan terus tidur..
Tidurlah wahai bakal tunangku.. *detik hati ini masih tak percaya esok harinya*

Masuk pukul 12 tengah malam mak paksa tidur. 
Jangan tido lewat katanya. Macam tak pecaya tau.
 Mak pun masih sibuk kemaskan rumah saat-saat akhir.
 Bila wieya dah puas hati dengan hantaran
yang rasa simple ya rabbi tu. 

Siap-siap cuci muka dan pakai mask beli kat guardian
 sebelum tidur dengan harapan muka segar pagi esok. In Shaa Allah.
Debaran dah terasa tapi excited pun ada, ngee
Malam tu kebetulan adik perempuan wieya
baru sampai dari KL ngan kawan dia. Kami tido sama-sama malam 
tu dengan pelamin DIY wieya pun dalam bilik. Hehe.
Baca doa dan terus tidur..
Berdoa moga Allah permudahkan majlis esok.
Malam tu tidur lena nyenyak macam tak pecaya. Haha.
Bersambung.... 


Monday 1 June 2015

Video Majlis Tunang :')

Assalamualaikum...
Hello June..Welcome..
Pantas nya masa..Ramadhan pun bakal menjelma.
Malam ni malam nisfu Syaaban, dimana buku amalan akan bertukar
Mohon la maaf pada orang lain dan kita juga perlulah memaafkan 
kesalahan orang lain. Mudah-mudahan semuanya diperkenan Allah taala..

Pejam celik pejam celik dah sebulan wieya bertunang..
Syukur alhamdulillah..Banyak yang nak dikongsi.
Tunggu wieya rajin ek. Hiksss.
Terima lah video satu-satunya yang ada tika majlis tunang. Sobss

Bila tertulis yang tiada video masa tunang..
Memang tak ada pun, video official..
perasaan tu rasa macam terkilan. Nasib la ada gambar cecantik. Hee
Boleh la buat video, walaupun tak sama feel dia :'(
Nangis kat bucu katil laju-laju. Memang tak ada kenangan bervideo..
walhal dah verangan nak letak dalam instagram..


Video ni walaupun tak jelas, dan kualiti kamera kurang..
tapi amat bermakna buat wieya.. 
Sayang tak ada video superb yang cantik..:'(
Rindu lah saat ini...Rasa macam princess sangat..


I'm so in love in yellow pastel!
My dream become true in 02.05.2015
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi