Assalamualaikum.. ♥
Sambungan dari entri
yang lepas..
Majlis pertunangan
WieyaRaudzi pada bln Mei baru baru ni
5.45 pagi (02.05.2015)
Bangun pagi. Wahh awal betul bangun hari tu. Selalu pukul 6
lebih, ehee :’D Rasa segar je..tak
sangka tidur nyenyak sebab keletihan. Masa tu tak rasa nebes lagi. Tapi tak
sangka hari tu ada lah hari nya. Senyum, baca doa dan terus mandi. Berharap
majlis berjalan lancar. Langsung solat dan wieya terus pakai contact lense (transparant) takut tak boleh masuk mata sebab tangan mengeletar. Syukur senang jugak pakai
pagi tu..
7.10 pagi (02.05.2015)
Awal-awal lagi ayah dah beli breakfast. Wieya dah excited
kemas bilik tidur yang nak diguna sebagai mini pelamin. Dak nana kemas ruang
tamu dengan mak dan kawannya., Shue. Hampar karpet seluruh ruang dan masa tu
jiran cik Pah mai bagi agar-agar satu talam besar jugak. Nyums. Agar-agar
laici, cik pah buat dengan anak perempuannya. Terharu :’) tak cukup karpet cik
pah tambah lagi dua. Ngee tima kasih cik pah..
8.00 pagi (02.05.2015)
Fadli ada tuisyen dan dik Badrul ada latihan silat. Saat
akhir depa berdua tak pi sebab ada majlis kakak kesayangan. Terharu kali kedua..Fadli
awal lagi nak gerak pi ambik kuih tepung talam satu pelengat besar dan kuih
seri muka satu pelengat yang mak order dari kawan nya kat kampong Leret. Masa
ni dah kelam kabut sikit. Sempat sarapan nasi lemak sebungkus dengan tok, adik
dan kawannya. Selesai makan sarapan, wieya teringat nak kepit kuku. Alahai rasa
macam last minit sangat. Haha. Then teringat petua oarng tua-tua yang limau nipis
boleh kilat dan cantik kan kuku. Terus ambik dalam peti ais yang dibeli di
pasar sehari sebelum terus apply kat kuku jari wieya. Memang berkesan. Kukuk
Nampak bersih dan cantik..
9.00 pagi (02.05.2015)
Sempat bukak peti ais dok belek kek rainbow homemade dan cupcake yang di order di KulimCupcake.
Letak ribbon dan hias untuk atas dulang. Okey kek makin cantik J Jauh mai tau.. Masa
selesai tu, encik BF kata dah sampai tol Bandar Baharu. Wahh dah dekat.
Cepatnya.. Mak pesan pi pakai baju cepat supaya tak kelam kabut. Ok mak. Terus
masuk bilik salin pakaian. Adik bongsu tolong zipkan baju kakak dia. Oh
touching! Sepupu wieya yang nak mekapkan wieya pun sampai dengan suami dan mak
lang. Hee. Tepat pada masanya! Siap bawa sireh junjung yang cun di order dari
kampong. Yess! *setakat ni semua berjalan lancar*
9.15 pagi (02.05.2015)
Farah isteri sepupu mula mekapkan muka wieya.. Paling best mekap dengan sedara sendiri ;) Farah suruh rileks je. dan masa tu jujur wieya bagitau wieya tenang je pejamkan mata. Terasa diri macam princess dilayan macam tu. Hikss dan 9.30 pagi bakal tunang call dah ada kat tasik berdekatan rumah wieya. Siyess cuak! Padahal tudung tak pakai lagi dan orang ramai pun belum sampai. Maksud wieya kenalan jiran mak ayah. Sedara pun ada yang tak sampai lagi. Nasib Farah tenangkan wieya dan habis mekap tup tup pukul 9.40 pagi macam tu. Rasa cepat je Farah mekap. Terus pakai tudung shawl di bilik mak. Sebab wieya selesa pakai tudung nampak semua dan paling terharu, farah tolong pinkan shawl dan crown :') dan tak sangka tudung wieya menjadi perfect! dengan kehadiran veil dan crown. Siap!!
10.00 pagi (02.05.2015)
Elok siap berdandan dan mekap, photographer wieya sampai bersama adiknya. Selepas sesat seketika. Nasib tak jauh sangat sesatnya :p Haha. Siap dia sapa wieya nampak kecik dan rendah tak seperti yang dia sangka. Sentap teruihh! Ada ke patut baru pertama kali kenal terus sapa cenggitu. wieya pendam je rasa dan terus masuk bilik untuk bergambar di mini pelamin yang DIY seberapa ketika sementara tunggu rombongan sampai. dan berkali-kali bakal tunang call tanya bila boleh gerak ke rumah.
Kesian lahai rombongan dear dan keluarga pihak lelaki. wieya rasa bersalah sangat. Rupanya orang Perak sangat tepat masa. wieya bagitau bakal tunang datang pukul 10 padahal majlis pukul 11 pagi supaya majlis berjalan kununnya :'( wieya takut diorang lambat..padahal diorang tepat masa. Bagitau pukul 10..datang pukul 10 laa. Menyesal dan bersalah bagitau awal sejam..Sobss
Kesannya rombongan lelaki kena tunggu 45 minit jugak lah di masjid berdekatan rumah. Kesiannya T_T bakal tunang berkali-kali call. Bersalahnya rasa. Bagitau mak dan sedara. Ayah cakap kawan-kawan dan tok wan tak sampai lagi. Kateringa baru susun kerusi dan bawa makanan. Lagilah rasa gelabah dan akhirnya wieya bagitau boleh naik kat taman dah setelah 5 ke 8 kali dear call..Kesian sangat. Maafkan pihak kami ye..
10.50 pagi (02.05.2015)
Pihak rombongan lelaki sampai. Dup dap dup dap rasa masa tu. Masa terasa pantas. Suasana dalam rumah sunyi sepi. Baru nak keluar pintu Aishah member zaman sekolah merangkap jiran datang dan bagitahu yang wieya mana boleh keluar. Kena dok dalam bilik diam-diam.Upss.. Rombongan dah sampai, patut sunyi rumah dan ruang tamu dipenuhi dengan kehadiran sepupu sepapat kedua buah keluarga termasuk rombongan pihak lelaki. Penuh ruang depan rumah mak ayah :')
11.00 pagi (02.05.2015)
Majlis risik dan tunang WieyaRaudzi bermula. Perasan ustaz yang perkenalkan diri sebagai Ustaz Ayob memulakan majlis dengan selawat dan salam. Jelas. Adik bongsu masa tu masuk bilik hantar hantaran maksu sebelah ayah dan dia terus tersangkut dalam bilik bila orang dah ramai. Fadli adik wieya ketiga pun ada dengan GF dia sebab tadi dok sibuk bergambar dengan princess wieya. Hee.
Aishah pun teman wieya masa tu. Wieya awal-awal dah ready atas mini pelamin.. Hee. Jadi total dalam bilik teman masa tu 4 orang. Perasaan masa tu Allah je yang tahu. Muka totally pucat adik kata. Jantung berdetak tanpa henti dengan laju nya. Nasib tangan tak sejuk. Sempat intai jam tangan dan selawat ke atas Nabi..Moga wieya tak pengsan dan terlalu nebes. Ingat lagi Fadli kata janganlah takut sangat, Buat rileks je. Berkali-kali tanya dia..Betul ka muka kak pucat.? Nampak lain sangat ke..sebab wieya memang jenis darah cepat gemuruh.Zikir demi zikir..perasaan nebes ada tapi kurang sikit bila aishah dok sebelah borak apa yang patut dan dia pun dok atas kerusi pelamin siap-siap temankan wieya. Selfie la, baca doa sama-sama la. Syukur..
Sesi perbincangan kedua belah pihak bermula dan wieya tak berapa dengar sangat. Jelas tak jelas, sesekali dengar suara ayah bersuara. Tok wan wieya mewakili pihak perempuan dan Ustaz Ayob sebelah lelaki. Selesai baca doa..Ustaz Ayob berselawat ke atas Nabi *jelas dan penuh keberkatan wieya rasa masa tu. hati tenang..*..dan..
Bersambung......♥
terima kasih tau sudi baca..ngee :'D
selamat bakal pengantin baru awak!
ReplyDeletesemoga hepi selalu ye =)