Thursday 18 June 2015

Majlis Pertunangan WieyaRaudzi | Part 3

 Assalamualaikum....
Sebelum nak buat sambungan stori majlis pertunangan
masuk part 3 nie..Wieya seisi keluarga nak mengucapkan 
Salam Ramadhan 1436H.


 Alhamdulillah dipanjangkan umur 
untuk berpuasa tahun ni,ikhlaskan hati dalam beribadat. 
Maafkan kesalahan diri ini sepanjang perkenalan baik
 perbuatan mahupun kata-kata. 
Kemaafaan kalian bermakna kemaafan dari Allah taala.
Selamat berpuasa semuanyaaaa! :)
-------------------------------------------------------------------------------------------
Sambungan dari Part 2..
Ustaz Ayob berselawat ke atas nabi 
*jelas dan penuh keberkatan wieya rasa masa tu hati tenang..*..dan..
Bermulalah detik saat dinanti. Sarung Cincin..

Adik bakal tunang masuk ke bilik wieya dengan bekas cincin..
sambil memberi salam.."Assalamualaikum"..
kemudian bakal mak mertua wieya pulak masuk..
comel je orangnya berjubah warna kelabu..Masuk dengan memberi salam..
"Assalamualaikum..dan duduk disebelah wieya yang memang dari awal
duduk di mini pelamin..ngee. Dup dap dup dap sangat jantung berdetak masa tu.

Masa tu orang bertumpu mata dengan suasana sarung cincin tu.
Bilik yang tadi kosong tiba tiba penuh dengan sepupu sepapat, jiran dan member.
Masing masing snap gambar..flash kamera sana sini.
Rasa macam artis pulak saat tu..dan dengan lafaz Bismillah..
yang keluar dari bibir bakal mak mertua wieya..

Cincin risik belah rotan selamat disarung di jari manis wieya sebelah kiri.
Macam biasa kena pose lama-lama sebab nak snap moment indah 
tu oleh OP dan photographer yang lain..Hikss
Kemudian, OP ingat dah habis dah sesi sarung cincin..Kemudian mak mertua wieya
cakap ada sebentuk lagi cincin. Auw! Rasa macam terharu kat situ :')
Terus cincin emas berbatu putih disarung di jari manis tangan sebelah kanan pulak..
Saat itu, wieya telah di ikat, terikat dan mengikat. ngee
I'm Officially Enggaged! 
dan secara sah tunang kepada M.FKR..hee Syukur Alhamdulillah..

dan seperti biasa. Sesi fotografi bermula. 
Pertama kali wieya rasa saat orang tertumpu pada diri ini..
Maka wajah harus senyum, senyum dan pose untuk kenang-kenangan ;)
Lensa kamera terus menembak gambar demi gambar.
Rupanya macam ni rasanya menjadi princess.
Rata adik beradik wieya dan sanak saudara gelar wieya pengantin hari tu..
Rasa macam over sangat ke..dress attire wieya tu..hikhik.
Best juga sebenarnya jadi tumpuan. Tapi rasa agak letih sebab seorang demi seorang datang bergambar dekat mini pelamin DIY wieya dalam bilik tidur :')
tapi perasaan masa tu sangat excited dan gembira.. ^___^

 wieya memang dari awal di bilik..pihak rombongan lelaki dah mula
menjamu selera di khemah di luar rumah yang disediakan ayah dan pihak katering
Menu yang dipilih oleh mak ayah sendiri. Memang rasa macam pengantin
sebab memang tak lalu makan, Nasib sempat jamah nasi lemak pagi tadi.
Rasa kenyang je tau. Siyess bagitau perasaan wieya saat tu.
dalam bilik, memang kenalan tak putus bergambar di mini DIY wieya.
 puas hati sebenarnya sebab buat sendiri, deko sendiri..

adik tunang sempat tanya boleh ke tunang bergambar sekali
terus wieya cakap boleh. Haha..dalam bilik takut tak okey
dan dipandang pelik. tapi OP wieya OP muslimah dia kata tak pa
janji ramai bukan berdua-duaan..Then yes! mula
 bergambar dengan abangnya yang sedikit oku
dan encik tunang pun masuk dengan bergaya
 untuk bergambar..wahh nampak dia berpenuh.
Masa tu pun wieya pun berpeluh..phew!

tunang minta tisu dan betulkan rambut
 dan selepas itu weouls tangkap gambar bersama
denga props yang wieya sediakan. Banyak keping jugak dan we are feeling free tanpa
gangguan. Hahah.. dan dalam  12 ke 1 petang..

 Hujan turun dengan lebat dan selebatnya.
Allahu rabbi..hujan rahmat in Shaa Allah, memang ada sedara yang tak dapat hadir
dalam rumah memang penuh dengan sedara dari awal lagi.
 Maka pihak rombongan duduk
santai dalam rumah dan khemah sementara tunggu hujan reda.

wieya sempat keluar bilik ke ruang tamu, lihat adik tunang
tukar dulang hantaran dan agih sireh dalam tepak sireh. Ada beras dan duit.
Memang ikut adat Melayu..dan 02 Mei 2015 wieya baru tahu.

Dalam sibuk melayan tetamu, OP nak snap gambar sebelum dia balik.
memang sukar la nak kumpul. Ambik masa sikit sebab nak bagi semua ada,
sebab pihak rombongan lelaki masih ada. Tetapi dengan izin Allah..
memang dipermudahkan. Sempat snap gambar keluarga beberapa keping..
OP minta izin nak balik dah. Rasa majlis belum habis tapi dia nak balik
Rasa macam kekok sikit. Request dari maksu..minta dia tangkap gambar ramai-ramai
di ruang tamu dan selepas tu bersalaman dan terus balik selepas hujan berhenti.

dalam pukul 2.45 petang wieya dimaklumkan
pihak rombongan dah balik dan wieya terasa terkilan sikit
sebab tak dapat bersalaman dengan mak mertua dan pihak rombongan.
mungkin cuaca hujan..maka situasi tu sedara kata dimaafan dan dapat diterima.

Pukul 3.00 petang, makteh dan mak su bergurau
 suruh potong kek hantaran Secret Recipe Black Forest..
sebab ramai nak rasa. Sekali lagi rasa macam pengantin sebab ada sesi potong kek.
dan selepas potong kek dapatlah semua saudara sebelah mak dan ayah serba sikit
I'm Happy PrinceSssss that day..ngee 

bersambungg part last nanti...

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi