Wednesday 23 September 2020

Cake Smash Safari Theme

Assalamualaikum 😊
Rindu nak menulis. Kali ni wieya bak update
Cake Smash Session dengan photog yang sama
Kali ni giliran anak kedua Muhammad Faril Akasyah genap setahun 🥰

Setiap anak ada tema tersendiri
Bak kata kak Shida abangnya dulu tema atas awan
tapi untuk tema adiknya dalam hutan pulak
Tema safari 🦒🐘🐒🐯🦁
kek tema lion jadi pilihan untuk Akasyah
perisa dalam perisa pilihan Abang Amsyar
kek strawberi 🍓 sedappp!
Alhamdulillah mood baby Akasyah agak baik
walaupun shoot petang, dah rasa mengantuk sebab dah time tidur. Dapat jugak gambar spontan yang cantik untuk Akasyah smash dan ramas kek 😘
Hanya umur setahun je dapat buat macam ni
mama bagi chance. Masuk birthday 2 tahun dan ke atas tak boleh nak  smash cake semua. Sayangg 💛





 Maka inilah sebahagian gambar dari kamera photographer sebagai kenang kenangan Faril Akasyah turns One 😊 Memang kenangan terindah
Setiap anak punya keunikan tersendiri
Mama ayah sayang keduanya lillahi taala

Wednesday 2 September 2020

Maternity Shoot 2nd Pregnancy

 Assalamualaikum
Lama tak menaip
Hari ni wieya nak share Maternity Shoot
second pregnancy hampir setahun lepas😊

Sebenarnya shoot ni tak dirancang.
Tapi teringin sangat nak buat kenang kenangan
Jadilah shoot ringkas apa adanya.
Tapi yang penting terima kasih
batang tripod, alhamdulillah 😘

dapat lah penuhi permintaan mak labu
di usia kandungan 38 minggu.
Masa ni tengah tunggu hari sahaja
nak bersalin anak kedua 🥰
Tempat yang sama shoot
maternity masa Amsyar 
Venue : Taman Jepun
Prop dan pakaian sendirian berhad
Masa ni dah tau gender baby 👶🏻

Tak sangka suami dan Amsyar melayan
mengidam mamanya nak maternity shoot 💕








Alhamdulillah tercapai hajat nak shoot tempat sama
Semuanya kenangan sangat tau.
Boleh la dijadikan album sebagai kenang kenangan
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi