Friday 26 December 2014

Majlis Tunang | Khomsah

Assalamualaikum...
dah musim kot, wia ambik seri aura kawan-kawan
ada yang tunang, ada yang nikah..ada yang kawin..
kali ni wia nak sharing gambar tunang member zaman sekolah..
seorang demi seorang bertukar status
menjadi darah manis dan tunangan orang :)

sebenarnya majlis ni ringkas.
tiada pelamin..tiada si teruna datang bersama rombongan
baju yang simple..mekap sendiri..
tudung yang ringkas dan comel, bawal kanggaroo je
tapi Khomsah tetap cantik  ^____^

Cincin risik dan cincin tunang...
Manis di jari si pemilik..

Manis bersimpuh bersama hantaran...Comel ;)

Khomsah sangat slim kurus..Jeles :P

Kami duduk satu barisan meja dalam kelas 5 Jauhar 
masa zaman di bangku kelas dedulu..Hikss


Majlis yang sungguh sederhana..wia suka tengok,,
Balik kerja setengah hari terus langsung pi rumah Khomsah.,
Masa tu hujan renyai-renyai...
Majlis bermula 3 petang dan berkahir pukul 4.30 petang..
Cepat kan..Dan dijamu dengan mi kari yang sangat sedapp!
alhamdulillah..wia suka majlis simple macam ni ;)

Selamat bertunang member..
Tak sabar nak tengok uOls berdua naik pelamin pulak.
Opss lupa nak bagitau yang tunang Khomsah 
adalah classmate weouls jugak dulu iaitu Amir..
panjang jodoh mereka dari zaman sekolah dulu ..
wia heppi untuk mereka dan member yang lain..
🌸🌸🌸

Saturday 20 December 2014

Wedding Naima | Hazlami

Assalamualaikum...
Cuti sekolah dan kenduri kawin berpisah tiada :)
kali ni kenduri kawin kawan sekolah menengah wia..Naima..
alhamdulillah..dah jadi seorang isteri dah :')
Tahniah sahabat..Cantik mengenakan 
busana songket warna emerald green..
Maaf gambar kurang memuaskan ;p

kek cantik 3 tingkat uOlss...
penuh bunga warna warni..Hihi

Guest book :))


Pelamin nan indah ;)
adik lelaki bongsu wia salah seorang
 ahli kompang dan berbaju purple tu..Maaf gambar ter-crop.

klasik tetapi tetap anggun..Hee


Gambar blur pun tetap nak kongsi dalam blog.
Tahniah ima..Selamat menjadi isteri yang solehah..
Moga bahagia hingga ke syurga ye..
Seorang demi sorang member selamat menjadi isteri orang..
Doakan wia pulak ye..amin..

Tahniah..Lately, ambik aura seri pengantin sikit 
Bestt gak..hehe.

Monday 15 December 2014

Wedding Cousin | Husna and Faris

Assalamualaikum...
minggu lepas join majlis kawin dua pupu wia :)
Husna dan pasangannya Faris.
Seorang cikgu dan seorang polis..
Dua-dua kerja hebat kan..Tahniah dah selamat
bergelar suami isteri yang sah...

Majlis di Ipoh..di dewan PGA ulu kinta..
Bestnya kawin alahai ;p Meriah dengan sanak saudara..
makan pun sedap..yang bestnya kek kawin mak sedara pupu wia
sponsor pada pengantin..Memang rezeki...

Mengenakan busana kuning biru..
memang sama tema nikah dengan aishah dalam entri lepas..
apapun uols memang sepadan walaupun lepas ni kena PJJ..
dua pupu wia ni sebaya wia..alhamdulillah..
jodoh dia awal..memang ohsem laa..



Homemade kek..kreatif laa :P
tapi sayangnya tak dapat rasa sebab kena balik awal..sobs
singgah Lost world tambun sekejap dan kemudian
weouls makan-makan kat mydin Parit Buntar,.
velanja hadek-hadek kita yang ni.....
|
|
|
|
v




Pilih punya pilih,.hadek-hadek wia cakap aipp
tak ada donut yang atasnya ada kacang-kacang ker..
semua krim manis melecaih
mintak potong kaki penangannya..tapi memang puaih laa..teehee
Lastly, Selamat Pengantin Baru , Husna!!
moga bahagia till jannah..In Shaa Allah...

Wednesday 3 December 2014

My Favourite Baby ♥

Assalamualaikum...
Hello Disember..Cepatnya masa berlalu :)
moga chapter terakhir dalam tahun 2014 ini memberi
1001 makna dan kenangan manis buat kita semua..

Hai hai anak auntie wia semua!!
genap sebulan dah baby boy 1 November ni..
seorang anak kawan baik wia dan seorang lagi anak ofismate wia.
Dua-dua bersalin tarikh yang sama dan hospital yang sama..
Bestnya..besarnya keajaiban Allah taala ..
💕
Baby Muhammad Adam Iskandar dan baby Muhammad Farish Wafi
kesayangan auntie wia..Rindu sangat 
kat  dua orang hadiah dari syurga nie :*

Baby Adam Iskandar usia sehari :)

Baby Farish Wafi usia sehari..
merah lagi fresh dari womb mama diorang ;)




Perasan tak gambar atas ni baju baby wafi dan baby adam sama. Hee
wia hadiahkan masa diorang kat hospital.
alang alang dah sama tempat. Melawat sekali dua orang.
Best sangat perasaan melawat baby kawan-kawan..
Teringin nya  nak ada baby!! aaaaa gatal  ! 💕
ni baby anak sedara BF kite..
yang ni baby girl! comel kan..hehe
Baby Safina marwa..

secara tak sengaja mama wafi dan ibu baby adam 
hantar gambar diorang pakai baju yang auntie wia hadiahkan..
terasa terharu sangat!...Comel la
auntie sayang adam dan wafi sangat-sangat! 💕


Monday 24 November 2014

Nikah Aishah | Rizal ❤️

Assalamualaikum.. ❤️
Baru ni wia hadir majlis nikah besties wia dan merangkap jiran terdekat..
Alhamdulillah..cantik sangat kawan wia sorang ni!
wia folo mekap dari pagi sampai selesai nikah semua..
syukur majlis berjalan lancar seperti apa yang dirancang ;)

aishah mengenakan busana warna kuning dan biru.
sweet la warna ni..hikss..dan wia suka mekap dia..
soft dan sangat berseri-seri saat di ijab qabul..


main cak cak di sebalik dress lain ❤️

sweet kan mekap ....





Selamat Pengantin Baru sahabat...
Moga bahagia selalu bersama suami tercinta..
Dah selamat jadi cik puan orang...
Senyum sampai ke telinga dah tu...
wia happy sangat tengok member-member bahagia 
bersama pasangan masing-masing..Syukur :)

Sunday 16 November 2014

Happy AnniverSary!!

Assalamualaikum..
Hari ni 16 Nov..ialah hari penting buat mak ayah..
Sebenarnya hari ni ialah hari Ulangtahun perkahwinan mak ayah..
Jadi saja nak bagi surpriseee
maka wia belikan sebiji kek homemade orang Melayu
yang harganya agak berpatutan ;)

wia suka kek..Jadi yang teringat adalah kek buat
mak ayah kali ni. Bagi mak ayah rasa dihargai..
tahun depan kita beli Secret Recipe pulak ye..
atas permintaan ramai sejak Birthday Nana yang lepas..

Special kek buat mak ayah tercinta :))

cream rasa strawberi! wangiii..

Buah anggur sebagai hiasan ;)

dan sebenarnya wia dilema antara
 yang di atas mahupun kek dibawah!
last-last pilih kek pink whitey nie..
masing masing rasa butter je ;p
sebab buat untuk mak ayah kan..
Sedapp jugak..Kena cuba flovour lain pulak nanti..Hikss

 Happy AnniverSary My Lovely Mak Ayah..
Moga bahagia hingga ke Jannah..
amin ya rabbal alamin..
Sentiasa bercinta hingga hujung nyawa 

Saturday 8 November 2014

Favourite Song :)

Assalamualaikum...
mesti korang pernah dengar lagu ni jugak kan..
masa wia terdengar lagu dari Oki Setiana Dewi nie..
terus rasa menyusuk kalbu..Merdu!
dah la cantik orangnya, sopan,,persis bidadari dunia :)

terus download lagu dia dan dengar berkali-kali sebab tak jemu..
best sangat!..Berbakat sangat OSD nie..
wia siap follow intagram dia tau :)
Dah la sebaya..Beruntung oki sebab dikurniakan suami tika 
berusia sebaya dengan wia..
Doakan wia cepat juga menerima jodoh dalam masa terdekat ni..amin








sweets sangat! meltingg....

alhamdulillah..in Sha Allah..
comingg soon nak macam ni jugak ;)
naluri 20-an ni lain macam sikit..hikss
dengarlah..pasti rasa terpikat..

Tuesday 4 November 2014

Annyeong November!

Assalamualaikum...
Selamat datang bulan November :))
Rupanya dah bekerja ni mood nak update entri panjang dah
mulai kurang dek keletihan kerja start pukul 8 pagi habis pukul 5 petang.
Ampunn..tengok entri bulan lepas hanya update 4 kali je..Haha
Padahal banyak jugak yang nak sharing..

Masuk bulan baru, azam baru..in Shaa Allah..
dapat banyak berita yang manis-manis.
tak pa nanti kita stori pasal yang manis-manis tu..
sekarang nak taip pasal susu legend yang kembali beraksi

Teringat zaman sekolah dulu-dulu, rajin order 
susu perisa jagung, coklat dan strawberi yang dijual untuk semua murid.
Kalau sesiapa masih ingat..uOls memang daebak!! Hikss


Susu legend ni wia jumpa kat Seberang Jaya, Pulau Pinang
memang susah nak jumpa dah sekarang. Kalau ada pun takut tak ori..
Memang dah jumpa beli berdozen, buat stok..
simpan dalam freeze memang segar tekak bila dapat minum ;)

eh nak selit, makanan masa pi kursus lepas-lepas..
saja tempek gambar makanan sebab tengah lapar sekarang ni..Heheh
memang kenyang perut senang hati la jawabnya..



Kalau boleh semua nak isi dapat perut comel..
mana tak bambam.. Salahkan makanan pulak :P
memang selera besar la sekarang..Macam mana nak slim cenggini.
apapun masa cepat berlalu.. kita jugak dah masuk bulan baru Masihi

Moga ianya lebih baik dari tahun lepas..amin..
Jom blogwalking..eh sambil tu nak check akaun Nuffnang.
Terima kasih sudi baca blog picisan wia :)

Tuesday 28 October 2014

Ciri Penting untuk Bakal Bergelar Suami.

Assalamualaikum...
Rasa tetiba nak sharing ni dalam blog kesayangan..
mana tahu ada yang bakal bergelar suami
Bersediakah anda? terutamanya buat bakal suami kite..HeHe
Kebiasaan masyarakat kita apabila disebut persediaan menjadi suami, mereka menyangka ia adalah memiliki sijil pengajian tinggi, paling kurang diploma. Sudah memiliki kerjaya dengan gaji bulanan minima RM2500, diikuti dengan sebuah rumah dan kereta. Tidak ketinggalan, wang tunai berjumlah RM30,000 untuk urusan perkahwinan seperti duit hantaran, dulang-dulang hantaran, cincin dan belanja kenduri kahwin. Jika seorang lelaki belum memiliki semua ini, dia belum layak untuk bergelar suami.

Namun dalam Islam, ukuran persediaan untuk menjadi suami bukanlah seperti di atas. Persediaan untuk menjadi suami lebih tertumpu kepada kualiti lelaki tersebut dan inilah yang akan diperincikan dalam entri kali ini..
 
Kepimpinan.
Persediaan terpenting ialah bakal suami perlu mengetahui bahawa dia memiliki tanggungjawab sebagai pemimpin ke atas keluarganya. Allah berfirman:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan. - [al-Nisa’ 4:34]
Sebagai pemimpin, bakal suami hendaklah memiliki ilmu rumahtangga, akhlak yang menterjemah teori kepada praktikal, disiplin yang tinggi serta wawasan yang luas. Jika sebelum ini pernah menjadi pemimpin, seperti pemimpin kelab, persatuan, rombongan atau jabatan, maka ia adalah pengalaman yang boleh dikembangkan dalam kepimpinan rumahtangga.
Bagi yang belum pernah, maka alam rumahtangga adalah suasana yang baik untuk mula melatih diri menjadi pemimpin. Terasa sukar? Jangan bimbang. Lantiklah isteri anda menjadi timbalan pemimpin untuk bersama-sama saling membantu mengemudi bahtera rumahtangga.
Di sini perlu diingatkan bahawa kepimpinan anda sentiasa dicatit markahnya oleh malaikat di bahu kanan dan kiri. Oleh itu berwaspadalah, jangan menjadi pemimpin yang ego dan zalim. Setiap langkah dan ciri kepimpinan anda akan dipersoalkan semula oleh Allah pada Hari Akhirat kelak.

Ketegasan.
Lanjutan dari ciri seorang pemimpin, bakal suami hendaklah tegas dalam membimbing isteri. Kelak apabila dianugerahkan cahaya mata, suami juga hendaklah tegas dalam membimbing anak-anak. Allah mengingatkan:
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka.
Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. – [al-Taghabun 64:14]
Oleh itu dalam institusi perkahwinan, suami adalah pemimpin dan bukan yang dipimpin, penjaga dan bukannya dijaga serta pengawal dan bukannya dikawal. Namun ketegasan bukanlah bererti bengis dan menakutkan, sebaliknya hendaklah bersikap …memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka.

Pemelihara Dari Api Neraka.
Suami merupakan pemelihara agar ahli keluarga tidak masuk ke dalam api neraka. Firman Allah: 
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. – [al-Tahrim 66:06]
Justeru anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama dan seterusnya mendidik ahli keluarga serta memastikan mereka mempraktikannya. Lebih penting, anda hendaklah paling kehadapan dalam mempraktikkan ilmu-ilmu agama tersebut. Jangan sekadar menyuruh ahli keluarga mendirikan solat tetapi anda tidak solat, jangan sekadar menyuruh ahli keluarga menutup aurat tetapi anda mendedahkan aurat. Allah memberi amaran:
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. - [al-Saff 61:2-3]
Memberi Nafkah.
Termasuk persediaan menjadi suami ialah kesedaran bahawa anda merupakan sumber kewangan rumahtangga. Justeru anda bertanggungjawab menyediakan nafkah tempat tinggal, keperluan asas dalam tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman kepada ahli keluarganya. Anda juga bertanggungjawab ke atas kesihatan dan perubatan ahli keluarga seandainya mereka jatuh sakit.
Meskipun nafkah rumahtangga berada di atas bahu suami, ini tidaklah bererti suami mesti memiliki pendapat minima yang tertentu jumlahnya. Setiap suami memiliki kemampuan kewangan yang berbeza dan setiap suami berbelanja untuk ahli keluarganya pada kadar kemampuannya. Tidak ada nilai minimum atau maksimum untuk kadar nafkah ini.
Allah berfirman:
Hendaklah orang (suami) yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). – [al-Thalaq 65:07]
Demikianlah beberapa kualiti yang perlu ada pada seorang lelaki untuk dia menjadi seorang suami. Perhatikan bahawa kualiti-kualiti ini tidak ada ukuran minimum dan maksimum atau batasan tertentu bagi menentukan layak atau tidak. Ia adalah kualiti yang nilainya relatif, ia akan bertambah apabila anda berusaha untuk memperbaikinya dan akan berkurang apabila anda mengabaikannya.
Justeru lelaki yang sudah bersedia menjadi suami ialah lelaki yang mengetahui kualiti-kualiti ini, memilikinya dan berazam untuk terus memperbaikinya.
Sumber: http://www.hafizfirdaus.com/

Tuesday 21 October 2014

Happy Berkursus-ing!

Assalamualaikum 
Bila dah kerja dalam gomen ni memang rajin
kursus sana sini. I'm proud!
walaupun kadang ada je kekangan dimana-mana
tapi yang bestnya kalau berkursus pasti makan 6 kali sehari. Hikss

makan, mendengar dan tido..Haha
kali ni wia berkursus di Hotel di Sungai Petani.
Pegi dengan member sepasukan jugak. Sebelum ni kami berenam..
tapi kali ni kena berdua je..Macam feel tak best sikit..

Nasib bilik dapat yang ohsem!
Mungkin rezeki kami, cik receptionist tu bagi kami bilik satu katil king.
Bilik ya rabbi besar dan selesa. wia suka sangat ;)







Jadi bolehlah sambil tambah ilmu didada..
sambil tu kita bersantai makan angin kat tempat orang ;)
Memang wia suka sangat. Hikhik
siapa tak nak kan makan, tempat tinggal free kan kan?
Syukur alhamdulillah. Sebelum pegi je rasa berat hati
dah sampai sana rasa cepat sangat dan perasaan tu sangat happy!
next entri , slot berkursus pulak..ngee

Terima Kasih Membaca, Blogger..
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi