Thursday 30 June 2011

Yeay Blogspott Dot Com Dah Boleh Sign In ;)

Alhamdulillah..Fuh ! Akhirnya wia boleh jugak bukak blog kesayangan ni lepas singgah bersiar siar di blog rakan blogger wia iaitu blogger femes dengan tutorial iaitu Wan Hazel
Assalamualaikum semua =) Wia sangat heppi lepas dapat buka sebab blogger down dari pagi tadi kan. Betul betul wia ingat blog nie tengah mantainance Mana la tau kan..? Wia biarkan saja tanpa buat apa apa, walaupun wia agak kecewa. Tetapi bila wia masuk je blog Wan, rupanya wan ada buat tutorial cara mengatasinya. Thanks sesangat tau wan. Rupanya senang je nak atasi. Berjam jam wia tunggu blogger okey semula. Nasib tak tunggu sampai esok. Kalau tak mesti wia rasa sentapp sat >.<
Mungkin wia tau lambat dan mungkin juga ada sesetengah blogger tak alami masalah nie. Tapi wia hadapinya. sampai malam baru sign in tau. Tak dapat blogging dan berblogwalking sebab nampak blog yang dikunjungi agak pelik sebab nampak habis spanar bagai. Tempat edit tue. Huaa segala rahsia negara yang tersimpan boleh diterjah visitor. Pelik sangat wia tengok. Terus tak blog-walking. Malam nie wia try dan alhamdulillah legaa dapat jumpa blog Wan yang dapat bantu wia atasi  40 Bad Request  tue. Aigooo..
Muka lepas geram ;p
Tapi sukanya wia dah blog sign in semula selepas ikut cara yang diajar dalam blog Wan. Okey dah hapdate untuk hari nie. Nak ktuk keyboard  sepuasnya biar sampai lebam. cakap cakap pasal taip entri punya best ;) Ehee limit broadband wia pun dah sampai waktunya. Teringin nak cari duit lebih sebagai duit poket untuk perbelanjaan wia. Cemana ye..? wia tak sekeatif uoOls. Hee. Apa ye..? Nak buat masak masak pun tak pandai..? Berblogging je wia tau. Menaip..feberet sangat. Tapi tak ada la aktif seperti blogger hebad lain. Doakan wia pandai cari duit poket sendiri ye ;)

Jom berblogging laju laju. Tak sabar nak bersiar siar rumah sahabat blogger :'D Okey wia sangat heppi dapat blogging semula. Pada sesiapa yang alami masalah sama jangan malu malu cuba Tutorial yang diajar dalam blog Wan Hazel
 Cuba ye perlahan lahan pasti menjadi. Wia pun suka folo tutorial dia yang best dan mudah difahami. Blog wan pun comel sangat. Okey wia tak pandai buat tuto. Cari ringankan tangan klik dan pegi ke blog beliau ye. Heppy always. Smileee :') Terharu la dapat sign in blogspot. Hooyeh. P/s : Incik dear romantis pula malam nie. So sweets !

Wednesday 29 June 2011

Ninie Azriena 1st Giveaway: Kau Muzik Dihatiku ;)

Assalamualaikum dan salam israk' mikraj :)
Dah agak lama wia tak join mana mana giveaway. Tetiba disapa seorang blogger Syieda yang katanya dah tag wia untuk join giveaway yang dianjurkan oleh seorang blogger Ninie Azriena. Bila tengok hadiahnya buat wia tertarik sangat untuk join. Hee.. dah mai pulak feeling untuk join giveaway..Ngee :'D


Alang Alang nak join meh tengok syarat syarat yang diperlukan untuk join giveaway nie. Sangat best tau uoOls. Mudah dan senang untuk di ikut. Meh tengok apa yang wajib dan sunat di ikut untuk join giveaway yang dianjurkan --->
Syarat Syarat penyertaan :
Mesti jadi follower ninie ( wajib untuk tahu perkembangan GA ni )
Copy banner GA ni, dan link kan terus pada entry ini ( wajib )
Copy banner dan letak di sidebar blog kamu ( kalau rajin )
Tulis entry bertajuk" ninie azriena 1st giveaway: kau muzik dihatiku "
Sertakan satu atau dua lagu yang membawa maksud tersirat dalam hidup kamu (ikut kreativiti kamu sama ada nak letak lirik/tajuk/video) 
Tag 2 orang rakan anda ( kalau rajin )
Tinggalkan link, id follower, dan emel di kotak komen dibawah entri penganjur.

Desini ada banner yang comei dari pihak penganjur ;) Kiut kan.. dan dekat banner tue laa ada hint salah satu hadiah yang bakal diperoleh para pemenang dan banyak lagi sebenarnya . Semuanya menarik da bomb ! ;)

Meh tengok lagu Feveret wia ;)

DeHearty- Permata Yang diCari.
Lagu nie banyak maksud tersirat buat wia dan incik dear ;)
TARIKH TUTUP  GIVEAWAY: 
30 JULAI 2011,,lambat lagi kan..?
Jadi cepat cepat join giveaway nie banyak masa lagi untuk ramai ramai memeriahkan giveaway cik Nienie. Wia nak tag dua blogger. Siapa gerangannya ialah..
 
Okey Heppy blogging dan Moga hari yang ceria buat semua ;)  Moga tuah menyebelahi wia. amin ya rabbal alamin. Jom join ramai ramai.. yang kena tag sila buat dengan gigih ye ;) Heee. P/s : Rindu hadiah untuk sebulan lagii. Kuikui.

❤ Two BE ( Buffer Earning) NUFFNANG...Love it !

Assalamualaikum ;)
Dah lama wia tak hapdate pasal iklan nuffy kesayangan wia nie. Sebenarnya wia jarang pegi usha atau log in akaun nuff wia. Tapi malam tadi rasa gatal tangan nak pegi godek dan enter log in akaun Nuffnang. Lepas je log in, wajib wia tengok earning blog kan.? Berapakah RM $$$ yang dah terkumpul setelah setahun lebih berbl0gging nie. Wia masih belum cash out sebab masih ciput hari nie. Tapi bila tengok je earning terkini wia yang terkini.. auw! Alhamdulillah, rezeki.. Senyum puas sampai ke telinga#
 Loikeee NUFFNANG verryy Much
Thanks alOoott. Hee
Yang last wia tengok akaun masa tue tak ada seketul Buffer Earning(BE) pun. Sedih sangat kala tue. Selang dua hari, akaun menunjukkan belum ada tanda ada BE.. wia rasa tak mau putus asa. Sedih tambah kecewa dah lama tak merasa BE yang manis bak buah anggur tue.
 Tapi bila tadi pegi usha setelah  tiga hari  tak jenguk. Alhamdulillah syukur sangat wia dah dapat BE ! Terima kasih Nuffnang tersayang.. Rezeki menyebelahi wia juga. Tapi yang paling wia heppi wia dapat dua ketul BE tau. Memang agak eksaited sebab sebelum nie wia cuma dapat seketul je. Tapi bila dapat dua ketul BE rasa nak lompat si katak lompat, lompat bintang bagai. Sangat berterima kasih sangat pada Nuffnang atas rezeki nie ;) Munge munge hati ni dapat dua ketul BE.

InsyaAllah wia akan berusaha lagi untuk dapat hasil yang lebih tinggi. Doa doakan wia ek ;) Harap BE ini bertambah sehingga ke tiga ketul dan ke atas..Amin. Doa doakan ek. Memang seronok laa;) Mesti tinggi melangit wia akan lompat sambil menari kegirangan.
Dua BE (Buffer Earning) dari Nuffnang ;)
Terima kasih untuk rezeki ini Nuffnang. Harap rezeki BE makin bertambah tambah. InsyaAllah. Wia suka sangat. syukur setelah sekian lama bl0g nie tak dapat BE. Sekali sekala dapat..memang syukur. Oh samsung Galaxy dan KFC Snackables menari nari la dalam blog ni ek :'D Wia rasa heppi bahagia..muah cit cit kat blog nie. Hikss. Ni yang sayyangg lebih kat nuffnang ni..

Okey Salam Israj Mikraj dari wia yang jatuh hari esok. Jom sama sama puasa sunat israj mikraj ye (: Rezeki Allah yang melimpah dari Nuffnang mungkin ada hikmah supaya memberi semangat berkobar untuk wia lebih gigih berblogging dan ber-blogwalking blog ke bl0g. Love Blog World ! 
Love NUFFNANG too untuk hadiah dan rezeki ni. Harap kerap dapat BE yang melimpah ruah. Wia heppi dengan hadiah yang diberi Nuff..idaman setiap blogger kot Buffer Earning nie. Hee:') Nunite uOols. P/s : Masam masam manis dengan incik dear tadi. Hope manisnya kurma semula. Have a nice day.

Tuesday 28 June 2011

Sekian Lama Tak Pakai Earing ;)

Assalamualaikum ;)
Hai uoOls.. wia ada kelapangan nak hapdate la kat bl0g nie selebar atau senafas kata. Ahha. Wia pepagi nie nak menaip pasal anting anting. Oh memang gegirl paling suka. Even ada sesetengahnya ada juga yang tak gemarkan atas sebab tertentu. Tapi kebanyakan memang ramai yang suka. Stuff gegirl yang comei comei pastinya perempuan paling minat. Nampak kiut..nampak cantik, pasti cair bila sekali pandang terus tertambat dihati. Nak nak selagi tak dapat dimiliki lagi la sampai termimpi mimpi jadinya.

Anting anting adalah aksesori pelengkap seorang wanita. Wia pun minat nak pakai anting anting cuma dah agak berbulan dan bertahun tak pakai nya. Bukan tak ada tapi seakan lupa sebentar bila lama tak pakai. Jadi kan nak bagitau la kan.. yang semalam baru laa terkedek kedek teringat nak pakai. Entah lubang yang ditebuk kat telinga wia ni dah tertutup ke masih ok lagi. Jadi dengan rasa ingin tahu wia ambil anting anting adik dari sarung bentuk hati keler merah tue. Psst wia tak ada anting anting jadi cemana nak pakai..? Tak pecaya..?! Pecaya laa... Pakai ni dalam hati tertanya tanya boleh ke..boleh ke.. Cer uOls teka boleh ke tak wia pakai anting anting setelah sekian lama..


Mula mula masukkan pada telinga kanan.. hee:'D masuk la ;) Dan kemudian masuk pula pada telinga kiri.. agak sukar sikit. Wia dah risau kot kot lubang telinga dah terkatub bahasa orang Kedah untuk tertutup. Takkan nak kena tembak telinga lagi. Tebuk telinga la maksudnya tue ;) Cuba masukkan..dan akhirnya.. jeng jeng jeng. Berjaya juga ! Hee:') Syukur tak payah nak tebuk telinga lagi. Cukup laa sekali.
Legaa rasanya.. seingat wia pertama kali tebuk telinga adaalah waktu umur wia 12 tahun. Dah 10 tahun berlalu.. waktu tue pakai rasa macam teruja kott. Pakai subang terus.. Ehee wia kira dah berumur baru pakai subang atau anting anting. Ada yang di antara kawan kawan yang lain di usia muda dah beranting anting penyeri telinga ;) Kiut je kan..? Alhamdulillah wia masih boleh pakai anting anting.Ngee..


Ceritanya wia baru pakai masuk hari ni dah 3 hari. lama tak pakai rasa janggal. Alaa subang skru je, tak pakai yang berjuntai labuh pun. Wia minat anting berjuntai..nampak feminin. tapi biarlah..pakai apa yang ada.#Pinjam dari adik wia, Si Nana :) Nasib dia bagi pinjam anting emas dia.. saja mencuba setelah sekian lama. Banyak pattern sekarang nie.. terpulang pada individu masing masing nak pilih kan..?


Bagi wia yang muslimah, pakai di dalam tudung pun tak salah. Janji kita berhias diri sendiri ;) Okey selamat berblogging uoOls. Doakan wia dapat roomate ok. Amin.. ahaa, sebelum terlupa ringankan tangan uOls    Kelik HB  wia ea. Tengah aktif nak berheartbeat semula ;) Senyum selalu..

Monday 27 June 2011

Duniaa Makkan Di Rumah .)

Assalamualaikum :)
Hee bila kat rumah kan asyik cakap pasal makan makan kan..? Biasa la manusia dan makanan tak akan dapat pisah. Bagi wia memng cenggitu la. Kalau uoOls wia tak pasti makanan tu uOls dapat pisah, tapi mustahil la uoOls pun tak suka makan kan. Bukan senang nak hidup kan kalau tak makan. Senang lapar kena la makan, dan kalau nak makan kena la usaha mencari makanan atau memasak.

Kalau kat rumah banyak yang boleh dimasak. Kalau direngek rengek kat mak nak makan something mesti dapat. Besstt !Yang penting pegi pasar beli barang mesti siap kalau gigih masak. Macam menu tengahari nie makan Sup ayam dan masak kurma telur ;) Penah makan tak..? Feveret sangat tue.
Memang best ;) Sedap kalau hanya makan dengan nasi putih, makanan ruji orang Malaysia ;) Teringat kalau dekat rumah boleh masak dan makan apa yang di idamkan. Berbeza kalau dok berjauhan dengan mak ayah, nak masak sorang makan sorang pulak tue. Memang semuanya  rasa tak bestt. Sesiapa yang penah rasa memang faham apa yang wia nak bagitau. Eh eh tak mau la cakap pasal sedih sedih..

HEAVEN sangat kat rumah. Kemudian, ada juga buat Sup ayam. Nyum nyum.. Okey laa wia rasa hati ni terasa macam resah, sebab tu tak dapat hapdate entri panjang.
Heppy blogwalk uoOls. Ceria selalu ;)

Sunday 26 June 2011

Lilin Wangi Harumkan Blog Seperti Vanilla ;)

 Assalamualaikum ;)
Hai ceria tak uoOls sangat hari nie..? Tetiba wia rasa nak bagi blog wia aroma sikit. Dah lama tak perasap..Haha. Bukan perasap kemenyan ke setanggi tau..#wia pun tak berapa suka bau tue semua. Cuma wia nak bagi wangi bau blog dengan candle aromatherapy..Supaya kununya uoOls boleh tenang dan hilangkan stress dengan bau yang harus seharum bunga ros segar..manisnya hingga lebah pun suka ;) Lilin Wangi Harumkan Blog Seperti Vanilla ;) haruman kegemaran wia tapi ni bukan bau vanilla# ye. Kuikui


Ok serius, wia terjumpa masa kemas rumah tadi, biasa la hujung minggu harus buat gotong royong kemaskan satu rumah, tetiba naampak menda alah nie, wangi.. mula mula rasa jakun jugak tau. Tau tak jakun..? Macam hairan sangat sangat apakah menda nie. Ta
pi apabila di hidu.. auw! Wanggiiiii.. Bila dibelek dengan merasa, membau dan mellihat, dapat di rasa yang menda nie ada sumbu. Baru la wia dapat cam yang ini adalah lilin wangi, baik untuk aromatherapy. Memang waangi.. nak tau cer cuba :') Tapi di tekan ini bukan lilin yang sweet dengan haruman vanilla dan sebagainya seperti IKEA. Lilin aroma nie cuma lilin yang biasa. Tapi tetap wangi. Nah Cuba bau lilin nie... pasti uoOls rasa fresh ;)Lain tapi sama. Cer tengok dan bau lilin aroma wia nie ek..? Wia snap time belum nyalakan api kat lilin nie.
 
Kiut kan..? bentuk hati dan munge ;)
Harap harap blog wia wangi bila nyalakan lilin nie ;)
Hehe.. jarang buat entri pasal aroma bagai. Kenkadang orang suka letak muzik dalam blog masing masing untuk hiburan. Macam wia doolu doolu tapi sekarang wia dah tak letak apa apa lagu lagi. Lebih selesa. Tapi tak salah juga letak haruman aroma yang terdapat pada lilin tue sekali berkala kala kan..? Hee. Senyum selalu ye dan ceriakna lah hati ini walaupun pomblem sentiasa datang tanpa di duga.
#Macam remaja belasan tahun..auw!
Okey Selamat Hujung minggu uoOls. Terima kasih pada yang follow blog wia nie.. moga uoOls ada cara tersendiri untuk mengatasi masalah uoOls, jika ada. Wia berharap keajaiban akan muncul seiring usaha tak putus. Doa doakan ek. Stay lla di blog wia ni sambil nyalakan lilin wangi yang wia sediakan even harumannya tak sama seperti bau vanilla, tapi ia cukup segarkan minda uoOls.

Heppy berblogging dan jangan lupa kelik HB wia tau ;)
P/s :  Makan lunch hari nie  Sambal Petai  , Feveret wia. Walla !

Saturday 25 June 2011

Udangg Mini Goreng Kunyittt =)

Assalamualaikum :)
Pertama kali wia nak ucapkan terima kasih pada bl0gger yang beri nasihat pada wia padaa entri yang lepas pasal poblem wia tue, wia nak sangat jumpa untuk 4 bulan sahaja. Doa doakan ek. Wia tau nak tak nak wia kena hadapinya juga. Insya Allah wia kuat untuk hadapi walaupun takut juga tak ada seperti yang diharap. Tapi wia tak akan putus asa selagi terdaya. Ok tutup pasal tue nak cakaap pasal menu lunch. Udang goreng.. ahaa. Simple je tapi udang memang feveret wia. Memang sesetengah orang suka masak sambal, buat gulai atau kari tapi famili wia lebih gemar makan udang goreng. Nyum Nyum ;)

Sedapnya makan time panas panas, teringat wia masa wia stay kat Sibu, Sarawak dulu selama 3 tahun lebih.. Kat sana udang memang besar dan segar. Tambahan murah pulak tue. Memang sana lobster pun murah. Uools bayangkan setiap hari dapat makan udang yang segar dengan pelbagai jenis masakan. Heaven bukan..? Berbeza sangat harga ketika di Semenanjung. Jauh beza harga dan kuantitinya.. Itulah nikmanya stay dekat laut. Sini perairan laut seperti Pulau Pinang, dan pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan mesti seafood segar dan manis je isi ikan, sotong dan udang nya ;) L0ikee seafood.. especially prawn..Hee.

Jadi tengahari tadi masak memasak, teringin nak buat menu udang goreng bersalut tepung, tapi mak wia lebih suka udang goreng kunyit je. Simple.. jadi wia buatkan saja. #Udang kecil je bila di goreng lagi nampak kecutnya jadi lagi kecil seperti dikecilkan oleh alat Doraemon. Tapi cumil la senang nak ngap kan..? :) Besrsihkan udang buang tali tahi di atas belakang udang. Pendekkan ekor dan bunag misainya. Settle! Siap untuk digoreng selepas dibubuh garam dan serbuk kunyit. Ngee mudah kan..? Nak tambah sedap. goreng bawang besar dan cili merah.. meriah katanya. Kununnya hiasan laa. Baru nampak seri. Ok tue rambang cara penyediaan wia. Lain orang lain caranya kan..? :)  Nah Udang yang siap digoreng..
T a r a a a a a a a a !!
 Cumil je udang mini nie.. sekali ngap. Sedap rasanya ;)
#Selepas di hias simple ;)
Semua boleh dimakan kecuali pinggan tue ye.
Okey heppi lunch uoOls. Selamat menjamu selera. Pada yang dapat jemputan kenduri kawin, makan kenyang kenyang ye, bestnya nasi minyak lauk kenduri. Psstt kalau bab makan, memang wia feveret untuk cakap dan tak akan miss. # Makanan dan wia ahaha.. memang tak boleh lepas. Bila la nak diet seimbang wia ooi.. Hadooi ;) Selera kan makan udang. Teringat masa time kenduri kalau kat makanan pengantin raja sehari pasti ada uadng besar besar yang dihias ibarat udang dok panjat bukit. Auw tergoda wia yang lihat. Pandai depa decorate makanan tue. Rasa udang goreng yang dicecah sos.. wow !! P/s : Jangan terliur ye pada sesiapa yang gemarkan udang goreng seperti wia. Eheee :'D

Ok nak buat sesi cari mencari lagi. Moga wia temui seorang. Pada yang tengah lapar tue, selamat mencuci mata dengan Udang Mini Goreng Kunyit wia tue ;) Have a nice day uOlls. Seronok sangat bercuti sambil santai di rumah. Moga uOls pun bahagia selalu. Heppy eating dan doakan wia ye kengkawan dalam mencari roomate. Amin. Psstt.. rindu incik dear.

Friday 24 June 2011

Resah Bila Fikir Pomblem Yang Sama =.=

Assalamualaikum dan Salam Penghulu segala hari;)
Sekejap masa berlalu.. bedetik tanpa jemu sampai wia kenkadang tak sedari yang siang dah malam silih berganti bertukar. Banyak yang perlu wia settlekan sebelum habis cuti nie.. Kadang kadang best kalau tak fikir. Tapi bila fikir semula, hati jadi resah gelisah. Bukan apa, nak kena jalani rutin harian keseorangan desana. Ya Allah.. tambah nak puasa, kena berbuka seorang diri sebab ousmate wia kan cina.  Kalau ikutkan hati wia, memang nak je wia pindah tukar suasana tapi apa kan daya.. Atas sebab sebab tertentu, terpaksa wia stay lagi 4 bulan di rumah sewa tue. Tsk Tsk. #Hati jadi resah bila terfikirkan hal tue.

Sebelum tue wia nak tegaskan, setiap kehidupan memang akan timbul masalah. Cuma kadang kadang remeh dan adakalanya serius. Begitu juga dengan wia, problem datang lagi bila tetiba roomate pulak nak pindah. Tetiba masalah datang bertimpa timpa. Walaupun berat yang dirasa sebab bukan senang nak cari roomate dalam masa terdekat. Mungkin cabaran nie wia kena tempuhi untuk 4 bulan nie. Cemana ye nak atasi uoOls..? Runsing laa T_____T

Dua cara yang wia hebohkan iklan pencariaan roomate. Satu dalam FB dan satu lagi dalam mudah.com.. Apa lagi yang dapat bantu wia untuk settlekan problem ni ye..? Rasanya ini kali kedua hati ni resah. Sebabnya wia tak mau bayar sewa mahal.. Minta simpang. Mula rasa dalam diri nie tersalah memilih rumah sewa yang satu bilik harus dua orang. Grrr ! Tapi menyesal kemudian dah tak berguna. Wia harus terima dugaan dan bersabar selagi mampu bertahan.Banyak dugaan hidup kan.

Tatau dah cemana nak atasi. Wia harap keajaiban akan berlaku. Dan selepas nie wia tekad yang wia akan cari bilik sewa sorang je supaya pisang tak berbuah dua kali. Sekarang harus tekad, mencari roomate selagi termampu. Seorang lagi.. untuk 4 bulan.  Terpaksa cari dalam keterpaksaan. Tiada sesiapa yang memahami betapa susahnya rumah sewa yang mahal ini, tersepit di dua keadaan yang berbeza. Boleh jadi tekanan. Sungguh wia tak tipu. Kalau tekanan boleh jadi sedih sepanjang hari. Sekarang jujur wia amat susah hati. Mungkin ada hikmah Allah menguji wia sedemikian rupa. 
Ya Allah.. permudahkan la urusan ini. Ringankan la beban yang kau duga pada hamba kerdilmu ini. Tabah dan tekadkan hati secekal yang mungkin. Amin ya rabbal alamin.
Pertemukan wia dengan roomate yang sebenar..........
P/s: Resahnya hati bila terfikirkannya. 
Tapi cemana ye nak atasii..? Runsing betul.
Bukan senang orang nak menyewa.. Sigh*
Kalau yang ada pandangan komen kat bawah entri ni ye. Thanks uOls.

Thursday 23 June 2011

Kalau tak Kemana Mana, Wia..... ;)

Assalamualaikum dan Selamat pagi =)
Hari ni wia dan nana, adik wia  puasa. Dah tinggal beberapa hari, minggu dan lebih kurang sebulan lagi untuk umat Islam berjumpa Bulan Ramadhan yang mulia. Cepat masa berlalu. Yang penting pada muslimah seperti wia, sesiapa yang belum ganti tue cepat cepatla ganti puasa ok, supaya tak lambat buat last minit.Allah murka. Ok jom cerita sikit pasal rutin harian wia sepanjang cuti nie ;)


Seawal pagi, bangun Subuh dan berkemas katil.
Mandi dan kadang kadang tak mandi, haha terus hantar adik bongsu pi sekolah. Sebab ganti tugas ayah dari lepas eksiden hari tue. Kemudian langsung pi market beli barang dapur seperti ikan, ayam dan sayur sayuran. Jujur cakap wia seorang boros. Bagi duit RM berapa pun mesti habis nak habaq mai.. 
Memang kalau boleh pin pasar mesti nak beli segala kat pasar tue. Even ikan beberapa jenis sekali pun. Sayur tak kira lagi. Itu belum tengok barang barang kat luar seperti baju, tudung dan kasut. 
Ok settle bab pi pasar. Selepas tu balik boleh la sarapan kalau tak puasa. Kadang kadang mak buat sarap dan kenkadang beli je. Banyak gerai yang jual kat pekan Serdang nie. ;)


Kemudian yang pasti pastinya wia harus buat kerja rumah, dengan settlekan cuci pinggan, cuci kain dan menyapu. Dah settle sidai kain semua.. 
Boleh la tonton Tv sat, dan kemudian on9 macam sekarang nie. 
Sampai la pukul 11 pagi cenggitu, masuk dapur dan sesi masak memasak bermula.
Poom pam poom pam, siap ! Yaeh Korea time pulak lepas tue. 
Dah lunch semua, siapkan Badrul untuk baju tajwid dan hantar dia pi kelas tu mahupun pi latihan sukan.
Petang sambung on9 kalau tak kemana, dan minum petang air teh dan biskut kalau tak puasa. #Tetiba teringat nak pegi taman atau padaang bersantai pakai dress maxi bersiar siar seperti gambar dibawah..Hee :') Sweetnya..
Sweettt like honeyy
Mengimpikan sesuatu yang indah bak bidadari di taman larangan memang fantasi minda dan akal wia.P.S : Kuat sangat berangan wia sekarang nie even banyak kerja kena buat. On9 mode 24 jam-12 jam.. verangan time. Haha ;p Gurauan pagi saja. Habit verangan perlu ada juga pada diri..
 

Selalunya wia akan habiskan masa lapang dengan mengon9kan diri. 
Tambah tambah dah ada broadband sendiri pulak kan..? :) 
Itu la rutin wia.. buat keje rumah kemudian on9, tido dan makan. 
Berat badan jangan ditanya ye. Malu nak bagitau. Aigooo =.=" Heeee. 
Suatu hari nanti la kot kan.. InsyaAllah. See U next entry.. Psst masa untuk masak di dapur. Hikss. Mood baik dikala cuti panjang bersama famili tercinta.



Wednesday 22 June 2011

Gengg Serdang Reunionn - Rindu Lah !!

Assalamualaikum :)
Pagi ni hujan rahmat. Alhamdulillah. Sejuk suasana setelah dah beberapa hati mutiara hujan tak menghujani dan menyiram bumi. Entah kenapa hati ni berdetik untuk hapdate bl0g pepagi nie ;p
Mungkin rindu barangkali. Rindu kengkawan lama. Maaf kawan baru wia belum ada. Terasa nak jumpa depa ja rasanya. Tapi bagi budak UiTM ada yang tak cuti lagi. Tak sama pengurusannya. #Abaikan. Tak penting sangat sebab tak lama lagi depa akan cuti juga. Cuma sekarang wia rasa nak buat reunion. Ke gathering lebih better ek.
Tapi bukan senang nak manage reunion kan..? Lagipun gengkawan lelaki wia tak add. Haha. Memang kalau uoOls nak tau FB wia hanya ada budak perempuan. Yang lelaki pun hanya sepupu sepapat dan incik dear. Itu saja. Macam mana nak contact. Hee

Walhal boleh je add, Settle la masalah kan..? Kuikui. Dan tadi wia dah ceriakan hati dengan menekan klik "add friend" pada kenalan yang wia kenal ;) Rindu kot zaman time sekolah doolu doolu. Meh tengok reunion wia and the geng time tahun lepasd kot kalau tak salah. Mereka kata masa umur 25 tahun, mai pulak dengan partner masing masing. HikSs. Lagi 3 tahun tapi wia macam dah tak sabar nak reunion. Memang banyak yang dicerita tau kalau dah jumpa sekali sekala tue. Dan personaliti mereka tetap sama. Cuma yang dulu comot budak sekolah dah makin cun dan yang jejaka makin kacak tapi tetap nakal nakal. Maklumla belum jadi bapa. Tetiba pulak kan..? okey meh tengok gambar dua tiga keping yang wia tempek tanda yang wia rindu kenangan tue. Memang banyak gambar yang disnap tapi letak sikit laa. Sebab gambar wia tak banyak. Hee.
 Rosni, Azreen, Maznah, Amirah dan Faizah
Antara geng lelaki.. Budak kelas wia.
Yassar, Saiful, Uzeir, Yusri dan Faiz yang membelakang tue ;p
Moment yang indah..
Cari wia dalam gambar. Muka kembang semangkuk. Hee..
Rindu kenangan itu walaupun waktu tue wia sangat penat sebab baru lepas balik dari holiday belayar dengan Kapal Mewah Swiss. Oh semuanya indah saat tue. Sabar untuk 3 tahun lagi. Sebab wia baru teringat masa umur 25 tahun baru jumpa semula. Cemana la agaknya nanti kan..?

Wia baru teringat yang wia ada reunion dengan kengkawan baik juga pada hujung tahun 2014. Ehee. Tapi itu kan lambat lagi. Juga masa tu wia dah berumur 25 tahun. Tak apa la.. lama tak jumpa baru best bila jumpa balik kan. Kuikui. Ok heppi blogging uoOls. Nak blogwalk laju laju sementara broadband masih laju nie. Alahai tetiba teringat nak reunion.. tapi tengok gambar dulu pun jadi la. Masa akan cepat berlalu.
Kenangan memang saat manis yang tak mungkin kembali. Tetapi Sejarah mungkin boleh berulang ;) -Have A Nice Day-
P.s: Dalam hati mengharapkan yang terbaik. InsyaAllah...Doa doakan;)
Pstt maaf pada kekawan yang wia terlepas pandang dari mengapprovekan anda dalam FB wia.
My FB name # tukar nama kepada Adda Wiyyah. Suka pulak rasanya. H E A V E N

Tuesday 21 June 2011

C!nta Dunia Bl0g BerBunga bunga :')

Assalamualaikum dan Hai hai ;)
Mula mula wia nak cakap yang wia heppi sangat sebab sehari dua hari nie bl0g wia tak sunyi dari bl0gger yang tak putus putus berenti dari berkunjung dari bl0g kesayangan wia.
Rasa bahagia sangat uoOls. Sekarang wia rasa dunia blog memberi wia kepuasan dari FB. Ops.. ini pendapat peribadi wia tau. Tiada kaitan dengan sesiapa pun ea.
Wia nak tanya kalau memiliki barang lebih pada satu.. adakah tamak ye..?
Ok tinggalkan itu dengan tanda tanya, sebab wia tertarik dengan bungkusan plastik yang bertulis tentang "L0vE StoRy " siap dengan bentuk hati kaler Pink. Sweet sangat pulak wia rasa tau.

Sebenarnya plastik ni, ayah wia yang pegi beli something untuk bisness dia dan adik adik. Kebetulan dapat plastik kiut tue, wah rasa macam ayah pegi beli stuff yang kiut miut untuk beli barang hadiah untuk yang tersayang je caranya. Hee. Ada satu lagi plastik yang serupa besar sangat.. sarat dengan barang. #Ada wia snap gambar tapi tak cantik gambarnya jadi tak masukkan dalam bl0g.  Bukan apa wia nak taip entri pasal plastik nie. Kebetulan wia penah cakap yang wia ada sibukkan diri dalam bl0g yang wia cuba untuk aktif balik. Semuanya pasal cinta, jadi teringat pasal " LOvE StoRy" bila tengok plastik tu.. Haha. 

Mungkin dah lama wia tak bercerita pasal cinta dan kasih sayang. Plastik beg tu ingatkan wia pasal perasaan hati dan kasih sayang. Mungkin dah besar dewasa ni wia dah malu untuk bercerita pasal cinta hati. Biarlah incik dear dengan caranya. Dan wia dengan cara sendiri. Tapi weouls tak gaduh tau. Cuma selesa begini. Psstt masing masing sibuk ;p Itulah cinta wia dan incik dear..U N I K. Hee
 
 Nie la plastiknya..
Putih suci dengan bentuk hati  Merah Jambu.
 Wia ceriakan diri dengan bl0g kesayangan.
Desini semuanya tersirat.
Blog adalah "LOvE StoRy" wia tau. Blushing#

 Wah bahagia dapat luahkan. Ok cuti ini wia rasa heppi dapat luangkan masa dengan bl0g kesayangan nie.
Banyak cerita yang tercoret desini. Love my blog verryyy much, eheee jarang dapat luahkan rasa sayang pada bl0g. Cinta pada dunia blog telah menular dalam diri kecil  Dawia Honeyputri. InsyaAllah selagi masa terluang wia akan hapdate dari masa ke masa.
Heppy blogwalking uoOls. P/s : I LOvE U.

Monday 20 June 2011

Kenduri Bihun Sup Daging Di Kampung Sempena Hari Bapa :)

Assalamualaikum :)
arini dah hari Isnin. Adik adik dah pegi sekolah dan ayah pula dah mula kerja hari yang ketiga dah. Alhamdulillah dan wia pula dok berdoa agar cuti lambat berlalu. Hehe.. biasa la dapat cuti lama lama sikit. Tak best balik Shah Alam. Ok wia nak stori pasal sambutan hari Bapa semalam. Wia balik kampung sebab Mak Teh #adik ayah buat makan makan tau. Katanya pukul 2.00 petang jemput ke kampung. Tapi disebabkan Badrul pegi Tajwid dan mak pegi mengajar. Kena tunggu sampai kelas tamat pukul 5.30 petang.. sempat la wia blogwalk pelan pelan kunjung rumah blog rakan lain.

Bersiap siap lepas asar, terus ambik mak kat bawah sebab mak pegi keje ngan kawan. Tak payah naik atas, kebetulan ayah dah ambik Badrul terus dari sekolah. Jadi mudah la. Pukul 6.00 petang bertolak ke rumah tok. Dipendekkan cerita, maksu pun dah ada semua dengan anak anaknya. Siap dah makan lagi sebab depa mai awal. Keluarga sebelah tok njang, wia panggil untuk tok sedara. Anak anak cucu dia pun semua ada, wah rasa meriah macam raya. Rata rata ucap selamat Hari bapa kat ayah dan sesama depa ;) Meriah je rasa.


Masuk ja terus pi dapur tok lepas salam salam. Terus tok ajak makan bihun sup daging. Panas lagi uoOls sebab dimasak atas dapur kayu tempat khas kat umah tok sebelah ayah nie. Memang macam tempat kelah sebab bahan untk makan sup semua dah sedia. Cuma nak masuk dalam pinggan makan. Api dapur kayu tue pun dok berasap lagi. Tanpa tunggu lama, terus ambik mangkuk plus garfu dan sudu. Cedok laaa..
Taraaaaaaa !
Masa nak boh bihun dan bahan bahan daah rasa terliur ;)
Yang best daging tue kena carik sendiri. Terbaikk laa
Sesi makan makan.
Gambar sebelah kiri ayah yang nak makan. Wia snap..
Sebelah kanan , Badrul yang dah nak licin makan ;p
Time wia pulak..agagaga :D
Nie la dapur kayu umah tok.Unik tau, susah nak jumpa sekarang nie..
Kalau ada pun, mana ada yang dalam umah'.Mesti kat luar kan..?
Candid (",)
Candid makan..Nana dan Pali ;)
Nyum nyum nyum..Keropok dan tok wia sangat rajin.Cucu sulong kesayangan la katakan ;)

Banyak lagi gambar, tapi wia masukkan yang sebahagian saja la ok.
# ahaa nak bagitau yang kampung kedua dua tok wia sama dekat. Jadi mudah la nak balik. Kuikui. Kenyang pun dah kenyang, malam tadi dua sesi wia makan tau. Petang dan malam. Lepas ni jangan tanya pasal apa wia chubby dan gemuk =.=" hahahaha.
Oklah sambutan Hari bapa semalam memang syok. Kenyang di samping bersama kelurga tercinta. Heppi sangat. Bihun sup tue memang best. Petang tue memang makan beramai ramai. Nak tangkap gambar pun segan. Nanti apa pulak kata depa, wia gila bergambar pulak. Hee. Tapi ayah memang sporting bila nak tangkap gambar layan je karenha anak sulong dia nie. Sayangg ayah. Sayaang mak :') Eh eh sayang tok juga.

Syukur rezeki Allah. Semalam hari rezeki melimpah dan harapnya berterusan dari hari ke hari. Dan lepas tu dapat pulak makan keropok yang kaler wana wani tue. Memang heaven.. pekena pulak dengan kopi dan ada juga air teh. Kenyang.. blurp ! Alhamdulillah dan terima kasih tok dan mak teh untuk makan makan nie. Sedap sup daging. Bermangkuk mangkuk wia makan :')
P/s : Heppi sangat semalam. Amat bermakna. Psst wia tengah renovate blog lama. Sssshhh. Diam diam sudaaaahh. Nanti da masa wia soseh soseh katsini pasal blog pertama wia tue. Eh eh Ngee..

Sunday 19 June 2011

Ayah's Day.. My Only One.

Assalamualaikum  dan Salam Hujung Minggu..
Cepatnya masa berlalu dan hari ni dah masuk 19 Jun. Dan dah ramai orang dah ucapkan selamat buat bapa tercinta yang bersempena hari Istimewa hari nie, wia buat satu entri khas untuk ayah tercinta ❤
Memang wia rapat dengan ayah. Ye itu panggilan yang wia dan adik beradik panggil khusus buat ayah. Sesetengah orang panggil papa, daddy, baba, abah dan bapak mahupun banyak lagi yang seumpama dengannya. Tapi walau apapun panggilan yang uoOls panggil ia tetap tujukan pada seoarang Bapa.

Ayah wia seorang pesara askar. Dah nama pun bekas askar atau tentera memang sinonim dengan peribadi seorang yang berdisplin dan tegas. Tambah garangg tau. #Tengok misai pun tau kan..? Ayah memang suka bergurau dengan anak anaknya. Rasanya wia dan adik beradik ayah berikan kasih sayang sama rata. Cukup makan dan minum serta berikan pelajaran terbaik duniawi dan akhirat sama rata. Alhamdulillah :')
Sayaaaaang Ayah :)
Jangan tak pecaya yang Wia suka peluk dan nak cium ayah dengan memuncungkan mulut selalu
Walaupun ayah cam shy shy cat gittu menolak..Malu la tue. Hee
One of Hero and King in my life (",)
Kesempatan yang ada kak nak ucapkan Selamat Hari Bapa hari ni yah.. 
Moga ayah cepat sembuh dari sakit sakit badan dari kemalangan dua bulan lepas.
Syukur sangat ayah terselamat dari eksiden tue. Legaa kerana kak masih berkesempatan mempunyai seorang ayah yang dapat melindungi anaknya dan 3 lagi adik kak. Tak dapat bayang kalau ditakdirkan ayah tak ada.. Allah #mintak simpang.. Choi choi choi ! dan tuhan Maha Kuasa dengan keizinannya ayah masih brsama kak, mak dan adik adik yang menjadikan kita keluarga bahagia :')

" S E L A M A T    H A R I    B A P A "

 #Gambar terkini ayah yang Wia curi snap
Time ayah tengah baring tunggu adi bersiap 
sebab nak keluar ngan adik adik malam tadi.
Alhamdulillah ayah masih sihat walfiat, sempurna. 
Nanti nak snap gambar ayah full pulak. Ngee.
 
Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa. Hargailah ayah kita selagi ada. Jasa nya memerah keringat untuk membesarkan kita hingga sekarang memang tak terbalas dek wang ringgit berjuta milion lemon pun. Akhir bicara entri ini, ucaplah kepada ayah tercinta uoOls ok. Masih belum terlambat selagi mereka (bapa) masih ada bersama jita di dunia nie. Wia merasainya saat genting menjaga ayah di hospital bulan Mac lepas. Betapa berharga saat bersama ayah. Dan ayah.. kak nak cakap banyak kali yang kak Sayaanggg ayah tau. muah ! :D 

P/s : Ayah Wia penah baca dan tengok blog wia nie tau :')
Dan ayah sendiri tau yang wia ada blog precious nie.
Sangat Hargai.. isk isk sob

Saturday 18 June 2011

Hitam Si Tampuk Buah.. Maroon Kalernya.

Assalamualaikum ;)
Alhamdulillah wia dah tukar  Password  seperti yang dicadangkan kawan blogger lain untuk elak dari  blog dari kena HACK dari penggodam. Ya Allah minta simpang =.="
Ok harap harap tak ada la menda cenggini berlaku lagi.
Tutup dulu pasal tue, nak stori pasal tadi makan manggis yang kiut.
Memang rezeki dapat makan buah yang jarang nak jumpa sekarang.
Wia tahu bulan Julai depan musim buah.
Tapi bila time teringin nak makan buah free.
Tetiba dapat makan buah maggis memang 
seperti tak pecaya. Wia ingat buah buahan banyak lagi tak berbuah.
Tapi buah manggis tok dah boleh makan laa :') Subhanallah.
Comel buah nie :D
Semua comei bagi wia..Hikhik
 
Antara buah Feveret :)
Wia suka buah manggis nie sebab ia unik. 
Even kulitnya hitam si tampuk maroon gelap, tapi isinya putih suci.
Yang paling best makan manggis ni.. sebelum pecahkan kulitnya, kat bawah buah ni ada bentuk ala ala bunga, yang kita boleh tau berapa isi di dalamnya.
Teringat masa kecik kecik suka kira kat bawah tu, dan sampai sekarang terbawa bawa tabiat tue.
Kira bukan apa, sebab nak pastikan betul ke tak isi dalamnya.
Bila buka, memang betul. Subhanallah.
Setakat ni tak penah salah. Uniknya buah manggis kan..?
Isinya sedap dan memang lembut kulit manggis time buka.
Tak payah susah kopek macam raja buah Durian. Hikss.

Sebelum tue wia lupa nak cakap, entri cerita pengalaman makan buah manggis macam wia baru feeling pertama kali makan buah manggis pulak. # Sory tau tak berniat pun nak cerita walhal nak gtau baru pertama kali makan buah nie. Tapi wia nak luahkan yang setiap buah ciptaan Ilahi memang unik dan sedaap. Salah satunya adalah buah nie la ;)  M a n g g i s

Eh teringat manggis ramai yang suka kannya tau. Siap ada nama manggis diberi nama untuk sesebuah syarikat lagi. Ok mungkin uOls penah dengar. Malah kartunis pun guna nama sempena nama buah nie kan..? ;)
Sedaap la buah dari pokok tok. Tak payah beli di  kedai buah dan gerai, memang banyak faedahnya berjasa pada tanah. Hee gaya cakap dah macam wia seoarang petani yang gigih menabur budi pada tanah. Insya-Allah suatu hari nanti. Mungkin #  Buah manggis memang sedaaap. Senyum :')

Okey selamat blogwalk uoOls. 
Heppi sangat ramai blogger yang berkunjung kat blog wia ni. Terharu rasanya.
P/s : Jemput makan manggis. Ambik la sorang sebiji ok kalau boleh capai. Hee.
Ceria selalu. Moga Allah bersama kita. Amin.

Blog Kena HACK :'( Oh Cemana Nak Atasi..??

Assalamualaikum pembaca dan blogger sekalian.
Tengah malam tadi wia terkejut sangat bila baca blog Azhaniza
pasal blog yang kena hack. Terus baca entri tue lalu terus klik untuk check.
Memang agak terkejut bila tersenarai dalam golongan blog yang kena hack.
Patut la blogwalk sampai lebam tapi tak ramai yang singgah semula ke blog wia ni.
Rupa rupanya dah kena hack.



Sedih betul siapa yang buat kerja tak baik ni.
Kalau uoOls nak check blog uoOls kena hack ke tak, cuba kelik link sini.
Memang banyak link yang tersenarai.
Check cam biasa guna ctrl  + F ye untuk search. Lebih mudah.
Amat sedih bila tersenarai.
wia dah perasan beberapa hari ni, kenapa blogwalk kemain aktif
Tapi yang singgah semula macam nak tak nak.
Sedih kan..? Ada juga perkara cenggini.
Sob Sob Sob..
Wia harap perakara tak baik di dapat di elak.
Sebab tak baik la buat perkara sebegini. 
Walhal rasanya tak penah pulak wia bermusuh dengan sesiapa.
Mintak simpang. Pada sesiapa yang singgah desini, di blog kesayangan wia nie,
Maafkan diri ini andai penah terlukakan hati tanpa wia sedari atau tak..
Mungkin agak lama wia abaikan blog nie sampai sempat orang buat onar desini :'(
Hmm  redha saja lah. Cuma wia nak tau cemana nak atasi masalah blog ke hack oleh hacker ye..?


Pada blogger yang tau, boleh tak kongsi cemana nak atasi masalah kena HACK nie.
Sedih la bila dapat tau. Masya Allah.. jauhilah benda yang tak baik nie dari berulang.
Hanya Engkau yang Mengetahui segala nya.
Bila sayangkan sesuatu, kita tak nak cemarkan dengan perkara yang tak baik.
Sedih laa bila dapat tau.
Kepada yang tahu untuk atasinya, mintak tolong ajar ea.
Hampa la link banyak tersenarai sebagai blog kena hack. Nauzubillah =.="


P/s : Hari ni dah bermula Pc Fair di tempat 
Wia di Tapak Termeb, Serdang Kedah.
Tatau nak pi ke dak..?
Ya Allah Engkau jauhilah blog ini dari sebarang onar. 
Amin Ya Rabbal Alamin.

Friday 17 June 2011

Alolor Kiut la Menda Yang kaler Pink Peach Nie..❤

Assalamualaikum uoOls,
Salam penghulu segala hari .
Pagi tadi mood sopink mai lagi.
Kebetulan hari ni hari Jumaat, market kat tempat wia ni pasti ramai orang dan yang pastinya pasar awam tu akan jadi seperti pasar malam. Macam macam jualan ada.. yang itu wia loikee ;)

Memandangkan sayuran dan ikan semua dah ada.
Memang betoi pi pasar nak cuci mata, tengok kasut, wedges, beg tangan, rantai tangan, jam, stuff gegirl memang boleh rambang mata.. 
Belum cakap pasal baju, tudung terkini dan trend, ulam ulaman. 
Cadar, lelongan barang 3 benda Rm1. Ke tak berbloi baloi namanya. 
Wia memang suka pi  market hari Jumaat. 
Dan akan lama la wia di pasar kalau hari Jumaat yang indah. Biasa la, cuci mata in action. Tadi tengok cadar rasa nak beli. Hari ni tudung tudung tak ada pulak. 
Adakah memang wia terlewat pi pasar ataupun memang kebetulan depa tak mai.
 Walau cemana pun, sempat beli majalah minggu wanita satu. Jalan jalan sambil tengok stuff yang comei comei berkenan la satu menda alah nie.
Memang kiut, dan agak susah la cari kan. Ia banyak kaler sampai sampai wia rambang mata tau.
Tapi lepas puas belek belek dan pilih, akhirnya kaler ni yang terlekat di hati.. 
Alolor Kiut la Menda Yang kaler Pink Peach Nie..❤
Pink peach.. suka kaler yang soft..
dan ini lah menda alah tue ;)
Key chain selipar croc
Kiut miut kan..? 
Jatuh hati sat bila terpandang tadi ;)
Lalu harus belinya walaupun rasanya agak mahal..
Ce teka berapa harganya..? 
Ce teka  ce teka..

Oklah wia bagitau RM4 setiap satu..
Mahal kan even kat pasar awam je kot. Walhal menda kecik je kan.
Disebabkan tertarik atas kecomelan kasut croc yang nampak asli,
bila ditanya pada macik penjual tu dia cakap memang tulen asli pun keychain kasut tue sebab
datang sendiri dari negara Thailand.  
Wia pecayakan saja sebab dah jatuh cinta kat menda kecik nie.
Memang hati nak beli memberontak even mahal kan.Beli tetap beli.
Yang penting dapat jugak miliki menda comei nie..
Wia loikeeeeeeee super triple :'D

Walaupun mak dan incik dear masing masing cakap membazir,,
yang penting hati ni heppi dapat beli menda kiut nie. Lalalalalala..
dapat lah sematkan dengan kunci rumah atau apa apa pun kan nanti.
Sangat puas hati dengan stuff ni. 
Ok selamat berbloggimg semua.
Tingkat trafik blog masing masing ea :')

P/s:  Kadang kadang membeli menda alah yang mendatangkan pembaziran, 
buat wia rasa puas dan gembira bukan kerana bukan suka habiskan duit tapi itulah nikmat bersopink.
Puas dengan apa yang dibeli menjadi milik sendiri
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi