Sunday, 12 June 2011

Pengalaman Pertama Menjadi Jurugambar Bidang Terjun Spontan Dengan Myteam. Superp Alaaa Profesional.. Bagai Mimpi di Alam Nyata

Assalamualaikum :)
Cemana petang uoOls? Mesti best kan.. pada adik adik wia yang pegi sekolah hari ni. 
Selamat memulakan Persekolahan selepas cuti dua minggu. 
Welcome back To School !
Rindunya zaman di bangku sekolah. Pakaian baju sekolah yang seragam tu, lepas tu buat kerja sekolah. Memang rindu saat tu. Ok tutup pasal pendahuluan, wia nak sambung stori pasal entri semalam yang bagi hint tue. Straight to de point.. panjangkan tajuk entri kali ni. Memang teruja sangat la tue sampai tak dapat digambar . Semalam tercipta pengalaman baru buat wia.
Nak tau apa yang buat wia eksaited, wia tetiba jadi Photographer Wedding Shoot. Caya tak.?  Wia pun tak pecaya tapi itu la hakikatnya semalam. Kuikui.

 Selamat Pengantin Baru..
 
 Majlis pasangan paling muda yang penah wia hadiri ni adalah anak perempuan kepada kawan ayah. 
Kawan ni pun wia kenal masa zaman masa sama sama tinggal kat Sarawak. 
Masa zaman berhingus lagi time tue ;) Sekarang dah kawin pun adik ni yang wia panggil Jijah panggilan manja. Kawin awal dari kakak dia yang pakai baju kebaya biru muda tue. Katanya nak buat sama wedding tapi kak dia tak nak. Jadi kalau tak ada dua pasangan ler..Kuikui. Ops lupa pulak nak inform pasal wedding pasangan Azizah dan pasangannya Hairul Azam. Umur depa masing masing masih muda. Yang pengantin perempuan masih belasan tahun iaitu 17 dan pengantin lelaki berumur 22 tahun. sama wia. Awal kan diorang langsung. Alhamdulillah selamat semuanya. Benda baik molek dibuat awal kan. Tumpang heppi untuk pasangan dua sejoli ni. ;)
 My team.
Di belakang tabir pembikinan Photoshoot indoor 
Azizah Nizam Wedding's

First time kot merasa menjadi photographer wedding. Itupun jadi bidang terjun. Kebetulan depa tak ada photograher. Apalagi dengan abang si pengantin perempuan yang cadangkan kami adik beradik, wia dan nana terus menjadi shoot nie. Sporting habis bawa kami (wia, aisyah, nana adik wia dan dua orang budak tecik) memang best la naik satu kereta. serius wia cakap tempat ni memang cantik shoot wedding, Walla! Dengan permandangan yang sweet. Pengantin yang sporting, memang mudah kerja.
Suka tempat nie, banyak tempat boleh shoot.

Tak ambik masa yang lama dalam lebih kurang sejam je. Settle. Berkeping keping gambar disnap dengan jayanya. Cayaa laa my team (",) Idea dari pengalaman tengok wedding photo dan ada yang kreatif dari semua ahli team yang cadang itu cadang ini. Semuanya terbaik dari ladangg.Resultnya memang mantooop ! Rasa macam profesional pulak uoOls. Bangga sat.Masa time shoot ada lagi tiga pasangan pengantin tengah dok sibuk shoot juga. Memang terbaiklah. Sweets pulak rasa. Tapi nak habaq mai yang teropong depa nalaa canggih manggih.Wia hanya guna kamera biasa je. Jujur digital je. Janji ada kenangan kan.
Tahniah Pengantin Baru. Sweet sangat koranggg dan Selamat Berjaya buat MyTeam. 

Nak tengok gambar semua, wia dah haplode dalam FB. Nak masukkan semua memang tak la kan nanti dah jadi blog bergambar pulak. Tapi kalau wia rajin nanti wia buat entri bergambar ok. Heppi dapat tangkap gambar pengantin sweet lagi ceria. Heppi dengan pengalaman manis ni.
P/S: Rasa tetiba jatuh hati dengan bidang photographer. 
Memang tak percaya MyTeam agak profesional. Misi Berjaya semalam.
SENYUM puas :') Pengalaman yang amat bermakna. Julung julung kali buat buat PhotoShoot Wedding.
InsyaAllah simple tapi bermakna.  Free tau. Terima Kasih.
Rasa macam ada hikmah balik bercuti awal sehari. Terharu.. 

Nota cinta :PhotoShoot dan gambar memang my hobby.

3 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi