Sunday, 19 June 2011

Ayah's Day.. My Only One.

Assalamualaikum  dan Salam Hujung Minggu..
Cepatnya masa berlalu dan hari ni dah masuk 19 Jun. Dan dah ramai orang dah ucapkan selamat buat bapa tercinta yang bersempena hari Istimewa hari nie, wia buat satu entri khas untuk ayah tercinta ❤
Memang wia rapat dengan ayah. Ye itu panggilan yang wia dan adik beradik panggil khusus buat ayah. Sesetengah orang panggil papa, daddy, baba, abah dan bapak mahupun banyak lagi yang seumpama dengannya. Tapi walau apapun panggilan yang uoOls panggil ia tetap tujukan pada seoarang Bapa.

Ayah wia seorang pesara askar. Dah nama pun bekas askar atau tentera memang sinonim dengan peribadi seorang yang berdisplin dan tegas. Tambah garangg tau. #Tengok misai pun tau kan..? Ayah memang suka bergurau dengan anak anaknya. Rasanya wia dan adik beradik ayah berikan kasih sayang sama rata. Cukup makan dan minum serta berikan pelajaran terbaik duniawi dan akhirat sama rata. Alhamdulillah :')
Sayaaaaang Ayah :)
Jangan tak pecaya yang Wia suka peluk dan nak cium ayah dengan memuncungkan mulut selalu
Walaupun ayah cam shy shy cat gittu menolak..Malu la tue. Hee
One of Hero and King in my life (",)
Kesempatan yang ada kak nak ucapkan Selamat Hari Bapa hari ni yah.. 
Moga ayah cepat sembuh dari sakit sakit badan dari kemalangan dua bulan lepas.
Syukur sangat ayah terselamat dari eksiden tue. Legaa kerana kak masih berkesempatan mempunyai seorang ayah yang dapat melindungi anaknya dan 3 lagi adik kak. Tak dapat bayang kalau ditakdirkan ayah tak ada.. Allah #mintak simpang.. Choi choi choi ! dan tuhan Maha Kuasa dengan keizinannya ayah masih brsama kak, mak dan adik adik yang menjadikan kita keluarga bahagia :')

" S E L A M A T    H A R I    B A P A "

 #Gambar terkini ayah yang Wia curi snap
Time ayah tengah baring tunggu adi bersiap 
sebab nak keluar ngan adik adik malam tadi.
Alhamdulillah ayah masih sihat walfiat, sempurna. 
Nanti nak snap gambar ayah full pulak. Ngee.
 
Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa. Hargailah ayah kita selagi ada. Jasa nya memerah keringat untuk membesarkan kita hingga sekarang memang tak terbalas dek wang ringgit berjuta milion lemon pun. Akhir bicara entri ini, ucaplah kepada ayah tercinta uoOls ok. Masih belum terlambat selagi mereka (bapa) masih ada bersama jita di dunia nie. Wia merasainya saat genting menjaga ayah di hospital bulan Mac lepas. Betapa berharga saat bersama ayah. Dan ayah.. kak nak cakap banyak kali yang kak Sayaanggg ayah tau. muah ! :D 

P/s : Ayah Wia penah baca dan tengok blog wia nie tau :')
Dan ayah sendiri tau yang wia ada blog precious nie.
Sangat Hargai.. isk isk sob

4 comments:

  1. selamat hari bapa,uncle..

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..
    alhamdulillah, moga umur ayah panjang..
    dipermudahkan segala urusan..
    si anak ni pulak, jangan nakal-nakal taw! ;)
    hehE

    ReplyDelete
  3. @ qamarguyz

    Salam kembali :)
    Amin ya rabbal alamin.

    Ok InsyaAllah..
    Hee :D

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi