Monday 29 August 2011

Esok Hari Raya !! Syawal 1432H

Assalamualaikum. Raya dah makin dekat, Ramadan dah hampir menjauh. Sedih bercampur gembira. Semuanya berbaur dalam hati kecil wia ni. Walaupun wia harap ini bukan Ramadan terakhir untuk kita, Amin. Okey ramai yang buat post buat biskut raya yang pastinya sedap ,mabeles kan.. wia pun sama ;) Hari ni teruskan misi buat biskut dua jenis sekali gus. Biskut sarang semut sikit lagi, dan Biskut Mama Carie. Hee. Adik dan sepupu wia pulak balik kampung mengacau dodol..

Memang besh buat biskut hari ni sampai terabai incik dear. Kesian dia.. pasti merajuk sebab cakap dalam fon pun sekejap je. Hantar text apatah lagi.. tapi demi habiskan misi, memang wia siapkan dari tengahari sampai ke petang seperti hari Jumaat lepas. uOls, hari ni juga pegi temankan mak tengok sofa baru..!!  Bukan nak riak cuma nak shar, sebab dah sembilan  tahun mungkin guna sofa lama dan tiba masanya tukar sofa baru.Tahun ni banyak yang baru, orang cakap mak ayah ada rezeki lebih, sebab tu semuanya nak tukar. Mungkin ini rezeki ayah sembuh dari eksiden yang lepas..Syukur.

Meriah kali ni uoOls..sikit sikit nikmat yang wia rasa bersama :') Entri kali ni juga wia nak pos kad raya la untuk rakan blogger yang bakal menyambut lebaran Syawal ehee. Dah lama siapkan tau #sebelum balik kampung lagi. Semangat katanya. Sekarang secara rasminya, khas buat rakan rakan alam maya, kad raya digital yang wia penah uar uar kan nak buat, jeng jeng jeng.. Terima la, seadanya istimewa dari Dawia Honeyputri.

 Update* wia ingin mengucapkan pada kengkawan blogger
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir & Batin
.Syawal 1432H.

Saturday 27 August 2011

Shopingg Sakan lagi ;p

Assalamualaikum.  Salam ceria, sekejapnya dah masuk puasa hari yang keduapuloh tujuh. Sekejapnya kita dah berada di minggu terakhir Ramadan.. Memang terasa cepat sungguh masa berdetik. Yang pasti dah agak ramai kengkawan yang tak mengonlinekan diri gara gara sibuk persiapan raya, termasuk la wia. Hehe.. Okey hari ni pulak seperti yang dirancang, wia pegi shopping dengan ka tersayang. Meriah uoOls. Kalau bab shopping memang feveret wia la ;p

Kebetulan hari ni cuti hujung minggu, maka ramai la orang yang bersuka suki menghabiskan masa terluang bersama teman teman terutama gadis dan remaja dan ada juga yang bersama famili. Memang kesesakan jalan raya bukan penghalang tapi memang sesak kot. Haha ;p Ramai orang pakat ke pusat bandar.. Memang wia tak lepas pegi ekspo Raya. Rambang mata. Tak payah shoping sejauh jalan TAR semua boleh beli dari kasut, telekung sampaikan ke kerongsang yang gila mata memandang..

Beshnya hari ni wia shopink tudung je tau. Haha gila Shawl wia sekarang ni. Akhirnya lima jenis tudung yang berlainan wia grab. Kasut yang nak dicari tak beli sebab tak kena dengan taste ditambah pula dengan harga yang mahal, memang tak sanggup nak labur. Teehee. Jadi sekarang wia cuma nak cari kasut raya je lagi. Kasut pun nak beraya juga.. Biasa lettew. Tadi fanomena membeli belah memang syok je tengok. Dekat kaunter paling best tengok bapa bayar beberapa ratus sekali guss.. #Macam tak pecaya, labur begitu banyak untuk penuhi kemahuan sekeluarga sempena Aidilfitri yang bakal datang beberapa hari je lagi.
Memang gila bershopping semua. Haip kata orang, wia dan mak pun kemain semua tempat pegi tadi. Dari mall sampai ke eskpo uoOls.  Tadi sempat juga beli  aksesori untuk kereta baru ayah, langsir love pink sebab bentuknya yang bentuk hati buat wia jatuh hati., pink lagi. Romantis untuk pintu lengkung kat rumah. Yang penting semua bertukar untuk tahun ni sempena hari Raya..I loikeee!!

Okey badan pun dah letih, berbuka pun sedap hari ni ;p Esok ada misi yang nak disiapkan lagi bersama adik adik wia, Opss esok depa pi kampung kacau dodol.. Tapi wia tetap ada misi kat rumah. Nak tahu apaa.. tungguu =D Selamat berblogging dan jaga diri baik baik sepanjang bulan Ramadan yang kian berakhir dan jangan main mercun, bunga api tak apa. Nunitee:')

Friday 26 August 2011

Biskut Raya, Kuew Teow Sup Tulang & Barbeque Ayam.

Assalamualaikum. Wah hari ni meriah rumah wia walaupun cuaca hujan di luar rumah, tak memabataskan mood wia dan adik adik nak buat biskut raya. Sangat heppi sebab puas hati, sekali buat dua jenis biskut sekali.. Alamatnya sekarang ni terasa juga penatnya sebab mula start adun kuih dari pukul 1.00 petang sehingga pukul 6 petang la juga baru settle semua. Alhamdulillah.. terhasil juga biskut sendiri. Dah la akempunan nak buat biskut raya sempena Aidilfitri yang bakal menjelma.

Akhirnya di bantu oleh adik perempuan wia dan adik bongsu wia, si Badrul ;) Memang gigih adik Badrul membantu wia tanpa jemu, walaupun dia berpuasa. Semangat dan kuat mood dia macam akak dia sorang ni jugak ;p Tapi dia lagi tahan sebab baru berumur 9 tahun, kalau boleh semua dia nak bantu. Rajin sangat dia. Sayangg sangat. Wia empat beradik, tapi yang turun dapur hanya kami bertiga, sebab adik wia, si Pali pulak tak sihat badan jadi berehat je sepanjang hari ni. Mak pun tak kurang membantu. Cepat proses buat biskut wia hari ni. Mision in action. Suksess.
Snap Madu :)
Biskut Sarang Semut :D
Sebelum terlupa, hari ni wia buat biskut yang amat mudah dan tradisi biskut raya yang patut ada dan dibuat menjelangnya hari raya iaitu Biskut sarang semut dan Snap madu cornflakes. Nyum nyum.. tadi dah merasa lepas berbuka tadi. Yippe! sedaappp. Menjadi. Puas hati yang penting buat biskut sendiri. UoOls pun mesti buat biskut raya berjenis jenis kan. Wia pun baru dua jenis ni je.. Kalau tak ada aral nak buat lagi 3 jenis. Semangat dan mood buat biskut, memang membuat tinggi rajinnya.

Memang teruja nak share dengan kawan blogger semua. Bila makin dekat nak raya, memang syok buat biskut kan.? Heee.. Okey alang alang tu nak stori juga menu berbuka kat rumah hari ni di nrumah bersama keluarga tersayang iaitu mak masak kuew tiow sup tulang.. Sedap makan sup time hujan sekarang ni.. Besh masakan mak..letih buat biskut ni pekena pulak kuew tiow sup dengan sambal kicap yang kaw kaw pedasnya. Sungguh nikmat..lepas tu merasa makan murtabak lagi. Sebab rengek kat mak nak makan murtabak yang ngidam lama masa kat rumah sewa hari tu..tetiba mak ada belikan nasi beriani dengan gulai ikan mabeles. memang masakan yang sedap dan lazat. Bestt sangat.! =D

Sekarang ni pulak, adik adik lelaki wia, Fadli dan Badrul dok barbeque depan rumah membakar aya  yang depa rengek suruh wia perap petang tadi. Nasib mak perapkan sebab wia memang tak sempat nak buatkan sebab Biskut raya yang dua tu. Hikss. Kalau ada rezeki, jap lagi dok menunggu ayam masak je lagi niaa.. dapat la merasa ayam bakar..Memang pelan adik2 wia dengan member depa sempena bulan puasa ni.. Memang meriah laa. Sempat juga wia jenguk depa dok bakar arang dan ayam.. Kecik kecik pun sepakat. Sebab masing masing perap ayam sendiri. Lepas tu bakar sama sama. Syok la tengok depa ;)

Ayam Bakar BBQ =D
Nyum nyum nyum .. ambik bau semua ;) Segar dari ladang ni. Terus snap tempek kat blog.
Okeylaa, dah tak sabar wia dan jalan jalan kat rumah blog rakan blogger. Makin meriahkan nak raya. lagi best dapat makan dan buat apa yang di idamkan selama  ni.. Memang syurga dunia :") ramai yang dah buat persiapan raya, syok kan.. Kalau tak ada aral esok wia nak shopping dengan mak .. Boleh la lengkapkan apa yng belum. Psstt tak sabar nak tunjukkan kad raya digital yang wia siapkan sebelum balik kampung pada rakan rakan di FB.. Hehe. Tapi sabar belum lagi masa nya. Hadoii bau ayam bakar dah wangi menusuk rongga hidung. Jom pi jenguk ;) Dapat lah jamah seketul dua. Syukran Ya Allah.. Selamat berblogging semua. harap maaf entri tiga dalam satu sebab banyak yang nak dicerita, tapi tak cukup masa sebab busy dengan persiapan menyambut Syawal dan Merdeka. Ceria Selalu (",)

Nikmatnya Bersama ❤ | Banyak Kejutan, Alhamdulillah..

Assalamualaikum. Betapa heppinya hati ini bila dah selamat sampai ke Home Sweet Home. Atau lagi best Hometown tercinta. Tak sangka cepat masa berlalu. Wia selamat sampai Kedah tepat pukul 3.30 petang tadi. Sampai je di stesyen bas, terus naik teksi memandangkan wia ada bawa balik barang yang agak banyak termasuk buku dan girl stuff. Biasa la kan ;p
Kebetulan hujan buat wia malas nak tunggu dan naik bas seperti biasa. Tanpa buang masa, terus wia naik teksi je balik rumah. Ni pertama kali wia balik rumah kat Kedah naik teksi. Jadi tak tahu tambang. Tapi syukur alhamdulillah, rupanya satu kereta dalam perjalanan 35 minit cuma RM25.. walaupun nampak macam lari bajet tapi hati membuak tak sabar nak sampai rumah buat wia terus naik teksi tanpa fikir panjang.

Perjalanan yang makan masa 5 jam tu jadi lama bila pemandu bas tu berenti lama setiap kali berenti di R&R  ataupun stesyen tertentu. Alamatnya lama menunggu. Memang bosaan hanya Allah yang tahu. Nasib cuaca yang sejuk memujuk hati.. Biasa la adat resam perjalanan naik bas.. terpaksa bersabar dan lihat pelbagai karenah manusia. Tapi tu semua dah tak penting, sebab akhirnya wia dah selamat sampai di tangga rumah dengan selamat walaupun badan letih usah dikata..

Macam macam yang bermain di fikiran wia.. Perasaan pun rasa heppi satu macam. lepas peluk cium salam mak dan adik adik. Ayah pulak blum balik kerja.. terus wia sembang dan rehat. Rindu terubat uoOls. Terasa penat pun hilang bila rindu berjumpa keluarga tercinta. Sambil wia dok tanya nak tengok baju raya yang dibeli mak daan adik adik.. Wah memang cantik. Yang besh, tak sabar nak tengok baju raya sendiri.. ;) Bila tengok cam nak lompat sebab baju dah siap ;) Cantik pula tue kain baju pilihan mak, dan satu lagi wia dah beli siap siap kat Jalan TAR hari tu.. Terasa semuanya wia taak sabar nak tengok. Satu lagi surprise yang dari  mak ayah sempena raya ni.. ;) Tak sabar nak tengok. Ayah wia bawa pegi kerja. Ce teka apa yang wia dok tunggu nak tengok. Hee. Biar la tengok pixca kat bawa ek.#Senyum.
Kereta Baru My Parent Kereta raya katanya !! Hehe
Kereta baru :la uoOls. Oh nak nangis heppi rasanya..Banyak kejutan yang wia dapat hari ni. Satu lagi terharu dengan kazen wia, si Haris lepas berbuka dok hon moto dia kat depan rumah ingatkan siapa, rupanya dia nak hantar kuih popia basah yang dia janji nak bawa balik kat wia masa wia katsana. Tak sangka dia ingat.. terharu wia :') Memang lama xcontact dia dalam FB, masa tu 11 hari lagi wia nak balik. Memang terkejut la. Dalam kehujanan pulak tu dia balik tadi.. Oh sebelum terlupa yang kazen wia tu pi menolong paksu wia menjual popia kat Bazaar.
Popia Basah , suprise dari My Cousin =D
Disebabkan sedap sos popia paksu tu yang teringin tu.. terlaksana juga lepaskan kempunan sebelum ni. Besh sangaat dapat BALIK KAMPUNG.. Berbuka pun makan sedap sedap. Murtabak, laksa, maggi goreng dan kuih muih. Nyummy! Memang berlainan dengan  menu bersahur berbuka wia. Syukur :') Okey selamat bergembira semua.. pada yang nak balik kampun tu, jaga diri baik baik ek. Selamat Berblogging ! Nikmatnya bersama dengan tersayangg.

Thursday 25 August 2011

Tiba Masanya untuk Pulang Beraya | Balik Kampung !!

Fuh awal hari ni wia menaip entri. Hehe. Mood semangat berkobar kobar tau uoOls. Assalamualaikum. Salam Ramadan ke25..Eh hari ni dah 25hb la uoOls.. Heppinya !! Nak tahu kenapa wia heppi keterujaan ??., Sebabnya hari ni adalah hari yang wia nanti nantikan sejak sebulan yang lalu iaitu hari BALIK KAMPUNG oOo BALIK KAMPUNG, Hati riang. Lalalala.. Kan bermula dengan homesick bagai sehak masuk bulan Ramadan ni, bila dok tengok kalendar yang selalu dok pangkah hari demi hari sebab dok menghitung hari balik, akhirnya hari ni tiba juga. Kihkihkih.

Semalam kan wia dah tak ada kelas, seawal pukul 10 pagi, lepas siap bersihkan diri, terus tengok beg dan baju baju yang nak dibawa balik mengikut list yang wia buat. Sesi basuh membasuh baju pun berlaku. Banyak kali ulangan pulak tu sesi membasuh kain dengan cik Jepun aka mesin basuh buatan Jepun..nampak sangat kumpul apa yang perlu sebelum tinggal rumah untuk bercuti raya. Bila baju dah siap dicuci, kemain kehulur kehilir, menyidai kain kat ampaian pulak. Alhamdulillah cuaca semalam panas dan cerah.. Kering kain jemuran wia semuanya dari selimut hingga la ke kasut selipar ;p
Sambil menyidai kain, wia terus ambik beg yang setiap kali nak cuti baru nak sentuh, rasa jati berbunga je bila pegang beg balik kampung. Terus lipat kain yang nak dibawa balik termasuk barang yang di shopink hari tu untuk digayakan di hari lebaran nanti =D Semangat betul wia, sambil dok pasang lagu lagu raya. Naik feeling tau.. akhirnya siap walaupun tak sepenuhnya. Terus puas hati.. Kali ni balik, wia bawa banyak juga barang sebab naik bawa balik buku semester lepas dan kotak serta beg baju dan beg galas. Ambik banyak yang nak dibawa.. kemain tau wia ni kan.. Tak padan dengan orangnya nak bawa beg banyak bagai. Eksaited bagai dikata. tak sedar siap banyak beg. Biasa la perempuan pun nama nya. Kalau tak berjinjing beg penuh tangan kata incik dear, memang tak sah. Hikss. Mesti laaa.. baru lengkap tahu !;)

Pagi ni pun, wia dah semangat nak taip entri dulu sebelum buat persiapan terakhir seperti menyapu dan kemaskan apa yang patut memandangkan dah tinggal seorang tak nak la nanti terlupa tutup suis elektrik, lupa tutup dapur gas, dan paip air. Kena alert tu semua.. kan itu langkah sebelum kita balik kampung. Ngee.. baru selesa nak balik beraya kalau rumah daalam keadaan selamat. Tak gittu uoOls..? Dah 25 dok bersahur dan berbuka puasa tanpa famili.. dan hari ni adalah harinya. Rindu faamili di kampung. Psstt banyak juga ye barang yang dibawa balik ibarat macam ada transport sendiri je wia oii.. kelasss hang wia. Hikhikhik.
Sebelum terlupa, sambil dok dengar lagu lagu raya malam tadi yang diambil masa pegi berbuka rumah coursemate, maklum ler wia tak berapa banyak lagu, jadi minta la transfer dari member.. Datang la mood yang wia cakap nak siapkan kad raya digital edisi tersendiri tu kan.. Maka kedebuk kedebak kedebuk kedebak, siap laa tepat pukul 1 pagi.. Dua lagi wia buat. Bangga sat ;p Okey tak mau publish dan post lagi.. Masih terlalu awal. Tunggu  masa dah sampai kaat kampung nanti. Baru meriah ! Okey bab tu settle. Heppi dan senyum lebar tido malam tadi..Sampai waktu sahur tadi terlewat bangun la. Haha..

Rasanya setiap hari lepas je incik dear call mesti wia akan cepat bangun panaskan lauk dan terus bersahur tapi hari ni entah cemana, nasib tak terlepas tau. Bila incik dear  fon lagi sekali, pukul 5.20 pagi tengok wia still tido, cepat cepat  la wia bangun dan bingkas bersahur selagi masih ada masa yang bersisa. Psst selalunya wia bangun sahur memang incik dear yang kejutkan dalam pukul 4.45 pagi cenggitu walaupun wia dah kunci jam tapi lebih alert pada jam yang bercakap ;) dan pagi ni,, nak ucapkan berbanyak terima kasih pada incik sayang yang sudi kejutkan dan fon, kalau tak mesti tak bersahur wia balik kampung hari ni. Terharu :')

Mood balik kmapung dah mai dah. Okey doakan perjalanan wia hari ni dipermudahkan dan selamat ke destinasi ye uoOls. Mulakan hari dengan senyuman dan lafaz Bismillah. Terima kasih pada yang sudi menyinggah di blog picisan kesayangan wia ni.. Nanti wia balas jejak okey. Jom BALIK KAMPUNG.. ;) Selamat berblogging dan jaga diri walau dimana pun uoOls berada.

Wednesday 24 August 2011

Kad Raya Edisi Tersendiri.

Heee ramainya yang dok buat kad raya cantik cantik.. Sangat kreatif ye :) Okey assalamualaikum uoOls.  Wia mulakan kata kata mukadimah dengan perkataan Kad Raya. Wow!!  memang da bomb la kad raya yang direka khas untuk kengkawan yang rapat kan.. Memang dah ramai yang hantar kad raya melalui application dari FB .. meriah siap dengan lagu. Terharu tau wia dan terima kasih sangat sangat pada sesiapa yang tag.. Memang rasa dihargai. Ehem ehem bila dah bercakap pasal kad raya ni, memang sesuai sangat la gunakan teknologi canggih manggih yang sedia ada untuk eratkan silaturahim antara sahabat dan famili di musim perayaaan yang bakal menjelma tak lama je lagi.

Lagi best kalau tradisi kad raya masih diamalkan sekarang. Mesti kawan kawan rasa terharu sebab dapat kad raya kan.. Okey wia memang berhajat nak hantar kad raya pada sahabat taulan terdekat dan tercinta. InsuaAllah masa lepas wia sampai di kampung nanti laa. Sebab sini memang jauh wia tak tahu katmna pejabat pos..# Hikss. Telco post ada la.. Tapi wia ambik keputusan untuk pos masa kat rumah je la nanti. Senang pun senang. Dekat lagi =D Tak payah bazir kos untuk naik bas ke apa kan.. Okey kad raya memang tradisi lagi bagi wia menjelang hari lebaran..
Gigih nak siapkan ;)
Okey itu kalau kad raya yang dipos dan di setem.. dan macam mana pula dengan kad raya yang kreatif yang mula mula wia cakap tadi. Ahaaa ni yang nak cerita ni. Wia sangat berminat untuk buat kad raya sendiri  tau. Nanti boleh la di tag pada kengkawan rapat di FB..Hmm memang cantik kalau kad raya tue di reka sendiri. Kalau bab edit mengedit n memang wia minat.. Cuma kalau nak superb cantik macam yang kawan lain memang wia punya simple dan sederhana. Yang penting ikhlas nak ditujukan pada kengkawan..
Kad Raya | Credit Google
Hari ni alhamdulillah dah 24 Ramadhan 1432H.. agak agak masa sekarang sesuai tak nak tag kad raya pada kengkawan. Rasa macam masih terlalu awal kan? ;) Wia kalau boleh tak nak guna application FB yang tujukan kad raya beserta lagu tu. Nampak biasa sangat. Nak cari kelainan dengan buat kad raya sendiri. Memang cantik dan unik. ! wia berminat. UoOls pun boleh buat. Sebab dah ramai dah yang buat tau. Best je tengok. Masing masing dengan idea tersendiri..

Jom laaa pakat pakat buat Kad Raya guna kecanggihan teknologi IT.. Wia pun baru nak create ni. Hehe. Psstt pagi tadi dah packing beg sikit sikit dah tau. Semangat punya pasal, insyaAllah malam ni sambung sikit lagi.. Sebab tu dimasa lapang yang ada ni wia nak buat sekeping dua kad comel untuk kengkawan di FB dan Blogger.. ngee. Petang ni pulak kalau tak ada aral nak iftar dengan member coursemate.. Hari last katanya. Mudah mudahan semuanya dilancarkan Ilahi. Meh kita jana idea untuk kad Raya ..P/s : Kalau ada masa terluang wia hapdate entri lagi malam ni. Salam ceria dan selamat berblogging. Entri kasi saspens kad raya..padahal tak siap lagi ;p Apa pun boleyyy.. Berusaha (^_^ ) V.. Kad Raya Edisi tersendiri wia pun belum siap.. SURPRISEE!!

Tuesday 23 August 2011

Yippe!! Holiday In Action ;)

Assalamualaikum.  Kawan kawan dah selasa dah la.. Yeay yippe!! wia dah tak ada kelas dah mulai esok. Syok dihati bukan kepalang tau. Kamain dah wish kat kawan kawan yang tak berapa nak ngam # boleh pulak cakap cenggitu isk isk, yela raya dah dekat la kata nya. Jumpa lagi tiga minggu dari sekarang. Mood nak beraya di kampung makin membuak. Ecece wia.. best ler tue. Haha :P Selagi tak balik, kemain post semuanya pasal raya kan..

Okey memang wia dah homesick nih.. dah tak sabar nak balik berbuka dan bersahur dengan makanan sedap sedap. Biasa la dekat sini kan memang tak sama feeling dia ditambah pulak keseorangan, haish nak juga cakap kat sini. Pejam celik pejam celik, insyaAllah lusa wia gerak balik kampung. Maka dengan itu, lebihan masa yang ada ni, memang agak free sekarang memandang tiket bas dah beli awal, maka nak tukar tiket kepada hari esok pun dah macam leceh sebabnya kebetulan kelas wia esok pun dibatalkan.. Apa lagi, cuti raya in action  la kengkawan. Hikss. Yup sangat teruja ! Berapa hari dok counting ni tau ;;)

Bila dah hari hari last nak berpuasa di rumah sewa ni, mula la dok rancang nak iftar bersama dengan budak coursemate dan classmate. IFTAR.?Bunyi nya best kan.. Iftar maksudnya berbuka puasa dalam bahasa Arab. Comei kan perkataan tue, dan tahun ni baru femes perkataan ni dengan Ramadan tahun ni. Okey kalau tak ada aral esok la masa yang sesuai. Memang dah dekat tiga minggu puasa, wia belum sehari pun berbuka puasa dengan kawan kawan. Yang ada dengan housiee seorang dan lebihnya keseorangan. Sobs..
Okey tak mau sedih sedih, jom esok iftar bersama ;) Tak sabar pulak rasanya. Bila dah dekat nak balik kampung ni, bermacam macam rasa nak buat. Kemas barang, kemas rumah. Yela nak tinggalkan rumah mestilah dengan suasana yang bersih kan. Dua ke tiga minggu juga nak tinggalkan rumah sewa ni. Bila time nak packing barang. Ahaaa, agak banyak wia nak bawa balik barang. Bukan apa, nak kosongkan bilik sikit supaya tak nampak messy bila dah balik raya nanti. Baru rasa selesa. Hee..

Lepas menaip entri ni harus buat list apa yang nak dibawa balik. Even nampak macam leceh tapi ini la yang terbaik. Supaya tak tinggal apa baraang yang nak dibawak dan apa yang tak. Barulah tak tertinggal barang yang nak diguna atau terbawa apa yaang tak perlu. Wia memang cenggini. Buat checklist barang. Semangat nak balik kampung la uoOls.. Suara adik kecik si Badrul tu dah buat hati ni tak sabar.. Selalu phone kata rindu. Kakak mu ni pun dah rindukan rumah dik sayang. Alahai uoOls, nak balik esok boleh..? Boleh tanya camtu pulak kan. Sabar la bawa bertenang.
Beshnya ..Meriah kan ;p
 Biar lambat asal selamat sampai. Ehemm tadi je wia dah belikan ole ole untuk adikbongsu wia yang sorang tu. Dekat mak dan yang lain lain belum. Tapi boleh je kan.. beli katsana je nanti ;) Okeylah wia nak buat senarai apa yang patut dulu ye uoOls. Hepi membaca dan selamat berblogging ! Syoknya dah bercuti. Esok kemas barang. Hooyeh.. P/s : Cemburu dengan incik dear la <3 Rindu selalu..

Monday 22 August 2011

Suasana Raya dah Mai dah ;)

Assalamualaikum. Memandangkan musim perayaan pun makin dekat, dan kebetulan ini minggu terakhir sebelum bercuti raya, wah seakan meriah suasana rasanya. Sedangkan minggu lepas, wia rasa masa agak lambat masa berlalu. Tapi sekarang dah pun masuk hari Isnin, lagi beberapa hari je lagi. Memang tak sabar . Semangat tahu. Haha. Berkobar kobar nak jumpa dengan sang buah hati di rumah :")

Pabila kelas tinggal lagi dua saja lagi. Hati membuak bagai dikata. Bermunga munga dan mekar terasa walaupun harus menunggu sehingga tiba waktu nya. Memang mood raya dah datangg uoOls. Tanya la sesiapa pun. Memang acap kali perbualan hanyalah berkisar suasana raya, biskut raya, persiapan raya dan segalanya RAYA.!! Awal awal ada yang dah buat ucapan di FB, menghantar kad ucapan raya beserta lagu sebagai tanda ingatan dia Aidilfitri.Memang terasa bahangnya uoOls.

Nak tahu, bila dah masuknya hari ni, memang terasa sekali cepat masa berlalu. Sepantas masa yang ada, wia ambil kesempatan untuk hapdate entri buat tatapan uoOls. #Macam ada yang membaca entri wia kan ('.') Sebenarnya petang tadi wia ada test untuk BIS ( Bussiness Information System). Tapi pukul 4..So, uoOls doakan wia boleh dapat result dengan baik ek. Sekarang  masa yang ada, wia sengaja terapi kan minda dengan menaip. Berblogging memang besh kan ;)
Pasang pelita 7 likur.. HikSs
Mood raya dah mai dah. Pakat pakat membuat persiapan yang hanya tinggal kurang lagi 8 hari je lagi. Tapi jangan lupa pada ibadah dalam Ramadan ye kawan kawan. Semanagt wia menaip sambil dengar lagu raya nih.. pasti kawan kat luar sana pun sana sini dengar lagu raya. Al-Maklumlah mood dah datang. Setahun  sekali katanya. Tak salah nak excited sekarang sebab dah masuk puasa ke-22. Hee..

Bila sensorang kat bilik ni terasa macam nak main bunga api dan mercun. Kat luar tu bunga api pom pam pom pam.. Jenguk kat tingkap. Cantik ! Seakan bunga api sambut merdeka je. Meriah laa ;) Mesti kat rumah sekarang ni pun adik adik wia sedang bersuka ria bermain mercun dan bunga api. Oh kempunan kakak hempa katsini weii.. Hikss. Even dah jadi anak kedera kata mak, maksudnya anak dara, tetap perangai cam kanak kanak ribena. Apa boleh buat jiwa remaja budak belasan tahun. Kihkihkih.

Betul tak tipu yang wia sampai sekarang dok main lagi bunga api. Tambah tambah bunga api besi yang bila dicucuh dengan api keluar macam bintang tue.. bestt uoOls!. Tak sama dengan bunga api kabad. Hambik wia cerita semua secara detail. Memang kaki main bunga api dan mercun bawang. Hai lamanya tak main. Dulu masa kat zaman dok asrama mesti main dengan kawan kawan kat dorm time balik dari tarawikh. Syokk..
Bunga api besi bintang ;)
Pesanan utuk adik adik ataupun kawan kat luar sana, #ehem ehem macam artis pulak gaya nya, main mercun dan bunga api memang best tapi jangan lah terlampau nak exstreme sampai main secara salah..renovate dan buat meriam bagai dan main bunga api dengan cara yang salah. Yang merana nanti siapa. Nanti tak pasal pasal putus dan cedera sana sini. Tamau jadi cenggitu tau.. INGAT !! #gaya upin ipin. Psstt peasan menesana amalan mulia. Memang tak besh tau kalau nak raya tak main mercun. Haha ;p Sorry kalau ada yang tak bersetuju. Ini pendapat wia yang sangat teruja nak balik kampung dan sambut raya dengan keluarga =D

Selamat berblogging uoOls..Terima kasih yang sudi menyinggah blog picisan wia ni. Sangat terharu. Dengan senang hati wia akan jejak balik blog uoOls sebab wia sangat free sekarang. Ceria selalu okey. #Senyum menanti hari balik kampung.

Sunday 21 August 2011

Hebadnya Ahad ! | RINDU semua tahu :)

Assalamualaikum :) Heee seronoknya hari ni dah Ahad. Alhamdulillah, syukur hari ni dah masuk Ramadan yang ke-21.. tinggal beberapa hari  je lagi. Ini bermakna detik untuk wia balik kampung pun semakin dekat. Pada yang masih di perantauan macam wia ni, saat saat cenggini pasti dinanti. Seakan berharap masa cepatlah berlalu. Padahal masa selalu pantas seperti pedang kan uoOls. Secepat kita berkerdip mata. Begitulah masa kian bergerak.

Saat hujung minggu macam ni, tambah pula sekarang ni dah minggu kedua terakhir puasa, ramai yang ambil kesempatan untuk keluar membuat persiapan raya. Mesti shopping mall sarat dengan lautan manusia.. Bestnya dengan suasana tue. #Semalam pun mak dan adik perempuan wia keluar bandar untuk shopping sana sini. Mak cakap bukan penat shopping tapi penat bersesak dengan orang ramai. Tapi suasana itu lah yang dirindui setiap kali menjelang Hari Raya..Psst kalau boleh nak SHOPPING lagi.. boleh.?;)
#Merujuk pada aneka perasaan dan perisa hati wia sekarang ;)
Tak lupa juga, saat semua bercuti tika hari ni jatuh pada hari  hujung minggu pasti si emak dan si dara sibuk di dapur membuat biskut raya yang pasti sedap mengikut biskut pilihan masing masing. Aduhai wia yang jauh ni dah rindukan bau biskut raya yang sedapp tu..sob sob. Ops puasa ye uoOls, jangan terbatal pulak puasa nanti. Kehkehkeh. Erkk rindu nya nak buat BISKUT RAYA !!..

Bila dah bertemu satu famili, hari ni mesti rancaang nak masak sedap sedap. Pasti para ibu dan emak kat luar sana dah gegas ke pasar berdekatan untuk membeli barang dapur dan barang basah untuk masakkan untuk berbuka nanti.. Wah bestnya masakan air tangan mak. Rindu MASAKAN mak :') Ehee nak cerita, kat tempat wia kalau time nak pi pasar yang paling best hari Jumaat. Dah macam pasar malam tau kalau pi hari tu. Mana tak nya, segala tudung, kerongsang, kasut, baju, barangan plastik, aksesori comei semua ada. Jadi bila wia tiba ja hari Jumaat, dengan otomatiknya wia rajin nak pi pasar. Hikss.
# Subhanallah..
Memang kompom hari Ahad pelbagai aktiviti yang uoOls boleh buat bersama kan.. Bestnya! tak sabar kot nak balik. Bila tengok status kawan kawan di FB, memang meriah. Ada yang dok plan nak iftar di mana.. ada yang dok rancang nak sopink dimana, ada pula yang spend time bersama kawan kawan untuk keluar shopink..dan ada juga yang dok post biskut raya dan kek yang di buat. Hadoii.. wia jeles ! :)  Disebabkan jeles, maka lahirlah entri ini. Hahaha =D

Alhamdulillah, wia dah settle empat bab untuk test esok. Sebab tu, dalam hati ni teringat ingat suasana di rumah. Adik adik wia pasti ke sekolah.. Rindu laa. Rindu semua. Okey tarik nafas, kemudian hembuskan perlahan lahan. Pasti terasa cepatnya masa. Okey minggu ni je lagi. Persiapan harus dibuat kan..Psst, wia ternampak resepi resepi yang best tau. Tak sabar nak cuba. Yup pasti nak cuba. Tungguuu balik nanti. Wah semangat ni uoOls. Kebetulan mood pun baik. Cuaca pun baik. Tingkatkan ibadah dan rebutlah Lailatul Qadar :) Selamat Berblogging ! Moga hari yang indah indah ye.

Saturday 20 August 2011

Tersirat | Manis untuk Dikenang.

Salam ceria sabtu yang cerah :) Assalamualaikum. Hari ni dah masuk hari kedua wia dok rumah sewa sorang sorang. Erkk.. takut?. Memang ada sikit. Bukan bukan takutkan hantu syaitan tapi pada manusia yang kadang kadang bertopengkan manusia. Memang kalau ikutkan hati gadis seperti wia yang tak biasa pun kalau di rumah mak ayah sendiri tido seorang diri. Inikan pulak di rumah sewa yang baru pulak menyewa.. Tapi syukur dah hampir setengah bulan di rumah sewa ni, dah terasa serasi.
Tambah rumah ni jenis pangsapuri jadi ketakutan tu hilang bila terfikirkan yang jiran sebelah menyebelah kiri dan kanan. atas dan bawah. #Walaupun tak pasti yang depa ada ke dak kat rumah.. Okey sebelum uoOls yang baca ni tertanya tanya, sebelum ni wia memang stay dengan ousmate. Sorang saja tau. Tapi memandangkan kelas dia habis awal dan membe rumah yang lain pulak masih cuti panjang sampai lepas raya, maka dengan ini seminggu la keseorangan.. Setakat ni alhamdulillah, masih terasa selamat dalam perlindungan Allah Ya Rabbi :)

Berkira kira hari atau dalam bahasa omputihnya dok counting untuk pulang ke kampung untuk berjumpa mak ayah dan adik adik bukan kepalang lagi. Memang membuak buak rindukan yang tercinta. Cuma sekarang teringatkan test ja, yang buatkan wia masih stay katsini. Kalau tidak memang dah balik awal. Lagipun wia belum penah miss lagi kelas. Tapi sebagai pengubat kerinduan dan kesunyian, alhamdulillah tv dan lappy sebagai teman dan hiburan. Selain tu, selalu berhubung dan phone mak dan famili di kampung. Tak lupa incik dear juga :$
Tabah wia tabah. Sabar menanti dan tak lama je lagi. Bulan puasa ni memang lain dari tahun sebelumnya. Kalau masa di bangku sekolah bersama keluarga berbuka dan bersahur tak pun di hostel bersama kawan kawan. Meriah sangat ! Dengan aneka juadah yang lazat dan menyelerakan.. Rindu saat itu.. Masa dua tahun masuk ke alam Universiti, wia di hostel  pangsapuri. Hostel dalam kampus. Memang senang even terceruk di Kuala Selangor. Tapi yang beshnya sangat dekat dengan bazar. Luar pagar je. Bermacam jenis lauk, juadah dan air pelbagai perisa dijual. Sampaikan bulan posa orang turun berat badan, wia pulak naik berat badan. Haha :D Banyak makanan, maka nafsu pun menunjak tinggi..

Apabila dah bertukar kampus, dua semester lepas di kampus Shah Alam ni..ini pertama kali, wia berpuasa yang haampir dekat sebulan di rumah sewa yang agak jauh dari Bazar. Sedangkan wia langsung tak ada kenderaan untuk keluar. Itu buat wia merasa seakan akan lama tak merasai makanan seperti kuih muih #penah beli juga masa balik kelas, tapi hadoii mahal sungguh walaupun sekecil dua dua ibu jari.. Tak berbaloi. Sejak tu sanggup tak beli kuih muih. Memang tahun ni berpuasa cuma masak. Makanan yang simple yang selalunya telur dan ikan bilis wajib ada. Yang lain pandai laa :P

Memang teringin nak makan roti John, laksa #dah lama tak makan dan banyak lagi. Belum penah rasa sekali pun di Ramadhan kali ini. Sememangnya jauh untuk pegi membeli. Redha atas kehendak Nya.. wia bukan mengeluh ye kawan kawan cuma bercerita tersirat disebalik keceriaan selalu. apepun wia rasa tenang sekarang. Alhamdulillah syukur baru habiskan dua chapter untuk test minggu depan. Lagi dua chapter akan menyusul lepas ni. Insya-ALLAH. Okey selamat berhujung minggu. Psst lewat makam tadi ada makhluk Allah ajak wia pi shopink lagi. Tapi lewat malam ajak?.. Apa makn nya. Atau wia banyak berfikir. Selamat Berpuasa (",)

Friday 19 August 2011

Dua dalam Satu | Mimpi dan Kecuaian.

Assalamualaikum uoOls.  Mulanya nak cakap ada dua perkara yang berlaku kat wia hari ni. Pertama berlaku pagi tadi dan kedua lewat petang. Mungkin satu secara kebetulan dan satu lagi adalah kesilapan diri sendiri. Aigoo.. pertama, samapi sekarang wia tertanya tanya adakah itu mainan atau satu petanda dan keduanya kenapa la cuai sangat sampai diri merana.

Okey meh nak stori mori ye. Kalau uoOls tidur selalu bermimpi tak?..tak kira la tidur siang atau tidur malam, wia selalu bermimpi dan kadang kadang pasti bermimpi. Kan merujuk pada mimpi juga ler tue. Orang tua tua cakap yang mimp hanya lah  mainan tidur atau bunga tidur saja, jadi jangan ambik serius sangat kan kengkawan.. Tapi kalau ikut zaman Rasul dan Nabi, setiap mimpi itu ada kisah dan petanda sesuatu. Betul atau tak, Wallahualam. Tapi itu yang wia tahu.. Kalau pendapat uoOls cemana?.. Adakah ia satu kebetulan mainan tidur atau petanda sesuatu. Wia sering tertanya tanya.
Kalau uoOls ada pendapat leh kongsi kat komen entri ini ek. Wia nak sangat tahu.. kadang kadang rasa mimpi tu betul2 real dan kadang kadang kadang wia terkejut takut benda tu betul betul terjadi. Bagaimana pula dengan mimpi yang kita betul2 ingat dan mimpi yang kita ingat ingat lupa.. mesti ada sebab kan. Setahu wia, mimpi yang kita ingat jarang terjadi dan mimpi yang tak ingat sangat tue boleh jadi akan berlaku lambat atau cepat. Betul ke tidak news ni, hanya Allah yang tahu. Sebab tu wia menulis entri ini malam ni. Ingin pendapat dari uoOls, rakan maya blogger sekalian.

Mengenai perkara yang berlaku lewat petang tadi tu memang wia tak sangka sangka. Tertekan berkali kali untuk klik tak memasal haru jadinya. Percik peluh juga la fikir money yang akan keluar atas sebab USB yang nama nya BROADBAND =.=" Sampai 5 kali kot, sebab itu pertama kali wia nak topup volume data. Dek kerana tak biasa, pending jadi success . Jawabnya melambung la untuk bulan SEPT nanti.. Nasib cepat cepat call customer services, mintak tolong selamat kan apa yang patut. Syukur dapat selamat dua..yang lagi tiga apa pun tak boleh dah. Nak tak nak, terima saja lah kecuaian diri sendiri.

Selamat berblogging ye uoOls, ceria selalu =D
Sedar tak sedar, malan ni malam kesepuluh.. Cepatnya masa.
Penuhilah masa 10 malam Ramadhan terakhir dgn amal-amal baik sperti bercakap benar, menghormati orang yg lebih tua, menjamu sahabat makan sahur malah melemparkan senyuman sesama muslim :)

Terima kasih Nuffnang! Segalanya Nuffnang.

Hai salam ceria. Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-19 Ramadhan. Cepat masa berlalu kan. Blog yang hijau sesegar dedaun nie, wia merajinkan diri untuk menghapdate untuk tatapan pembaca. Hee. Agak lama wia tak log in Nuffnang.. tetiba terasa nak buka pagi nie. Mana tahu ada rezeki dari Nuffnang :)

Kalau sebelum nie, wia tengok ada dua BE menari nari tapi alhamdulillah BE yang lepas dah jadi metered earning setelah beberapa bulan setia menaik kan earning nya. Wia sangat puas hati. Sekarang pulak lagi sekali wia di hadiahkan seketul earning lagi. Syukur rasa nya :) Walaupun seketul ni yang buat hati wia berbunga bunga. Terima kasih Nuffnang..!
BE yang comei ;p
Psstt memang sengaja wia besarkan gambar. Even nampak sekerat janji puas kan. Kihkih. Memang best tau dapat BE.. seronok tengok rakan rakan lain pun menghapdate BE masing masing tapi wia tak perasan pulak ini BE keberapa untuk wia, Sebab kadang kadang wia jarang mengintai di akaun Nuffnang. Mana tahu terlepas pandang. Bukan setiap hari wia log in. Hehe. Walau cemana pun, wia rasa sangat heppi dengan BE yang baru nak mencanak.. Harap kekal lama di rating. Suka sangat sangat.!

Kebetulan tu juga, wia ada juga usha keyword untok blog wia ni ;) Mana tahu kot kot ada yang search untuk menda tak baik ke kan.. Dan alhamdulillah semuanya yang sedap mata memandang. Memang itu niat wia tak mahu, orang keyword untuk menda menda yang tak baik. Tapi comei la semua keyword katsini. Cuba uoOls tengok.
My keyword terkini di Nuffnang =D
Okey sebelum wia mengakhiri entri wia pagi ni.. Terima kasih pada incik Nuffnang yang baik hati kerana hadiahkan wia dengan seketul BE..seketuil pun bermakna tau, apatah lah lagi dua , tiga dan keatas, mesti lompat girang la jawabnya ;) Wi akan setia pada Nuffnang sehingga seterusnya. Moga hari yang indah penghulu segala hari..

Sebelum wia terlupa, komen di shoutmix mengenai blog picisan wia ni buat wia malu meow meow. Blogger yang singgah masing masing cakap yang wia semangat nak beraya, maka dengan itu molek lah kiranya wia buang widget yang ada pelita kiri dan kanan. Malu sihh :$ Meriah sangat ..Hehheh. Biarlah orang tengok header pun dah tahu yang wia rindu suasana puasa dan raya.. Thanks alot NUFFNANG !

Thursday 18 August 2011

Green Land in The House :)

Salam Ramadhan hari yang kelapan belas. Assalamualaikum. Sehari dok mekap pom pam pom pang, akhirnya inilah hasilnya..#Senyum. Kepuasan uoOls.. apa yang wia dok mekap ni. Belajar mekap muka ke kan?.. ahaa ini yang ceritakan pada uoOls ni. Ce teka ce teka..ayat femes seakan dari cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah- HKLBR  fofular tue. Haha..Jeng jeng jeng..

Okey wia terasa nak tukar mood. Terus menghias blog kesayangan bersempena dengan bulan puasa yang mulia dan hari raya yang bakal menjelma tak lama lagi, dengan tema Hari Raya pulanglah beraya bersama keluarga tercinta di kampung yang meriah. Hikss. Jadi wia terus hias ikut citarasa dari hati snediri. Mengambil masa sehari saja untuk siapkan header dan cari langsir baru. Hee=D.  Simple saja dan janji wia puas hati.

Blog Berwajah baru ! Hooyeh..Sekarang ni pun masih dalam pengubahsuaian perlahan lahan :) InsyaAllah siap lah nanti. Sebab tu hari ni agak lambat menghapdate kat entri. Okey kalau dulu tema berasaskan warna pepel atau ungu. Tapi kali ni terasa nak letak karpet dalam rumah blog. Yeay kali ni bertukar wajah pada warna Hijau pulak ye kawan kawan.. Tetiba jatuh cinta sekejap dengan warna ni. Tukar la citarasa dan warna pulak kan. Setakat ni wia dah guna empat warna tau. Itupun kalau tak salah. Hee.
Kalau mula mula penglibatan dalam dunia blog dulu memang colourful macam warna pelangi. Tapi sekarang dah matured sikit banyak ni memang comei la kalau buat tema :) Okey setakat ni wia suka dan bolehlah rajin mengadap blog hari hari. Eh eh macam sebelum ni wia tak buka kan.. Okey seperti biasa, teddy Chito harus jadi watak utama dalam header. Kemudiaan dah nama pun tema Hari Raya haruslah ada ketupat.. Bulan dan bintang tanda agama Islam yang mulia. Yang paling penting sebelum wia hapdate entri ni pun, wia dah awal awal pasang pelita kiri dan kanan blog. Meriah tak..?
Penangan raya katanya ;)

Okeylah Selamat Datang ke wajah baru blog precious wia ye :) Tak sabar nak blogwalking. Opss lupa nak bagitau yang blog ni siap hias, baru wia nak rasmi hapdate entri, kerana menghormati waktu berbuka puasa tadi. Apepun jom terbang jenjalan naik kapal terbang ke rumah kawan kawan. Selamat Berpuasa..

P/s : Terdengar dengar bunyi mercun dan suara kanak kanak bermain bunga api. Meriahnya ..! Rindu adik adik dan famili di kampung.. 7 hari lagi wia :) COUNTING !

Wednesday 17 August 2011

Sehari BerShopink BerSama.

Assalamualaikum. Wia menaip entri dalam keadaan penat dan sakit kaki. Walaupun demikian, oh ayat wia agak skema disitu, akibat semangat nak share dengan uoOls sekalian. Wia gigih menaip supaya kenagan itu akan sentiasa terpahat dalam memori blog picisan wia nih ;) Okey jom mulakan cerita yang menggembirakan wia dan saat wia nanti nantikan selama ini.. Hikss. Kasi saspens sikit..

Sebenarnya cerita yang tak sabar wia nak share adalah hari ni bersempena cuti Nuzul Al-Quran di negeri Selangir wia ambil kesempatan pegi shopink sakan dengan teman lama sekolah rendah wia dulu, miela nama dia :) Agak 10 tahun tak jumpa, sampai tak kenaal dia tau. makin slim melim dia. Jeles wia ;p Bertolak awal wia dari rumah sewa dengan menaiki bas. Oh kalau uoOls nak tahu, hari ni juga wia pertama kali mencuba sendiri keluar ke KL dari Shah Alam. Memang adventure sebab ibarat kancil masuk kampung je tau. Alhamdulillah lepas tanya orang, wia maintain sampai ke Kl Center dengan selamatnya.

Miela dia stay Bangsar dan studi disana. Katanya gerak agak lewat sikit sebab dia sangat dekat. Wia pulak risau dan tak penah try sebab tu cuba cuba berjalan sendiri dengan keluar awal sikit. Untuk elak kan jem dan sebagainya. Seawal pukul 9.10 pagi wia dah naik bas dan bertolak. Weouls berdua merancang nak berjumpa di KL Center. Dalam lebih kurang 45 minit, wia sampai . Oh macam tu jalan dia.. kena lalu lorong itu, naik tangga itu dan semuanyaa baru bagi wia. Itu pun banyak ikut orang ramai. Agar tak sesat di bandar yang yang besar dan menjadi pusat rakyat jelata.

Bila dah sampai destinasi dituju. Waktu masih awal lagi. Member wia,dak miela terasa macam awal..tapi dia taak sampaai hati biarkan wia tunggu awal. Kebetulan sampai je wia kat KL Center dalam 5 minit, miela sms bagitau yang dia dah nak sampai. Wah kemain cepat, sebab tadi je dia bagitau wia yang dia baru nak bersiap.. Bila dah beli tiket untuk ke Masjid Jamek, dekat platform sana baru weouls berjumpa ;) Dia memang banyak berubah..sangat cantik. Wia je nampak sama cam dulu. Tsk Tsk.. Lepas muah cit cit belaga pipi, terus gerak ke Jalan TAR (Tunku Abdul Razak) Wah awal pun dah agak ramai orang tapi dengan zon selesa lagi.. dalam hati berdetik,
" Terujanya.! Sampai juga wia jejak kaki untuk keluar shopink, dengan member sekepala pulak tue.." ALHAMDULILLAH :) Termakbul jugak. #Senyum tanda tak sabar nak habiskan duit bajet..Kuikuikui.
Survey sana sini, akhirnya duit bajet pun habis. Dalam pukul 2 petangg juga la habis shoping. Lama kan?;) Tapi sangat puas hati sebab semuanya dapat dibeli hari ni. Berbaloi baloi.. Cenggini la wia , orang yang jarang dapat shopink. Sila memahami dia.. biala dah dapat sekali berjoli, memang semua nak rembat. Last sekali semua beli, murah murah kalau kena gaya dan tempatnya. Hiksss..

Last sekali letih + dahaga + sakit kaki semua cukup. Sempat juga masuk SOGO. Aduhai ramai orang la. Memang macam semut. walhal orang Selangor je yang cuti, orang KL tak.. tak dapat bayang, cemana kalau hari hujung minggu. Mesti bersesak.. Itupu masa wia shopink, masuk je tenghari ramai kot manusia. Subhanallah..! Majoriti kaum Hawa..apalagi shopping untuk raya la. Besh kan shopingg.. Sangat puas hati :') Terharu member wia sangat best. Even dia taak banyak sangat beli barang, dia pilihkan wia beg tangan.. Wia tak nak beli mulanya sebab rambang mata. Kemudian bila dah beli, heeee berkenan sangat pulak. Lepas ni nak beli kat situ lagi laa :)

Balik wia sesat sekejap..dimana biar lah rahsia. Nasib jumpa jalan keluar sebab blur seketika masa tu. Wah time tunggu bas memang dugaan. Manusia sangat ramai..bas memang kerap, tapi bas yang dinanti lambat kunjung tiba. Akhirnya pukul 3.45 petang wia bertolak balik. Memang dalam bas pun dah tak ada tempat duduk kosong. Terpaksa berdiri untuk satu jam baru sampai. Kaki..? Memang sakit, tapi puas hati la :") Memang sangat letih tapi bila dah segarkan diri.

Belik balik barang yang dibeli, memang malam ni wia mimpi indah sangat. Nak ucapkan terima kasih pada dak Miela sebab sudi temankan wia jenjalan habiskan duit sempena raya. Betul memang berbaloi ;p Best sangat shoping dengan Miela yang sekepala. Meh tengok gambar kenang kenangan 10 tahun tak jumpa antara wia dan dak Miela dan wia dengan ikhlas cakap yang Miela memang seorang kawan yang SPORTING habess :)


Keterujaan !! =D
Miela yang comei ;p
Okey itu saja ye. Mision in Action! Sekarang wia daah penat mata, badan dan kaki. Masa untuk sleeping healthy :) Selamat berblogging uoOls. InsyAllah nanti wia balas jejak kalian. Ceria Selalu.. Nikmatnya bershopping hari ni. Termakbul akhirnya..! Syukur dalam tangis kegembiraan..
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi