Tuesday, 23 August 2011

Yippe!! Holiday In Action ;)

Assalamualaikum.  Kawan kawan dah selasa dah la.. Yeay yippe!! wia dah tak ada kelas dah mulai esok. Syok dihati bukan kepalang tau. Kamain dah wish kat kawan kawan yang tak berapa nak ngam # boleh pulak cakap cenggitu isk isk, yela raya dah dekat la kata nya. Jumpa lagi tiga minggu dari sekarang. Mood nak beraya di kampung makin membuak. Ecece wia.. best ler tue. Haha :P Selagi tak balik, kemain post semuanya pasal raya kan..

Okey memang wia dah homesick nih.. dah tak sabar nak balik berbuka dan bersahur dengan makanan sedap sedap. Biasa la dekat sini kan memang tak sama feeling dia ditambah pulak keseorangan, haish nak juga cakap kat sini. Pejam celik pejam celik, insyaAllah lusa wia gerak balik kampung. Maka dengan itu, lebihan masa yang ada ni, memang agak free sekarang memandang tiket bas dah beli awal, maka nak tukar tiket kepada hari esok pun dah macam leceh sebabnya kebetulan kelas wia esok pun dibatalkan.. Apa lagi, cuti raya in action  la kengkawan. Hikss. Yup sangat teruja ! Berapa hari dok counting ni tau ;;)

Bila dah hari hari last nak berpuasa di rumah sewa ni, mula la dok rancang nak iftar bersama dengan budak coursemate dan classmate. IFTAR.?Bunyi nya best kan.. Iftar maksudnya berbuka puasa dalam bahasa Arab. Comei kan perkataan tue, dan tahun ni baru femes perkataan ni dengan Ramadan tahun ni. Okey kalau tak ada aral esok la masa yang sesuai. Memang dah dekat tiga minggu puasa, wia belum sehari pun berbuka puasa dengan kawan kawan. Yang ada dengan housiee seorang dan lebihnya keseorangan. Sobs..
Okey tak mau sedih sedih, jom esok iftar bersama ;) Tak sabar pulak rasanya. Bila dah dekat nak balik kampung ni, bermacam macam rasa nak buat. Kemas barang, kemas rumah. Yela nak tinggalkan rumah mestilah dengan suasana yang bersih kan. Dua ke tiga minggu juga nak tinggalkan rumah sewa ni. Bila time nak packing barang. Ahaaa, agak banyak wia nak bawa balik barang. Bukan apa, nak kosongkan bilik sikit supaya tak nampak messy bila dah balik raya nanti. Baru rasa selesa. Hee..

Lepas menaip entri ni harus buat list apa yang nak dibawa balik. Even nampak macam leceh tapi ini la yang terbaik. Supaya tak tinggal apa baraang yang nak dibawak dan apa yang tak. Barulah tak tertinggal barang yang nak diguna atau terbawa apa yaang tak perlu. Wia memang cenggini. Buat checklist barang. Semangat nak balik kampung la uoOls.. Suara adik kecik si Badrul tu dah buat hati ni tak sabar.. Selalu phone kata rindu. Kakak mu ni pun dah rindukan rumah dik sayang. Alahai uoOls, nak balik esok boleh..? Boleh tanya camtu pulak kan. Sabar la bawa bertenang.
Beshnya ..Meriah kan ;p
 Biar lambat asal selamat sampai. Ehemm tadi je wia dah belikan ole ole untuk adikbongsu wia yang sorang tu. Dekat mak dan yang lain lain belum. Tapi boleh je kan.. beli katsana je nanti ;) Okeylah wia nak buat senarai apa yang patut dulu ye uoOls. Hepi membaca dan selamat berblogging ! Syoknya dah bercuti. Esok kemas barang. Hooyeh.. P/s : Cemburu dengan incik dear la <3 Rindu selalu..

2 comments:

  1. mat hari ryer....
    mo0d ryer still otw nie...
    ahahha=p

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi