Tuesday, 2 August 2011

Puasa Pertama yang Bersederhana..

Assalamualaikum.. waktu menaip selepas sahur sementara menunggu azan Subuh. Terasa nak menghapdate lalu wia pun log in blogspot untuk blog kesayangan nie.. cemana puasa pertama uoOls..? wia alahamdulillah. okey even semalam wia ada kelas pagi petang. Heppi kan dah masuk bulan Ramadhan. InsyaAllah nekad wia nak lakukan solat Tarawikh setiap malam sehingga sebulan. Harap termakbul. Amin..

Semalam wia berbuka dengan housiee je kat rumah. Yang specialnya weouls kongsi makanan. Housemate wia siap belanja air milo yang sedap bancuhan dia.. sampai sekarang wia teringat ingat. Pandai Afifah housemate wia belikan. Semalam puasa pertama wia berbuka dengan nasi putih dan telur dadar. Seadanya..lagipun wia masak. Tak mahu lagi berboros membeli di negeri orang. Balik je kelas semalam singgah di gerai berdekatan Restoren Hakim Seksyen 7..saja nak menerai kuih muih disana. Wia pilih kuih pelita dua ketul dan karipap dua ketul. Harganya agak mahal.. seketul RM0.50.. itu pertama kali wia beli kuih seketul semahal tue.. mungkin selepas ni dah tak beli dah kott. Sebab tak berbaloi.. semalam beli sekadar nak mencuba =)
Milo ais..kredit : Google#
Selepas tue, solat maghrib dan mengaji al-Quran sementara tunggu azan Isyak. Alhamdulillah, mas member tingkat sepuloh ikut join tarawikh sesama malam tadi. Terasa malam tadi lebih ramai jemaah yang datang berbanding Tarawikh awal ramadhan :') Syukur... Ramadhan wia simple tapi sangat bermakna <3 Pekena air milo ais yang paling sedap penah dirasa selepas air bancuhan mak tersayang. Terasa elok walaupun dah dilletak ais. Pandai membancuh. Milo yang pekat lagi lazat =D terasa hilang dahaga tekak selepas selesai menunaikan solat Tarawikh..

Okey Selamat berpuasa hari kedua uoOls. Moga ibadah puasa kita sentiasa mendapat pahala. Yang penting jaga hati dan puasa segalanya ye. Mudah mudahan..P/s : Terkejut Afifah, housemate wia yang selalu bersama balik Kelantan lewat malam tadi wia tak sedar. Itupun Ida yang baru sampai semalam bagitau. Alhamdulillah ada juga teman serumah. sebab yang lain masih belum start semester..#Azan Subuh dah berkumandang. Jom Solat..wia ada kelas seawal pagi pukul 8.00.. selamat berblogging.
:)

5 comments:

  1. Anonymous8:27 am

    selamat berpose juga utk wia...semoga bertambah amal thn ni..amin

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa..insya-Allah..amin :)

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa jgak..hehehe..pose jgn x pose...

    ReplyDelete
  4. okey..yup pasti puasa jka ada izin Nya :) :D

    ReplyDelete
  5. cari lailatul qadar... ngeee ;x

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi