Saturday, 20 August 2011

Tersirat | Manis untuk Dikenang.

Salam ceria sabtu yang cerah :) Assalamualaikum. Hari ni dah masuk hari kedua wia dok rumah sewa sorang sorang. Erkk.. takut?. Memang ada sikit. Bukan bukan takutkan hantu syaitan tapi pada manusia yang kadang kadang bertopengkan manusia. Memang kalau ikutkan hati gadis seperti wia yang tak biasa pun kalau di rumah mak ayah sendiri tido seorang diri. Inikan pulak di rumah sewa yang baru pulak menyewa.. Tapi syukur dah hampir setengah bulan di rumah sewa ni, dah terasa serasi.
Tambah rumah ni jenis pangsapuri jadi ketakutan tu hilang bila terfikirkan yang jiran sebelah menyebelah kiri dan kanan. atas dan bawah. #Walaupun tak pasti yang depa ada ke dak kat rumah.. Okey sebelum uoOls yang baca ni tertanya tanya, sebelum ni wia memang stay dengan ousmate. Sorang saja tau. Tapi memandangkan kelas dia habis awal dan membe rumah yang lain pulak masih cuti panjang sampai lepas raya, maka dengan ini seminggu la keseorangan.. Setakat ni alhamdulillah, masih terasa selamat dalam perlindungan Allah Ya Rabbi :)

Berkira kira hari atau dalam bahasa omputihnya dok counting untuk pulang ke kampung untuk berjumpa mak ayah dan adik adik bukan kepalang lagi. Memang membuak buak rindukan yang tercinta. Cuma sekarang teringatkan test ja, yang buatkan wia masih stay katsini. Kalau tidak memang dah balik awal. Lagipun wia belum penah miss lagi kelas. Tapi sebagai pengubat kerinduan dan kesunyian, alhamdulillah tv dan lappy sebagai teman dan hiburan. Selain tu, selalu berhubung dan phone mak dan famili di kampung. Tak lupa incik dear juga :$
Tabah wia tabah. Sabar menanti dan tak lama je lagi. Bulan puasa ni memang lain dari tahun sebelumnya. Kalau masa di bangku sekolah bersama keluarga berbuka dan bersahur tak pun di hostel bersama kawan kawan. Meriah sangat ! Dengan aneka juadah yang lazat dan menyelerakan.. Rindu saat itu.. Masa dua tahun masuk ke alam Universiti, wia di hostel  pangsapuri. Hostel dalam kampus. Memang senang even terceruk di Kuala Selangor. Tapi yang beshnya sangat dekat dengan bazar. Luar pagar je. Bermacam jenis lauk, juadah dan air pelbagai perisa dijual. Sampaikan bulan posa orang turun berat badan, wia pulak naik berat badan. Haha :D Banyak makanan, maka nafsu pun menunjak tinggi..

Apabila dah bertukar kampus, dua semester lepas di kampus Shah Alam ni..ini pertama kali, wia berpuasa yang haampir dekat sebulan di rumah sewa yang agak jauh dari Bazar. Sedangkan wia langsung tak ada kenderaan untuk keluar. Itu buat wia merasa seakan akan lama tak merasai makanan seperti kuih muih #penah beli juga masa balik kelas, tapi hadoii mahal sungguh walaupun sekecil dua dua ibu jari.. Tak berbaloi. Sejak tu sanggup tak beli kuih muih. Memang tahun ni berpuasa cuma masak. Makanan yang simple yang selalunya telur dan ikan bilis wajib ada. Yang lain pandai laa :P

Memang teringin nak makan roti John, laksa #dah lama tak makan dan banyak lagi. Belum penah rasa sekali pun di Ramadhan kali ini. Sememangnya jauh untuk pegi membeli. Redha atas kehendak Nya.. wia bukan mengeluh ye kawan kawan cuma bercerita tersirat disebalik keceriaan selalu. apepun wia rasa tenang sekarang. Alhamdulillah syukur baru habiskan dua chapter untuk test minggu depan. Lagi dua chapter akan menyusul lepas ni. Insya-ALLAH. Okey selamat berhujung minggu. Psst lewat makam tadi ada makhluk Allah ajak wia pi shopink lagi. Tapi lewat malam ajak?.. Apa makn nya. Atau wia banyak berfikir. Selamat Berpuasa (",)

8 comments:

  1. roti john special satu!
    perggggggggh sedap tuu..

    weyh!
    sedih kowt bukak posa sorg2..
    :|

    ReplyDelete
  2. salam kenal...

    shera pernah merasa makan sendiri... alhamdulillah tahun ni pertama kali dapat berpuasa di rumah bersama keluarga... tiga tahun sebelum ni hanya sempat berpuasa bersama kawan - kawan di rumah sewa...

    ReplyDelete
  3. dok apartmen mesti meriah... keliling ada orang =p=p=p

    ReplyDelete
  4. xpa....sabar tu indah kan...nanti dah habis test boleh balik kampung kan...ehhehe

    ReplyDelete
  5. @ scha al ahmad memang sedappp..!

    dan memang sedih T_T

    ReplyDelete
  6. @ ShErA Salam kembali :)

    Bestnya.! mungkin ini cabaran tahun wia, xdapat berpuasa penuh dgn famili :)

    ReplyDelete
  7. @ yui92 xmeriah juga sebab jarang nampak orang :( :-/

    ReplyDelete
  8. @ ILA HonEyBuNNy terima ksih ye :) hokey best2 :))

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi