Sunday, 14 August 2011

Hidupkan Suasana Saling berUtus Kad raya :D

Salam ceria uoOls. Assalamualaikum :) Pejam celim pejam celik, cepat masa berlalu. Dah nak masuk pertengahan bulan Ramadhan yang mulia. Mula terkenang kawan kawan yang jauh dan dekat dekat. Tambah tambah besties. Bila dah teringat tue, terasa macam nak bagi kad raya bersempena raya yang bakal menjelma tak lama lagi. Wia rasa ni masa yang sesuai untuk mengirim kad raya yang sekarang dah jarang sangat dah orang buat akibat teknologi yang kian cangguh manggih.
#Sekadar contoh kad raya..sebab belum beli lagi :p
Teringin pulak nak hantar kad raya tanda ingatan. Seingat wia last wia bagi kad raya pada kawan kawan 5 tahun lepas, time wia di bangku sekolah. Memang ramai yang wia kirim. Lepas tu banyak juga yang wia dapat sebagai tanda ingatan kawan kawan. Memang best sangat masa tu. Bulan puasa je, dalam 15 Ramadhan ke atas mesti tak sabar sabar menunggu uncle posmen. Teeheee :D Sebabnya ternanti nanti kad raya dari membe dekat atau jauh. Siap bersaing dengan adik wia lagi, dak Nana siapa paling banyak dapat kad ;p Teringat masa zaman dulu, best nya alahai.. Rasa teringin putar kembali pada kenangan manis dulu :")
Okey disebabkan nak kenang memori lama. Biar sejarah berulang kembali. Dengan senang hati wia senarai kan nama kawan yang akan dikirim kad raya pada tahun ni. Weee wia sangat semangat dan teruja okey. Perasaan ini terasa ingin mengalir air mata. Okey apa apa pun buat senarai nama terlebih dahulu. Kad raya belum pun beli lagi. InsyaAllah selasa ni keluar jalan jalan kalau tak ada aral, boleh la pilih kad comel sekali terus beli. Ngeeee . Hikss.
Oh kalau dulu mengarang kad raya kamain lagi. Kalau boleh nak tulis penuh atas ruangan kosong kad comel tu. Hahaha. Gelak sorang sorang wia bila teringat balik. Sebab tu ia dipanggil kenangan kan.. Kalau sekarang memang payah nak dapat kad raya. Itu pun hanya dari kawan terdekat saja. Memang gigih wia nak hidupkan zaman kegemilangan hantar kad raya bertimbun pada kengkawan. Belakang kira la depa balas atau tidak..yang penting puas hati. Memang mood malam ni rindu raya masa zaman hingusan dan di bangku sekolah. #Dok terbongkok atas meja menulis mengarang ayat berjela untuk kawan kawan.

Kalau datang idea kreatif sikit, buat kad raya sendiri tau. Semangat bukan kepalang. Kemudian post. Memang banyak corak dan warna kad yang terhasil. Puas hati dari kad yang dibeli siap. Kahkahkah. Gelak puas hati# Okeyla sebelum terlupa, kalau ada rakan blogger yang nak dapatkan kad raya juga boleh la hantar alamat kat emeil wia okey..fairytale_blossom@yahoo.com.

Selamat berblogging uoOls. Terasa dunia blogging beri wia ketenangan untuk berkongsi berbanding laman sosial lain. P/s : Terasa nak tukar kulit dan kepala blog..insyaAllah kalau rajin. Heee. Senyum selalu.. Jom sama sama saling berutus kad raya. Pasti meriah kan..masa ni la sesuai ;)

5 comments:

  1. wan nak jugak lah wia...leh ke???nanti wan mailkn k..hehhe

    ReplyDelete
  2. kad raya dulu bestkan..meriah ja..saling berbalas dengan kawan2..

    wah..nak raya rumah blog pun nak berwajah baru yer..ehhehe

    ReplyDelete
  3. adehhh..ila dah komen belum neh,..

    lupa la..banyak sgt mkn semut smlm..ehheh

    xsabar nak tgk kulit neh salin kulit..ehheh

    ReplyDelete
  4. @ Wan_hazel dah dapat dah email wan :)

    tunggu tau ^^

    ReplyDelete
  5. @ ILA HonEyBuNNy harus rumah pun baru.. teehee :D

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi