Monday, 1 August 2011

Tarawikh Pertama | Niat Puasa ❤

Assalamualaikum ;) Wia hapdate selepas selesai menunaikan solat sunat Tarawikh pertama di Shah Alam.. Alhamdulillah ramai.. saat wia mengangkat takbir Allahu Akhbar, terasa ketenangan dan indahnya ISLAM :') Subhanallah.. Betapa ruginya kalau tak dapat tunaikan tadi.

Wia sedar umur makin meningkat, entah tahun depan ada ke tidak itu semua kuasa tuhan. Jadi tahun ni di dalam bulan Ramadhan yang mulia, meh la sama sama kita sebagai muslimin dan muslimat grab pahala banyak banyak ek. Tunaikan solat yang istimewa ini yakni solat sunat yang hanya ada pada bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sebulan berpuasa, memang manisnya kalau dapat lakukan hari hari. 
#Balik Tarawikh
Cuma kadang kadang wia lalai. Seingat wia tahun lepas wia di Bestari Jaya tak penah ke masjid solat tarawikh berjamaah. Cuma lakuakan di dalam bilik. Tapi alangkah nikmahnya kalau dapat lakukan secara beramai ramai. Yakni pahala nya memang berlipat kali ganda.
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak,awalnya Rahmat, pertengahannya Maghfirah dan penghujungnya Pembebasan dari api neraka -al Hadis-
Wia syukur, even tak dapat pegang puasa pertama dengan famili tapi bila dengan kawan kawan pun satu pengalaman yang best di tempat baru..Hapdate# kawan kawan wia tingkat sepuloh, mas dan alya terpaksa stay kat umah wia saat nie sebab mangga. Kunci mangga, mungkin atas sebab tertentu, depa berdua ditakdirkan berpuasa di rumah sewa wia yang seadanya nie.. mungkin ini takdirNya. Heppi sangat wia sebab dapat bersahur dengan depa pagi nanti. Okeylah Selamat bersahur kawan kawan sedara seISLAM..P/s: Jangan lupa niat puasa tau..<3

~Niat Puasa Ramadhan~

Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

2 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi