Friday, 26 August 2011

Nikmatnya Bersama ❤ | Banyak Kejutan, Alhamdulillah..

Assalamualaikum. Betapa heppinya hati ini bila dah selamat sampai ke Home Sweet Home. Atau lagi best Hometown tercinta. Tak sangka cepat masa berlalu. Wia selamat sampai Kedah tepat pukul 3.30 petang tadi. Sampai je di stesyen bas, terus naik teksi memandangkan wia ada bawa balik barang yang agak banyak termasuk buku dan girl stuff. Biasa la kan ;p
Kebetulan hujan buat wia malas nak tunggu dan naik bas seperti biasa. Tanpa buang masa, terus wia naik teksi je balik rumah. Ni pertama kali wia balik rumah kat Kedah naik teksi. Jadi tak tahu tambang. Tapi syukur alhamdulillah, rupanya satu kereta dalam perjalanan 35 minit cuma RM25.. walaupun nampak macam lari bajet tapi hati membuak tak sabar nak sampai rumah buat wia terus naik teksi tanpa fikir panjang.

Perjalanan yang makan masa 5 jam tu jadi lama bila pemandu bas tu berenti lama setiap kali berenti di R&R  ataupun stesyen tertentu. Alamatnya lama menunggu. Memang bosaan hanya Allah yang tahu. Nasib cuaca yang sejuk memujuk hati.. Biasa la adat resam perjalanan naik bas.. terpaksa bersabar dan lihat pelbagai karenah manusia. Tapi tu semua dah tak penting, sebab akhirnya wia dah selamat sampai di tangga rumah dengan selamat walaupun badan letih usah dikata..

Macam macam yang bermain di fikiran wia.. Perasaan pun rasa heppi satu macam. lepas peluk cium salam mak dan adik adik. Ayah pulak blum balik kerja.. terus wia sembang dan rehat. Rindu terubat uoOls. Terasa penat pun hilang bila rindu berjumpa keluarga tercinta. Sambil wia dok tanya nak tengok baju raya yang dibeli mak daan adik adik.. Wah memang cantik. Yang besh, tak sabar nak tengok baju raya sendiri.. ;) Bila tengok cam nak lompat sebab baju dah siap ;) Cantik pula tue kain baju pilihan mak, dan satu lagi wia dah beli siap siap kat Jalan TAR hari tu.. Terasa semuanya wia taak sabar nak tengok. Satu lagi surprise yang dari  mak ayah sempena raya ni.. ;) Tak sabar nak tengok. Ayah wia bawa pegi kerja. Ce teka apa yang wia dok tunggu nak tengok. Hee. Biar la tengok pixca kat bawa ek.#Senyum.
Kereta Baru My Parent Kereta raya katanya !! Hehe
Kereta baru :la uoOls. Oh nak nangis heppi rasanya..Banyak kejutan yang wia dapat hari ni. Satu lagi terharu dengan kazen wia, si Haris lepas berbuka dok hon moto dia kat depan rumah ingatkan siapa, rupanya dia nak hantar kuih popia basah yang dia janji nak bawa balik kat wia masa wia katsana. Tak sangka dia ingat.. terharu wia :') Memang lama xcontact dia dalam FB, masa tu 11 hari lagi wia nak balik. Memang terkejut la. Dalam kehujanan pulak tu dia balik tadi.. Oh sebelum terlupa yang kazen wia tu pi menolong paksu wia menjual popia kat Bazaar.
Popia Basah , suprise dari My Cousin =D
Disebabkan sedap sos popia paksu tu yang teringin tu.. terlaksana juga lepaskan kempunan sebelum ni. Besh sangaat dapat BALIK KAMPUNG.. Berbuka pun makan sedap sedap. Murtabak, laksa, maggi goreng dan kuih muih. Nyummy! Memang berlainan dengan  menu bersahur berbuka wia. Syukur :') Okey selamat bergembira semua.. pada yang nak balik kampun tu, jaga diri baik baik ek. Selamat Berblogging ! Nikmatnya bersama dengan tersayangg.

1 comment:

  1. Akhamdulillah! bersyukurlah dengan sekecil2 nikmat, namun tetaplah bersyukur walaupon dlm kesusahan coz itu jua tanda Allah sayangkan hamba-Nya! Alhamdulillah! saya tumpang gembira dgn entri wia! Selamat MENYAMBUT lebaran dgn RIANG dan penuh kesyukuran! =)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi