Monday, 1 August 2011

Rindunya Kemanisan Ramadhan..

Assalamualaikum. Sebelum wia ke kelas, wia suka nak post entri ni. Fadilat dan kerinduan dalam bulan puasa. Grab pahala banyak banyak kawan ;) Selamat berpuasa wia ucapkan. Moga kita dapat jalani ibadah puasa dengan baik. InsyaAllah.. Syukur, kita sempat lagi merasai manisnya Ramadhan tahun nie.
Ramadhan kembali menjelma lagi,
Terubat rindu di hati ini

Rinduku pada solat Sunat Terawih
,Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:"Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Terawih) dalam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu".

Rinduku pada taddarus Al-Quran,Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:"Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membacadan bertadarus Al-Qur'an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan(sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat"

Rinduku pada malam Lailatul-Qadar,"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rinduku pada segala-galanya di bulan ini..Masih sempatkahku untuk menyempurnakan rindu itu,Penuhilah hari-harinya dengan beribadat,Kejarlah syurga dan jauhilah neraka,Moga bahagia sepanjang hayat.

 
P/s: Kesabaran adalah kunci dalam berpuasa. Memang banyak berkatnya. Harap wia dapat sucikan diri dalam dunia yang mulia ni. Psst wia dah masukkan lagu dalam blog. Harap uoOls suka. Okey wia nak bersiap ke kelas dulu. Jumpa petang ni ye

2 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi