Monday, 22 August 2011

Suasana Raya dah Mai dah ;)

Assalamualaikum. Memandangkan musim perayaan pun makin dekat, dan kebetulan ini minggu terakhir sebelum bercuti raya, wah seakan meriah suasana rasanya. Sedangkan minggu lepas, wia rasa masa agak lambat masa berlalu. Tapi sekarang dah pun masuk hari Isnin, lagi beberapa hari je lagi. Memang tak sabar . Semangat tahu. Haha. Berkobar kobar nak jumpa dengan sang buah hati di rumah :")

Pabila kelas tinggal lagi dua saja lagi. Hati membuak bagai dikata. Bermunga munga dan mekar terasa walaupun harus menunggu sehingga tiba waktu nya. Memang mood raya dah datangg uoOls. Tanya la sesiapa pun. Memang acap kali perbualan hanyalah berkisar suasana raya, biskut raya, persiapan raya dan segalanya RAYA.!! Awal awal ada yang dah buat ucapan di FB, menghantar kad ucapan raya beserta lagu sebagai tanda ingatan dia Aidilfitri.Memang terasa bahangnya uoOls.

Nak tahu, bila dah masuknya hari ni, memang terasa sekali cepat masa berlalu. Sepantas masa yang ada, wia ambil kesempatan untuk hapdate entri buat tatapan uoOls. #Macam ada yang membaca entri wia kan ('.') Sebenarnya petang tadi wia ada test untuk BIS ( Bussiness Information System). Tapi pukul 4..So, uoOls doakan wia boleh dapat result dengan baik ek. Sekarang  masa yang ada, wia sengaja terapi kan minda dengan menaip. Berblogging memang besh kan ;)
Pasang pelita 7 likur.. HikSs
Mood raya dah mai dah. Pakat pakat membuat persiapan yang hanya tinggal kurang lagi 8 hari je lagi. Tapi jangan lupa pada ibadah dalam Ramadan ye kawan kawan. Semanagt wia menaip sambil dengar lagu raya nih.. pasti kawan kat luar sana pun sana sini dengar lagu raya. Al-Maklumlah mood dah datang. Setahun  sekali katanya. Tak salah nak excited sekarang sebab dah masuk puasa ke-22. Hee..

Bila sensorang kat bilik ni terasa macam nak main bunga api dan mercun. Kat luar tu bunga api pom pam pom pam.. Jenguk kat tingkap. Cantik ! Seakan bunga api sambut merdeka je. Meriah laa ;) Mesti kat rumah sekarang ni pun adik adik wia sedang bersuka ria bermain mercun dan bunga api. Oh kempunan kakak hempa katsini weii.. Hikss. Even dah jadi anak kedera kata mak, maksudnya anak dara, tetap perangai cam kanak kanak ribena. Apa boleh buat jiwa remaja budak belasan tahun. Kihkihkih.

Betul tak tipu yang wia sampai sekarang dok main lagi bunga api. Tambah tambah bunga api besi yang bila dicucuh dengan api keluar macam bintang tue.. bestt uoOls!. Tak sama dengan bunga api kabad. Hambik wia cerita semua secara detail. Memang kaki main bunga api dan mercun bawang. Hai lamanya tak main. Dulu masa kat zaman dok asrama mesti main dengan kawan kawan kat dorm time balik dari tarawikh. Syokk..
Bunga api besi bintang ;)
Pesanan utuk adik adik ataupun kawan kat luar sana, #ehem ehem macam artis pulak gaya nya, main mercun dan bunga api memang best tapi jangan lah terlampau nak exstreme sampai main secara salah..renovate dan buat meriam bagai dan main bunga api dengan cara yang salah. Yang merana nanti siapa. Nanti tak pasal pasal putus dan cedera sana sini. Tamau jadi cenggitu tau.. INGAT !! #gaya upin ipin. Psstt peasan menesana amalan mulia. Memang tak besh tau kalau nak raya tak main mercun. Haha ;p Sorry kalau ada yang tak bersetuju. Ini pendapat wia yang sangat teruja nak balik kampung dan sambut raya dengan keluarga =D

Selamat berblogging uoOls..Terima kasih yang sudi menyinggah blog picisan wia ni. Sangat terharu. Dengan senang hati wia akan jejak balik blog uoOls sebab wia sangat free sekarang. Ceria selalu okey. #Senyum menanti hari balik kampung.

6 comments:

  1. Anonymous7:01 am

    wah semakin smgt adik nk beraya..sbnrnya smgt nk blk jumpa family,kan?ehehe. :-) ha, jgn main mercun dik..bahaya tau..hahaha...mcm nsht ank murid smlm lak! semoag gembira buat persiapan akhir raya wia.didoakan lulus test tue

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:09 am

    selamat hari raye wia.jgn maen mercun tau.bahaye! =)

    ReplyDelete
  3. ;) selamat hari raya aidilfitri...jauhi mercun dear

    ReplyDelete
  4. @ Mia-Ina hehe, akak macam tau2 je ni :P Amin.. mudah mudahan diluluskan.. Biasa la dah jadi tugas akak sebagai pndidik, insyaAllah wia main bunga api je kak ;;)

    ReplyDelete
  5. @ emy zulaiha terima ksih dear.. Selamat Hari raya ! :D

    ReplyDelete
  6. @ emydiaz3 Selamat Hari Raya.. okey darl :D ;)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi