Thursday, 11 August 2011

Yuran Pengajian.. Settle!

Assalamualaikum. Syukur akhirnya wia dapat settle kan juga bayaran yuran untuk semester ini di pejabat kewangan..Settle untuk semester ni. Dua kali buat percubaan nak membayar tapi apakan daya, rezeki tak ada. Sebab utama yang jadi penghalang ialah sistem Down, orang terlalu ramai sampai beratur  panjang macam nak makan nasi beriani beratur di Pulang Pinang. Nombor angka giliran yang menjarak bagai nak rak.. itu yang melemah semangat nak memabayar. Maklumlah dah masyuk ni kena la beringat supaya yang dahulu kita dahulukan :)
Akhirnya gerak awal hari ni sebab tak ada kelas dalam pukul 8.45 pagi time pejabat buka. Sampai je mak aaii, ramai kot pelajar yang dok menunggu di luar pintu. Dapat agak wia dan member orang yang keberapa entah. Tapi redha la sebab nak cepatkan bayar. Dah tak mau fikir fikir lagi lepas ni. Akhirnya pegi pukul 8.45 pagi, dapat nombor angka giliran pun 45# sabarlah hati.. itu kira awal juga tue.. tapi tak pasti pukul berapa habis. Agak lama menunggu, terbengkalai dalam setengah jam sebab sistem merosot. Dan akhirnya 11.20 pagi baru sampai giliran dan akhirnya settle, alhamdulillah :")

Lepas ni dah boleh la masuk dewan ambik peperiksaan.. dah boleh  la menbung apa yang perlu. Guna la wang yang ada dengan sewajarnya. Tapi wia agak jeli dengan ragam manusia. Tapi di bulan ramadhan yang mulia ini, mendiamkan diri lebih baik dari berkata kata. Atas sebab itu la kita cakap yang baik baik je ek.. Heppi yang merunsingkan dah settle. Tapi ada sesetengah belum settle. Aigooo..yess lepas ni dah boleh wia shopink. Hikss. Tak habis habis dengan shopink wia kan..ngee =D 

Yang bestnya dah ada orang yang terbaik yang dapat temankan wia jalan jalan. Yang penting sekepala. Best sangat.! Tapi sebelum tu kena la senarai kan dulu kan  Supaya tak terlebih guna nanti. Betul tak.. berbelanja secara berhemah la katakan. Okey entri kali ni cuma nak bagitau yang wia puas dah dapat langsaikan urusan besar sebagai pelajar. Dup dap dup dap dengan result yang wia tengok di Student Portal tadi. Semuanya dah tersenarai dari semester pertama hingga sekarang..Wah! dah upgrade. Rupanya dah lama wia desini, kampus yang dicintai# Okey lah hari ni wia letak lagu baru pulak untuk halwa telinga uoOls,Di blog kesayangan wia ni untuk tetamu blogger datang berziarah. selamat Berblogging ;)

6 comments:

  1. wia under sponsorship apa? kena bayar sendiri ek, bukan kolej terus tolak dari acc?

    study mana eh? sory, forgot..

    ReplyDelete
  2. study unisel..
    nope, sis bawah ptptn je..

    kdg2 kena bayar sendiri. Dan kdg2 terus tolak siap.. depend ;)

    ReplyDelete
  3. alhmdllah la smua dah setelkn..hehe

    ReplyDelete
  4. rindu saat menjadi student!

    tapi nanti wia dah kerja baru tau perasaan student sebenarnya lagi besttttt.hehe

    ReplyDelete
  5. @ anita yeke.. insyaAllah sis ;)
    sedang menikmati dunia student ...

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi