Thursday, 25 August 2011

Tiba Masanya untuk Pulang Beraya | Balik Kampung !!

Fuh awal hari ni wia menaip entri. Hehe. Mood semangat berkobar kobar tau uoOls. Assalamualaikum. Salam Ramadan ke25..Eh hari ni dah 25hb la uoOls.. Heppinya !! Nak tahu kenapa wia heppi keterujaan ??., Sebabnya hari ni adalah hari yang wia nanti nantikan sejak sebulan yang lalu iaitu hari BALIK KAMPUNG oOo BALIK KAMPUNG, Hati riang. Lalalala.. Kan bermula dengan homesick bagai sehak masuk bulan Ramadan ni, bila dok tengok kalendar yang selalu dok pangkah hari demi hari sebab dok menghitung hari balik, akhirnya hari ni tiba juga. Kihkihkih.

Semalam kan wia dah tak ada kelas, seawal pukul 10 pagi, lepas siap bersihkan diri, terus tengok beg dan baju baju yang nak dibawa balik mengikut list yang wia buat. Sesi basuh membasuh baju pun berlaku. Banyak kali ulangan pulak tu sesi membasuh kain dengan cik Jepun aka mesin basuh buatan Jepun..nampak sangat kumpul apa yang perlu sebelum tinggal rumah untuk bercuti raya. Bila baju dah siap dicuci, kemain kehulur kehilir, menyidai kain kat ampaian pulak. Alhamdulillah cuaca semalam panas dan cerah.. Kering kain jemuran wia semuanya dari selimut hingga la ke kasut selipar ;p
Sambil menyidai kain, wia terus ambik beg yang setiap kali nak cuti baru nak sentuh, rasa jati berbunga je bila pegang beg balik kampung. Terus lipat kain yang nak dibawa balik termasuk barang yang di shopink hari tu untuk digayakan di hari lebaran nanti =D Semangat betul wia, sambil dok pasang lagu lagu raya. Naik feeling tau.. akhirnya siap walaupun tak sepenuhnya. Terus puas hati.. Kali ni balik, wia bawa banyak juga barang sebab naik bawa balik buku semester lepas dan kotak serta beg baju dan beg galas. Ambik banyak yang nak dibawa.. kemain tau wia ni kan.. Tak padan dengan orangnya nak bawa beg banyak bagai. Eksaited bagai dikata. tak sedar siap banyak beg. Biasa la perempuan pun nama nya. Kalau tak berjinjing beg penuh tangan kata incik dear, memang tak sah. Hikss. Mesti laaa.. baru lengkap tahu !;)

Pagi ni pun, wia dah semangat nak taip entri dulu sebelum buat persiapan terakhir seperti menyapu dan kemaskan apa yang patut memandangkan dah tinggal seorang tak nak la nanti terlupa tutup suis elektrik, lupa tutup dapur gas, dan paip air. Kena alert tu semua.. kan itu langkah sebelum kita balik kampung. Ngee.. baru selesa nak balik beraya kalau rumah daalam keadaan selamat. Tak gittu uoOls..? Dah 25 dok bersahur dan berbuka puasa tanpa famili.. dan hari ni adalah harinya. Rindu faamili di kampung. Psstt banyak juga ye barang yang dibawa balik ibarat macam ada transport sendiri je wia oii.. kelasss hang wia. Hikhikhik.
Sebelum terlupa, sambil dok dengar lagu lagu raya malam tadi yang diambil masa pegi berbuka rumah coursemate, maklum ler wia tak berapa banyak lagu, jadi minta la transfer dari member.. Datang la mood yang wia cakap nak siapkan kad raya digital edisi tersendiri tu kan.. Maka kedebuk kedebak kedebuk kedebak, siap laa tepat pukul 1 pagi.. Dua lagi wia buat. Bangga sat ;p Okey tak mau publish dan post lagi.. Masih terlalu awal. Tunggu  masa dah sampai kaat kampung nanti. Baru meriah ! Okey bab tu settle. Heppi dan senyum lebar tido malam tadi..Sampai waktu sahur tadi terlewat bangun la. Haha..

Rasanya setiap hari lepas je incik dear call mesti wia akan cepat bangun panaskan lauk dan terus bersahur tapi hari ni entah cemana, nasib tak terlepas tau. Bila incik dear  fon lagi sekali, pukul 5.20 pagi tengok wia still tido, cepat cepat  la wia bangun dan bingkas bersahur selagi masih ada masa yang bersisa. Psst selalunya wia bangun sahur memang incik dear yang kejutkan dalam pukul 4.45 pagi cenggitu walaupun wia dah kunci jam tapi lebih alert pada jam yang bercakap ;) dan pagi ni,, nak ucapkan berbanyak terima kasih pada incik sayang yang sudi kejutkan dan fon, kalau tak mesti tak bersahur wia balik kampung hari ni. Terharu :')

Mood balik kmapung dah mai dah. Okey doakan perjalanan wia hari ni dipermudahkan dan selamat ke destinasi ye uoOls. Mulakan hari dengan senyuman dan lafaz Bismillah. Terima kasih pada yang sudi menyinggah di blog picisan kesayangan wia ni.. Nanti wia balas jejak okey. Jom BALIK KAMPUNG.. ;) Selamat berblogging dan jaga diri walau dimana pun uoOls berada.

4 comments:

  1. semoga selamat sampai wia.. selamat hari raya... :)

    ReplyDelete
  2. Rindunya zaman belajar degree dulu bila dgr wia cerita gini sbb masa master tak sama suasananya..hope selamat sampai..

    ~nape ye perempaun mmg bawa byk beg?sy pun mcm tu..lengkap semua

    ReplyDelete
  3. dah sampai kmpg kn dear..? slmt brhari raya ek.. :)

    ReplyDelete
  4. semoga selamat samapai ke destinasi ye wia. Selamat hari raya. Maaf zahir batin

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi