Assalamualaikum :) Heee seronoknya hari ni dah Ahad. Alhamdulillah, syukur hari ni dah masuk Ramadan yang ke-21.. tinggal beberapa hari je lagi. Ini bermakna detik untuk wia balik kampung pun semakin dekat. Pada yang masih di perantauan macam wia ni, saat saat cenggini pasti dinanti. Seakan berharap masa cepatlah berlalu. Padahal masa selalu pantas seperti pedang kan uoOls. Secepat kita berkerdip mata. Begitulah masa kian bergerak.
Saat hujung minggu macam ni, tambah pula sekarang ni dah minggu kedua terakhir puasa, ramai yang ambil kesempatan untuk keluar membuat persiapan raya. Mesti shopping mall sarat dengan lautan manusia.. Bestnya dengan suasana tue. #Semalam pun mak dan adik perempuan wia keluar bandar untuk shopping sana sini. Mak cakap bukan penat shopping tapi penat bersesak dengan orang ramai. Tapi suasana itu lah yang dirindui setiap kali menjelang Hari Raya..Psst kalau boleh nak SHOPPING lagi.. boleh.?;)
 |
#Merujuk pada aneka perasaan dan perisa hati wia sekarang ;) |

Tak lupa juga, saat semua bercuti tika hari ni jatuh pada hari hujung minggu pasti si emak dan si dara sibuk di dapur membuat biskut raya yang pasti sedap mengikut biskut pilihan masing masing. Aduhai wia yang jauh ni dah rindukan bau biskut raya yang sedapp tu..sob sob. Ops puasa ye uoOls, jangan terbatal pulak puasa nanti. Kehkehkeh. Erkk rindu nya nak buat BISKUT RAYA !!..

Bila dah bertemu satu famili, hari ni mesti rancaang nak masak sedap sedap. Pasti para ibu dan emak kat luar sana dah gegas ke pasar berdekatan untuk membeli barang dapur dan barang basah untuk masakkan untuk berbuka nanti.. Wah bestnya masakan air tangan mak. Rindu MASAKAN mak :') Ehee nak cerita, kat tempat wia kalau time nak pi pasar yang paling best hari Jumaat. Dah macam pasar malam tau kalau pi hari tu. Mana tak nya, segala tudung, kerongsang, kasut, baju, barangan plastik, aksesori comei semua ada. Jadi bila wia tiba ja hari Jumaat, dengan otomatiknya wia rajin nak pi pasar. Hikss.
 |
# Subhanallah.. |
Memang kompom hari Ahad pelbagai aktiviti yang uoOls boleh buat bersama kan.. Bestnya! tak sabar kot nak balik. Bila tengok status kawan kawan di FB, memang meriah. Ada yang dok plan nak iftar di mana.. ada yang dok rancang nak sopink dimana, ada pula yang spend time bersama kawan kawan untuk keluar shopink..dan ada juga yang dok post biskut raya dan kek yang di buat. Hadoii.. wia jeles ! :) Disebabkan jeles, maka lahirlah entri ini. Hahaha =D

Alhamdulillah, wia dah settle empat bab untuk test esok. Sebab tu, dalam hati ni teringat ingat suasana di rumah. Adik adik wia pasti ke sekolah.. Rindu laa. Rindu semua. Okey tarik nafas, kemudian hembuskan perlahan lahan. Pasti terasa cepatnya masa. Okey minggu ni je lagi. Persiapan harus dibuat kan..Psst, wia ternampak resepi resepi yang best tau. Tak sabar nak cuba. Yup pasti nak cuba. Tungguuu balik nanti. Wah semangat ni uoOls. Kebetulan mood pun baik. Cuaca pun baik. Tingkatkan ibadah dan rebutlah Lailatul Qadar :) Selamat Berblogging ! Moga hari yang indah indah ye.
kuih yg cantik tu sedap tk
ReplyDeletehuish, ni buat makin tak sabo nak balik kg ni... nak masak lemang.. ngee
ReplyDeletesamalah..tak sbr nak balik beraya.
ReplyDeletenak bersama family..
rindu sgt:(
@ abghani rasa2 ? ;;) hehe
ReplyDelete@ AinsHa=( Hehe :D tak lama je lagi kan..
ReplyDelete;)
@ nursyamime itu laa.. sedang menghitung hari je ni ;)
ReplyDeleteseminggu saja lg nak balik kampung... bestnya...
ReplyDeletesemua orang menghitung hari! heheheh
ReplyDelete