Sunday, 7 August 2011

Perbezaan Berbuka di Rumah Famili dengan Rumah Sewa

Salam Ramadhan hari yang ke-7 atau pun lebih comel dan molek dah genap seminggu :) Assalamualaikum  uoOls. Bulan baik hari baik, wia cuma menghabiskan asaimen yang tinggal satu je lagi.# Senyum tanda lega sikit. Hee. Boleh dikatakan hidup wia sekarang much better dari yang dulu dulu. Sat ja kan puasa dah genap seminggu. Wia tengah counting puasa dekat rumah. Tapi dok ada dalam 2 minggu lagi. Aigoo..
Kalau berpuasa di rumah bersama famili tercinta berbeza dengan kawan kawan di rumah sewa.. Banyak perbezaan. Lagi pun tak sama feeling nya. Kalau di rumah terasa lebih meriah. Even dekat rumah sewa wia ni semuanya lengkap tv, mesin basuh, peti ais, dapur gas dan meja makan. Tapi tetap juga tak sama dengan di rumah sendiri. Meh wia senarai pendekkan perbezaan nya ea..

Menu Juadah berbuka
Kalau dirumah merasa makan pelbagai juadah yang berbeza setiap hari. Maka akan masak  bersama sama atau  membelinya di Bazaar untuk satu famili. Tapi pabila di rumah sewa yang jauh..menu juadah berbuka taiada banyak pilihan. Kuih muih jarang dijamah. Sebab masak sendiri. Itu pun ringkas dan sekadar mengenyangkan perut. Tiada amalan tukar tukar makanan.

Duit Belanja
Kalau di rumah, duit belanja ayah yang bagi, mak yang kasi. Jadi kalau teringin sesuatu makanan boleh pi Bazar Ramadhan yang biasa kita pi.. tanpa risau akan duit belanja pun. Tapi bila di rumah sewa, duit belanja kena sendiri rancang. Terlebih pakai maka, pokai sikit la duit belanja untuk minggu itu dan minggu seterusnya. Sesi berjimat harus ada bila duit belanja dipegang sendiri. feeling membeli pun lebih ke arah lebih berhati hati kepada harga.

Feeling Tak Sama.
Kalau di rumah, bila mana azan Maghrib berkumandang tanda boleh berbuka puasa, ayah atau adik lelaki mesti bergilir gilir baca doa sebelum makan dan da berbuka puasa. Bestnya saat tue..Sama sama satu famili makan dan mengadap juadah yang sama di atas satu meja yang sama. #Meja rumah wia bulat, jadi kami sekeluarga akan keliling meja tue dan sama sama berbuka menikmati juadah. Kalau di rumah sewa yang jauh dari famili pulak, tak semeriah mana. Hanya dapat lihat kawan kawan, berbuka puasa ala kadar sambil menonton tv.  Baca doa masing masing. Memang tak meriah, sebab masing masing makan juadah sendiri. Habis makan masing masing masuk bilik dan terus solat. ('.')

Suasana Berbeza
Kalau di rumah, selepas je solat Maghrib..sementara tunggu azan Isyak. Buda budak di rumah wia akan keluar, termasuk adik adik wia. Depa akan main mercun ke, main kejar kejar. dan ayah pasti pasang pelita atau pun lampu lip lap lip lap. Alaaa lampu kelip kelpi warna warni tue.. Bestnya. suasana kejiranan pun meriah sangat.. Kalau dah masuk azan Isyak baru depa bersurai, sebab adik adik wia akan pi solat tarawikh. tapi kalau di rumah sewa, jarang sekali dengan budak budak bermain di luar rumah.. suasana sunyi seperti tiada apa yang berlaku. Mungkin bandar juga kot. lain tempat lain suasana. Tapi serius berbeza. Pi solat Tarawikh. balik dan masuk bilik masing masing sebab buat hal sendiri dengan baca buku atau sebagainya. Tak best kan..?
Memang faktor ni buat wia rasa asing dan rindu kan kampung halaman. Bukan tak boleh nak pi Bazaar,  berbelanja, nak sama kan feeling, dan hadirkan suasana yang di ingini. Even boleh buat pun tak sama. BUkan tempat sendiri dan mustahil wia nak rasa feeling yang sama. Sebab tu terasa tak sabar nak berpuasa dengan mak, ayah dan adik adik di rumah. Tambah keluarga wia kalau bulan puasa akan ada satu hari berbuka puasa ramai ramai kumpul sedara adik beradik belah ayah. Dan satu hari bersama sedara belah mak. Memang best tau :') Entah dapat merasa ke wia taua tak sempat. Sebab tarikh wia balik kampung memang dah dekat tinggal beberapa hari je lagi berpuasa di bulan Ramadhan dengan izin Allah S.W.T

Selamat berblogging uoOls. Mau tak mau, tunggu la hari yang dinanti kan.. tunggu wia hapdate pasal tiket balik kampung ek. P/s : Selamat hujung minggu dan selamat berpuasa. Moga hari yang ceria untuk uoOls. Masa bersahur tadi housiee wia ajak berbuka di IKEA hari ni.. tengok cemana nnti sebab dia nak berbuka dengan yaang tersayang..Segan pulak kaan. Sebab incik dear pun jauh.. <3

12 comments:

  1. posa kat umah mmg besh.. da 5thun xposa kat umah.. thun ni bru dpt hehehehe
    beshhh

    ReplyDelete
  2. indahnya berbuka bersama famili...

    ReplyDelete
  3. memang best berbuka puasa di rumah..

    kalau do ostel or rumah sewa...makanan pun xbanyak..huawwaw

    ReplyDelete
  4. @ uMie_cHan beshnya..nikmati puas puas ye :) tumpang heppi

    ReplyDelete
  5. @ Anisa Hang Tuah kan ;;) tapi mungkin suatu ketika sampai la masa nya :)

    ReplyDelete
  6. @ ILA HonEyBuNNy btul tue :) tak banyak makanan..huaa :((

    ReplyDelete
  7. salam ziarah..
    tiba-tiba teringat kenangan lama..
    berbuka dengan maggi & air kosng cuma..
    gara-gara berada di rumah sewa..
    rakan-rakan dah pulang semua..
    tertidur petang penuh lena..
    waAaaa!!

    ReplyDelete
  8. @ qamarguyz salam kembali..
    wah sedihnya awak time tue..
    dah la tinggal sensorang. Makan pun meggi je.

    Sabar saja la ;))

    ReplyDelete
  9. rindu nk bersahur & berbuka dgn kwn2 uma sewa..huhu

    ReplyDelete
  10. Anonymous11:56 pm

    tiket balik kg byk dh hbs..p check td di stesen bus..terutama dua puluh enam & 27 ogos...akak pun dh survey tiket blk smula dr perlis-jb pn same..msg2x nk balik pd 3 sept...tu dia..baik cpt beli dik...roomate akk pn dh x dpt blk 3 sept dr kedah....sememangnya berbuka dgn keluarga lbh best...

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi