Friday, 19 August 2011

Dua dalam Satu | Mimpi dan Kecuaian.

Assalamualaikum uoOls.  Mulanya nak cakap ada dua perkara yang berlaku kat wia hari ni. Pertama berlaku pagi tadi dan kedua lewat petang. Mungkin satu secara kebetulan dan satu lagi adalah kesilapan diri sendiri. Aigoo.. pertama, samapi sekarang wia tertanya tanya adakah itu mainan atau satu petanda dan keduanya kenapa la cuai sangat sampai diri merana.

Okey meh nak stori mori ye. Kalau uoOls tidur selalu bermimpi tak?..tak kira la tidur siang atau tidur malam, wia selalu bermimpi dan kadang kadang pasti bermimpi. Kan merujuk pada mimpi juga ler tue. Orang tua tua cakap yang mimp hanya lah  mainan tidur atau bunga tidur saja, jadi jangan ambik serius sangat kan kengkawan.. Tapi kalau ikut zaman Rasul dan Nabi, setiap mimpi itu ada kisah dan petanda sesuatu. Betul atau tak, Wallahualam. Tapi itu yang wia tahu.. Kalau pendapat uoOls cemana?.. Adakah ia satu kebetulan mainan tidur atau petanda sesuatu. Wia sering tertanya tanya.
Kalau uoOls ada pendapat leh kongsi kat komen entri ini ek. Wia nak sangat tahu.. kadang kadang rasa mimpi tu betul2 real dan kadang kadang kadang wia terkejut takut benda tu betul betul terjadi. Bagaimana pula dengan mimpi yang kita betul2 ingat dan mimpi yang kita ingat ingat lupa.. mesti ada sebab kan. Setahu wia, mimpi yang kita ingat jarang terjadi dan mimpi yang tak ingat sangat tue boleh jadi akan berlaku lambat atau cepat. Betul ke tidak news ni, hanya Allah yang tahu. Sebab tu wia menulis entri ini malam ni. Ingin pendapat dari uoOls, rakan maya blogger sekalian.

Mengenai perkara yang berlaku lewat petang tadi tu memang wia tak sangka sangka. Tertekan berkali kali untuk klik tak memasal haru jadinya. Percik peluh juga la fikir money yang akan keluar atas sebab USB yang nama nya BROADBAND =.=" Sampai 5 kali kot, sebab itu pertama kali wia nak topup volume data. Dek kerana tak biasa, pending jadi success . Jawabnya melambung la untuk bulan SEPT nanti.. Nasib cepat cepat call customer services, mintak tolong selamat kan apa yang patut. Syukur dapat selamat dua..yang lagi tiga apa pun tak boleh dah. Nak tak nak, terima saja lah kecuaian diri sendiri.

Selamat berblogging ye uoOls, ceria selalu =D
Sedar tak sedar, malan ni malam kesepuluh.. Cepatnya masa.
Penuhilah masa 10 malam Ramadhan terakhir dgn amal-amal baik sperti bercakap benar, menghormati orang yg lebih tua, menjamu sahabat makan sahur malah melemparkan senyuman sesama muslim :)

6 comments:

  1. adik rasa mainan tido kot..

    ReplyDelete
  2. mmg mimpi tu mainan tido , tapi kadang kadang ade yang betul ;))

    ReplyDelete
  3. jangan lupa baca doa sebelum tido! :)

    ReplyDelete
  4. @ auny aizie terima ksh atas pendapat. Sangat hargai ^^

    ReplyDelete
  5. @ Elie Lily InsyaAllah.. terima ksih tau :)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi