Saturday, 13 August 2011

Aktiviti Puasa Ke-13 | Mood itu Datang Lagi.!

Salam Ramadan edisi hari sabtu. Assalamualaikum ;) Selamat berpuasa semua. Sebenarnya wia masih menanti dua perkara untuk hari ni. Belum lagi buat pertanyaan pada mak tersayang kat rumah. Sebab masih awal pagi. Mungkin mak tengah rehat di sofa ruang tamu. Mungkin selesai taip entri ni baru wia bertanya kan mak :) Cemana puasa ketiga belas uoOls..?

Harapnya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, hari ni cuaca di bumi Shah Alam sangat baik dan cerah. Mood wia pun gembira. tinggal kurang dari dua minggu wia akan balik kampung. Mesti la tak sabar..Heee.
Apa aktiviti uoOls hari Sabtu yang indah ni.? Mesti banyak plan yang di rancangkan. Begitu juga dengan wia. Tapi memula, wia harus siapakn asaimen yang diberi pensyarah agar tak tertangguh banyak. Kedua, memang teringin sangat nak shopink, tapi belum sempat pegi lagi. # Minggu depan , insyaAllah. Ketiga, melawat dan ziarah blog rakan rakan.. Keempat pula, menonton tv.. Okey tepuk tangan sebab semuanya aktiviti indoor. Syukur sekurang kurangnya aktiviti wia padat kan.. Al maklum lah bulan puasa kena kurangkan aktiviti luar dan tingkatkan aktiviti dalam rumah saja, kalau tak ada kelas dan weekend.

Sedar tak sedar dah masuk minggu kedua Ramadan. Cepat masa berlalu. Aktiviti sepanjang bulan puasa wia tetap sama seperti selalu. InsyaAllah akan bertukar sekiranya wia dah mula bercuti balik kampung. Dah 13 hari berpuasa, mesti la wia sangat rindu kan suasanan berbuka dan bersahur dengan keluarga tersayang.. tapi masa itu sampai kurang dari 2 minggu. Alamatnya kena juga habiskan aktiviti di rumah sewa yang makin lama makin sunyi ni.
Semalam , seorang lagi housiee yang satu kepala dengan wia dah bertolak balik kampung. Mungkin sekarang dia dah selamat sampai ke destinasi. Tinggal la berdua.. terasa sangat sunyi. Aktiviti yang best pun adalah mengon9kan diri. Mesti ada dikalangan rakan blogger yang sedang keluar seawal pagi ni untuk shopink barang dapur untuk masak berbuka petang ni.

Ataupun suasana di market pasti meriah kerana ramai yang ingin membeli barang basah seperti ikan dan sayur sebagai juadah dan bersahur. Tak lupa juga pusat mall, dah banyak sale bersempena hari raya yang dibuat. Weekend macam ni mesti ramai yang datang berkunjung. Untung lah badan siapa yang dapat bershopink sakan =D Bessttnya bila terfikir dan membayangkannya. Asyik cakap pasal shopink je kan wia ni?.. Nampak sangat suka dan kaki shoping. Hikss.
#Hapdate, baru lepas cakap cakap dalam fon dengan mak. Wah betul la tekaan wia yang mak tengah baring kat sofa. Chemistry kuat nih.. Yeay tekaan wia pun betul juga yang ayah akan bawa balik kereta baru. Syoknya raya..! ngeeee =D Okey selamat bershopink pada yang ingin bershopink awal sempena raya. Wia dah pesan dekat mak dah.. tengok cemana petang ni.. Yang jauh dimata dekat dihati. Terlalu merindui famili,
Dawia. Honeyputri

6 comments:

  1. nis pun rindu family ;\

    ReplyDelete
  2. haha. memang kalo lum shopping selagi tuh lah berbicara pasal shoppping. hehe. Cahya nak shopping buku jak ne. heheheh

    ReplyDelete
  3. @ Cahya Qasehnya haah kan.. okey hepy shopink juga tau :)

    ReplyDelete
  4. sabtu beli barang, ahad hari pensan sedunia. hihi

    dill.

    ReplyDelete
  5. wah,bez nye dapat beraya dengan kereta baru :D

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi