Monday, 15 August 2011

Tiket Balik Kampung - Checked !

Assalamualaikum :) 15 Ramadan 1432 H bersamaan 15 Ogos 2011M. Syukur Alhamdulillah. Cepatnya masa kan.. Hari ni wia ada dua kelas, pagi dan petang. Sesi pagi dah selesai dan petang ni pulak menanti. #Semangat teruja je bila cakap pasal kelas. 3 hari saja dalam seminggu. Mau tak eksaited. Bila dah waktu pertengahan ni haruslah fikirkan masa untuk tiket pegi dan balik kampung sempena raya kan.. Bila dah di perantauan ni itu yang paling utama. Bukan wia je dok sibuk sibuk tau, tapi pensyarah pun sama dok ingatkan beli tiket. Wah.. best kan? :) Wia dah ada tiket pi dan balik ke kampung ..Hooyeh ! Jom balik sekarang..#bergurau. Belum masanya lagi.

Akhirnya dapat juga balik beraya dengan sempurna. Even tiket bas agak mahal, tapi nak balik beraya dengan famili harus di utamakan. Semua tu belakang kira. Haip! apa wia cakap dah macam tunggang terbalik bahasa. Okey checklist, tiket bas dah ada, kad raya dah senarai, senarai barang shopink dah senarai.. tinggal lagi nak habiskan kelas 2 minggu terakhir sebelum raya je lagiWah hati wia sangat berkobar girang.. Sebelum ni memang nak hapdate pasal entri tiket balik kampung sebab bukan main main bas musim perayaan ni. Tak memasal tak balik. Menangis tak berlagu wia di pagi raya. Sebab belum penah tak balik lagi time raya. walau apepun tetap nak redah sampai ke rumah. Sekarang wia dok tengah counting hari nak bali beraya dan berpuasa di rumah. Tapi masih jauh lagi masa itu. Rasanya nak putar masa agar cepat berlalu ;)

Cakap pasal tiket bas, kebetulan 1 Ramadan lagi wia dah beli. Itupun kirim kat kawan yang kebetulan nak beli tiket. Senang :D Okey itu awal awal dah settle ! dan semalam pula adik wia dah beli kan tiket untuk balik sini semula. Nasib hari yang nak tu ada. Semuanya lancar.. sebab tu wia nak hargai detik tu dengan baik. Detik apa..? Mesti lah detik bersama dengan keluarga tercinta. Tambah tambah semangat nak tengok kereta baru ayah dan mak. Tak merasa lagi ni.. hanya dengar dari corong telefon belum tengok sendiri. Sebab tu salah satu keterujaan wia nak balik kampung yakni Rumahku Syurga ku <3 Tak sabar nak balik ('.') Teeeheeee.
Banyak lagi di impi bila berjauhan..buat biskut raya dengan mak dan adik, main bunga api, shopink dengan famili pssstt #ada juga tue..dan mencuci mata time petang di Bazaar. dunia makanan time puasa ;)

6 comments:

  1. kak nis tak beli lg

    hohoh

    ReplyDelete
  2. rmai gak sngkut tiket lek rye ni..sib bek awl2 bli dah kn?gud2.hehe

    ReplyDelete
  3. Moga slmt smpai rumah nnt. :)

    ReplyDelete
  4. Semoga ceria di hari raya ;)

    ReplyDelete
  5. Anonymous8:53 am

    wah bc entry wia..mcm dh x sbr nk blk kg..nk bersama family..akak pn beli tiket 2 Ramadhan..siap byk kali warning suami p stesen bus..mujuq ada. tp tiket harga biasa lg..kwn akak (roomate) last minute cari tiket dr kedah nk kembali ke johor semula..dh hbs..mujuq akak beli cpt gak utk tiket blk semula..klu x, x balik la sekolah..hehe

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi