Friday, 26 August 2011

Biskut Raya, Kuew Teow Sup Tulang & Barbeque Ayam.

Assalamualaikum. Wah hari ni meriah rumah wia walaupun cuaca hujan di luar rumah, tak memabataskan mood wia dan adik adik nak buat biskut raya. Sangat heppi sebab puas hati, sekali buat dua jenis biskut sekali.. Alamatnya sekarang ni terasa juga penatnya sebab mula start adun kuih dari pukul 1.00 petang sehingga pukul 6 petang la juga baru settle semua. Alhamdulillah.. terhasil juga biskut sendiri. Dah la akempunan nak buat biskut raya sempena Aidilfitri yang bakal menjelma.

Akhirnya di bantu oleh adik perempuan wia dan adik bongsu wia, si Badrul ;) Memang gigih adik Badrul membantu wia tanpa jemu, walaupun dia berpuasa. Semangat dan kuat mood dia macam akak dia sorang ni jugak ;p Tapi dia lagi tahan sebab baru berumur 9 tahun, kalau boleh semua dia nak bantu. Rajin sangat dia. Sayangg sangat. Wia empat beradik, tapi yang turun dapur hanya kami bertiga, sebab adik wia, si Pali pulak tak sihat badan jadi berehat je sepanjang hari ni. Mak pun tak kurang membantu. Cepat proses buat biskut wia hari ni. Mision in action. Suksess.
Snap Madu :)
Biskut Sarang Semut :D
Sebelum terlupa, hari ni wia buat biskut yang amat mudah dan tradisi biskut raya yang patut ada dan dibuat menjelangnya hari raya iaitu Biskut sarang semut dan Snap madu cornflakes. Nyum nyum.. tadi dah merasa lepas berbuka tadi. Yippe! sedaappp. Menjadi. Puas hati yang penting buat biskut sendiri. UoOls pun mesti buat biskut raya berjenis jenis kan. Wia pun baru dua jenis ni je.. Kalau tak ada aral nak buat lagi 3 jenis. Semangat dan mood buat biskut, memang membuat tinggi rajinnya.

Memang teruja nak share dengan kawan blogger semua. Bila makin dekat nak raya, memang syok buat biskut kan.? Heee.. Okey alang alang tu nak stori juga menu berbuka kat rumah hari ni di nrumah bersama keluarga tersayang iaitu mak masak kuew tiow sup tulang.. Sedap makan sup time hujan sekarang ni.. Besh masakan mak..letih buat biskut ni pekena pulak kuew tiow sup dengan sambal kicap yang kaw kaw pedasnya. Sungguh nikmat..lepas tu merasa makan murtabak lagi. Sebab rengek kat mak nak makan murtabak yang ngidam lama masa kat rumah sewa hari tu..tetiba mak ada belikan nasi beriani dengan gulai ikan mabeles. memang masakan yang sedap dan lazat. Bestt sangat.! =D

Sekarang ni pulak, adik adik lelaki wia, Fadli dan Badrul dok barbeque depan rumah membakar aya  yang depa rengek suruh wia perap petang tadi. Nasib mak perapkan sebab wia memang tak sempat nak buatkan sebab Biskut raya yang dua tu. Hikss. Kalau ada rezeki, jap lagi dok menunggu ayam masak je lagi niaa.. dapat la merasa ayam bakar..Memang pelan adik2 wia dengan member depa sempena bulan puasa ni.. Memang meriah laa. Sempat juga wia jenguk depa dok bakar arang dan ayam.. Kecik kecik pun sepakat. Sebab masing masing perap ayam sendiri. Lepas tu bakar sama sama. Syok la tengok depa ;)

Ayam Bakar BBQ =D
Nyum nyum nyum .. ambik bau semua ;) Segar dari ladang ni. Terus snap tempek kat blog.
Okeylaa, dah tak sabar wia dan jalan jalan kat rumah blog rakan blogger. Makin meriahkan nak raya. lagi best dapat makan dan buat apa yang di idamkan selama  ni.. Memang syurga dunia :") ramai yang dah buat persiapan raya, syok kan.. Kalau tak ada aral esok wia nak shopping dengan mak .. Boleh la lengkapkan apa yng belum. Psstt tak sabar nak tunjukkan kad raya digital yang wia siapkan sebelum balik kampung pada rakan rakan di FB.. Hehe. Tapi sabar belum lagi masa nya. Hadoii bau ayam bakar dah wangi menusuk rongga hidung. Jom pi jenguk ;) Dapat lah jamah seketul dua. Syukran Ya Allah.. Selamat berblogging semua. harap maaf entri tiga dalam satu sebab banyak yang nak dicerita, tapi tak cukup masa sebab busy dengan persiapan menyambut Syawal dan Merdeka. Ceria Selalu (",)

1 comment:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi