Tuesday, 16 August 2011

5 Hari | 5 Days

Assalamualaikum. "5 Hari.. Untungg Laa".. Selalu ada perkataan untung laa, biasa la, kerap dan acap kali kita dengar. Ibarat memperli atau sekadar nak sedapkan hati saja pertama kali wia dengar ayat macam tu. Tapi sekarang ni ramai yang guna kan perkataan itu dalam perbualan hari hari. Dah macam trend pun ada. Okey pertama kali yeay akhirnya dapat cuti panjang kali ni, lima hari. Oh banyak jugak kan. Rezeki. Blur seketika. Apa yang patut dibuat selama 5 hari tanpa teman dan famili?.. Dah biasa kan wia, tak kan nak merungut lagi. 
Wia.. bersabar lah. Sikit je masa lagi. Seminggu dua hari je lagi. Ye manja sayangs.. Ayat pemujuk diri# Biasalah dunia blogger peneman setia. Jika disuruh memilih antara FB dan Blogger, wia selesa memilih Blogger sebagai satu anjakan paradigma dalam bersensawang tanpa sempadan. Haa ambik hang, bahasa tinggi menunjak.

Buat masa sekarang, masih tiada plan. Sekadar HOMESICK ! Biarlah orang belakang kiri kanan depan fikir tapi wia ada cara tersendiri untuk meluahkan iaitu dalam berblogging. Lepas saja menaip perkataan terakhir dah noktah, ya disitu kepuasan hati terasa. Tekan saja enter. PUBLISH. Terasa kengkawan menanti dengan penulisan. Satu entertainment untuk terapi wia hilangkan bosan.

Andaikan minggu depan tak ada kelas, alangkah untungnya badan. Banyak sangat wia cuti dari ke kelas. Nak buat cemana kebetulan. Dan kebetulan juga minggu depan hanya 3 kelas, satu dah batal. Rugi kan.. sebab tu wia penah menulis status di FB, untung laa rumah dekat, yang jauh pulak dok diam diam ('.') Memang betul kan?.. Biarlah ini dugaan kata nya. T_T

Mana pi kawan kawan wia? Awat nampak selalu sedih dalam entri. UooLs, terlebih dahulu nak bagitau siang siang, mood dan situasi lah yang menghidupkan entri wia. Apa yang dirasa selagi tak terbatas untuk dikongsi pasti share dengan rakan blogger yang di anggap geng ;) Biarlah wia fikirkan sedalamnya apa yang perlu apa yang tidak dulu okey. UoOls bagi cadangan apa yang perlu wia buat.? Heeeee. Huh emosi yang berbaur sedih dan secara tak langsung untuk mengelakkan dari dibelenggu muram, terus minta pendapat. Tukar mood..Cepat dan tangkas..!
Okeylah jerit kuat kuat, yang mulai esok bermula dengan hari Nuzul Al-Quran hingga la ke hari Ahad, wia bercuti. Kira betul betul ye kawan kawan. 5 hari kan..? Jadi kita enjoy lah dengan beribadah di bulan Ramadan. Noktah.

5 comments:

  1. Anonymous3:35 pm

    5 hari bercuti ? cuti ap tu . bestnya . hehe

    ReplyDelete
  2. cuti 5 hari??topup tdo..haha

    ReplyDelete
  3. sangat bes cuti lama2 macam ni.. :) ape kata adik datang sini, tlg akak kemas rumah..hahaha.. :p

    ReplyDelete
  4. @ ANA hehe cuti nuzul Al-Quran dan cuti harian ;)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi