Saturday, 6 August 2011

Menu Berbuka Puasa Kelima | Nasi Kerabu + Air Bandung Selasih :)

Assalamualaikum. Dah tak sabar wia nak taip pasal menu berbuka semalam. Sebab nya lain dari yang lain. Alhamdulillah selesai sudah ibadah puasa kita pada siang hari bagi hari ke-5 semalam kan..hari ni belum lagi tau.. tapi sepanjang lima hari ni wia belum jejak kai ke Bazaar. Jadi bila petang tadi pegi cam semangat kot. Tapi agak tak sangka jauh sunggoh nak habaq mai..ingatkan dekat. Tapi ini l dikatakan pengalaman ;)

Okey pada mulanya nak pegi Bazaar kat Syeksyen 13 naik teksi untuk weouls tiga orang iaitu wia, mas dan eyda. Tapi memandangkan hari pun dah lewat 5 petang dan si Eyda tak nak pegi jadi wia pegi berdua dengan mas menaiki moto..Sebenarnya Mas yang ajak wia pegi Bazar sebab dia pun keseorangan di rumah sebab membe serumah dia dah balik rumah masing masing. Jadi dia minta teman nak bayar Broadband, dan langsung pegi Bazaar Ramadhan. >

Tup tup tak jadi pegi bayar Broadband, memang dengan tak semena mena pegi Bazaar Stadium Melawati Shah Alam Syeksyen 13 yang agak jauh kot dengan Seksyen 7 tempat wia stay..Aigoo. Hikss. Itu namanya pi jalan jalan sambil bersesak dengan kenderaan besar. Huh kecut perut juga wia dengan situasi tue >.< Maklumlah naik moto..rasa kerdil pulak dengan kenderaan bertayar empat. Gerak pukul 5 petang lepas Asar..Masa tu faham faham la yang kereta dan segala macam kenderaan dah penuh di jalan kerana masing masing dah habis kerja. Memang ramai. Tambah trafic light pun banyak..wia rasa gerun juga tiba tiba. Sebab tragedi ayah wia eksiden buat wia trauma. Dah la semuanya bawa laju laju ('.')

Okey sampai di Bazaar dengan selamat. ramai sangat orang dekat situ. Maklum lah dah petang dan waktu habis kerja. Bermacam macam juadah ada. Pendek kata akan rambang mata sebab dah rasa macam gedung makanan dunia tau. Teringat cerita upin ipin..semua jenis masakan ayam pun ada. Mula mula wia dan mas, just jalan jalan cuci mata dulu sambil survey gerai yang ramai orang dan murah. Sebab memang kalau yang ramai pasti masakan dia sedap..! nyum nyum. Haip..puasa.Heee.

Okey wia belikan nasi ayam untuk housiee wia. Dia dah tempah sebelum wia pegi..kemudian , teringin minum air bandung cincau. Terus beli ;) Kemudian wia dah tak tahu nak beli juadah apa untuk berbuka semalam. Last last ternampak gerai menjual nasi dagang dan nasi kerabu. Sedapnya nasi kerabu terus beli..ngee :'D dapat juga merasa nasi kerabu..hoyehh. Memang ramai orang yang tunggu turn nak membeli. Harapan  dalam hati, mesti sedapp =D Ok selesai beli, mas pun dah beli apa yang dia nak. terus balik sebab jam pun dah menunjukkan pukul 6 petang.
# Nasi kerabu.RM6.00
#Ayam Bakar, Nasi Kerabu, Solad Lada, Telur Masin, Keropok..

Kuahnya ada 3 jenis dia masukkan ;)

Sorry gambar tak berapa clear :P dalam perjalanan nak balik pun wia rasa macam nebes sangat. Sebab banyak kenderaan laju. Bukan dekat kan.. nasib Mas kaki lampai dengan ketinggian 172 cm memang wia yakin selamat ngan dia. Habis sebuah kebderaan dia celah sebab memang jem di trafic light. Syukur 6.30 petang, sampai ke pangsapuri weouls dengan selamat. Alhamdulillah..


Nie la Mas, tinggi kan dia.. tengok kaki la geng..Hikss.. Okey la, semalam berbuka wia makan sedap, Nasi Kerabu dan air Bandung Selasih bukan cincau tau. Tetipu cek.. Okeyla sekali sekala boleh la berbelanja lebih. Dua kali berkala biarlah bersederhana nanti cikai duit derr..;) hari ni mungkin masak je.. selamat berpuasa dan berblogging uOols. tingkatkan amalan ibadah hari demi hari di bulan yang mulia ye ;) P/s : Kenkadang ada yang tak perlu dicoret untuk simpanan peribadi <3

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi