Wednesday, 3 August 2011

Puasa Kedua dipertemukan dengan Buku Srikandi Islam.

Assalamualaikum.. :) Alhamdulillah dah dua hari kita berpuasa. Syukur pada Allah kerana masih berpeluang menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan dengan diberi kesihatan yang baik dan tubuh badan yang sihat dalam keadaan aman dan damai. Wia berpuasa bersahur dan berbuka dengan housiee baru pulak tau memandang housiee lama dah balik ke kampung halaman dia semalam. Macam silih berganti, ada juga teman di kala rumah sewa baru. Alhamdulillah depa baik baik belaka :') Harap harap semuanya akan sentiasa baik. Amin..

Okey menu berbuka puasa hari kedua wia # simple dan  masak sendiri. Lebih jimat dan lebih kenyang iaitu nasi putih, sup sayur dan sosej goreng.. Sangat ringkas kan..? tapi amat kenyang. Tiada lagi air manis berais seperti semalam sebab memang wia kurang. Melainkan kalau terlalu dahaga atau dah memang sedia ada dibeli atau seumpama dengannya. Heee =D maklumlah air ais yang dijual siapa la tak teringin. Tapi dah semalam tak pegi bazaar, kalau tak lagi macam macam teringinnya.. wia dan ida, housiee yang datang malam tadi peramah orang nya. Dia pun masak. Kami sama sama masak dan kemudian kongsi makan bersama..

Wia nak cerita, semalam wia ada kelas pagi. Kemudian habis je kelas, terus pegi perpustakaan cari buku rujukan untuk subjek # Consumer Behaviour..nak dikatakan kebetulan, tetiba masa wia nak buat sesi peminjaman di kaunter, wia ternampak sebuah buku yang kulitnya bewarna merah hati.. terasa tertarik untuk melihat dan pegang. Bila dibelek rupanya buku tentang seorang srikandi Islam, yang bernama RABIATUL ADAWIYAH. Terus wia pinjam sekali sebab buku itu memang menarik dengan sama mirip dengan pemilik blog kesayangan nie..<3 Adakah kebetulan atau memang takdir Allah. wia tak payah cari pun, tapi tetiba boleh terserempak. Jodoh mungkin # Subhanallah..

Sebelum ni dah 22 tahun wia dinamakan dengan nama ini tapi wia langsung tak tahu menahu dengan sejarah Islam iaitu srikandi yang cintanya hanya pada Ilahi..bersyukur atas jodoh Allah yang mempertemukan wia dengan buku yang berkisar dengan nama yang buat wia bangga bila memabaca sejarahnya. Terima kasih ayah sayang kerana menamakan kak dengan nama yang penuh dengan kebaikan. Bersyukur rasanya wia dinamakan sempena nama srikandi Islam yang warak yang hidup dan mati nya hanya pada Allah :')
Sebelum ni wia tahu nama wia bersempena nama srkandi ini tapi sesungguhnya berasa amatlah senang hati apabila ada lagu nasyid dari kumpulan In-Team juga ada menyanyi kan lagu sempena nama srikandi ISLAM..wia rasa sangat bahagia dipertemukan dengan buku yang menceritakan siapa sebenarnya perempuan sufi inii sedari lahir hingga dia wafat. Subhanallah.. berbangganya wia dengan membawa nama ni...
#Perempuan yang sufi..
#Nie la buku bacaan wia malam tadi seusai Tarawikh..  Bertajuk Rabiatul Adawiyah, Perindu Cinta Abadi.
Sangat teruja saat wia membaca sejarah srikandi Islam zaman nabi ni..ibarat mahu menangis dan menitiskan air mata. Sesungguhnya mulia seorang insan bergelar Rabiatul Adawiyah ini..iaitu wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Subhanallah..Okey selamat berblogging uoOls. Rajin rajin singgah ke blog precious wia ni.. Selamat berpuasa. Psstt wia nak sambung baca buku ini.. makin dibaca makin menarik :)
Secantik namanya RABIATUL ADAWIYAH <3

2 comments:

  1. Assalamualaikum, tahniah dan terima kasih kerana sudi membaca buku tersebut. Semoga bermanfaat kepada ummah.

    Selain daripada RA ada juga Aminah dan Fatimah serta Nian Hati Salsabila.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum ada version yg kecik erk?
    beli kat mana?

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi