Friday, 12 August 2011

Mencipta Impian dan Angan Seorang PUTERI.

Assalamualaikum dalam salam penghulu segala hari :) Selamat berpuasa buat 12 Ramadhan buat saudara seIslam wia sekalian. Macam mana ibadah puasa uoOls..? Mudah mudahan segala nya berjalan lancar hendakNya. Ibadah wia alhamdulillah, masih berjalan lancar, diberi kesihatan baik dan sihat tubuh badan. #Syukur.. hari ni wia menaip entri angan angan dan impian yang wia dan dua orang housiee cipta semalam. Disebabkan hanya tinggal bertiga, wia sensorang dalam bilik dan mereka berdua satu bilik.

Depa ajak sembang untuk hilangkan boring dan sunyi. Sebelum ni wia hanya tinggal berdua dengan si Ida, membe serumah wia seorang ni, seorang pelajar akaun di UiTM Shah Alam sebab si Fifa balik kampungnya pada 2 Ramadhan yang lepas. Tup tup pagi semalam, fifah sampai seawal pagi selepas subuh atas sebab ada hadengan Master Biologi dia, dia balik semula. Maka semalam weouls bertiga ;) Meriah sikit kan..! Berbuka dan bertarawikh bersama. Hee =D

Habis malam tadi, lepas saja wia blogwalk rumah blogger, wia pun off lappy dan terus ke bilik depa untuk sembang. Sebab malam ni, fifah dah nak balik kampungnya di Kelantan.. Jadi bersembang lah kami bertiga dalam satu bilik master room :') Best sangat pengalaman tu.. macam macam yang dibualkan. Semuanya pasal tempat yang best dilawati, bab shopink, bab jalan jalan.. Best sangat bagi wia. Sebab masing masing banyak idea nak cakap.. kadang kadang tercakap pasal hal terkini. Bukan mengumpat tau, tapi mencipta impian bersama setelah bergelar membe serumah. Susah senang bersama :') InsyaAllah.
#Impian seorang gadis puteri ;)
Bila bercakap tentang trend, fesyen dan alat mekap dan termasuk lah kaki jalan, wia sangat satu kepala dengan Afifah tapi dengan Ida dia macam tak rajin jalan..yang bestnya wia dah jumpa orang yang sekepala dengan wia bab semua hal. Yess! bestnya dapat kawan yang sekepala. Macam macam yang weouls rancang lepas raya nanti. Mudah mudahan dapat la kabulkan..amin. Sebab wia tinggal kurang dari 8 bulan di Shah Alam, banyak tempat lagi tak pegi. Sebab tue, nak create banyak DREAM dengan si housiee ;)
  #Angan dan impian
Rupanya seronok dan rancak, bercerita pasal bab makan. ada yang penah rasa dan ada yang belum. Masing masing bercerita pengalaman sendiri. Macam wia penah merasa makanan nie, depa tak penah, tapi ada juga yang depa dah penah makan, wia belum. wah teruja nya..! Lepas ni boleh la merasa sikit sikit. Tak gitu. Syukur dah jumpa membe yang kaki jalan dan sekepala. Bukan senang tau.. Saat saat indah bergelar remaja belia mula meresap di hati GADIS wia. Hikss. Sampai la ke lewat jam 1 pagi. Tak sedar masa cepat berlalu. Dan terus wia masuk bilik selepas bersihkan diri.. tido dengan 1000 impian. Nasib ada fifah.. ;) Mudah mudahan terlaksana. Amin ya rabbal alamin.
Teruja mencipta impian dan angan angan supaya ia menjadi kenyataan. Yang pasti ia angan angan yang tak mustahil menjadi kenyataan, Jadi impin dan angan angan wia bukan angan angan mat jenin ;p
Untunglah dah jumpa kawan sekepala. Hee.Yang penting semuanya lepas raya. Untuk bulan puasa yang mulia ni, banyak kan ibadah. kalau wia sekalipun nak shopink sempena raya. Wia dah rancang nak pegi dengan seorang membe ni minggu depan. Tengok cemana, jadi atau tak..? ehee. Selamat berblogging uoOls. Hari yang ceria..! nak bersiar naik belon pegi rumah blog kengkawan blogger.. berlepas dulu ;) P/s : Gambar housiee wia nanti la wia publish katsini okey.

2 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi