Thursday, 4 August 2011

Kisah Tombol Pintu Rumah Baru ;)..

Assalamualaikum ;) terasa macam nak hapdate laju laju. Sebenarnya kalau semalam macam nak taip banyak entri tapi pabila ada komitmen dalam belajar dan ibadah dalam bulan mulia ni. Terbantut sekejap. Even wia free dari kelas tapi wia tak boleh nak hapdate entry sebab rindu blogwalking..hee :'D Alhamdulillah dapat juga wia pecut blog ke blog sebelum restkan hati dan minda dalam bulan mulia dengan mendekatkan diri dengan Nya.

Sebenarnya kan..wia nak kongsi dengan uoOls pasal tombol pintu rumah wia tau. Sebelum masuk rumah baru hari tue, wia dah prepare siap siap buat kunci dan tukar tombol pintu bilik. Mudah dan lebih secure. Syukur apa yang dirancang menjadi. Cuma yang wia nak kongsikan pengalaman wia dengan tukang buat tombol tue sebab lepas je dia pasang, 3x datang rumah sebab tombol pintu wia buat hal. Sob sobs. Mana tak sedih sebab upah keseluruhan RM60. Mahal tu bagi seorang student seperti wia.. tapi bila dah berbincang denagn bakal roomate. Dia setuju untuk share 50/50 nanti :')

Sebab tue wia buat juga. Tapi ingatkan sekali buat dah tak rosak rosak. Tapi sampai 3x wia panggil betulkan pintu memang sejarah kot. lagipun itu la pengalaman wia. Mulanya dah tukar tombol dan dapat kunci..ingat semua dah okey. Selang 3 hari, tombol tu dia punya punat masuk ke dalam..resah ulak fikir takut takut tertutup dari dalam terus terkunci. Jadi wia call pada tukang tu semula, dia perbetulkan. Legaa dah.. tapi dia ada pesan kalau rosak panggil je. Tak sangka mulut dia masin.. huh..!

Tak memasal selang 2 hari selepas dia perbaiki kali kedua, tup tup kelongsong tombol terus terkeluar. Hadoii siapa la tak terkejut. Cemana dia tukar..? Bayar RM60 tapi tak okey tombol. sampai wia tak dapat kunci bilik kalau kemana mana. Rasa risau juga sebab rumah sewa kan..sebab tu dua hari lepas wia panggil lagi tukang repair tue. Tapi tak dapat dapat. Sedari pukul 11 pagi sehingga pukul 4 petang menunggu. Pukul 5 baru dia datang. Siapa tak marah di bulan puasa ni kan..?
Tukang repair Melayu tue pun macam pelik macam mana boleh rosak. Suruh dia tengok. Dia macam tak puas hati. wia marah dia, sebab datang lambat. Dia marah kita balik. Siap perli lagi. Nasib dia bukan orang tua. Mungkin sebaya wia je. Sebab gaya macam kawan kawan wia je. Sebab tu berani marah..eh dia perli kita balik. Tapi apepun, wia diamkan diri cuma berharap dia dapat baiki dan pulihkan tombol pintu wia yang berbayar RM60 hinggit tue. Nasib dia sedaya upaya baiki. Dan akhirnya uoOlss.. akhirnya..dia tukar tombol pintu baru kat wia. Dengan penampan besi pintu yang boleh fleksibel tutup buka. Dengan free je..Heee. Senyum puas kot, akhirnya tombol pintu tu boleh guna dengan baik sekarang. Dia kata sebenarnya kos penampan tu Rm10 tapi dia tak kesah. Jadi syukur Rm10 wia tak melayang.. memang senang hati.
Nie la rupa tombol pintu bilik sewa wia ;)
Last sekali nak tau apa yang dia kata pada wia dan apa yang wia katakan pada dia selepas dia dah pastikan kunci baru dari tombol pintu baru yang dia tukar tadi di tangan wia..jeng jeng jeng.. bagi suspens sikit ..Hikss
Mamat tukang repair tombol yang seakan sebaya dengan wia bercakap sambil berjalan keluar rumah selesai kerja nya dah settle, saya harap awak tak call kami lagi dan nak tahu apa yang wia cakap, saya pun harap tak perlu jumpa awak lagi dengan kes tombol pintu ni lagi. Settle !
Masing masing angguk. Yela, 3x kot wia call tukang repair ni sebab kerosakan tombol pintu ni je. Wia pun bengang. Nasib bulan puasa.. yang tak boleh tahan wia marah dia, dia pun marah wia balik. Lepas tu baru dia teringat yang masa tu bulan puasa dan kebetulan azan Asar berkumandang. Wia tak boleh lupa pengalaman nie.. nak nak pada hari yg sama wia ada juga buat aduan pada maintanance hal ni..apa lagi, nasib duit tak melayang lagi. 

Syukur sekarang tombol pintu wia dah boleh guna dengan lancar, sebab ada langkah langkah yang mamat tue bagitau. Hee. Okeylah selamat berbuka puasa buat saudara seislam wia.. malam ni wia blogwalking blog uoOls ek lepas sonat sunat Tarawikh. P/s: berbuka dengan menu simple tapi mengenyangkan. Nanti wia share ok <3

4 comments:

  1. Anonymous1:12 pm

    betul2 marah ke kat mamat tu??haissssh....

    ReplyDelete
  2. agak marah la..huhu x(
    sebab rosak kerja nya..

    ReplyDelete
  3. haha, buli je die lame lame. :D

    asyik rosok je an ?
    mmg nak kena la brother tu n_n

    ReplyDelete
  4. @ N A T A S Y A ツ dah puas buli dia..heee..

    memang.. nakai betoi :P

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi