Monday 28 October 2013

Hari Jubah Angah :)

Assalamualaikum...
Rindu blog...Baru berkesempatan nak menaip. Hehe
Ok kali ni nak update pasal Hari Jubah liyana adik wia sabtu lepas..

Liyana kena sesi petang..so weouls satu famili bertolak awal pagi..
sammpai sana dalam pukul 2 petang. Tepat-tepat majlis nak bermula..
Biasalah jalan banyak kereta..Syukur selamat sampai untuk meriahkan konvo..

Best jugak hari konvo di UPM..
siap ada ekspo pertanian tapi wia tak berkesempatan singgah pun..
Pilih-pilih bunga untuk dak Nana..dan dalam 5.30 petang, majlis selesai ;)

Here..Camera in action....




Tahniah angah...dah selamat konvo Ijazah Biologi..
Doa kami sentiasa bersamaMu....
happy sangat..tempat banyak booth cecantik! :'D
psst gambar tak dapat masukkan semua..
cukuplah sekadar 4 keping... Happy blogging...

Thursday 24 October 2013

Cantiknya Bertudung Labuh ♥

Assalamualaikum dan salam manis buat semua..
Manisnya mereka bertudung litup..
Subhanallah...Berseri-seri walaupun tertutup aurat
dengan baik. Sesungguhnya wia sangat suka tengok orang yang 
bertudung labuh tapi tetap anggun...





Doakan wia juga terbuka hati untuk memakai tudung labuh 
dan selesa untuk berfesyen..Sangat ayu dan menjaga maruah..
In Shaa Allah...Rasa lebih secured :P

Dari pandangan lelaki yang bukan muhrim...
kita sangat dihormati...

Friday 18 October 2013

Puding Sagu Gula Melaka :)

Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua....
semalam wia pegi beraya haji atas jemputan rakan ofis..
tuptupternampak hidangan  puding sagu gula melaka ;)

Pertama kali tengok..dan teringin sangat nak rasa! Hehe...
Dek kerana jari wia tersepit pintu kereta..
Memang dapat layanan istimewa sangat ...

Rasanya seolah-olah cendol..tapi lain..
sebab Kak Liza guna susu cair yang memang rasanya enak dimakan
sejuk- sejuk..Jom tengok cara penyediaannya yang senang dan ringkas :)

Sagu putih..wia suka sagu putih dari yg letak pewarna...



Bahan-bahan:-
2 cawan sagu(nak cantik pakai sagu berwarna)
1 tin susu cair
1 cawan gula melaka(gula merah pun boleh)


Cara-cara:

  1. Rendam sagu lebih kurang 20 minit. Kemudian masak sagu dengan air sampai sagu kembang, likat dan kental. Sejukkan dalam peti ais.
  2. Gula melaka/gula merah tu bancuh dengan secawan setengah air panas untuk dijadikan air gula yang agak pekat.
  3. Bila nak hidangkan just sudukan sagu tadi ke dalam mangkuk, tuang susu cair dan gula melaka dan beberapa ketul ais..Memang nyums ;) Sedapppp....

Susu cair,,,Sedaapp dari santan ;p

Ketulan ais....

air gula..Sumber : Google

Nikmat sangat....
Pertama kali rasa, terus tnya cara penyediaan..
dan wia terasa nak berkongsi dalam blog kesayangan...
Boleh dijadikan dessert masa majlis tertentu kelak..Hee
Selamat Mencuba !! :'D

Wednesday 16 October 2013

My First Power Bank ..PINK :)

Assalamualaikum...........
Ahad lepas wia baru beli power bank...
Buat pertama kali uOls...Hehe
beli murah-murah jaa..Boleh laa tahan untuk 2 kali guna..
yang penting..kaler pink tu tak tahan.





Gambar Blackberry Curve wia gambar tak jelas sikit..
malas nak edot sebenarnya..Huhu..
Best guna setakat ni..tak ada prob..
masuk dalam tas tangan..boleh cas dimana jua..
tapi yang penting uOls cas 6 jam dulu laa..
sebelum guna..Hikss..

dan wia baru beli cover PINK jugak untuk S3 Mini...
dalam gambar atas nampak suram jaa kan..
tapi yang penting sebenarnya tu HOT pink..kekeke..

Ok ada power bank senang sikit kalau berjalan jauh-jauh..
bateri pulak kong..power bank penyelamatnya..teehee :'D
I is soo Happy....!! Esok kerja...
dan Selamat berblogging semua....
:)

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1434H ♥


Assalamualaikum.....
Belum terlambat rasanya nak ucapkan 
Salam Aidil Adha buat semua rakan blogger muslimin dan muslimat...
atau lebih dikenali dengan Hari raya Qorban..

Memang raya haji tahun ni sangat bermakna..
sebab pertama kali wia pakai jubah dress dari Cala Qisya ;)




Suka sangat beraya pakai Lacey Ara Jubah ni..
cuba teka wia pakai saiz apa? 
Percaya atau tidak wia pakai saiz S..Hikss
Memang cam tak pecaya ka....Haha..dengan badan wia yang tak petite tu..
Muat jugak melaram waktu raya haji..
Cantik juga kaler grey...wia order on9 je..
sebab jauh kan..tapi in Shaa Allah nak ke butiknya di Shah alam kelak..
dengan banyak pilihan warna yang memang buat hati wia meltingg habis..

Ok keseluruhan baju ni buat wia terasa prinsess sangat ;p
Ramai yang komen cantik dan bergaya..Suka2!!
Hari ni cuti lagi dan esok baru kerja..jadi jom santai-santai layan drama
sambil kunyah kudapan...Hee
Selamat Hari Rayaaa.........!!

Saturday 12 October 2013

Scrub BELVYA PSS..Ohsemm! ;)

Assalamualaikum....
Salam manis buat pembaca blog kesayangan...
nak stori sikit pasal scrub yang wia baru cuba dalam seminggu nih..Hikss

Warna hot pink okey scrub ni! Masa scrub ni sampai2 je kat wia, bukak2 tengok color pink, rasa menarik laa sbb 1st time kot tgk scrub kaler shocking pink macam ni.hehe. Bertambah semangat nak nak try pakai. Dahla bau wangi! sebab ada haruman aromatheraphy macam ala-ala spa gitu..  best sangat! 





kemek-kemek kotak sampai kat wia, gigih abam pos hantar..Huhu
teruja sangat bila dapat dan terus guna ;)


Cara-cara nak menggunakan BELVYA PSS
  • Basahkan dahulu tempat yang ingin dibuang lemak
  • Ambil secubit Belvya PSS dan urut secara ARAH LAWAN JAM
  • Biarkan seketika (2-3 minit) boleh cuci dan bilas macam biasa sampai kering
  • Untuk kesan yang lagi cepat boleh menggunakan air suam

Hope habis satu jar nih..nampak perubahan ketara ;p
Nanti dah ada result, wia share dalam blog ye...
Selamat berblogging semua.. 
Sebelum terlupa harga Belvya PSS ni RM85 Semenanjung../ RM90 Sabah Sarawak.
:)

Tuesday 8 October 2013

Mini Snow Cheese Cake

Assalamualaikum......
Rindunya nak berblog..Ok malam ni baru berkesempatan ;)
Ok nak share sikit pasal mini snow cheese cake..
so yummy...!! wia order ni melalui Facebook.
Kebetulan owner tu dekat area Kedah juga dan dekat untuk ambik by hand..
wia buat keputusan nak rasa satu..teehee :'D

RM10 untuk satu bekas mini..
wia rasa berbaloi sebab memang sedapp dimakan time sejuk. 
ambik masa balik kerja..sebab lalu rumah owner buat kek ni..
yang wia tak tahan tu snow cheese yang buat rasa terliur uoOls..!



Sila terliur ;p

Tak tahan snow cheese tu dengan rasa yang sangat ohsem!


First time rasa...So yeay dapat jugak rasa..Hikhik
Selamat berblogging semua...
gambar yang di hapload tak sempat nak edit..
Psttt tak sabar nak raya haji :)

Saturday 5 October 2013

My First Trial Spaghetti Bolognese ♥

Assalamualaikum.....
semalam hapdate pasal resepi..
malam teruss buat Spaghetti Bolognese
pertama kali uOlss....First trial katanya...
sebenarnya tak payah mana pun ;p

ayah belikan bahan untuk anak dia cuba masak..
wia guna separuh paket je spaghetti San Remo tu,,
kemudian separuh botol Prego..hehe

Permulaan haruslah buat sikit dulu kan..
takut tak menjaadi ke..
pengalaman wia rebus spaghetti tu dengan air dalam masa setengah jam
dengan secubit garam untuk rasa yang enak!








Kemudian buat sos yang enak dengan prego dan masukkan dengan
sosej, daging burger dan siap untuk dimakan ;)
Letak la lada untuk pedasss..Hikss
Senang kan? tapi disebabkan wia masukkan daging burger..rasanya agak
muak bila makan banyak-banyak..

Bagitahu incik dear..dia cakap tak sesuai masukkan daging burger..
seelokknya guna daging cincang yang siap jenama Ramly tu separuh..
takpun masukkan ayam..Memang sedapp dan tak cepat muak.
Alhamdulillah ayah dan adik-adik suka. Mak tak 
dapat rasa sebab tengah kursus kat Langkawi sekarang ni..ngee

Ok ni first trial wia buat Italian Food...Menjadiii!!
sos tu kalau taknak masam..masukkan sedikit air..
kalau nak tumis..masukkan separuh sudu 
je tau minyak tu..terlalu oily akan muak..
Ok ni pengalaman memasak spaghetti..Cheeseee..
Selamat berblogging.....

Friday 4 October 2013

Recipe Spaghetti Bolognese ❤




Bahan-Bahan :

1/2 bungkus spagethi ~ rebus dan toskan
1 keping daging kisap Ramly
1 botol sos bolognese ~ Kimball/prego
5 ulas bawang putih ~ dihiris
5 biji cendawan butang dalam tin ~ dihiris
1 sudu lada hitam ~ di kisar
3~5 sudu lada kering kisar (pedas mengikut kesukaan masing2)
Garam secukup rasa

Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan lada hitam kemudian lada kering yang sudah di kisar. Tumis sehingga naik minyak
3. Masukkan daging cincang dan tumiskan sehingga masak, diikuti dengan cendawan butang. 
4. Masukkan sos bolognese prego dan garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati. 
5. Matikan api dan tuangkan sos di atas spagethi dan sedia untuk di hidang



Mudah kan resepi?;p
tetiba terasa nak makan makanan ala Itali..Hehe
ini semua iklan Prego la nih..
1,2 dan 3...Cara yang mudah untuk makanan yang enak.
Homemade lagii..Mengancam selera tekak sekarang...;)

Esok la beli barang dah buat...
nak lagi sedapp tambah nie...Hikss



❤ Selamat Mencuba untuk wia dan semua...

Thursday 3 October 2013

BE Menari-Nari..Hurray ♥

Assalamualaikum.....
lama dah tak hapdate blog pasal Nuffnang!
sajaa buka akaun hari ni..tup tup..wow!!
BE mencanak uOlss...ada 7 BE sedaang menari-nari dalam blog..
alhamdulillah tak sabar nak cash out banyak-banyak..teehee
setakat ni baru sekali wia cashout...

ketagih jari jemari nak cash out kali kedua..Huhu ;)
duit nuff pertama ai order casing couple..
bakal yang kedua ni tak pasti lagi nak simpan buat tabung kawin laa
sikit-sikit jadi bukit kan......


alhamdulillah....rezeki setiap dengan Nuffnang..
sambil berblogging, sambil tambah income...
in shaa Allah nak terus setia....
lagipun tak susah nak susah...
semuanya kena usaha..dan bersabar..
pasti membuahkan hasil ;p




Pssstt! mana tahu boleh belanja sikit sikit buat masa depan......
tak rugi kan..menampung mana yang kurang...
selamat berblogging semua ;)
esok Jumaat..cuti yeay!

Tuesday 1 October 2013

Tua dari Usia..Sentapp!!

Assalamualaikum.....
Welcome October and Bubye September..
cepatnya masa..tapi walau apapun, wia mengharapkan yang terbaik
buat diri ini dan semua sempena bulan baru yang bakal menjelma :)

Cuma hari ni terkejut sikit, bila melibatkan umur..Huhu
siyes wia rasa terkejut sangat bila ada orang teka 
umur wia 34 tahun? Perghh..beza 10 tahun kot...
Memang nampak berumur sangat ke aku nih! -_______-

Sentapp pulak bila fizikal luar lebih tua dari usia
wia yang remaja tak dewasa ni..Hikss..
bagitahu mak, mak cakap mungkin style daan gaya macam orang dah kawin..
Ok memang boleh terima..adehh >,<

Nampak tua sangat ke ek?
sebab kalau pegi pasar mesti orang panggil 'kak'
sedangkan rasanya orang tu lagi tua kot dari wia..Huhu..

Nampak tua ke? Sob sobb..sentapp

Pernah sekali wia nak beli towel mandi kat pasar...
saiz ia agak kecik dan singkat untuk orang dewasa..
tup tup penjual tu cakap..boleh beli dekat anak..
Berderauu dengar..cekk takda anak lagi la derr..
kawin pun belum *faceplum*

Mungkin sebab wia chubby, orang nampak berumur..
dah la muka nampak keibuan kata kawan-kawan..
angkal call kat pejabat orang panggil 'puan'..

Oh tidakk!! tak ready lagi nak tua boleh? ;p
ehemmm nak kena makan supplement dan gaya remaja la camni..
memang wia masih remaja pong..Baru 24 tahun..Sweet 20 hokey..Haha


 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi