Friday, 4 October 2013

Recipe Spaghetti Bolognese ❤




Bahan-Bahan :

1/2 bungkus spagethi ~ rebus dan toskan
1 keping daging kisap Ramly
1 botol sos bolognese ~ Kimball/prego
5 ulas bawang putih ~ dihiris
5 biji cendawan butang dalam tin ~ dihiris
1 sudu lada hitam ~ di kisar
3~5 sudu lada kering kisar (pedas mengikut kesukaan masing2)
Garam secukup rasa

Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan lada hitam kemudian lada kering yang sudah di kisar. Tumis sehingga naik minyak
3. Masukkan daging cincang dan tumiskan sehingga masak, diikuti dengan cendawan butang. 
4. Masukkan sos bolognese prego dan garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati. 
5. Matikan api dan tuangkan sos di atas spagethi dan sedia untuk di hidang



Mudah kan resepi?;p
tetiba terasa nak makan makanan ala Itali..Hehe
ini semua iklan Prego la nih..
1,2 dan 3...Cara yang mudah untuk makanan yang enak.
Homemade lagii..Mengancam selera tekak sekarang...;)

Esok la beli barang dah buat...
nak lagi sedapp tambah nie...Hikss



❤ Selamat Mencuba untuk wia dan semua...

4 comments:

  1. Kebetulan, sy pun jual spaghetti kat student sbb nak cari fund utk field trip :D

    ReplyDelete
  2. sedapnya..thanks untuk resepi.. :)

    ReplyDelete
  3. ika pun suka masak spagheti, tapi kat campus laa selalunya, kat rumah jarang sebab family taste masakan melayu, tak makan ala-ala italian hukhuk

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi