Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua....
semalam wia pegi beraya haji atas jemputan rakan ofis..
tuptupternampak hidangan puding sagu gula melaka ;)
Pertama kali tengok..dan teringin sangat nak rasa! Hehe...
Dek kerana jari wia tersepit pintu kereta..
Memang dapat layanan istimewa sangat ...
Rasanya seolah-olah cendol..tapi lain..
sebab Kak Liza guna susu cair yang memang rasanya enak dimakan
sejuk- sejuk..Jom tengok cara penyediaannya yang senang dan ringkas :)
Sagu putih..wia suka sagu putih dari yg letak pewarna... |
Bahan-bahan:-
2 cawan sagu(nak cantik pakai sagu berwarna)
1 tin susu cair
1 cawan gula melaka(gula merah pun boleh)
Cara-cara:
- Rendam sagu lebih kurang 20 minit. Kemudian masak sagu dengan air sampai sagu kembang, likat dan kental. Sejukkan dalam peti ais.
- Gula melaka/gula merah tu bancuh dengan secawan setengah air panas untuk dijadikan air gula yang agak pekat.
- Bila nak hidangkan just sudukan sagu tadi ke dalam mangkuk, tuang susu cair dan gula melaka dan beberapa ketul ais..Memang nyums ;) Sedapppp....
Susu cair,,,Sedaapp dari santan ;p |
Ketulan ais.... |
air gula..Sumber : Google |
Nikmat sangat....
Pertama kali rasa, terus tnya cara penyediaan..
dan wia terasa nak berkongsi dalam blog kesayangan...
Boleh dijadikan dessert masa majlis tertentu kelak..Hee
Selamat Mencuba !! :'D
salam ukhwah....wah resepi baru nie blh cube nie....pertama kali dtg trus rase nk folow...ada mase meh dtg blog sy jugak....tinggalkn komen dan jgn luperr folow kembali
ReplyDeletesedapnya kalau dapat mkn ni.sejuk2 lak tu..huhu
ReplyDeletesedap! pernah makan dulu masa dinner hehe
ReplyDelete