Saturday 31 January 2015

Yong Tau Foo Sup :))

Assalamualaikum.....
Meh nak kongsi pasal makanan yang 
dicadangkan member ofis dari dia belum kawin sampai
dia dah anak..Mengandung pun mengidam katanya
Inilah Yong Tau Foo Sup, Bagam Ajam

Dek kerana hasutan member nih..
Gigih si member ajak suami dan anak kecil dia bawa wia dan
seorang kak tapi pangkat makcik dah
pegi mencuba yong tau foo sup selepas balik kerja.
Haha gigih tau..Nasib hari Khamis balik awai..Hikhik

Habis dah malu malu..ikut lah jugak
Dismaping nak mencuba makanan yang best..
Dapat jugak spend masa dengan baby Farish Wafi
selama 2 jam sebelum bertolak pulang...Puaiihh!


Inilah yong tau foo sup pilihan hati..
wia tambah kuew tiow untuk tambah lagi kenyang :P
Kita boleh pilih bahan sendiri..dan juga boleh tambah
mee, bihun atau kuew tiow sebagai pilihan hati..Hee


Masa sampai pukul 4.30 ptg tu memang tak ramai lagi..
sebab kedai baru bukak..Kedai ni betul-betul lepas sikit dari RnR Bagam Ajam
yang dipanggil Pantai Bersih ;) Betul-betul depan flat lama.


Nah...kalau dah kata blogger..Mana-mana pun tetap nak
snap gambar sebelum makan. Update dalam intagram..
dan lepas tu upload dalam blog dala satu entri..Hehehe


Ni gerainya memang kemas dan bersih :')

Puas hati pilih bebola dan sayuran ikut citarasa hati..
tepuk dada tanya lah selera uOls..
Lega laa tak ramai orang. Suami member tu pun sporting!
habis makan terus velanja..Memang berbaloi-baloi..
Siap bawa bungkus tapau lagi tau untuk
family member yang lain..ngee


Terima kasih baby Farish teman auntie wia makan yong tau foo sup
Cian dia lapar sampai minum susu 2 botol//

 Alhamdulillah kenyang...Perut penuh dan hati senang..
cuma baby wafi, anak member je yang keletihan ye sayang..
Dah tiga bulan dah dia masuk 1hb esok :'D
autie wia sayang wafi ketat-ketat..
Terima kasih untuk makan-makan nie..

Rasa yong tau foo sup tu agak sedap 
jika dimakan dengan sambal special dia tu ;)
Syukur Alhamdulillah,,atas nikmat ini...

Ice Cream Cake's HomeMade


Assalamualaikum...
Kadang-kadang best kerja dengan orang ramai..
Cuma kadang-kadang stress bila banyak kerja
dalam satu-satu masa ;)

Seronok sebenarnya juga bila orang belanja makan
Nak nak makan kek yang sedap!
Pertama kali makan kek aiskrim..
Itupun kecik je..Itu pun payah nak habiskan sebab kek aiskrim tu sejuk
dan mencair dalam mulut pabila dimakan
Memang hati pun cair dengan kek aiskrim homemade ni..

Seronok tengok orang yang pandai buat kek ni..
Nak tau dia belajar dari Youtube je katanya..
Memang berbakat lah..Kreatif pulak tu ..Hikhik
yang bestnya weols satu ofis dapat rasa..







 

Teruja tau pagi-pagi dapat kek yang sweets!
Macam tau tau je wia suka dan gemar sangat kek..
Memang nikmat breakfast dengan kek ni..
Lepas tu rasa rasberry pun homemade jugak..
Sedapp ya rabbi ^_____^

Hati bunga-bunga dapat makan kek..
Boleh sharing dengan rakan-rakan yang lain jugak
Pandai buat kek ni boleh buat bisnes.Pecaya lah..
Memang ala Baskin Robins kek tau..
Bezanya yang tu manis..yang homemade ni kurang manis...
:)

Saturday 24 January 2015

Happy 5 Years Old My Blog ❤

Assalamualaikum....
Pejam celik pejam celik rupanya
 dah 5 tahun wia berblogging


Fuhh macam tak percaya sebenarnya..
Dari zaman masa belajar sampai masa bekerja
Banyak sangat penulisan yang ditaip dalam blog
yang diambil nama dari teddy bear yang dihadiahkan
cinta hati.. Ingat lagi..Masa tu wia baru dapat hadiah besar
teddy bear yang berwarna coklat keemasan..

Tak sangka dulu wia sangat imaginasi orangnya
Suka menulis yang panjang-panjang..
Rajin blogwalking..Rajin kejar Nuffnang..
Rajin dapat BE berduyun-duyun..
Kenal dunia blog dan blogger yang cantik dan fashionista
yang famos amos..Memang sesuatu yang indah
dalam sepanjang penulisan blog wia...

Dari zaman tak tahu apa-apa sampai la
sekarang yang pandai serba sikit pasal dunia blog
walaupun tak berapa nak rajin menaip dah sekarang.
Mungkin faktor masa dan kekangan idea..Hikss
Bersabarlah...Mungkin ini dinamakan dunia
dah berubah. Penulisan pun dah makin matang..In Shaa Allah..

Tapi sayangnya pada blog ni..dah macam adik beradik dah ;)
Menaip tu tetap kapsul hati ini..Rasa puass..

Lama rasanya tak pos gambar sendiri dalam blog..
Moga 2015 tahun yang membahagiakan..Ameen
❤❤❤

Wednesday 14 January 2015

Resepi Pisang Goreng Cheese

Assalamualaikum....
Hai update bab makan.. terus rasa lapar :')
tapi wia craving nie sampai mengidam buat sendiri laa
meh nak kongsi resepi pisang goreng cheese


Bahan-bahan:

Pisang (Ikut citarasa kegemaran, wia pilih pisang berangan)
Tepung goreng pisang ADABI
Keju Mozarella
Sos sirap Coklat
2 Sudu besar Mentega 

Cara Membuatnya :-

1. Mula-mula, kupas kulit pisang. Belah 2.
2. Bancuh tepung goreng pisang ikut kelikatan yang sesuai.
 Celup pisang ke dalamnya.
3. Goreng ke dalam kuali yang berisi minyak, 
yang dah dipanaskan terlebih dahulu.
 4. Angkat dan toskan sebentar. 
Pastu boleh di drizzle dengan susu pekat.
5. Taburkan dengan parutan keju Mozarella
6. Kalau nak isi sos chocolate pun boleh..Siap untuk dihidangkan...




Terliur kan? Tabur milo pun sedapp! hikss
Selamat Mencuba..
Sesuai dijadikan hidangan sarapan atau makan petang :')
I loikeee Pisang Goreng Cheese..nyums!

Thursday 1 January 2015

Tahun Baru 2015 | Berita Baik

Assalamualaikum...
Hai semua...Syukur alhamdulillah..
Hari ni genap 1/365 dalam tahun 2015..
Permulaan yang baik untuk wia...
Dapat lagi sambung kerja dalam Kementerian Pendidikan
In Shaa Allah berkhidmat dengan ikhlas
Lilla hi Taala'.. Moga keberkatan bersama...

Azam tahun Baru? Pasti ada seperti tahun tahun lepas
2014 yang terindah..Moga tahun ni lebih-lebih indah ;)
Banyak peristiwa istimewa yang ingin dicoret
Haeapnya menjadi kenyataan..Amin

Mood pagi 1hb Januari 2015 sangat baik.
Cuaca pun baik dan indah..wia mulakan hari pertama tahun baru
seperti biasa cuma berpakaian cantik. Semangat baru..
Dengan permulaan yang baik dapat berita baik lagi menggembirakan
dari PPD dan JPN melalui email.
Syukur Alhamdulillah :')


Azam Baru..Tahun Baru..
Banyak yang wia harapkan untuk tahun ini.. Hikss
Semangat Baru..Optimis Selalu
yang penting nak kuruSsss..Haha

Tahun baru..Umur pun naik satu angka
In Shaa Allah umur yang mematangkan..
Im Happy Girl.. Pupuk senyum dibibir
Jaga hubungan dengan manusia
Jaga hubungan dengan Allah taala'...


Moga mimpi akan jadi nyata :))

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi