Wednesday, 22 June 2011

Gengg Serdang Reunionn - Rindu Lah !!

Assalamualaikum :)
Pagi ni hujan rahmat. Alhamdulillah. Sejuk suasana setelah dah beberapa hati mutiara hujan tak menghujani dan menyiram bumi. Entah kenapa hati ni berdetik untuk hapdate bl0g pepagi nie ;p
Mungkin rindu barangkali. Rindu kengkawan lama. Maaf kawan baru wia belum ada. Terasa nak jumpa depa ja rasanya. Tapi bagi budak UiTM ada yang tak cuti lagi. Tak sama pengurusannya. #Abaikan. Tak penting sangat sebab tak lama lagi depa akan cuti juga. Cuma sekarang wia rasa nak buat reunion. Ke gathering lebih better ek.
Tapi bukan senang nak manage reunion kan..? Lagipun gengkawan lelaki wia tak add. Haha. Memang kalau uoOls nak tau FB wia hanya ada budak perempuan. Yang lelaki pun hanya sepupu sepapat dan incik dear. Itu saja. Macam mana nak contact. Hee

Walhal boleh je add, Settle la masalah kan..? Kuikui. Dan tadi wia dah ceriakan hati dengan menekan klik "add friend" pada kenalan yang wia kenal ;) Rindu kot zaman time sekolah doolu doolu. Meh tengok reunion wia and the geng time tahun lepasd kot kalau tak salah. Mereka kata masa umur 25 tahun, mai pulak dengan partner masing masing. HikSs. Lagi 3 tahun tapi wia macam dah tak sabar nak reunion. Memang banyak yang dicerita tau kalau dah jumpa sekali sekala tue. Dan personaliti mereka tetap sama. Cuma yang dulu comot budak sekolah dah makin cun dan yang jejaka makin kacak tapi tetap nakal nakal. Maklumla belum jadi bapa. Tetiba pulak kan..? okey meh tengok gambar dua tiga keping yang wia tempek tanda yang wia rindu kenangan tue. Memang banyak gambar yang disnap tapi letak sikit laa. Sebab gambar wia tak banyak. Hee.
 Rosni, Azreen, Maznah, Amirah dan Faizah
Antara geng lelaki.. Budak kelas wia.
Yassar, Saiful, Uzeir, Yusri dan Faiz yang membelakang tue ;p
Moment yang indah..
Cari wia dalam gambar. Muka kembang semangkuk. Hee..
Rindu kenangan itu walaupun waktu tue wia sangat penat sebab baru lepas balik dari holiday belayar dengan Kapal Mewah Swiss. Oh semuanya indah saat tue. Sabar untuk 3 tahun lagi. Sebab wia baru teringat masa umur 25 tahun baru jumpa semula. Cemana la agaknya nanti kan..?

Wia baru teringat yang wia ada reunion dengan kengkawan baik juga pada hujung tahun 2014. Ehee. Tapi itu kan lambat lagi. Juga masa tu wia dah berumur 25 tahun. Tak apa la.. lama tak jumpa baru best bila jumpa balik kan. Kuikui. Ok heppi blogging uoOls. Nak blogwalk laju laju sementara broadband masih laju nie. Alahai tetiba teringat nak reunion.. tapi tengok gambar dulu pun jadi la. Masa akan cepat berlalu.
Kenangan memang saat manis yang tak mungkin kembali. Tetapi Sejarah mungkin boleh berulang ;) -Have A Nice Day-
P.s: Dalam hati mengharapkan yang terbaik. InsyaAllah...Doa doakan;)
Pstt maaf pada kekawan yang wia terlepas pandang dari mengapprovekan anda dalam FB wia.
My FB name # tukar nama kepada Adda Wiyyah. Suka pulak rasanya. H E A V E N

2 comments:

  1. yup zaman muda remaja memang besh..hehe :D :))
    thanks sis....

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi