Tuesday, 28 June 2011

Sekian Lama Tak Pakai Earing ;)

Assalamualaikum ;)
Hai uoOls.. wia ada kelapangan nak hapdate la kat bl0g nie selebar atau senafas kata. Ahha. Wia pepagi nie nak menaip pasal anting anting. Oh memang gegirl paling suka. Even ada sesetengahnya ada juga yang tak gemarkan atas sebab tertentu. Tapi kebanyakan memang ramai yang suka. Stuff gegirl yang comei comei pastinya perempuan paling minat. Nampak kiut..nampak cantik, pasti cair bila sekali pandang terus tertambat dihati. Nak nak selagi tak dapat dimiliki lagi la sampai termimpi mimpi jadinya.

Anting anting adalah aksesori pelengkap seorang wanita. Wia pun minat nak pakai anting anting cuma dah agak berbulan dan bertahun tak pakai nya. Bukan tak ada tapi seakan lupa sebentar bila lama tak pakai. Jadi kan nak bagitau la kan.. yang semalam baru laa terkedek kedek teringat nak pakai. Entah lubang yang ditebuk kat telinga wia ni dah tertutup ke masih ok lagi. Jadi dengan rasa ingin tahu wia ambil anting anting adik dari sarung bentuk hati keler merah tue. Psst wia tak ada anting anting jadi cemana nak pakai..? Tak pecaya..?! Pecaya laa... Pakai ni dalam hati tertanya tanya boleh ke..boleh ke.. Cer uOls teka boleh ke tak wia pakai anting anting setelah sekian lama..


Mula mula masukkan pada telinga kanan.. hee:'D masuk la ;) Dan kemudian masuk pula pada telinga kiri.. agak sukar sikit. Wia dah risau kot kot lubang telinga dah terkatub bahasa orang Kedah untuk tertutup. Takkan nak kena tembak telinga lagi. Tebuk telinga la maksudnya tue ;) Cuba masukkan..dan akhirnya.. jeng jeng jeng. Berjaya juga ! Hee:') Syukur tak payah nak tebuk telinga lagi. Cukup laa sekali.
Legaa rasanya.. seingat wia pertama kali tebuk telinga adaalah waktu umur wia 12 tahun. Dah 10 tahun berlalu.. waktu tue pakai rasa macam teruja kott. Pakai subang terus.. Ehee wia kira dah berumur baru pakai subang atau anting anting. Ada yang di antara kawan kawan yang lain di usia muda dah beranting anting penyeri telinga ;) Kiut je kan..? Alhamdulillah wia masih boleh pakai anting anting.Ngee..


Ceritanya wia baru pakai masuk hari ni dah 3 hari. lama tak pakai rasa janggal. Alaa subang skru je, tak pakai yang berjuntai labuh pun. Wia minat anting berjuntai..nampak feminin. tapi biarlah..pakai apa yang ada.#Pinjam dari adik wia, Si Nana :) Nasib dia bagi pinjam anting emas dia.. saja mencuba setelah sekian lama. Banyak pattern sekarang nie.. terpulang pada individu masing masing nak pilih kan..?


Bagi wia yang muslimah, pakai di dalam tudung pun tak salah. Janji kita berhias diri sendiri ;) Okey selamat berblogging uoOls. Doakan wia dapat roomate ok. Amin.. ahaa, sebelum terlupa ringankan tangan uOls    Kelik HB  wia ea. Tengah aktif nak berheartbeat semula ;) Senyum selalu..

6 comments:

  1. saya pun lama dah tak guna anting2 sebab alergik:)

    ReplyDelete
  2. @ sabella mohamad Sis pun suka pakai..

    cantik kan ;)

    ReplyDelete
  3. @ niesh™ Doolu sis pun alergik skrg tak lagi.Boleh la pakai anting anting ;) :)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi