Wednesday, 1 June 2011

Talking Bout Prepared Finaaal Examm :D

Assalamualaikum :) Saat saat genting cenggini rasa macam tak percaya pun ada yang diri ni dah nak final minggu depan. Esok kelas last. Yup jangan terkejut kalau uoOls dengar minggu depan final tapi minggu ni masih ada kelas. Hingga ke saat terakhir pulak tue ;) Ehemm maklumlah memang pesen U wia tak akan ada study week kot mana pun. Memang dah biasa. Memang tak sabar nak graduation.. Kan jauh berangannya. Final pun belum. Tapi dok fikir nak graduation dah. Aigoo! wia oh wia. Memang banyak yang nak kena cover lagi. Sekarang pun macam tak pecaya.. tapi nak kena tampar muka lajulaju kalau dok tak percaya lagi. Harus kejam pada diri sekali sekala supaya lebih alert dimasa hadapan. Final examm tuu (muncungkan mulut semuncungnya) supaya nampak memang penting desitu.

Heppy Study;)

Disamping dok counting nak exam, dalam masa yang sama hati kecil wia ni dok tak sabar sangat nak balik kampung. Sebulan lebih ni tak tatap wajah mak ayah. Rindu usah ditanya. Bukan kepalang lagi. Rindu masakan mak, walaupun alih alih nanti wia yang masak. Kata mak, mak pun rindu nak makan masakan hang. Time hang cuti la dapat makan. Ehee itu yang buat wia cair. Jadi hari pertama dan kedua kat rumah mak akan masak yang sedap sedap. Masuk seminggu bercuti kat rumah memang turn wia dan adik gilir gilir jadi cheff. Kan dah teringat time kat rumah dah. Sabar ajalah ;) Wia fokus wia.. exam dah dekat. Sekejap ja tak lama pun kalau nak bersusah susah dahulu dan bersenang senang kemudian. Yang penting buat sehabis baik.

Sehari, hari ni ke kelas. Memang dah tak ramai orang student sangat dan tak banyak sangat kelas yang ada. Tapi wia sekelas tetap cool sebab saat saat cenggini la banyak tips dari lecturer yang akan banyak membantu masa exam nanti. Harus grab apa yang ada ngee :') Memang saat genting itu ibarat emas yang tiada tandingannya. Walaupun ada jugak coursemate wia yang tak datang sebab alasan dah tak belajar minggu ni. Tapi bagi wia masa ni la masa terbaik. Hee.. masa ni lecturer sangat membantu. Walaupun tak banyak. Janji ada jugak tips. Walla! mabeless.. Sekarang memang macam macam penyakit datang. Nebes la. Harap harap wia dikurniakan badan yang sihat sepanjang final exam ni. Amin.. Rasa tenang sekarang harap fikiran dan hati pun tenang minggu depan. Jauh dari masalah dan bala. Doakan wia ye bl0gger sekalian.. nak dipermudahkan segala urusan.

Semester pendek memang mencabar. Masa singkat. Alhamdulillah sem ni wia ambik dua subjek saja. Dan ni pertama kali ambik exam dekat Shah Alam. Teruja ada.. cam semangat berkobar kobar pun ada walhal studi pun belum cukup lagi. OH! Harus struggle sebaik mungkin. Nak naikkan pointer setinggi tingginya. Azam 2011 dan azam tahun yang lepas. InsyaAllah will be fine :) Harus pendamkan segalanya dan tumpukan dengan buku, mind map dan concept map dan nota tangan. Bersiap sedia senjata sebelum berjuang. Beribu kali berperang dengan soalan tetap juga berdebar. Mungkin wia belum ready sepenuhnya lagi. Masih belum terlambat.. harus tanamkan dalam diri yang wia boleh. Fighting!

Minyak dah di isi, perut pun dah kenyang. Tinggal nak buka buku dan teruskan hingga ke titisan dakwat terakhir. Wia bukan tak boleh tapi masih banyak yang belum prepare. Apa nak jadi la kan? Okey serius! Jom wia pun nak ready studi semula. Saja hapdate sekejap.. rindu katanya. Hikss. Ok mode study bermula. Harap harap wia baca buku dan bukan buku baca wia. Ingatan untuk diri sendiri, kalau nak elak bosan kena baca buku dengan hati tenang. Kalau nak hati tenang kena banyak bersabar sebab dugaaan dari Syaitan memang la nauzubillah kejamnya. Wia tenangkan hati dengan berzikir dan solat. Kalau tak tenang juga wia menangis. Kemudian, untuk elak bosan juga, wia dengar lagu. Cuma kadang kadang wia tak berapa gemar mendengar lagu bila membaca takut terikut menyanyi lirik bersama penyanyi. Jadi takut apa yang dibaca tak masuk, wia elak dengar radio. Itu kalau serius time. Kalau dah bosan memang radio penghibur. Bukan MP3 tau, radio ;)
Tengok tadi macam nak habiskan kata akhir entri wia ni sambung menaip pulak. Kuikui. Jangan marah aaa. Hai la wia, ada ke yang membaca entri kosong cenggini. Tak kesah janji hati lega. Dapat lepaskan rindu pada blog nih. Kesian dia sebab tak ramai yang datang berkunjung sebab tuan dia tak sempat. UoOls yang datang tu sila la datang lagi ye. Buffe dessert disediakan desini..tetiba* Ok wia nak pegi studi doolu. Singgah la di footprint wia. InsyaAllah nanti wia balas laju laju time tenet laju nanti ea. Oh internet tak sabar tunggu 7hb ni.. cepat lah laju auw, ngeee:'D Selamat berblogging geng alam maya. Adioss. Hapdate time free. P/s: Saat kritikal seminggu.

1 comment:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi