Wednesday, 15 June 2011

Subhanallah.. ❤

Assalamualaikum Kengkawan :)
Hari ni hujan turun dengan nikmatnya. Ini hari pertama hujan turun menyiram bumi ciptaan Allah Yang Esa setelah 6 hari wia bercuti di rumah. 
Memang turun dengan rahmat, tengahari tadi yang cuacanya panas disebelah pagi, hujan turun lebat di sebelah petang dalam pukul 2 petang tadi. 
Sehingga la ke lewat pukul 6 petang cenggitu. Sempat sidai kain di ampaian.
Dan sempat jugak keringkan pakaian trick pertama walaupun trick kedua agak lembab kering sama banyak.
Alhamdulillah, wia syukur hujan ni dapat sejukkan cuaca. Suka cuaca cenggini. Cool rasanya :'D


Petang tadi seronok sampaikan rasa nak main hujan.
Teringat masa tingkatan 3, memang nakal.
Waktu tu balik je dari kelas tambahan, al-maklumlah nak PMR kalau time cuaca hujan memang tak duduk diam. Wia dan rakan rakan mesti ada je plan nak habiskan sepetang dalam kehujanan. Bukannya nak jaga kesihatan baik baik, tapi pi main ayaq hujan secara bersuka ria dia bawah blok asrama tingkat bawah. Nak nak time hujan , memang nikmat. Kalau tak cuba ce try, ce try. Ahaks! tengok tu sanggup dok promote kat adik adik dan kengkawan kat luar supaya main hujan.# Maaf jangan tiru ye adik adik mahupun kawan. Main hujan memamg tak elok untuk kesihatan. Itu doolu time zaman nakal remaja. Tapi bila demam, baru tahu sakit tue azab nikmat hidup ;)
Hujan ibarat mutiara yang berguguran.
Terkenangkan zaman dulu memang bahagia.
Hujan rahmat ibarat mutiara yang turun dari langit.
Sekarang cuaca sejuk dan selesa.
Malam ni beradu memang syok.
Di temani selimut dan bantal yang empuk.
Rindu pulak pada Chitobebear, beruang coklat yang satu tue :')
Baru 6 hari dah rasa 6 bulan lamanya tak peluk dia yang gebuss tue.
Rindu, sejuk dan nyaman.

Oklah nunite uoOls.
Nak tau seawal 1.30 pagi hingga pukul 7 pagi  nie yang akan menjelma beberapa jam lagi, wia dengar di MHI tv3 tadi, ada gerhana Bulan tau. 
Kalau uols nak tengok boleh la tengok ye. 
Cantik fenomena ciptaan Allah. Subhanallah.
Kejadian bumi Allah ini hanya Sang Pencipta yang tahu. Wallahualam (,")
Ya Allah sembuhkan la incik dear dengan sebaik nya.
Kurangkan kesakitan dia, dan moga incik dear kuat dan tabah.
P/s:  Doakan kesembuhan dear. Amin Ya Rabbal Alamin.

1 comment:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi